Sebaik-baik Jin merupakan Sejahat-jahat Manusia, benarkah ada hadis atau pendapat jumhur para ulama yang menyatakan perkara ini. Pada pandangan saya ini adalah tidak benar kerana Jin juga merupakan makhluk Allah SWT dan Jin juga akan dibalas dengan Syurga oleh Allah SWT jika bertakwa & beramal soleh seperti firmanNya:-
1] Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu [Surah Adz-Dzaariaat, Ayat 51]
2] Dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) yang mereka telah kerjakan dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa yang mereka lakukan. [Surah Al-An'aam, Ayat 132]
3] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi mereka itulah orang-orang yang lalai. [Surah Al-A'raaf, Ayat 179]
4] Dan bagi mereka masing-masing (dari puak jin dan manusia - yang berbuat baik dan yang berbuat jahat) disediakan berbagai peringkat (balasan) yang sesuai dengan apa yang mereka telah kerjakan, dan (ketetapan yang demikian ialah) supaya Allah menyempurnakan bagi mereka balasan amal-amal mereka, sedang mereka tidak dirugikan (sedikitpun) [Surah Al-Ahqaaf, Ayat 19]
5] Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin [Surah Ar-Rahman, Ayat 56]
6] Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah pertunjuk untuk beriman dan beramal salih kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah pertunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat) tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu "Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal salih)" [Surah As-Sajadah, Ayat 13]
7] Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah- perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul- rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu). [Surah Al-An'aam, Ayat 130]
8] Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahikan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!". Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. [Surah Al-Jinn, Ayat 1-2]
9] Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlain-lain. Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau dimana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun). [Surah Al-Jinn, Ayat 11-12]
10] Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar. Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka jahannam. [Surah Al-Jinn, Ayat 14-15]
Pada pandangan saya, seperti yang kita tahu Firaun, Haman, dan Abu Jahal merupakan contoh sejahat-jahat manusia, dan akan dimasukkan ke dalam Neraka. Sekiranya mereka ini (sejahat-jahat manusia) lebih baik dari sebaik-baik jin, tentu tiada satu pun para jin walaupun Jin Islam dapat memasuki syurga, jika benarlah dakwaan yang mengatakan bahawa Sebaik-Baik Jin Merupakan Sejahat-Jahat manusia.
Pada pendapat saya juga, para Jin Islam juga beribadah untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tentunya mengharap mendapat balasan syurga Allah SWT.
Rujuk Surah Adz-Dzaariaat, Ayat 51.
"Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata". (Adz-Dzaariyaat 51:51)
Walaupun manusia adalah khalifah di muka bumi ini, namun jika dibandingkan dengan Firaun, Haman & Abu Jahal, taraf Jin Islam yang baik (sebaik-baik Jin) takkanlah sama dengan manusia yang dimasukkan ke dalam neraka Allah. Nauzubillah.
Dalam Al-quran pun ada surah Al-Jinn, kita ni racist ker?
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! (Al-Jinn 72:1)
Firman Allah swt.
"Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan, kepada laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan"..Al-Jin ayat 6..
Ayat ini menerangkan ketika dahulu orang-orang Arab apabila melintasi tempat sunyi, maka mereka meminta perlindungan kepada jin yang mereka anggap berkuasa di tempat itu...
Masyarakat kita pada hari ini pun begitu...misalnye apabila ingin memasuki hutan..bila berada di tempat yang sunyi sahaja mereka akan berkata "datuk anak cucu topang lalu"...
Kan Nabi pernah mengajar kita apabila berada dalam kesusahan bacalah "hasbunallahu ni'mal wakil"..doa ini pernah di baca oleh Rasulullah dan Nabi Ibrahim ketika di bakar...
Berbalik kepada persoalan kita di atas..benar ada Jin kafir dan ada yang beriman...
Firman Allah "Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada pula yang tidak demikian halnya.Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza"..Al-Jin ayat 11..
Bahkan keimanan mereka lebih sempurna dari kita orang-orang awam...
Rasulullah saw. pernah membaca Surah Al-Rahman di depan para sahabat, mereka semua diam..sabda Nabi..masyarakat Jin lebih baik dari kamu semua..apabila aku membacakan surah ini "fabiaiyiala irabbikuma tukazziban" kepada mereka..lalu di sambut dengan kata yang memuji kebesaran Allah..
Firman Allah.."Dan sesungguhnya kami apabila mendengar petunjuk (al-Quran),kami beriman kepadanya.Barang siapa beriman kepada Tuhannya, maka dia ia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak takut pula akan penambahan dosa dan kesalahan"...Al-Jin ayat 13...
Inilah petunjuk tebaik untuk diri ana dan antom sekalian..mudah-mudahan tanggapan kita yang datang dari akal yang tidak sempurna serta ilmu yang cetek sebelum ini, dapat menerima kebenaran ayat-ayat Allah...
Jin pun makhluk Allah ada yang beriman, dan ada yang tidak...tetapi tidak ada jin yang beriman,tetapi sejahat-jahat manusia..
Wallahua'lam..
Post a Comment