Followers

Saturday, February 19

Sifat Lelaki Pemalu

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 10:58 PM 2 comments


Ingat lagi kata-kata macam ni? “ Malu, mat rempit jatuh motor”

Sifat malu umpama perisai yang boleh mencegah seseorang dari melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat. Malahan sifat malu juga menjadi kayu pengukur tahap keimanan seseorang dalam menentukan tinggi rendah akhlaknya, kerana sifat malu dan iman adalah komponen yang tidak boleh dipisahkan. Ini jelas sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:- 
Maksudnya :
Iman mempunyai lebih dari tujuh puluh cabang, dan sifat malu adalah salah satu cabang daripada Iman. (Riwayat Al-Imam Muslim).

Sesungguhnya orang yang mempunyai sifat malu itu akan sentiasa dapat menahan diri dari melakukan perbuatan yang mungkar yang boleh mendatangkan keaiban pada dirinya atau orang lain dan menyebabkan nama atau martabatnya tercemar dan sebagainya.

Diorang ni sebenarnya jauh dalam lubuk hati diorang ada satu perasaan atau keinginan untuk mengatasi perasaan malu tahap tembok besar cina diorang ni.Tapi diorang tak mampu untuk mengatasi masalah tu sebab diorang takde keyakinan diri yang kuat dan keazaman yang kuat untuk mengatasi sifat malu tahap gaban ni.

Cakap pasal perempuan makin besar masalah diorang ni bila berhadapan dengan perempuan lebih-lebih lagi dengan perempuan yang dia suka.Kalau dia suka kat seseorang,dia memang suka mengelak daripada jumpa ngan orang yang dia suka. Kalau nak jumpa pun,jauh-jauh aje tengok. Jauh macam dari Dari Sungai Klang ke Klang.Tu pun tanpa pengetahuan orang yg dia suka.  Biasanya diorang ni akan bersikap anti sosial dengan kawan perempuan diorang contohnya diorang akan mengelak untuk bercakap dan bersemuka.Bila kawan lelaki diorang ni syok-syok layan dengan member perempuan tinggal la si lelaki pemalu tadi lalu secara automatiknye[mcm gear automatik type-R] sifat pendiam pula yang merasuk diri lelaki pemalu ni.
Diorang ni akan cepat gugup bila berhadapan dengan perempuan lebih-lebih lagi bila mata ke mata. Selain itu juga mereka ni akan berpura-pura cakap agak kasar sikit dengan perempuan,bukannya nape.Pasal tengah gabra tu,sebenarnya dia nk cakap mcm biase tp 'sound' dia tak berapa nak kena, sebab rasa malu yg menebal macam ada simen kat muka.

Cakap pulak pasal cinta diorang ni lagi menderita kot.Kenapa? Ye lah,dah nama pun pemalu dengan perempuan camana diorang ni nak kasi luah hati diorang yang berbunga tu kat si jantung hati diorang tu.So akhirnye diorang pendamkan je la keinginan diorang tu dan jadi stalker plak spy si jantung hati dari jauh or diam-diam...mcm yg bgtau td lah.

Pape pun cuma nak cakap yang  malu itu indah..malu itu fitrah..janganlah jadi orang yang tak tahu malu..kerana org yang tidak tahu malu,maka tak sempurna imannya.


2 Responses so far:

faiz said...

terasa entry ni...sebab saya termasuk golongan ni..

mohamad ashraf said...

entry yg bagus