Saya dapat rasakan perkara yang paling saya sukar hadapi ialah perpisahan.Huh,saya terpaksa membayarnya dengan sebuah kesedihan.Mana tidaknya,nak lupakan kenangan lalu bukanlah seperti men'delete' mesej dalam handphone.Kalau macam tu,senanglah.Lepas sahaja delete,terus lupa.Tetapi,hakikat dan fitrah kehidupan.Kalau sesuatu yang kita alami itu manis,indah dan banyak mengajar kita tentang erti kehidupan...apatah lagi kita mesra dengan insan-insan di persekitaran kenangan itu,makin sukar nak dilupakan...
Sebenarnya,seseorang itu harus bersabar menghadapi semua ini tapi....bagi saya ia memerlukan masa yang lama kerana kenangan itu adalah kita sendiri.Kita yang alami semua itu,bukannya orang lain.Apatah lagi jika kenangan itu melibatkan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan dalam hidup kita,contohnya seperti ke sekolah bertemu kawan-kawan.Maka,apabila kita meninggalkan semua itu,pasti akan menjadi sesuatu yang menyedihkan dan sukar untuk dilupakan.
Ditambah lagi dengan kenangan-kenangan manis yang pernah kita lalui,membuatkan kadang-kadang kita tak mampu untuk berada di tempat yang pernah menyuburkan sebuah memori lalu untuk dikenang.
Zaman Sekolah Paling Indah
Kebanyakan blog yang saya 'walking',terutamanya blog-blog mereka yang baru menamatkan persekolahan,ternyata mereka sependapat dengan kita.Rindukan zaman persekolahan!!!Apa yang ada pada zaman persekolahan yang dikatakan indah itu?
Selepas sahaja saya tamat persekolahan,huh.saya rasa satu kesukaran untuk mengunjungi semula sekolah saya.Malahan,saya langsung tak sanggup nak lalu depan sekolah saya.Bukan membenci,tetapi sekolah itu banyak memberi kenangan manis dalam hidup sehingga membuatkan saya sukar untuk melupakan semua itu.Walaupun masih dapat berhubung dengan kawan-kawan lama & junior yang mesra dengan saya di dalam facebook,tetapi ia langsung tak sama dengan pertemuan di alam nyata.
Indahnya Kenangan & Rindu
Dari kenangan menjadi rindu.selepas tamat persekolahan,saya kembali rindukan masa itu,Terasa seperti ingin kembali semula ke masa tu.[Kawan-kawan saya pernah bergurau.katanya panggillah doraemon dan minta dengan dia mesin suka hati supaya dapat kembali ke masa lalu]
Dalam kajian neurologi,sesuatu yang berkait rapat dengan emosi seperti rasa sedih dan gembira,kita mampu ingat lebih daripada kita mengingatinya secara usaha.Sebab itu,apabila kita berkunjung ke tempat yang pernah memberi kita kenangan dan bertemu dengan kawan-kawan lama,semua memori yang lalu akan kembali kita ingati.Itulah dipanggil rindu.
Yang Pergi Tetap Pergi
Kenangan yang berlalu tetap akan berlalu,walaupun ia banyak menyimpan seribu memori indah tetapi kita mesti menerima hakikat yang ia tak akan berulang kembali.Umur sentiasa meningkat,alam semakin tua,hari berganti hari,masa untuk kita kembali semakin hampir.
Sewaktu hari terakhir di sekolah dahulu,hati saya pernah berdetik yang semua ini akan saya tinggalkan juga suatu masa nanti.Dan 'suatu masa nanti' itu telah tiba sekarang.Zaman sekolah telah saya tinggalkan dan yang tinggal hanya kenangan untuk dikenang.Oleh itu,kita perlu menghargainya kerana kenangan akan menjadi indah jika dihargai,sebaliknya ia akan menjadi pudar jika dibenci.dan memori tahun 2006-2010 itu pasti akan saya ingati,hingga ke akhir hayat nanti.buat sahabat-sahabat lama dan junior-junior saya yang pernah mesra dengan saya,saya akan rindukan anda semua,walaupun pertemuan kita dahulu kini telah menjadi kenangan,tetapi ukhuwwah kita kekal hingga ke akhirat...:)

"Ukhuwwah Ibarat Tasbih,Tak Akan Terputus kecuali kita yang memutuskannya. Hargailah rasa rindu. Rasa rindu yang di kurniakan kepada kita.
Post a Comment