Followers

Monday, February 28

Bagai Ketam Jalan Lurus

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 11:29 AM 0 comments





Semua sedang menanti dengan penuh pasrah. Lama. Memang lama. Berjam-jam menunggu. Ada yang siap bawak tilam dan bantal. Siap ada makan dulu dah. Sebab lapar. Ini semua kerana apa? Sebab menunggu seorang penceramah bebas datang untuk memberi ceramah. Tunggu lama dapat pahala, pujuk salah sorang daripada hadirin yang datang. Saja nak sedapkan hati.

Sebentar. Bila kita baca situasi di atas ini, adakah kita pernah kena? Konsep menang-menang. Pernah terjadi pada diri kita? Kadang-kadang mungkin keadaan ni terkena kat diri kita. Saya, kamu, pembaca sekalian yang tidak pernah rasa akan keadaan ni, insyaAllah. Satu hari nanti akan rasa juga keadaan ni.

Bila kita lihat pada apa yang ada pada penceramah. Pakaian dah elok dah. Ikut cara Nabi Muhammad dah. Pakai serban? Dah. Pakai jubah? Pun dah. Apa lagi yang tak? Semua dah jadi ikutan dah. Cuma satu sahaja. Masa. Mungkin ada pembaca yang terkata dalam hati. “ alah, kalau konsert boleh tunggu lama.” Memang. Kalau konsert boleh tunggu lama. Sebab segala kemungkaran orang suka buat. Yang benda baik, orang tak suka nak buat. La ni, nak kira orang yang dengar ceramah boleh bilang dengan jari. Kalau konsert kira tiket. Habis tiket yang di peruntukkan. Sampai la target dia.

Contohilah Rasullullah

Tunggu hampir satu jam. Dia punya peruntukan masa dua jam. Dia punya pung pang 20 minit. Campur semua tolak dengan masa yang di peruntukkan cuma berapa minit je tinggal. Dalam ceramah, berdegar-degar tentang contohilah Rasulullah. Gedegang dia punya ceramah. Orang tidak mengantuk. Tapi kenapa tak praktikkan satu lagi ni. Menepati masa.

Kalau kita tengok masa zaman nabi, bagaimana Rasulullah menunggu hampir 3 kali seorang yang berjanji bertemu dengannya tetapi tidak datang. Rasulullah sangat menepati masa dan alangkah baiknya jika sunah menepati masa ini dilaksanakan oleh ustaz yang memakai serban dan jubah itu. Nampak lebih sempurna dan indah.

Saya tidak nafikan bila dalam bab pemakaian tu dah sunnah. Orang sekarang hanya memandang apa yang nampak iaitu luaran. Bukan dalaman. “ bab pakaian seksi tak termasuk dan termaktub dalam hal ini”. Tapi, cuba kita semak balik diri kita. Tak kirala penceramah ke, ustaz ke, tok kadi ke, orang dari jabatan agama ke, sapa-sapa je la yang terlibat dengan masa. Tipu kalau orang cakap yang dia tidak terlibat dengan masa. Semua terlibat dengan masa. Jadi. Sama-samalah menepati masa. Dalam al-quran Allah telah berfirman:

Al-’Asr 103: (1-3)

[1]

Demi Masa!

[2]

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

[3]

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula 
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Selalu kita membaca surah Al-‘Asr. Paling kurang, apabila di hujung majlis, kita ada membaca surah tersebut walaupun ada yang tidak faham mengapa mereka membacanya.

Cuba fahami apa yang Allah nak sampaikan. Kerana masa, manusia di dalam kerugian. Jadi, kita sebagai hamba Dia, kenalah hargai masa yang Allah beri. Tepati segala masa yang di janjikan.

Ni baru mula ceramah. bila dah habis cuba kita perhatikan perangai orang kita. Buang sampah merata-rata. Masing-masing dalam pemikiran dah set “ ah, ada majlis perbandaran. Nanti diorang tak da kerja” kenapa macam ni? Dengar ceramah degar-degar dah. Nangis-nangis pun dah. Angguk-angguk, geleng-geleng pun dah. Tapi, kenapa tidak ikut contoh? Bukankah Rasulullah ni orang yang pembersih? Kenapa kita nak jadi seorang yang pengotor? Mana perginya semangat yang berkobar-kobar masa dengar ceramah? Jom-jom sama tengok diri kita ada tak dalam diri kita macam ni? Kalau ada, meh la sama-sama kita betulkan balik.

Dalam bab pemakanan, orang-orang agama suruh semua carilah makanan yang halal. Dia pung-pang kat orang lain. Tapi dengan hati yang selamba, dan tanpa ragu-ragu, dia pi makan kat kedai yang di ragui statusnya. Kalau kita pun main selamba bedal makanan yang status di ragui, macam na dengan darah daging kita. Pernah satu masa Rasulullah melarang cucunya memakan kurma yang disedekahkan kerana keluarga tidak boleh makan makanan sedekah. Bahkan Sayidina Abu Bakar pernah memuntahkan kembali susu yang diperoleh daripada sumber yang diragukan.

Ada lagi cerita lain, yang sorang ni dok sibuk pulun bagi nasihat, motivasi. Suruh orang pakai tudung, tutup aurat. Memang elok bagi nasihat kat orang. Tapi nasihat dan bombing diri dan keluarga terlebih dahulu. Bukan nak terus hentam keluar. Elakkan nanti kita yang terhentam. Orang kita, dah terhantuk baru nak tergadah. Menjerit sana sini. Tapi nilaian dan etika Islam tiada dalam diri. Yang lagi pelik, anak-anak perempuan kat rumah, asal keluar rumah buka tudung.

kalau kita memandu, tengok orang lain bakar kita. Fuh, terbakar hati nih. Mana taknya, kawan bawak kancil, motong kereta kita yang mewah dan besar gedabak macam lori. Mana boleh tahan, laju. Kejar bang, jangan tak kejar, selagi boleh tekan, selagi tu kita tekan. Ulama’ dah sepakat, memandu laju dan merbahayakan nyawa adalah satu kesalahan. Memandu laju dalam keadaan berbahaya dan membahayakan orang lain boleh menyebabkan dua perkara apabila berlaku kemalangan.

Kalau si pemandu yang terbunuh.

    • Jika si pemandu memandu laju kerana kesombongan, rasa hebat bila memandu laju (orang kena hidu asap dia), atau rasa gah dengan kemewahan kenderaan yang dipandunya. Alhamdulillah! kalau dia mati adalah seperti mati bunuh diri, lebih baik dia mampus kerana hidup dia menyusahkan orang lain saja. Kalau si pemandu memandu laju kerana hal-hal kecemasan atau hal-hal lain yang dia terpaksa memandu laju, sedangkan kalau boleh dia mahu elakkan memandu laju dan membahayakan. Apabila si pemandu terlibat dalam kemalangan dan terbunuh, ini cerita lain. Terserah kepada Allah SWT, "dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan".

  • Kalau orang lain yang terbunuh.
    • Apabila si pemandu menyebabkan kematian bagi pihak lain, hukumnya boleh jatuh sebagai hukum membunuh sama ada dengan segaja atau tak sengaja. Di negara Islam lain seperti di Arab Saudi, mereka melaksanakan hukum Qisas iaitu hukum balas.
Itu memang berani mati. Tapi bukan berani mati yang sunnah. Memang berani mati, nak cari maut. Samalah macam bunuh diri. Berani mati di jalan yang “lurus” amat berbeza dengan berani mati di jalan yang lurus. ( mati syahid di jalan Allah)

Yang kes cinta metafora lain hal pula. Ni jenis hidung belang. Orang cakap, lelaki jongos. Dah ada satu, belum cukup lagi. Tambah lagi satu, ada dua, tak cukup lagi lama-lama cukupkan kuota. Empat terus. Alasannya nak ikut sunnah nabi. Tapi, anak-anak, isteri semua tidak di didik dengan didikan agama. Culas.

Penutup:Hari-Hari Kita Berdoa

Hari-hari kita doa. Tiap-tiap kali solat, kita minta kat Allah. Tapi kita sendiri yang tak nak ikut macam mana. Dalam surah Fatihah, tiap kali kita solat fardhu, solat sunat, kita selalu baca.

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Tapi kenapa kita tak nak ikut setelah Allah beri jalan lurus. Nak pilih jalan bengkang-bengkok. Kenapa ya.

Jadi, persoalannya berapa ramai orang yang mendakwa dan merasakan dia telah mengikut sunah padahal apa yang sebenarnya diikutinya hanyalah hawa nafsu sendiri? Inilah gara-gara tidak tulus mengikut jalan yang lurus!
Continue...


Sunday, February 27

Ketika Tasbih Bercinta, Cintailah Sahabatmu

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:08 AM 0 comments





Tajuk macam menarik. Yup. Tajuk memang macam menarik, tasbih bercinta. Sebenarnya terbalikkan daripada kata-kata dan filem Ketika Cinta Bertasbih.  Perjalanan ukhwah yang di bina atas nama Allah, tidak mengharap apa-apa balasan ketika member, tetapi sebagai satu wadah atau jalan untuk kita bersama-sama berduka dan berceria bersama.

Kita menangis, dia menangis. Kita ketawa, kita pakat gelak dia ramai-ramai. Pupuh habisan.  Biarlah kita sama-sama gelak ketawa, nangis berhingusan bersama-sama. Asalkan hati gembira. Jadilah seorang rakan yang baik, sahabat yang mendengar dan memberi.

Ukhwah Itu Ibarat Satu Nakhoda

Kesedihan temannya bagai pedang yang menikam.
Keceriaan temannya bagai pelangi petang yang takkan hilang.
Kehilangan sahabat bagai hilang permata termahal di dunia.
Itulah sunnah jalinan ukhuwwah pejuang agama.

Teman yang baik seindah pemandangan tasik....
Teman yang setia pembawa ceria...
Teman yang berilmu sering menambah rindu...
Teman yang rapat bagaikan tali yang terikat...
Teman yang beriman ibarat sinar rembulan...
Teman yang sejati bagai pewangi yang mengharumkan...
Teman yang sopan pendorong mengejar impian...
Teman yang mulia membawa diri hampir kepadaNya...

Penutup: Belajarlah, Dan Bersyukurlah

Belajarlah bersyukur pada orang yang menyakitimu kerana dialah orang yang menabahkan hatimu.Bersyukurlah pada orang yang tidak mengendahkanmu kerana dialah orang yang memupuk semangat berdikarimu.Bersyukurlah pada orang yang menjatuhkanmu kerana dialah orang yang memperhebatkan kebolehanmu.Bersyukurlah pada orang yang menyeksamu kerana dialah orang yang menguji kesabaranmu...
Continue...


Cinta Metafora

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:36 AM 1 comments





Cinta Metafora

Assalamualaikum. Haip, kali ni saya hadir dengan tajuk cinta metafora. Belum-belum lagi di Fb tengahari tadi dah ada orang tanya. Cinta metafora? Kenapa dengan cinta metafora? Cinta metafora ni lebih kurang macam ni. Mengharap akan sesuatu yang memang tidak kunjung tiba. Aeh, tapi apa yang tidak kunjung tiba? Jom baca artikel kali ni.

Bercinta, Tetapi Tidak Mencintai.

Pelik bin ajaib entry ni. Bercinta, tapi tidak mencintai. Macam mana tu? Macam tu la. Sebelum tu, kepada mereka yang terasa akan entry kali ni. Saya minta maaf dulu. Mungkin. Mungkin ada yang terasa. Tapi bukan nak tuju kepada mereka yang playboy, playgirl. Don’t mention too them. Tapi nilai diri kita dahulu.
Kenapa menyatakan yang kita mencintai. Sedangkan dalam dasar kita tidak. Kenapa tidak? Sebab bercinta tidak ikhlas. Aeh, ada ke cinta tu ikhlas? Ada, jika kita cintakan Allah, Allah akan mencintai kita. Tapi ni manusia. Adat, dan kebiasaan. Aku cintakan kau. Tapi, dalam hati, aku ada orang lain. Aku ada seseorang yang boleh membawa aku ke alam yang best.

Tapi sebenarnya entry kali ni tidak ingin menyatakan mengenai keperihalan ini. Aeh, asal kali ni ayat baku? Tapi kali ni izinkan saya menulis dan menulis. Tapi adakah saya menulis? Izinkan saya menaip, dan menaip sepatah dua kata. Mengenai cinta yang tidak nampak. Tergerak untuk menulis dan menaip atas keyboard ni, atas tajuk yang di berikan sebab terbaca satu artikel tentang orang “tua”. Maaf menggunakan bahasa orang “tua” sebab memang dah tua tapi nak memburu cinta muda. Cinta manusia yang bersifat sementara. Sebab apa? Sebab nafsu tidak pernah puas akan sesuatu.

Kita anggap yang cinta umpama sebatang pen. Terjadinya sebatang pen adalah untuk menulis. Selagi pen tu boleh berguna, boleh berfungsi untuk menulis selagi itulah pen itu akan di gunakan.
Tetapi, kalau tujuan pen di ciptakan di salah gunakan bukan untuk menulis, tapi untuk mengetuk, mencucuk ia akan rosak. Apabila ia telah rosak, ia akan di buang ke dalam tong sampah. Dah kena buang dalam tong sampah, majlis perbandaran datang ambil dan buang jauh-jauh.

Begitulah juga cinta. Cinta dicipta oleh Allah untuk dua insan bernama lelaki dan wanita beribadah kepada-Nya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah, yakni selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta itu akan selamat dan bahagia. Sebaliknya, jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu akan musnah dan memusnahkan. Keindahan cinta itu akan pudar dan tercalar.
Walaupun tua, kita tetap punya hati. Dan selagi kita punya hati, selagi itulah ada cinta. Dalam satu hati tidak boleh ada dua cinta, setua mana pun kita pasti ada satu cinta yang bersemi dan mendominasi di dalam hati. Apakah cinta yang seharusnya ada di dalam hati wanita atau lelaki tua? Tentulah cinta Allah. Sebab semakin tua ertinya semakin dekat perjalanan kita menuju Allah. Kematian itu ertinya pulang menemui Allah. Dan itu juga pulang menemui cintanya yang sejati dan abadi.
Justeru, apabila usia telah tua, semua nikmat yang bersifat lahiriah dan fizikal mula dicabut sedikit demi sedikit dan secara beransur-ansur. Nikmat makan, nikmat sihat, nikmat tidur, nikmat melakukan hubungan seks dan lain-lain lagi menjadi semakin menurun. Walaupun cuba dipertahankan dengan ubat, makanan tambahan, rawatan, senaman dan usaha-usaha yang lain, tua tidak dapat dielakkan. Ia hanya dapat diperlahankan. Ini sunnatullah yang tidak dapat diubah-ubah.
Mengapa Allah takdirkan begitu? Tentu ada hikmahnya. Segala kemanisan dan kelazatan dunia mula dicabut perlahan-lahan menjelang usia tua agar manusia beransur-ansur beralih kepada kelazatan rohaniah pada episod-episod terakhirnya dalam hidup. Seolah-olah manusia ‘dipaksa’ menumpukan fokus hatinya untuk mencintai Allah. Semua ‘kesayangan’ kita sudah diambil, maka usah berpaling lagi daripada Allah. Rebut dan nikmati cinta-Nya sebagai bekalan di akhirat nanti.

Bila Semua Berlaku, Terjadi Pecintua

Kenapa semua ni boleh terjadi? Sebab “Pecintua: Pemburu Cinta Tua” yang memburu cinta muda kerana mereka tidak dapat kemanisan iman di dalam diri. Tidak dapat menikmati apa yang di namakan cinta. Jiwa dia kosong. Lalu di buru cinta muda untuk mengisi hati yang lara. Bila hati sudah kosong, sunyi sepi ada suara yang berdetak di hati. “Rumah kata pergi, kubur kata mari”

Ah, tidak sudi dia ke sana. Takut dan benci mati. Lalu dalam keadaan terpinga-pinga syaitan membisikkan cinta lama. Ke sana kau, burulah kebahagiaan itu selagi usia masih ada! Lalu dengan mata yang kabur, uban yang bertabur dan tenaga yang sudah mengendur itulah si tua terus memburu cinta dengan keinginan yang membara dan menyala-nyala. Tanpa disedari yang diburunya itu hanyalah tipuan syaitan pada minit-minit terakhir dalam hidupnya!

Bila usia telah tua… ertinya Allah telah memanggil. Bersedialah untuk pergi. Pergi bukan untuk berpisah tetapi untuk bertemu-Nya. Di sana ada cinta yang lebih bahagia dan lebih sempurna. Jangan terkesima lagi dengan cinta Metafora!

Penutup: Ambillah Redha Allah, Bukan Redha Manusia
Ya ALLAH..
RedhaMu yang kudamba!
 
Seandainya Engkau redha..
Meskipun kehidupan sepahit hempedu
Tetap manis terasa di qalbu
 
Seandainya Engkau redha..
Meskipun papa kedana harta tiada
Tetap kaya mewah dalam bahagia
 
Seandainya Engkau redha..
Meskipun semua manusia murka
Tetap damai bersemayam di jiwa
 
Seandainya Engkau redha..
Meskipun musuh memutih di bumi
Tetap mara megah penuh berani
 
Seandainya Engkau redha..
Meskipun alam semesta ada kebinasaan
Tetap kemakmuran merajai perasaan
 
Seandainya Engkau redha..
Meskipun badai taufan menggegar dunia
Tetap tenang arus iman mengalir di dada
 
Ya Allah..
Seandainya Engkau redha..
Dan apabila cinta padaMu benar
Maka semua permasalahan menjadi mudah
Dan setiap yang berada di atas tanah adalah tanah!
 




Continue...


Thursday, February 24

Kepada Wanita Ku, Semoga Di Kau Berbahagia.

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 9:17 PM 1 comments


Mengemis Kasih-Raihan. Harap semua enjoy dengan pembacaan dan dengar lagu ini.


Alhamdulillah, hari ni dah tenang sikit. Sikit je kot. Sebab kita kena memahami, setiap mehnah dunia ni, adalah ujian untuk diri kita. Tidak kira la kepada siapa, kepada saya, diri kamu, dan kepada pembaca. Yup. Dah tenang. Pisnowo orang cakap.

Setiap masalah yang hendak diselesaikan mestilah difokuskan kepada real problem (masalah sebenar) bukan kepada presenting problem (masalah yang zahir). Apabila kita menumpukan kepada real problem ertinya kita sedang berdepan dengan punca masalah yang lebih bersifat dalaman dan ini memaksa kita menyelami soal hati dan perasaan manusia.
Manakala jika kita hanya berlegar-legar di sekitar presenting problem kita hanya terapung di permukaan yakni berdepan dengan akibat sesuatu masalah. Cara kedua ini tidak akan menyelesaikan sesuatu masalah secara tuntas. Mungkin kita berjaya seketika mengubat akibatnya tetapi masalah itu akan berulang lagi kerana punca sebenarnya tidak diatasi. Hendaklah difahami benar-benar maksud saya ini.
Manusia yang mempercayai hakikat kehidupan, penciptaan alam, SUNNATULLAH, akan tahu dan faham bagaimana hakikat kejadian seorang wanita, penghidupannya, dan ke mana kesudahannya selepas kehidupan ini.
Lantaran itu, wanita seharusnya dan wajib tahu hakikat kejadian hidupnya, serta peranan dan tanggungjawabnya dalam kehidupan.
At-Tin                                    
"Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus."
(At-Tin, 95:4-6)

Jadilah Seperti Rama-Rama, Terbang Bebas dan Cantik Di Pandang.

Di pelusuk dunia, ada hutan belantara yang cukup tebal. Di situ ada sekelompok ulat. Dalam, masa ulat rata-rata ramai yang tidak suka, ramai yang geli. Nak pegang pun tak nak. Hanya berkelompok dan memakan daun-daun hijau yang telah Allah ciptakan. Mereka takut unutk meninggalkan kelompok kawasan hijau. Apatah lagi untuk melapah daun-daun lain. Sayang. Sayang pada daun yang hijau!

Dan satu ketika dan waktu, sang ulat tadi akan berteduh dan berpayung pada dedaunan yang merimbun. Untuk berehat pada satu jangka masa yang panjang. Memang. Bila sudah sedar dan bingkas bangun dari pertapaan yang lama, ulat tadi kelihatan cantik. Tidak seperti dulu.

Cantik. Memang cantik si rerama.
Si ulat itu tadi kini adalah seekor rama-rama. Dia kini boleh terbang! Sedang ia terbang, ia merasakan apa yang dilihatnya kini sebenarnya jauh lebih membahagiakan, berbanding hanya hidup memakan daun sahaja sebelum ini.
Terbanglah, sayang!
Tapi lagi cantik jika wanita itu menjaga norma-norma dan kesuciannya. Kepada mereka yang sedang bersedih. Berbahagialah dengan pertolongan Allah, tidak kira di mana kita berada. Di sana, sini. Semua ada pertolongan Allah. Hanya kita sahaja yang sombong dengan meminta pertolongan dari Allah.
Tidak ada kecantikan bagi seseorang wanita itu, tiada pula keindahan wanita itu, melainkan merendah diri hanya kepada Allah.Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. 

Mujahadalah wahai Muslimah

Memang. Nak mujahadah ni bukan senang, dan bukan susah bagi mereka yang memahami mujahadah. Kita  mestilah bermula daripada noktah  iman  kepada Allah SWT dan bermula dengan noktah mentauhidkan/mengEsakan Allah SWT ".
Mujahadah yang betul itu mestilah bermula  dengan  beriman  kepada  Allah  dan beriman kepada prinsip-prinsip  keimanan  yang lain serta bermula dengan mentauhidkan dan mengEsakan Allah  SWT.
Mujahadah itu mestilah bertitik-tolak dengan beriman  kepada Allah  dan  beriman  kepada prinsip-prinsip  keimanan  yang  lain seperti  beriman kepada Muhammadur Rasulullah dan yang  lain-lain lagi.
Hakikat ini mestilah diterima secara disedari .Ianya  tidak boleh dialpakan ataupun dilalaikan sebab mungkin sesaorang muslim yang  lahir di dalam suasana Islam ataupun yang  lahir  ditengah-tengah  masyarakat  Islam  maka dia  tidak  akan  merasai  bahawa perkara  ini disuruh dan dituntut yakni supaya  dia  bermujahadah bermula  dengan beriman kepada Allah SWT. Bila kita sudah  ada biah solehah(suasana yang Islamik) maka mungkin boleh berlaku  di mana seseorang muslim yang lahir di dalam biah yang seperti  ini, dia   tidak  merasa  perkara  ini  dituntut  yakni   supaya   dia bermujahadah  bermula  dengan  keimanan kepada  Allah  SWT. 

Jadi inilah  satu  kesilapan yang besar yang telah  berlaku  di  dalam sejarah Islam. Kita dapati apabila wujudnya Daulah Islamiah dalam waktu  yang  agak panjang maka telah lahirlah  umat  Islam  yakni generasi-generasi yang baru di dalam daulah tadi tetapi  manakala tidak   diingatkan   kepada  mereka   tentang   perlunya   mereka bermujahadah  bermula  dengan  beriman  kepada  Allah  SWT  dalam ertikata  yang sebenarnya maka berlakulah berbagai-bagai  masalah di dalam perkembangan dakwah Islam ini.
Penutup: Kau Muslimah, Kau Mujahadah.

Pesananku hanya satu. Jadilah wanita muslimah yang bermaruah. Jadilah seorang muslimah yang cintakan Allah dan Rasul. Jika tidak dapat jadi seperti Saidatina Khadijah, contohilah sifat-sifatnya yang terpuji. Akhlak ibu segala ibu. Akhlak muslimah segala muslimah.

SUKARNYA MEMAAFKAN

Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika…
di pinggiran nostalgia
… sukarnya memaafkan
….sukarnya melupakan
Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai

Episod demi episod telah mendewasakan…
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah…
Hati kita tak kan terpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini…
Kita dipertemukan  semula
…di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa

Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh…
Walau di awalnya terasa susah sungguh!

Continue...


Bercerai,Tapi Tiada Benci

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 7:21 AM 0 comments


Sebelum Dengar, Cube Klik Lagu Kat Bawah.



Note kali ni berbaur dengan perasaan. Perasaan yang bercampur-campur. Tiada satu antara dua, dan tiada dua antara satu. Pada kali ni, penulisan agak serabut sikit mungkin. Tentang, bercerai kasih, benci tiada. Mengapa? Allah tidak suka hambaNya membenci antara satu dengan yang lain.Permulaan sedikit daripada IluvIslam.
Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?
Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.
Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?
Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?
Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?
Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?
"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Pertama ingin saya tegaskan: Tidak mengapa kalau kita tidak mempunyai ramai sahabat, tetapi sedikit itu biarlah yang setia, sayang, tulus dan benar-benar jujur dengan kita. Namun jika ramai sahabat yang setia tentulah lebih baik. Ingin saya tegaskan mencari sahabat yang baik, sama seperti ingin mendapat isteri yang solehah. Keinginan dan cita-cita sesiapa pun ada, tetapi untuk mendapatnya sukar… sesukar mencari gagak putih.

Cuba tengok kembali nota saya yang lama, Menjadi Atau Mencari Yang Mana Anda Pilih. Jadilah soleh, bukan carilah soleh. Jadilah soleh, insyaAllah akan datang yang soleh untuk kita. Begitulah di dalam bersahabat, jadilah sahabat yang baik. Bukan sahabat yang menjahanamkan. Begitu juga apabila berkasih, jadilah kekasih yang mendengar.
Semak diri, kenali diri. Mana nilai diri kita
Jika kita ingin mengubah diri kita (kearah yang lebih baik samada dari segi agama, keperibadian atau kerjaya), jangan lupa untuk “menyemak” semula siapa yang berada di sekeliling kita. Bukankah Nabi Muhammad saw pernah berpesan, agama seseorang ditentukan juga oleh siapa sahabatnya? Jadi jika kita ingin “menukar” iltizam kita dalam beragama, acapkali kita perlu menukar “sahabat” kita.
Jika bersamanya, agama kita tidak bertambah baik (bahkan kekadang merosak)… ayuh berani meninggalkannya! (sebahagian hal ini saya pernah sentuh dalam entri yang lalu: Kill your darling!)
Jagalah hati, walaupun kita menghindari daripadanya, bukan kerana takut “kejahatan” dia berjangkit kepada diri kita tetapi lebih diniatkan agar jangan kejahatan kita yang berjangkit kepadanya.
Jika sudah tidak serasi, “bercerailah”. Tetapi pastikan kita bercerai dengan baik-baik. Namun sekali-kali jangan membenci. Mungkin sidia akan mendapat orang yang lebih baik daripada kita sebagai sahabat barunya dan kita akan mendapat orang baik yang lain sebagai sahabat baru.
Ingat sikap nabi Muhammad saw bila berdepan dengan makanan yang tidak disukainya? Baginda akan meninggalkannya tetapi sedikitpun tidak mengecam makanan itu.
Mungkin analogi itu tidak sama dalam konteks persahabatan. Tetapi saya kira begitulah panduannya… tinggalkan apa yang kita tidak sukai tetapi jangan sekali-kali membenci. Ingat “benci” itu virus dalam hati dan emosi kita. Orang yang dihinggapi rasa benci akan buta melihat dunia ini dengan lebih indah dan ceria. Pada hal keceriaan dan keindahan itu ada di mana-mana tetapi pembenci tidak akan dapat melihat dan menghidunya.
Kenapa saya tergamak menyarankan agar kita “ceraikan” orang-orang tertentu sebagai sahabat? Hubaya-hubaya… kerana di dalam hidup wujud orang begitu untuk menguji kita. Ditakdirkan ada manusia yang begitu pandai bermuka-muka. Anda merasakan dia sebagai sahabat, lalu anda longgokkan segala kepercayaan, amanah dan kesetiaan kepadanya (begitukan kalau kita bersahabat?). Oh, kalau begitu jadinya anda seolah-olah memberi “senjata” yaang paling merbahaya untuk dia menikam anda nanti.
Jangan sekali-kali lupa, kesalahan yang paling besar dalam perhubungan ialah bila anda menganggap pandangan, persepsi, rasa hati dan fikiran orang lain sama dengan anda. Ini satu kesilapan besar. Jangan tersilap memberi amanah. Oleh kerana senyumnya manis, pujiannya melangit dan simpati serta empatinya melimpah, anda kalah. Tidak upaya lagi berkata tidak… walaupun dia telah jauh menerobos benteng hak anda yang sangat peribadi.
Dalam persabatan anda mesti mengenali antara kelemahan dan kejahatan. Kelemahan itu memang biasa – anda punya kelemahan, sahabat kita punya kelemahan. Jangan menginginkan satu kesempurnaan. Kita bukan bersahabat dengan malaikat… tetapi dengan manusia yang punya seribu satu kelemahan. Kekadang kita terpaksa berhadapan dengan marah, rajuk, pelupa, “pemboros” dan berbagai-bagai lagi karenah. Itu semua sepatutnya kita hadapi. Kasih tidak menjadikan kita buta dengan kelemahan tetapi menerimanya dengan wajar.
Apa nak buat sudah “jodoh” kita dengan orang yang begitu… Sabar sahajalah. Sepertimana kita bersabar dengannya, dia juga bersabar dengan kita. Dia bermujahadah, kita pun bermujahadah. Kita sama-sama tahu “piawaian” manusia yang syumul, tetapi kita sama-sama sedang merangkak mencapai piawaian itu!
Untuk berdepan dengan masalah ini, pegang analogi ini. Hubungan kita dengannya umpama hubungan tangan kiri dan kanan. Kekadang tangan kiri kotor, tangan kanan pun kotor… bagaimana kita bersihkan kedua-dua belah tangan itu? Ya, kita temukan dan bergeser antara satu sama lain. Itu yang kita buat semasa mencuci tangan.
Akhirnya dengan geseran dan laluan air, kedua-dua tangan yang kotor itu jadi bersih kerana geseran itu rupanya “saling membersihkan”. Itulah hikmah “geseran” dalam persabatan. Kelemahan kalaupun tidak dapat diatasi tetapi dapat diterima dengan rela dan reda.
Tetapi berhati-hati dengan kejahatan. Yakni sekiranya ada orang yang merancang menggunakan anda, melaga-lagakan anda, menyekat laluan, mensabotaj rangkaian perhubungan anda dan paling malang jika dia sudah berani melampaui batas dengan strategi memijak anda untuk melonjak diri sendiri.
Itu bukan kelemahan lagi tetapi sudah satu kesalahan. Berdoalah kita agar dijauhkan daripada manusia yang sebegini. Kita tidak sekali-kali boleh membenci… tetapi jangan pula disengat olehnya berkali-kali. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Dan hidup juga terlalu singkat untuk disekat oleh orang yang begini!
Jagalah Allah dalam perhubungan dengan selalu menjaga syariatnya dalam persabatan. Biarlah hukum halal, haram, sunat, makruh dan harus sentiasa menjadi rujukan bersama. Ke situlah kita merujuk bila berdepan dengan masalah. Dalam hubungan sesama makhluk, Khalik mestilah menjadi pengikatnya. Iman itu mengikat hati-hati manusia umpama “simen” yang melekatkan batu-bata.
Tanpa simen batu bata tidak akan tersusun dan berpadu. Jangan melupakan Allah dalam memburu kasih-sayang manusia kerana dengan melupakan kasih Allah, kita akan gagal merebut kasih manusia. Bila melihat kebaikan sahabat… rasailah itu hakikatnya kebaikan Allah. Tetapi apabila melihat kejahatan atau kelemahan manusia percayalah… itulah cara Allah menguji kita.

Bila berkasih, Jadilah Kekasih Yang Mendengar
Orang yang mendengar sebenarnya adalah orang yang “memberi”… Bukankah cinta itu bererti memberi? Memberi kasih-sayang, perhatian dan perlindungan. Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar.
Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar cakap orang lain. Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai: “Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya.” 
 Penutup: Pokok Yang Bergoyang tidak akan Bergoncang Jika Tiada Angin

Anda tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya. Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita.
Insya-Allah, kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan. Berapa banyak bisikan yang dibiarkan yang akhirnya bertukar menjadi jeritan yang memeritkan. Isteri ingin mengadu, suami menjauh. Anak hendak bercakap, ibu-bapa membentak menyuruh diam. Pekerja ingin berbincang, dituduh ingin mogok. Rakyat ingin memberitahu, kononnya pemimpin serba tahu… Terlalu banyak bisikan yang dipinggirkan dan disisihkan.
Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap ingin mendengar yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan. Pesanku untuk ku dan untuk mu… jangan biarkan mulut menjadikan telinga kita menjadi tuli





Continue...


Tuesday, February 22

Maaf Aku Sudah Bertunang

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 9:41 PM 0 comments

pretty ugly bidadari




Maaf Aku Dah Bertunang

Dalam tubuh manusia ada seketul daging, daging yang mana apabila di corakkan begini, beginilah ia. Sebut pasal satu benda ni, semua orang boleh tau. Semua orang dapat agak. Itulah dia hati. Dalam semua tubuh badan yang bernyawa ada seketul daging yang di namakan hati. 

Tidak kiralah hati pada haiwan, pada manusia. Semua adalah hati yang di ciptakan oleh Allah. Berbicara tentang hati, semua tidak pernah lari dari rindu dan cinta. Tidak pernah lari dari rasa sayang dan merindui. Itulah dia penangan hati.

Ya. Amat besar sekali faktor hati ini. Ia boleh menjadi raja dan kerajaan sendiri di dalam tubuh manusia. Yang mengawal setiap pergerakan manusia tak kira dari sekecil zarah sampai sebesar alam semesta. Mungkin. Sabda Rasulullah saw:

“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari

Bila kita sudah berkapel, lagi elok kalau kita terus dengan bertunang. Tapi, tunang bukan satu lessen hijau untuk pasangan melakukan maksiat. Bertunang adalah satu ikatan sebelum perkahwinan. Dalam al-quran Allah telah menjelaskan dengan firman:

“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]

Nabi pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].

Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi :

“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud #2082]

Bila hati sudah menjadi raja. Maka lingkuplah industri pertumbuhan iman.
Maka dengan ini terimalah dengan hati yang terbuka, Aku Sudah Bertunang. 

Maaf Aku Dah Bertunang.

Marah. Memang marah. Kewibawaan diri. Dia tak sabar lagi. Mana boleh. Bila jari telunjuk dah tercucuk mata. Ular yang kecil macam sawa sudah mahu menjadi sebesar naga.

“ Dia benar-benar mencabar kewibawaanku. Gelaran dan gelaran yang aku terima sepatutnya di hormati. aku seorang yang berdedikasi di Universiti Tanah Cair di Utara tanah tanah air. Lepasan Ph.D dari Colaroda lulusan Usulluddin. Sepatutnya dia terima dan hormat akan keputusan aku. Aku ni muda belia dah ada Ph.D.” gerutu Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Kepala botaknya di usap-usap kerana kepanasan. Bagaikan ada yang membakar kewibawaan diri dia. Botak bukan sebarang botak. Botak yang berinteleks dan ada tanda. Tanda orang bijak dan banyak berfikir.

“ Budak itu perlu di ajar. Baru nak bertatih, sudah anggap diri di langit biru. Sudah berani mencabar sang naga yang buas mananti mangsa.”  Cebek Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Air mukanya kelat. Lebih kelat dari teh-o yang tiada gula.
Kebenciannnya pada Zulaikha memang menggunung. Bagaikan gunung Himalaya dan ada satu lagi gunung yang menempel di atas Banjaran Himalaya. Bagi Prof Dr Azlan Tar-Hitam Syafiwah Zulaikha adalah satu watak heroin. Dan dia pula adalah hero di dalam satu filem. Menggoda dan penggoda adalah watak di dalam filem arahan Prof Dr Azlan Tar-Hitam sendiri. Apabila hero memikat heroin. Heroin cair dan perkahwinan akan berlangsung. Selepas itu barulah filem itu tamat. Tapi ia tamat bagaikan bukan dalam filem. Si heroin terbang ke lelaki lain. Ia terus melangkah. Membawa tubuhnya yang sasa dan berisi. Tubuh yang amat di banggakan. Tubuh yang selalu menjadi gilaan primadona-primadona. Bila kawannya bertanya, apakah rahsia di sebalik tubuhnya yang menawan. Walaupun usia sudah menginjak 30-an, badan masih lagi sasa. Prof Dr Azlan Tar-Hitam menjawab “ Life Begin At Forty”.
Dia terus berjalan. Kasut tumit kerasnya sengaja di hentak-hentak ke jalan. Dap..dap.. bunyi derapan kasut Prof Dr Azlan Tar-Hitam sudah kedengaran dari jauh. Macam ada askar sedang berkawad. Bagaikan mahu merekah lantai simen Universiti Tanah Cair. Kalau boleh biar semua tahu, yang sedang berjalan adalah Ketua Fakulti Insaniah Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Kembang kuncup hatinya membayangkan yang megah, yang hebat.

Langkah kaki makin cepat. Di celah ketiak terselit nota-nota Tamadun Islam di dalam satu fail hitam. Dia sudah siap-siaga bagaikan komanden perang. Pintu dewan kuliah di tolak keras. Matanya tidak berkerdipan memandang semua pelajar-pelajarnya. Bagaikan harimua yang tengah kelaparan menanti mangsa. Mangsa yang sebenar adalah Syafiwah Zulaikha. Sudah berbagai pancing di gunakan. Namun mangsa tidak mahu memakan umpan. Jangan di guna kail yang panjang sejengkal. Kalau laut dalam tidak dapat di duga. “Ah! Persetan semua itu, yang penting kali ni, aku mesti dapat dia.” Gumam hati Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Derap padu kasut hitamnya sama dengan dengungan bunyi air-cond dewan kuliahnya.

Wajahnya di seriuskan sedikit. Dengan misai yang kontot ala-ala Hitler. Tampak sedikit garang.  Bush jacket biru laut dengan poket-poket kosong bertaburan itu dirasakan amat menawan. Tambah seri dengan pen Parker warna emas terselit di poket sebelah kanan.

Itulah simbol statusnya. ‘Syiar’ Usuludin yang dipelajarinya selama lima tahun dibawah tarbiah Prof. David Kent. Hasil menadah kitab dari cendekiawan dan intelek negara atas angin yang ilmu islamnya diperakukan dan diiktiraf. Lengkap dengan hujah autentik,saintifik dan logik. Mahagurunya, Profesor David Kent amat arif dalam tauhid dan falsafah Islam walaupun dirinya sendiri tidak Islam!

Di Universiti Colaroda itulah terhasilnya satu tesis “ Mahligai Tauhid Dan Cinta Dalam Peradaban Manusia” gah! Memang gah bunyinya. Bagaikan tin kosong yang ada air. Di ketok mampat. Dan bila di buka lagi mampat. Itulah hasil bersarang dan mengeram di dalam perpustakaan, seminar, dan perbincangan.
Kehadirannya menyebabkan suasana dewan kuliah sepi.Celoteh dan gelak tawa siswa-siswi mati. Mata Prof Dr Azlan Tar-Hitam liar ke depan. Mencari mangsa. Terus mencari sasaran.Ha, itu pun Syafiwah Zulaikha. Mudah mencarinya,duduk paling depan bertudung labuh dan sentiasa berjubah, yang pada Prof Dr Azlan Tar-Hitam seperti membalut otaknya.

“ duduk paling depan konon, tak nak bercampur dengan lelaki lain dan perempuan lain. Fuuh… Hipokrit, tak pe, kali ni akan aku ajar kau macam mana jangan jadi hipokrit. Apa salahnya duduk sebelah Fatin, Fazli dan Syikin?” mengamuk Prof Dr Azlan Tar-Hitam di dalam hatinya. Melawan dengan nafsu sendiri. Berlawan dengan hati yang sudah jadi raja dan ada kawasan jajahan yang lain.

“ Biar. Kali ni aku ajar budak pondok sesat. Budak ni aku perlu kenakan di Menara Gading yang gah ni” azam makin tinggi. Setelah pinangan dan pelawaan untuk menjadi suri hatinya di tolak. Malah, yang lagi menjengkelkan hati Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Betul-betul sakit hati.

Kuliah dimulakan.Suaranya lantang,padat dan memikat.Memang kalau berhujah dan berpidato dia terkenal jaguh. ‘Best speaker’ Sudut Pidato yang sering menyalak bukit semasa menuntut di universiti dulu.

Mula-mula ia bercakap tentang Tuhan, tentang Islam,tentang sifat Uluhiah dan Rububiah, tentang manusia, falsafah hidup, tentang alam. Habis semua disentuhnya.Dirangkum,dicantum dan dipersembahkan dengan terang dan lantang. Cukup? Ah! Belum,belum cukup lagi.Wajib ditambah dengan ulasan-ulasan para Orientalis Barat. Apa kata Prof. Arnold Toynbee, apa kata Juynboll, Gol Ziher dan lain-lain. Tidak lupa disertakan nama buku, pengarang journal ini, makalah itu, cetakan tahun sekian. Muka surat sekian.Nah itu baru lengkap.Persis gaya dan teknik Tok gurunya, Prof. David Kent sewaktu member kuliah di Amerika dulu.

Fatin mencuit Razak yang duduk di sebelah. Terlopong mulut pelajar-pelajar mendengar ceramah Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Pelajar-pelajar semua giat mencatit dan mencatat segala hujahan. Merenung ke depan muka, mencatit semula. Merenung dan mencatit. Bagaikan burung belatuk yang tiada rehat mematuk batang pokok. Konsesnterasinya hanya pada ceramah yang di sampaikan tentag undang-undang Allah, tamadun Islam dan kebudayaan Islam.

Fatin memang bijak dalam pejalaran. Anak emas Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Ia kaya dengan prinsip, ilmu untuk akal, pakaian untuk tubuh dan iman pula adalah pada hati seseorang. Siapa kita untuk menilai tahap keimanan seseorang? Itulah pegangan Fatin, siswi tahun akhir Fakulti Dakyah Islamifobia, di Universiti Tanah Cair. “ Mungkin. Mungkin tubuh ku yang di baluti dengan kain nangka ini tersemat iman menggunung tinggi? Siapa tahu?” hujah Fatin bila di sangkal dan di bidas oleh rakan-rakan tentang pemakaian dia ke kelas. Pakaiannya agak terdedah lagi terketat dan boleh mencuci mata bagi jantan-jantan jongos yang lapar akan nafsu.

Prof Dr Azlan Tar-Hitam berhenti sejenak. Matanya liar menjelajah dari satu mata ke satu mata yang lain.

“ Ada apa-apa soalan?” tanya Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Di pandangnya Fatin.

“Bagus, tangkas dan cepat. Seperti biasa” bisik hati kecil Prof Dr Azlan Tar-Hitam.

Pandangannya beralih ke arah belakang. Satu kumpulan gagak hitam seperti Syafiwah Zulaikha. Air mukanya berubah. Bertudung labuh.

“ Huh, gagak hitam kampus. Sama seperti Syafiwah. Entah-entah tidur di sebalik tudungnya yang labuh. Saja nak tutup muka.” Ejek Prof Dr Azlan Tar-Hitam dalam hati.

“ Ada apa-apa soalan?” ujar Prof Dr Azlan Tar-Hitam lagi.

“ Apalagi. Sahutlah cabaranku. Aku sudah bersedia mematahkan hujah-hujahmu. Aku telah bersedia untuk memalukan kau Syafiwah. Harap Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Di renung terus mata Syafiwah Zulaikha. Tapi, Syafiwah tetap tenang. Di berikan senyuman kepada Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Geram. Terbakar hatinya. Kenapa, kau bukan milikku!

“Seperti yang saya terangkan pada keluasan empayarnya,banyaknya Hasil seni bangunan yang amat unik seni binanya, lahir pula tokoh-tokoh umat Islam di pelbagai bidang perubatan.Lahir Rhazes atau Ar Razi dan Avecienna di bidang perubatan.Lahir Al Hazm di bidang optik dan fizik, Al Farabi, Al Khindi, Ibn Rusyd dan lain-lain,” Dr Azlan Tar-Hitam melanjutkan kuliahnya.

Syafiwah diam.Tetapi dalam hatinya membantah keras.Perasaannya meloncat-loncat untuk menjawab tetapi ditahan .Sabar…pujuk hatinya. “Oleh itu bangunan seperti Istana Al Hambra, Taj Mahal, Masjid Besar Cordova adalah setanding dengan Menara Condong Pisa, Piramid dan Tembok Besar Negeri China. Tokoh-tokoh Islam seperti Avecienna,Ar Radzi, Al Farabi mesti kita sanjung sepertimana kita menyanjungi Voltaire, Newton, Einstein, Socrates, Plato dan lain-lain,”katanya lagi.

Dalam diam Halimah tersenyum,Saudah juga tersenyum.Fauziah menggeleng-gelengkan kepala.

“Tak sangka,begini berjayanya orientalis menusuk jarum halus idealismenya sehingga erti Tamadun Islam diselewengkan oleh intelek Islam sendiri.Tokoh-tokoh palsu disanjungi. Mana diletakkan para sahabat Nabi? Mana disembunyikan salafussoleh sekitar tiga kurun? Mana kehebatan Imam Mazhab yang empat?”protes Fauziah dalam diam.

“Empayar Islam pula kurang sedikit luasnya dari apa yang dipunyai oleh Empayar Monggol di bawah Genghiz Khan.Uma Islam satu ketika kuat di lapangan ekonomi dan ketenteraan.Banyak senjata-senjata peperangan moden hari ini diilhamkan dari senjata tentera Turki abad ke-17. Di sinilah kekuatan Islam, keagungan Islam, kehebatan Islam,” tambah Dr Azlan Tar-Hitam, air liurnya bersembur, mukanya merah,semangatnya bernyala-nyala.

“Kita mesti meraih semula keagungan ini. Untuk itu umat Islam mesti progresif menggunakan segala kemudahan teknologi dan saintifik. Kita harus bebas memahamikan agama mengikut suasana, perkembangan institusi keilmuan masa kini. Bebas dari belenggu kaum Asha’ariah, Maturidiah dan kaum sufi yang penuh mitos dan kaku,” serang Dr Azlan Tar-Hitam betalu-talu.
“Syafiwah, kamu seolah-olah tak setuju.Saya tahu kamu tak setuju. Katakan !”cabar Dr Azlan Tar-Hitam. Dia dah tak sabar lagi. Dendam terpendamnya akhirnya meletus.

Suasana dewan berhawa dingin itu panas. Fatin amat resah. “Entah-entah orang tua ini mengamuk sampai dua jam, aku ada ‘date’ dengan Farid di cafeteria ni,”detik hati Liza. Dia sedar kalau kena gayanya Dr Azlan Tar-Hitam akan melalut lebih lama. Lebih dari sukatan pelajaran dan masa yang ditentukan. Pada Fatin, ilmu Islam itu cukuplah sekadar sukatan pelajaran. Buat apa nak lebih-lebih, bukan disoal dalam peperiksaan.
Dr Azlan Tar-Hitam mundar-mandir,terangguk-angguk sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.Macam ayam jantan mencabar nak berlaga. Kembang tangan dan dadanya. Kalau bolehlah, dia pun mahu berkokok.

“Tuan professor,eer…Tuan Dr. saya sebenarnya mahu berbincang secara tertutup hal ini. Memang benar, ada perkara-perkara yang saya musykilkan.Tapi saya rasa elok kita bincangkan berdua sahaja,”perlahan Syafiwah bersuara seolah-olah merayu.

“Tidak, jika awak rasa benar,awak mesti menyatakannya depan saya, depan kawan-kawan awak.Kebenaran itu bukan sahaja untuk awak tapi untuk semua. Nah saya bagi awak peluang. Nyatakan kebenaran awak,” jolok Dr Azlan Tar-Hitam terus-terusan.

Syafiwah diam,tetapi kepalanya ligat berfikir,hatinya laju menimbang, perlahan-lahan berdoa, “Aku berlindung kepada Allah dari ilmu yang tak bermanfaat”.

“Baiklah Tuan Dr. saya akan cuba,”kata Syafiwah.

“Nah jeratku bingkas.Engkau akan terjerat Nizam,”melonjak-lonjak hati Dr Azlan Tar-Hitam girang.

Halimah,Saudah dan Fauziah mula berpeluh. Suhaimi teringat programnya untuk keluar minum dengan Rokiah, “Melepaslah aku”,keluhnya. Fatin tak dapat diceritakan lagi gelagatnya. Seperti ada bara api yang sedang membakar hati dan jantung. “Bertengkarlah lagi aku dengan Farid,” Bentak hati Fatin.

Pada Razak dan Fatin soal itu tidak penting.Bukan ditanya dalam peperiksaan.Bukan ada dalam sukatan kuliah .Semua tak penting. Apa itu tamadun Islam sebenarnya tidak penting?Siapa tokoh Islam sebenarnya mereka tidak kisah.Pokoknya, study nota kuliah. Lulus periksa sudah cukup. Apa nak pening-pening kepala sangat?

Fatin tak kira,Farid tak kira, Razak tak kira, Rokiah pun tak kira sama ada tokoh Islam Avecienna atau Imam Syafie Ibn. Rusyd atau Imam Al Ghazali. Tapi yang dia ,minat Madonna,Vanilla Ice, New Kids On The Blocks, Jutine Bieber. Tak penting sama ada betul Taj Mahal itu lambang keagungan Islam atau tidak, pokoknya panggung wayang tetap buka, bangunan Daya Langit tempat mereka bercanda tak roboh cukup. Begitulah luasnya pemikiran mahasiswa-mahasiswi tahun akhir Fakulti Dakyah Islamfobia, Universiti Tanah Cair.Hebat, progresif, dinamik.

“Sebenarnya pada saya,ada bezanya dengan tamadun Islam dengan tamadun orang Islam. Tamadun Islam ialah tamadun yang dibina berlandaskan Al Quran dan Al Sunnah.Matlamat dan perlaksanaanya sekali-kali tidak melanggar syariat. Tamadun ini bermula pada zaman Rasulullah lagi.Ia tidak berlandaskan kepada tamadun dan kebudayaan orang lain sebelum atau selepasnya,” Syafiwah mula bersuara.

“Mengapa awak membezakan keduanya?”Bagi saya, tamadun yang saya sebutkan tadi adalah tamadun Islam.Avecienna ,Ibn. Rusyd dan lain-lain itu adalah orangorang Islam.Jadi,kemajuan dan kerja mereka adalah tamadun Islam.Tak ada apa-apa keraguan tentang itu kecualilah awak nak kafirkan Avecienna,Ibn. Rusyd dan lain-lain tu,”potong Dr Azlan Tar-Hitam dengan penuh sindiran.

Fatin terasa nak melompat.Minatnya mula timbul kepada persoalan itu. “Come on! Dr.!”jerit hati Fatin dalam diam.Padanya apa yang dikatakan oleh Dr Azlan Tar-Hitam memang benar.Logiknya jelas, tamadun orang Islam adalah tamadun Islam.Titik, Habis.Tak ada tapinya lagi.

Tapi Fauziah di belakang ada pandangan berbeza.Rasanya nak menyampuk juga. “Tapi biarlah Syafiwah saja ke depan,”bisiknya.

“Saya tidak berniat mengkafirkan sesiapa.Cuma saya jelaskan di sini, jika umat Islam membina kemajuan berlandaskan falsafah Yunani, faham kapitalisme,sosialisme,komunisme dan nasionalisme kemudian terhasil satu bentuk tamadun,itu bukan tamadun Islam tetapi tamadun orang Islam. Al kindi,Ibn Al Farabi dan Ibn Sina tak dapat dinafikan membina kemajuan tetapi mereka telah terpengaruh dengan dahsyatnya oleh falsafah Yunani.

“Di sudut-sudut tertentu ada kecacatan pada fahaman dan akhlak mereka.Mereka bukan contoh terbaik umat ini.Mereka sebenarnya tidak dikenali dalam dunia Islam dan hampir dilupai,sehingga mereka ditonjolkan kembali oleh orientalis Barat yang sekularis,”patah demi patah perkataan keluar dari mulut Syafiwah yang bertudung litup itu.

“Habis pada pendapat awak kemajuan-kemajuan yang disebutkan tadi bukanlah keagungan Islam?Begitu?” Dr Azlan Tar-Hitam dengan senyum sinis penuh kejengkilan. “Kalau begitu di mana keagungannya Islam? Pada tudung?Pada jubah awak ke? Atau pada hidup kolot yang menolak kemajuan saintifik?”

“Keagungan Islam tidak hanya terletak pada jubah,serban atau purdah pada jeans ketat dan mini skirt atau pakaian yang lain,”perlahan tapi jelas kedengaran suara Syafiwah.Tembus ke telinga Fatin, telinga Razak,telinga Halimah,Saudah,Fauziah dan telinga siswa-siswi dalam dewan kuliah yang semakin panas itu.
“Ai…kau hentam aku ke?”desir hati Fatin.

“Kalaulah keagungan Islam itu dikenali pada luasnya empayar,pada bangunannya yang indah,pada kemajuan bidang ilmu dan intelektualiti taklah gagah,taklah hebat,”ujar Syafiwah penuh teratur.

“Kenapa awak berani kata begitu?”sanggah Dr Azlan Tar-Hitam tak sabar.

“Sebab, terbukti tanpa ajaran Islam pun orang boleh meluaskan empayar membina bangunan dan lain-lain pembangunan fizikal. Genghiz Khan boleh menawan dunia tanpa Al Quran dan sunnah.Shih Huang Ti mampu membina Tembok Besar China tanpa pertolongan wahyu.Thomas Elva Edison dapat mencipta alat-alat elektrik tanpa berpandukan hadis,”hujah Syafiwah lagi.

“Keagungan Islam adalah tersendiri,”sambungnya “Tak akan tercapai dengan jalan-jalan lain kecuali dengan mengikut Al Quran dan Al Sunnah”

“Apa dia?”hujah Dr Azlan Tar-Hitam tak sabar.

“Islam agung kerana mampu melahir manusia yang mencintakan Allah, kasih sesama manusia,mampu mengalahkan hawa nafsu,memerangi syaitan.Manusia yang menjadikan syurga sebagai idaman, ingat mati, takut neraka jihad dan pengorbanan sebagai amalan dan pakaian hidup.”

“Itu tak hebat!”celah Dr Azlan Tar-Hitam.

“Bagi saya cukup hebat kerana dengan itu muncullah orang kaya pemurah, orang miskin yang sabar, ulama yang berani, pemerintah yang adil, rakyat yang setia, suami yang bertanggungjawab, isteri yang patuh, peniaga yang jujur,majikan yang bertimbang rasa, buruh yang rajin.Dengan itu dunia pun jadi aman tenteram.Inilah uniknya Islam.Ia mampu memproses hati memanusiakan manusia.Inilah yang diamalkan pembangunan insan,” jelas Syafiwah satu per satu.

Dewan sunyi sepi,kaku,dan terpaku dengan kata-kata lembut Syafiwah.

“Kita mesti faham hakikat ini.Inilah yang akan membangkitkan rasa mahu untuk mengamalkan Islam bukan sekadar tahu apa itu Islam.Kita mahu roh dan fikrah Islamiah.Tak cukup sekadar fikrah Islamiah yang jadi ‘mental exercise’semata-mata.Islam mesti diamalkan bukan dikaji teori dan falsafahnya untuk dipolimikkan semata-mata…”

“Awak kolot.Tidak intelek.Kaku.Jumud,”serang Dr Azlan Tar-Hitam kehilangan rasional.

“Kita mahu amaliah Islam bukan sekadar ilmiahnya.Islam mesti dipasak di hati uintuk jadi amalan.Tak cukup berlegar di kepala sahaja.Islam untuk dikerjakan bukan untuk dikerja-kerjakan,”Syafiwah terus berkata tanpa terganggu oleh serangan Dr Azlan Tar-Hitam.

“Kamu bermimpi Syafiwah.Mana ada generasi melainkan yang kamu idamkan itu.”

“Ia pernah wujud.Wujud di zaman Nabi dan para sahabat.Dan ia boleh wujud lagi sekarang kalau kita benar-benar berusaha”.

“Kita mesti bebas dari dogma orthodok itu.Mana mungkin masalah seribu empat ratus dahulu sama dengan masa kini yang sudah berkembang dan berubah,”tangkis Dr Azlan Tar-Hitam.Peluhnya mula menitik walaupun sejuk hawa dingin dalam kuliah itu semakin mencengkam.

“Kita tidak boleh memandang Islam dari kaca mata Orientalis…” Syafiwah berhenti sejenak.Direnungnya Dr Azlan Tar-Hitam .Penuh kasih,penuh harap.

Ia mengharap tanda-tanda insaf akan terbayang akan bola mata Dr Azlan Tar-Hitam. Tudung purplenya terlilit kemas sekemas luahan hujah-hujahnya. Mata Liza,Suhaimi melirik tajam kepadanya.

“Ya Allah,berilah kekuatan kepadaku seperti yang pernah engkau kurniakan pada Jaafar bin Abi Talib ketika berdialog dengan Najasy,” doa Syafiwah dalam hatinya.

“…Jika kita memandang Islam dari mata kaca orientalis apalagi terus meyakini intelek Islam yang hanya ada Fikrah Islamiah bukan roh Islamiah. Ertinya,Islam hanya bertunjang pada akal,bukan dalam hati. Mereka hanya tahu Islam baik tapi kemahuan untuk melaksanakannya sangat lemah. Kalah dengan bujukan nafsu. Intelek Islam tetapi tidak sembahyang. Culas beribadah. Mengabaikan zakat. Tidak ada jiwa jihad. Tandus sifat pengorbanan.Yang dipentingkan hanya gaji, pangkat dan nama,” terang Syafiwah lagi.

Dr Azlan Tar-Hitam geram.Dia terasa ditelanjangkan dengan kata-kata Syafiwah. Sembahyang?dia memang malas.Keluar zakat? Setakat zakat fitrah bolehlah. Zakat harta? Income tax pun sudah mebebankan.
“Ada intelek Islam yang makan riba dalam dia tahu yang riba itu haram,”tambah Syafiwah.

Kereta mewah dan banglo Dr Azlan Tar-Hitam menerjah dalam ingatannya. Semua itu dibeli cara riba.Cara berhutang.Pinjaman dari Bank.Apa nak buat,terpaksa.

“…mencemik pada purdah tapi pejam mata pada dedah. Mereka mahu Islam ikut otak dan nafsu mereka.Dan ditempel itu dengan istilah maju, progresif dan moden,”tambah Syafiwah.

Dr Azlan Tar-Hitam rasa terpukul.Diakah intelek Islam yang dimaksudkan oleh Syafiwah.

Soalan-soalan itu makin menekan jiwanya.Nafsunya turun naik. Geram dan sakit hatinya membumbung langit.Tiba-tiba mata Dr Azlan Tar-Hitam berbintang-bintang dan berkunang-kunang.Dewan kuliah gempar Dr Azlan Tar-Hitam rebah pengsan. Gempar!

Esok.lusa, tulat, bulat, dan lama-lama telah berulat Universiti Tanah Cair sunyi dari derap kasut tinggi Dr Azlan Tar-Hitam.Beliau cuti tiga bulan-dipaksa rehat oleh sakit jantung dan darah tingginya.Sementara itu mahasiswa tahun akhir Fakulti Dakyah Islamifobia telah tamat tahun akhir. Jika lulus masing-masing akan mendapat ijazah.Pakai jubah labuh,topi empat segi,di majlis seribu megah,bermandi cahaya flash kamera dan bertukar-tukar tahniah.Secebis kertas berisi nama, bertinta emas,bertanda tangan,bercop dan diukir indah,diarak depan kawan dan keluarga.

Fatin akan bangga,Razak akan bangga dengan Ijazah Muda Fikrah Islamiah, lesen untuk mendapat kerja dan ribuan ringgit sebagai ganjaran! Perjuangan Islam? Ah, itu bukan tanggung jawab aku! Itu fikir mereka.

Ya, aku sudah bertunang. Bertunang dengan ilmu agama. Bertunang dengan agama Islam. Maaf Dr Azlan Tar-Hitam. Bukan aku tidak mahu memilih dirimu. Tetapi aku lebih memikirkan tunangan Allah dan Rasul. Pencinta kepada sang pencipta. Murabbi yang banyak mengajar aku. maaf Dr Azlan Tar-Hitam. Aku sudah bertunang. Surat yang di sampaikan kepada Dr Azlan Tar-Hitam, memang menghiris hati dan perasaan Dr Azlan Tar-Hitam.

SYURGA RUMAHTANGGA
Binalah rumah-tangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk… Allah jua

Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
tempat merujuk segala kekusutan
tempat mencari semua penyelesaian
rumah jadi sambungan madrasah
berputiklah mawaddah…
berbuahlah rahmah

Inilah kunci kebahagiaan rumah-tangga
setia dan penyayang seorang suami
cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
lahirlah zuriat yang soleh dan solehah! 









Continue...