kalau rasa boring tak dak lagu, boleh pergi ke belah kanan tengok lagu pe yang nak buka.
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.Sayyidina Umar Al-Khattab berkata:
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.Sayyidina Umar Al-Khattab berkata:
"Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku."
Badiuzzaman Said Al-Nursi berkata,"Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan; dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa. "Tidak semua yang kita fikirkan TERBAIK untuk diri kita adalah yang TERBAIK di sisi Allah dan tidak semua yang kita fikirkan TERBAIK di sisi Allah adalah yang TERBAIK untuk diri kita kerana HANYA DIA yang lebih mengetahui segala-galanya.
Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.Imam Asy-Syafi'e pula menukilkan,"Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya; kerana terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang dan perasaan takabbur yang tidak mahu menerimanya.
Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.
Orang bijak dan budiman sejak zaman ke zaman pernah mengatakan bahawa cinta adalah sendi segenap keutamaan di dunia ini. Kalau tiada cinta, nescaya nilai kemanusiaan akan hancur.HAMKA berkata,"Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan,".Imam Abu Hassan Asy-Syadzili berkata:
"Seseorang yang senang mendengar kisahnya para kekasih dia itu kekasih".
Cinta itu indah,hanya kekasih yang mengenal kekasihnya kerana cinta itu buta.Apabila wujud cinta,maka jiwa pun menghadap pada yang dicinta....
Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.Hukama' berkata,"Umumnya kebaikan selalu berada dlm kepahitan pada permulaan,manis pada masa datang, perumpamaan pelakunyapun seperti orang yang mendaki gunung yg menyulitkan & tidak mendapatkan kerehatan sehingga sampai di puncaknya; & keburukan selalu berada dalam kemanisan pada permulaan & pahit di masa datang, perumpamaan pelakunya seperti orang yang jatuh dari puncak gunung atau rumah tidak mendapat rasa sakit sehingga jatuh ke bumi.Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
Post a Comment