Followers

Thursday, February 17

Islam Dan Iman

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:58 AM 0 comments



sempena maulidur Rasul

Aku Islam ke Beriman?           

Hari ni masih lagi terasa bahang maulidur rasul. Orang sambut, kita pun nak sambut. Orang berarak, kita pun nak berarak. Tapi ada tak kita rasa diri kita ni buat saja-saja nak buat atau diri kita ni saja ikut-ikut? Bukan tu je, blog, facebook semua cakap tentang maulidur rasul. Selamat menyambut, selamat menyambut. Tapi kita ni hayati tak pa yang ada?

Kenapa tak? Sebab kita ni Islam je, bukan beriman. Alah, aku dah Islam. Dah beriman la tu. Hei,bro silap tu. Cube lihat baca balik hadis ni, "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya." (at-thabrani)

 Tengok, Allah SWT memerintahkan malaikatNya yang tidak pernah menderhaka dan tetap melaksanakan apa yang Allah SWT perintahkan kepada mereka untuk melakukan pelbagai ujian dan dugaan terhadap hamba-hambaNya. Dengan dugaan dan ujian ini, diharapkan akan terkeluarlah suara hamba itu. Namun begitu, sekiranya tidak terkeluar suara hamba itu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sesuatu yang tersembunyi dalam hati hambaNya. 

Hei, kenapa tuh? Tergaruk-garuk. Tak caya? Tengok lah, renung sikit diri tu. Bila kita hayati kisah nabi, kita ada apa perasaan? Sedih, tak der perasaan? Tu la diri kita, kita check balik diri kita ni. Bila kita tengok movie, nak2 citer hantu, ishk takutnya,seramnya. Kenapa kalau kita tengok cerita hantu seram, tapi bila kita baca kisah nabi tak da rasa pape? Kita ni miskin jiwa sebenarnye. Betul ana cakap, kita ni miskin jiwa. Miskin dari segi apa? Penghayatan benda yang baik-baik. Eh, kau kenapa tutup-tutup muka tengok cerita ni? Takut ke? Takut la, cerita ni seram beb. Tapi, kau takut tak bila Allah dah larang korang jangan dekati zina?

Korang ni memang tak der hati dan perut. Sebab apa? Hari mulia ni pun korang boleh nak gi dating? Otak korang kena betulkan balik tuh. Hari keputeraan baginda Rasul korang tak berselawat, jangankan hari keputeraan, hari-hari biasa pun entah selawat ke tak. Pergi je arak lebih, bawak tanda la, pakai baju lawa-lawalah. Tapi bila tang ceramah. Tido. Bila tang makan, wah, laju. Makan utama. Makan untuk hidup, ya.

Adapun orang yang memuji Nabi SAW dan menyifatkannya dengan sifat-sifat yang tidak terkeluar daripada hakikat kemanusiaan, di samping meyakini bahawa Baginda SAW adalah hamba Allah dan utusan-Nya, dan menjauhi keyakinan dan kepercayaan kaum Nasrani, maka sesungguhnya tidak disyaki lagi merupakan orang ini adalah yang paling sempurna tauhidnya.

Tepatlah madah Imam al-Busiri RH dalam qasidah Burdahnya yang menegaskan,

"Tinggalkan cara orang Nasrani (Kristian) dalam menyanjung Nabi mereka (Nabi Isa AS). Ertinya: Jangan katakan Muhammad SAW itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan). Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda SAW sesuka hati mu.

Kerana hakikatnya keagungan Rasulullah SAW itu tiada had baginya, sehingga mampu lidah mengungkapkannya secara sempurna.

Kemuncak pengetahuan mereka tentang diri Baginda SAW mereka hanya mampu mengatakan bahawa Baginda SAW itu adalah seorang manusia, yang sebenarnya merupakan semulia-mulia di kalangan makhluk Allah seluruhnya."
Mana mungkin dikatakan bahawa memuji Baginda SAW itu salah sedangkan Allah SWT sendiri memuji Nabi-Nya, melalui beberapa firman-Nya termasuk: Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat mulia. (al-Qalam: 4)
Allah juga memerintahkan supaya umat manusia sentiasa beradab bersama Nabi SAW sama ada ketika berbicara mahupun menjawab panggilannya. Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suaramu melebihi suara Nabi. (al-Hujuraat: 2)

Allah SWT juga melarang kita daripada berurusan dan bergaul dengan Nabi SAW sebagaimana kita berurusan dan bergaul sesama manusia yang lain, atau memanggil Baginda SAW sebagaimana cara kita memanggil sesama kita. Allah SWT berfirman:Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (al-Nur:63).

Bila bapa saudara nabi Saidina Hamzah syahid kena bunuh masa perang Uhud dengan si pencacai Hindun yang bernama Washi orang habsyah, sekarang ni habsyah lebih di kenali dengan Ethipia, betul tak ana eja? Ah, peduli. Nabi masa tu rasa marah, mana taknya, pakcik nabi kena bunuh, sedih ada, marah ada, tapi Allah tak bagi, Allah larang nabi seksa mayat orang kafir lain. Remuk redam hati baginda bila tengok jasad Hamzah lunyai kena bedal dengan Hindun. Korang sedih tak? Ada rasa sayu? Mesti tak.

Lagikan sunnah nabi korang perli, cap itu, cap ini. Jangan haraplah korang nak buat. Entah-entah korang kutuk adalah.

Orang pakai serban, ah itu orang pas la tuh. Dah cop dah label pas.

Orang tu pakai jubah, tu orang tabligh la tu.

Orang lain nak solat malam kau cakap, alah nak tunjuk good la tuh.

Kenapa fikiran masih macam ni? Asal jubah serban, Pas dan tabligh. Orang lain tak boleh pakai ke? Sunnah nabi tu. Kalau orang beriman, dia ikut apa yang Allah dan Rasul dia perintahkan. Solat, puasa, pakai serban (sunnah) semua tak da lengahlah.Tapi kalau orang yang tak beriman, solat pun malas, lagikan puasa? Kalau dah tiang agama tak nak dirikan, gi mana? Boleh masuk nerakalah tempatnya.

Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:

Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:

Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.

Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.

(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Wah, ni baru bab solat, belum lagi bab lain ni. Banyak lagi ni. Soal poligami. Kenapa orang ramai (lelaki) suka ikut sunnah nabi yang ni? Yang lain? Tak nak ikut kenapa? Tak pelah. Tu sunnah (tak larang tak bantah).

Bila baca quran atau hadith. Senang al-quran la, korang ada rasa ghairah? Tak? Kenapa? Sebab korang tak baca tafsir sekali, cuba korang baca dengan tafsir-tafsir sekali. insyaAllah, hati korang akan tenang, dan yakin. Bila dah rasa macam tu, dah ada asas keimanan la tu. Sebab yakin dengan janji Allah. Janji Allah itu benar. Tapi bila kita dengar kat radio-radio, tentang ayat-ayat Allah, kita boleh buat dek je, ha tu masaelah. Check balik apa yang tak kena dengan diri kita. Ada something problem.

Bersempena dengan tema tahun ni, satu Malaysia satu ummah, ana nak cakap sikit. Bila kita baca tentang nabi bersedih bila terkenangkan umatnya, bukan umat nabi masa zaman nabi. Tapi? Kita ni ha, yang tak dapat jumpa baginda. Baginda sedih, tapi kita sedih tak? Gelak sakan adalah, berarak, tapi gelak ketawa, tak da rasa pape, tak der nangis langsung. Poyo, sombong. Itulah kita ummat nabi Muhammad.

 Rasulullah SAW bimbang kepada umatnya yang diulit kemewahan yang melupakan Allah. Ini kerana kehancuran umat terdahulu adalah kerana kemewahan. Sabda Rasulullah SAW: "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa, sebagaimana bergelumang dan binasanya umat terdahulu." (HR Bukhari)

Kita ni termasuk diri ana, jangan sekali-kali kita mengaku yang kita ni dah beriman sebelum kita di uji!
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: "Kami telah beriman..." Mereka tidak dibiarkan membuat dakwaan seperti itu hingga terdedah kepada ujian dan membuktikan kebenaran dakwaan mereka. Mereka juga perlu keluar daripada ujian itu dengan hati bersih sebagaimana api menguji emas untuk memisahkan unsur logam yang murah melekat padanya.

Dalam ayat lain, Allah SWT menerangkan secara jelas bahawa hubungan manusia dengan kehidupan adalah hubungan ujian dan dugaan. Firman Allah SWT bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya." (QS Al-Kahfi:7-8).

Ayat ini menjelaskan bahawa tujuan Allah SWT mendatangkan pelbagai ujian ke atas hambaNya adalah untuk menilai siapakah di antara hamba-hambaNya yang terbaik. Yang terbaik amalnya itulah adalah orang terbaik di sisi Allah. Ujian yang Allah datangkan kepada hamba-Nya tidak hanya berupa kesusahan, kesulitan dan kesakitan semata-mata. Malah, manusia perlu berwaspada kerana ujian dan dugaan akan datang kepada mereka dalam bentuk kesenangan, kemewahan dan kekayaan. Ini secara terang difirmankan olehNya bermaksud: "Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (QS al-Anbiya:35).

 "Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas ketika menganggap dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembali." (QS Al-Alaq:6-8) Ayat ini menegur sikap manusia yang angkuh dan sombong yang menganggap mereka memiliki segala-galanya dan boleh melakukan apa saja selepas mendapat kekuasaan dan pangkat dalam masyarakat.

Ujian berat bagi kaum lelaki ialah ujian terhadap wanita. Ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: "Sepeninggalanku tiadalah yang ujian yang lebih berbahaya kepada kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita." (HR Bukhari) Ujian yang menyebabkan manusia mudah tergelincir pula ialah mengenai akidah dan agama. Ini kerana, ramai orang yang mengaku dirinya Muslim, beriman tetapi setelah diuji Allah akan iman dan agamanya dengan pelbagai cubaan, ternyata ramai antara mereka yang lemah dan tergelincir daripada landasan yang benar.

Perkara itu dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: "Dan antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah." Tetapi apabila mendapat gangguan dan rintangan dalam melaksanakan perintah Allah, dia menganggap gangguan itu seakan-akan seksaan daripada Allah. Dan jika datang pertolongan daripada Allah, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami berserta dengan kamu (kaum mukmin)." Sesungguhnya bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada manusia? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang yang beriman dan benar-benar mengetahui orang yang munafik." (QS Al-Ankabut:10-11).

Bila kita dah tau semua tu, sunnah nabi, nabi sedih kenapa, kenapa nabi sayangkan ummatnya,dan kita sendiri sebagai ummatnya ada perasaan yang sama kepada baginda barulah boleh cakap, aku cintakan Allah dan Rasul. Buat semua, hayatilah apa yang ana sampaikan untuk maulidur Rasul.









0 Responses so far: