Followers

Tuesday, February 22

Maaf Aku Sudah Bertunang

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 9:41 PM 0 comments

pretty ugly bidadari




Maaf Aku Dah Bertunang

Dalam tubuh manusia ada seketul daging, daging yang mana apabila di corakkan begini, beginilah ia. Sebut pasal satu benda ni, semua orang boleh tau. Semua orang dapat agak. Itulah dia hati. Dalam semua tubuh badan yang bernyawa ada seketul daging yang di namakan hati. 

Tidak kiralah hati pada haiwan, pada manusia. Semua adalah hati yang di ciptakan oleh Allah. Berbicara tentang hati, semua tidak pernah lari dari rindu dan cinta. Tidak pernah lari dari rasa sayang dan merindui. Itulah dia penangan hati.

Ya. Amat besar sekali faktor hati ini. Ia boleh menjadi raja dan kerajaan sendiri di dalam tubuh manusia. Yang mengawal setiap pergerakan manusia tak kira dari sekecil zarah sampai sebesar alam semesta. Mungkin. Sabda Rasulullah saw:

“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari

Bila kita sudah berkapel, lagi elok kalau kita terus dengan bertunang. Tapi, tunang bukan satu lessen hijau untuk pasangan melakukan maksiat. Bertunang adalah satu ikatan sebelum perkahwinan. Dalam al-quran Allah telah menjelaskan dengan firman:

“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]

Nabi pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].

Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi :

“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud #2082]

Bila hati sudah menjadi raja. Maka lingkuplah industri pertumbuhan iman.
Maka dengan ini terimalah dengan hati yang terbuka, Aku Sudah Bertunang. 

Maaf Aku Dah Bertunang.

Marah. Memang marah. Kewibawaan diri. Dia tak sabar lagi. Mana boleh. Bila jari telunjuk dah tercucuk mata. Ular yang kecil macam sawa sudah mahu menjadi sebesar naga.

“ Dia benar-benar mencabar kewibawaanku. Gelaran dan gelaran yang aku terima sepatutnya di hormati. aku seorang yang berdedikasi di Universiti Tanah Cair di Utara tanah tanah air. Lepasan Ph.D dari Colaroda lulusan Usulluddin. Sepatutnya dia terima dan hormat akan keputusan aku. Aku ni muda belia dah ada Ph.D.” gerutu Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Kepala botaknya di usap-usap kerana kepanasan. Bagaikan ada yang membakar kewibawaan diri dia. Botak bukan sebarang botak. Botak yang berinteleks dan ada tanda. Tanda orang bijak dan banyak berfikir.

“ Budak itu perlu di ajar. Baru nak bertatih, sudah anggap diri di langit biru. Sudah berani mencabar sang naga yang buas mananti mangsa.”  Cebek Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Air mukanya kelat. Lebih kelat dari teh-o yang tiada gula.
Kebenciannnya pada Zulaikha memang menggunung. Bagaikan gunung Himalaya dan ada satu lagi gunung yang menempel di atas Banjaran Himalaya. Bagi Prof Dr Azlan Tar-Hitam Syafiwah Zulaikha adalah satu watak heroin. Dan dia pula adalah hero di dalam satu filem. Menggoda dan penggoda adalah watak di dalam filem arahan Prof Dr Azlan Tar-Hitam sendiri. Apabila hero memikat heroin. Heroin cair dan perkahwinan akan berlangsung. Selepas itu barulah filem itu tamat. Tapi ia tamat bagaikan bukan dalam filem. Si heroin terbang ke lelaki lain. Ia terus melangkah. Membawa tubuhnya yang sasa dan berisi. Tubuh yang amat di banggakan. Tubuh yang selalu menjadi gilaan primadona-primadona. Bila kawannya bertanya, apakah rahsia di sebalik tubuhnya yang menawan. Walaupun usia sudah menginjak 30-an, badan masih lagi sasa. Prof Dr Azlan Tar-Hitam menjawab “ Life Begin At Forty”.
Dia terus berjalan. Kasut tumit kerasnya sengaja di hentak-hentak ke jalan. Dap..dap.. bunyi derapan kasut Prof Dr Azlan Tar-Hitam sudah kedengaran dari jauh. Macam ada askar sedang berkawad. Bagaikan mahu merekah lantai simen Universiti Tanah Cair. Kalau boleh biar semua tahu, yang sedang berjalan adalah Ketua Fakulti Insaniah Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Kembang kuncup hatinya membayangkan yang megah, yang hebat.

Langkah kaki makin cepat. Di celah ketiak terselit nota-nota Tamadun Islam di dalam satu fail hitam. Dia sudah siap-siaga bagaikan komanden perang. Pintu dewan kuliah di tolak keras. Matanya tidak berkerdipan memandang semua pelajar-pelajarnya. Bagaikan harimua yang tengah kelaparan menanti mangsa. Mangsa yang sebenar adalah Syafiwah Zulaikha. Sudah berbagai pancing di gunakan. Namun mangsa tidak mahu memakan umpan. Jangan di guna kail yang panjang sejengkal. Kalau laut dalam tidak dapat di duga. “Ah! Persetan semua itu, yang penting kali ni, aku mesti dapat dia.” Gumam hati Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Derap padu kasut hitamnya sama dengan dengungan bunyi air-cond dewan kuliahnya.

Wajahnya di seriuskan sedikit. Dengan misai yang kontot ala-ala Hitler. Tampak sedikit garang.  Bush jacket biru laut dengan poket-poket kosong bertaburan itu dirasakan amat menawan. Tambah seri dengan pen Parker warna emas terselit di poket sebelah kanan.

Itulah simbol statusnya. ‘Syiar’ Usuludin yang dipelajarinya selama lima tahun dibawah tarbiah Prof. David Kent. Hasil menadah kitab dari cendekiawan dan intelek negara atas angin yang ilmu islamnya diperakukan dan diiktiraf. Lengkap dengan hujah autentik,saintifik dan logik. Mahagurunya, Profesor David Kent amat arif dalam tauhid dan falsafah Islam walaupun dirinya sendiri tidak Islam!

Di Universiti Colaroda itulah terhasilnya satu tesis “ Mahligai Tauhid Dan Cinta Dalam Peradaban Manusia” gah! Memang gah bunyinya. Bagaikan tin kosong yang ada air. Di ketok mampat. Dan bila di buka lagi mampat. Itulah hasil bersarang dan mengeram di dalam perpustakaan, seminar, dan perbincangan.
Kehadirannya menyebabkan suasana dewan kuliah sepi.Celoteh dan gelak tawa siswa-siswi mati. Mata Prof Dr Azlan Tar-Hitam liar ke depan. Mencari mangsa. Terus mencari sasaran.Ha, itu pun Syafiwah Zulaikha. Mudah mencarinya,duduk paling depan bertudung labuh dan sentiasa berjubah, yang pada Prof Dr Azlan Tar-Hitam seperti membalut otaknya.

“ duduk paling depan konon, tak nak bercampur dengan lelaki lain dan perempuan lain. Fuuh… Hipokrit, tak pe, kali ni akan aku ajar kau macam mana jangan jadi hipokrit. Apa salahnya duduk sebelah Fatin, Fazli dan Syikin?” mengamuk Prof Dr Azlan Tar-Hitam di dalam hatinya. Melawan dengan nafsu sendiri. Berlawan dengan hati yang sudah jadi raja dan ada kawasan jajahan yang lain.

“ Biar. Kali ni aku ajar budak pondok sesat. Budak ni aku perlu kenakan di Menara Gading yang gah ni” azam makin tinggi. Setelah pinangan dan pelawaan untuk menjadi suri hatinya di tolak. Malah, yang lagi menjengkelkan hati Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Betul-betul sakit hati.

Kuliah dimulakan.Suaranya lantang,padat dan memikat.Memang kalau berhujah dan berpidato dia terkenal jaguh. ‘Best speaker’ Sudut Pidato yang sering menyalak bukit semasa menuntut di universiti dulu.

Mula-mula ia bercakap tentang Tuhan, tentang Islam,tentang sifat Uluhiah dan Rububiah, tentang manusia, falsafah hidup, tentang alam. Habis semua disentuhnya.Dirangkum,dicantum dan dipersembahkan dengan terang dan lantang. Cukup? Ah! Belum,belum cukup lagi.Wajib ditambah dengan ulasan-ulasan para Orientalis Barat. Apa kata Prof. Arnold Toynbee, apa kata Juynboll, Gol Ziher dan lain-lain. Tidak lupa disertakan nama buku, pengarang journal ini, makalah itu, cetakan tahun sekian. Muka surat sekian.Nah itu baru lengkap.Persis gaya dan teknik Tok gurunya, Prof. David Kent sewaktu member kuliah di Amerika dulu.

Fatin mencuit Razak yang duduk di sebelah. Terlopong mulut pelajar-pelajar mendengar ceramah Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Pelajar-pelajar semua giat mencatit dan mencatat segala hujahan. Merenung ke depan muka, mencatit semula. Merenung dan mencatit. Bagaikan burung belatuk yang tiada rehat mematuk batang pokok. Konsesnterasinya hanya pada ceramah yang di sampaikan tentag undang-undang Allah, tamadun Islam dan kebudayaan Islam.

Fatin memang bijak dalam pejalaran. Anak emas Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Ia kaya dengan prinsip, ilmu untuk akal, pakaian untuk tubuh dan iman pula adalah pada hati seseorang. Siapa kita untuk menilai tahap keimanan seseorang? Itulah pegangan Fatin, siswi tahun akhir Fakulti Dakyah Islamifobia, di Universiti Tanah Cair. “ Mungkin. Mungkin tubuh ku yang di baluti dengan kain nangka ini tersemat iman menggunung tinggi? Siapa tahu?” hujah Fatin bila di sangkal dan di bidas oleh rakan-rakan tentang pemakaian dia ke kelas. Pakaiannya agak terdedah lagi terketat dan boleh mencuci mata bagi jantan-jantan jongos yang lapar akan nafsu.

Prof Dr Azlan Tar-Hitam berhenti sejenak. Matanya liar menjelajah dari satu mata ke satu mata yang lain.

“ Ada apa-apa soalan?” tanya Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Di pandangnya Fatin.

“Bagus, tangkas dan cepat. Seperti biasa” bisik hati kecil Prof Dr Azlan Tar-Hitam.

Pandangannya beralih ke arah belakang. Satu kumpulan gagak hitam seperti Syafiwah Zulaikha. Air mukanya berubah. Bertudung labuh.

“ Huh, gagak hitam kampus. Sama seperti Syafiwah. Entah-entah tidur di sebalik tudungnya yang labuh. Saja nak tutup muka.” Ejek Prof Dr Azlan Tar-Hitam dalam hati.

“ Ada apa-apa soalan?” ujar Prof Dr Azlan Tar-Hitam lagi.

“ Apalagi. Sahutlah cabaranku. Aku sudah bersedia mematahkan hujah-hujahmu. Aku telah bersedia untuk memalukan kau Syafiwah. Harap Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Di renung terus mata Syafiwah Zulaikha. Tapi, Syafiwah tetap tenang. Di berikan senyuman kepada Prof Dr Azlan Tar-Hitam. Geram. Terbakar hatinya. Kenapa, kau bukan milikku!

“Seperti yang saya terangkan pada keluasan empayarnya,banyaknya Hasil seni bangunan yang amat unik seni binanya, lahir pula tokoh-tokoh umat Islam di pelbagai bidang perubatan.Lahir Rhazes atau Ar Razi dan Avecienna di bidang perubatan.Lahir Al Hazm di bidang optik dan fizik, Al Farabi, Al Khindi, Ibn Rusyd dan lain-lain,” Dr Azlan Tar-Hitam melanjutkan kuliahnya.

Syafiwah diam.Tetapi dalam hatinya membantah keras.Perasaannya meloncat-loncat untuk menjawab tetapi ditahan .Sabar…pujuk hatinya. “Oleh itu bangunan seperti Istana Al Hambra, Taj Mahal, Masjid Besar Cordova adalah setanding dengan Menara Condong Pisa, Piramid dan Tembok Besar Negeri China. Tokoh-tokoh Islam seperti Avecienna,Ar Radzi, Al Farabi mesti kita sanjung sepertimana kita menyanjungi Voltaire, Newton, Einstein, Socrates, Plato dan lain-lain,”katanya lagi.

Dalam diam Halimah tersenyum,Saudah juga tersenyum.Fauziah menggeleng-gelengkan kepala.

“Tak sangka,begini berjayanya orientalis menusuk jarum halus idealismenya sehingga erti Tamadun Islam diselewengkan oleh intelek Islam sendiri.Tokoh-tokoh palsu disanjungi. Mana diletakkan para sahabat Nabi? Mana disembunyikan salafussoleh sekitar tiga kurun? Mana kehebatan Imam Mazhab yang empat?”protes Fauziah dalam diam.

“Empayar Islam pula kurang sedikit luasnya dari apa yang dipunyai oleh Empayar Monggol di bawah Genghiz Khan.Uma Islam satu ketika kuat di lapangan ekonomi dan ketenteraan.Banyak senjata-senjata peperangan moden hari ini diilhamkan dari senjata tentera Turki abad ke-17. Di sinilah kekuatan Islam, keagungan Islam, kehebatan Islam,” tambah Dr Azlan Tar-Hitam, air liurnya bersembur, mukanya merah,semangatnya bernyala-nyala.

“Kita mesti meraih semula keagungan ini. Untuk itu umat Islam mesti progresif menggunakan segala kemudahan teknologi dan saintifik. Kita harus bebas memahamikan agama mengikut suasana, perkembangan institusi keilmuan masa kini. Bebas dari belenggu kaum Asha’ariah, Maturidiah dan kaum sufi yang penuh mitos dan kaku,” serang Dr Azlan Tar-Hitam betalu-talu.
“Syafiwah, kamu seolah-olah tak setuju.Saya tahu kamu tak setuju. Katakan !”cabar Dr Azlan Tar-Hitam. Dia dah tak sabar lagi. Dendam terpendamnya akhirnya meletus.

Suasana dewan berhawa dingin itu panas. Fatin amat resah. “Entah-entah orang tua ini mengamuk sampai dua jam, aku ada ‘date’ dengan Farid di cafeteria ni,”detik hati Liza. Dia sedar kalau kena gayanya Dr Azlan Tar-Hitam akan melalut lebih lama. Lebih dari sukatan pelajaran dan masa yang ditentukan. Pada Fatin, ilmu Islam itu cukuplah sekadar sukatan pelajaran. Buat apa nak lebih-lebih, bukan disoal dalam peperiksaan.
Dr Azlan Tar-Hitam mundar-mandir,terangguk-angguk sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.Macam ayam jantan mencabar nak berlaga. Kembang tangan dan dadanya. Kalau bolehlah, dia pun mahu berkokok.

“Tuan professor,eer…Tuan Dr. saya sebenarnya mahu berbincang secara tertutup hal ini. Memang benar, ada perkara-perkara yang saya musykilkan.Tapi saya rasa elok kita bincangkan berdua sahaja,”perlahan Syafiwah bersuara seolah-olah merayu.

“Tidak, jika awak rasa benar,awak mesti menyatakannya depan saya, depan kawan-kawan awak.Kebenaran itu bukan sahaja untuk awak tapi untuk semua. Nah saya bagi awak peluang. Nyatakan kebenaran awak,” jolok Dr Azlan Tar-Hitam terus-terusan.

Syafiwah diam,tetapi kepalanya ligat berfikir,hatinya laju menimbang, perlahan-lahan berdoa, “Aku berlindung kepada Allah dari ilmu yang tak bermanfaat”.

“Baiklah Tuan Dr. saya akan cuba,”kata Syafiwah.

“Nah jeratku bingkas.Engkau akan terjerat Nizam,”melonjak-lonjak hati Dr Azlan Tar-Hitam girang.

Halimah,Saudah dan Fauziah mula berpeluh. Suhaimi teringat programnya untuk keluar minum dengan Rokiah, “Melepaslah aku”,keluhnya. Fatin tak dapat diceritakan lagi gelagatnya. Seperti ada bara api yang sedang membakar hati dan jantung. “Bertengkarlah lagi aku dengan Farid,” Bentak hati Fatin.

Pada Razak dan Fatin soal itu tidak penting.Bukan ditanya dalam peperiksaan.Bukan ada dalam sukatan kuliah .Semua tak penting. Apa itu tamadun Islam sebenarnya tidak penting?Siapa tokoh Islam sebenarnya mereka tidak kisah.Pokoknya, study nota kuliah. Lulus periksa sudah cukup. Apa nak pening-pening kepala sangat?

Fatin tak kira,Farid tak kira, Razak tak kira, Rokiah pun tak kira sama ada tokoh Islam Avecienna atau Imam Syafie Ibn. Rusyd atau Imam Al Ghazali. Tapi yang dia ,minat Madonna,Vanilla Ice, New Kids On The Blocks, Jutine Bieber. Tak penting sama ada betul Taj Mahal itu lambang keagungan Islam atau tidak, pokoknya panggung wayang tetap buka, bangunan Daya Langit tempat mereka bercanda tak roboh cukup. Begitulah luasnya pemikiran mahasiswa-mahasiswi tahun akhir Fakulti Dakyah Islamfobia, Universiti Tanah Cair.Hebat, progresif, dinamik.

“Sebenarnya pada saya,ada bezanya dengan tamadun Islam dengan tamadun orang Islam. Tamadun Islam ialah tamadun yang dibina berlandaskan Al Quran dan Al Sunnah.Matlamat dan perlaksanaanya sekali-kali tidak melanggar syariat. Tamadun ini bermula pada zaman Rasulullah lagi.Ia tidak berlandaskan kepada tamadun dan kebudayaan orang lain sebelum atau selepasnya,” Syafiwah mula bersuara.

“Mengapa awak membezakan keduanya?”Bagi saya, tamadun yang saya sebutkan tadi adalah tamadun Islam.Avecienna ,Ibn. Rusyd dan lain-lain itu adalah orangorang Islam.Jadi,kemajuan dan kerja mereka adalah tamadun Islam.Tak ada apa-apa keraguan tentang itu kecualilah awak nak kafirkan Avecienna,Ibn. Rusyd dan lain-lain tu,”potong Dr Azlan Tar-Hitam dengan penuh sindiran.

Fatin terasa nak melompat.Minatnya mula timbul kepada persoalan itu. “Come on! Dr.!”jerit hati Fatin dalam diam.Padanya apa yang dikatakan oleh Dr Azlan Tar-Hitam memang benar.Logiknya jelas, tamadun orang Islam adalah tamadun Islam.Titik, Habis.Tak ada tapinya lagi.

Tapi Fauziah di belakang ada pandangan berbeza.Rasanya nak menyampuk juga. “Tapi biarlah Syafiwah saja ke depan,”bisiknya.

“Saya tidak berniat mengkafirkan sesiapa.Cuma saya jelaskan di sini, jika umat Islam membina kemajuan berlandaskan falsafah Yunani, faham kapitalisme,sosialisme,komunisme dan nasionalisme kemudian terhasil satu bentuk tamadun,itu bukan tamadun Islam tetapi tamadun orang Islam. Al kindi,Ibn Al Farabi dan Ibn Sina tak dapat dinafikan membina kemajuan tetapi mereka telah terpengaruh dengan dahsyatnya oleh falsafah Yunani.

“Di sudut-sudut tertentu ada kecacatan pada fahaman dan akhlak mereka.Mereka bukan contoh terbaik umat ini.Mereka sebenarnya tidak dikenali dalam dunia Islam dan hampir dilupai,sehingga mereka ditonjolkan kembali oleh orientalis Barat yang sekularis,”patah demi patah perkataan keluar dari mulut Syafiwah yang bertudung litup itu.

“Habis pada pendapat awak kemajuan-kemajuan yang disebutkan tadi bukanlah keagungan Islam?Begitu?” Dr Azlan Tar-Hitam dengan senyum sinis penuh kejengkilan. “Kalau begitu di mana keagungannya Islam? Pada tudung?Pada jubah awak ke? Atau pada hidup kolot yang menolak kemajuan saintifik?”

“Keagungan Islam tidak hanya terletak pada jubah,serban atau purdah pada jeans ketat dan mini skirt atau pakaian yang lain,”perlahan tapi jelas kedengaran suara Syafiwah.Tembus ke telinga Fatin, telinga Razak,telinga Halimah,Saudah,Fauziah dan telinga siswa-siswi dalam dewan kuliah yang semakin panas itu.
“Ai…kau hentam aku ke?”desir hati Fatin.

“Kalaulah keagungan Islam itu dikenali pada luasnya empayar,pada bangunannya yang indah,pada kemajuan bidang ilmu dan intelektualiti taklah gagah,taklah hebat,”ujar Syafiwah penuh teratur.

“Kenapa awak berani kata begitu?”sanggah Dr Azlan Tar-Hitam tak sabar.

“Sebab, terbukti tanpa ajaran Islam pun orang boleh meluaskan empayar membina bangunan dan lain-lain pembangunan fizikal. Genghiz Khan boleh menawan dunia tanpa Al Quran dan sunnah.Shih Huang Ti mampu membina Tembok Besar China tanpa pertolongan wahyu.Thomas Elva Edison dapat mencipta alat-alat elektrik tanpa berpandukan hadis,”hujah Syafiwah lagi.

“Keagungan Islam adalah tersendiri,”sambungnya “Tak akan tercapai dengan jalan-jalan lain kecuali dengan mengikut Al Quran dan Al Sunnah”

“Apa dia?”hujah Dr Azlan Tar-Hitam tak sabar.

“Islam agung kerana mampu melahir manusia yang mencintakan Allah, kasih sesama manusia,mampu mengalahkan hawa nafsu,memerangi syaitan.Manusia yang menjadikan syurga sebagai idaman, ingat mati, takut neraka jihad dan pengorbanan sebagai amalan dan pakaian hidup.”

“Itu tak hebat!”celah Dr Azlan Tar-Hitam.

“Bagi saya cukup hebat kerana dengan itu muncullah orang kaya pemurah, orang miskin yang sabar, ulama yang berani, pemerintah yang adil, rakyat yang setia, suami yang bertanggungjawab, isteri yang patuh, peniaga yang jujur,majikan yang bertimbang rasa, buruh yang rajin.Dengan itu dunia pun jadi aman tenteram.Inilah uniknya Islam.Ia mampu memproses hati memanusiakan manusia.Inilah yang diamalkan pembangunan insan,” jelas Syafiwah satu per satu.

Dewan sunyi sepi,kaku,dan terpaku dengan kata-kata lembut Syafiwah.

“Kita mesti faham hakikat ini.Inilah yang akan membangkitkan rasa mahu untuk mengamalkan Islam bukan sekadar tahu apa itu Islam.Kita mahu roh dan fikrah Islamiah.Tak cukup sekadar fikrah Islamiah yang jadi ‘mental exercise’semata-mata.Islam mesti diamalkan bukan dikaji teori dan falsafahnya untuk dipolimikkan semata-mata…”

“Awak kolot.Tidak intelek.Kaku.Jumud,”serang Dr Azlan Tar-Hitam kehilangan rasional.

“Kita mahu amaliah Islam bukan sekadar ilmiahnya.Islam mesti dipasak di hati uintuk jadi amalan.Tak cukup berlegar di kepala sahaja.Islam untuk dikerjakan bukan untuk dikerja-kerjakan,”Syafiwah terus berkata tanpa terganggu oleh serangan Dr Azlan Tar-Hitam.

“Kamu bermimpi Syafiwah.Mana ada generasi melainkan yang kamu idamkan itu.”

“Ia pernah wujud.Wujud di zaman Nabi dan para sahabat.Dan ia boleh wujud lagi sekarang kalau kita benar-benar berusaha”.

“Kita mesti bebas dari dogma orthodok itu.Mana mungkin masalah seribu empat ratus dahulu sama dengan masa kini yang sudah berkembang dan berubah,”tangkis Dr Azlan Tar-Hitam.Peluhnya mula menitik walaupun sejuk hawa dingin dalam kuliah itu semakin mencengkam.

“Kita tidak boleh memandang Islam dari kaca mata Orientalis…” Syafiwah berhenti sejenak.Direnungnya Dr Azlan Tar-Hitam .Penuh kasih,penuh harap.

Ia mengharap tanda-tanda insaf akan terbayang akan bola mata Dr Azlan Tar-Hitam. Tudung purplenya terlilit kemas sekemas luahan hujah-hujahnya. Mata Liza,Suhaimi melirik tajam kepadanya.

“Ya Allah,berilah kekuatan kepadaku seperti yang pernah engkau kurniakan pada Jaafar bin Abi Talib ketika berdialog dengan Najasy,” doa Syafiwah dalam hatinya.

“…Jika kita memandang Islam dari mata kaca orientalis apalagi terus meyakini intelek Islam yang hanya ada Fikrah Islamiah bukan roh Islamiah. Ertinya,Islam hanya bertunjang pada akal,bukan dalam hati. Mereka hanya tahu Islam baik tapi kemahuan untuk melaksanakannya sangat lemah. Kalah dengan bujukan nafsu. Intelek Islam tetapi tidak sembahyang. Culas beribadah. Mengabaikan zakat. Tidak ada jiwa jihad. Tandus sifat pengorbanan.Yang dipentingkan hanya gaji, pangkat dan nama,” terang Syafiwah lagi.

Dr Azlan Tar-Hitam geram.Dia terasa ditelanjangkan dengan kata-kata Syafiwah. Sembahyang?dia memang malas.Keluar zakat? Setakat zakat fitrah bolehlah. Zakat harta? Income tax pun sudah mebebankan.
“Ada intelek Islam yang makan riba dalam dia tahu yang riba itu haram,”tambah Syafiwah.

Kereta mewah dan banglo Dr Azlan Tar-Hitam menerjah dalam ingatannya. Semua itu dibeli cara riba.Cara berhutang.Pinjaman dari Bank.Apa nak buat,terpaksa.

“…mencemik pada purdah tapi pejam mata pada dedah. Mereka mahu Islam ikut otak dan nafsu mereka.Dan ditempel itu dengan istilah maju, progresif dan moden,”tambah Syafiwah.

Dr Azlan Tar-Hitam rasa terpukul.Diakah intelek Islam yang dimaksudkan oleh Syafiwah.

Soalan-soalan itu makin menekan jiwanya.Nafsunya turun naik. Geram dan sakit hatinya membumbung langit.Tiba-tiba mata Dr Azlan Tar-Hitam berbintang-bintang dan berkunang-kunang.Dewan kuliah gempar Dr Azlan Tar-Hitam rebah pengsan. Gempar!

Esok.lusa, tulat, bulat, dan lama-lama telah berulat Universiti Tanah Cair sunyi dari derap kasut tinggi Dr Azlan Tar-Hitam.Beliau cuti tiga bulan-dipaksa rehat oleh sakit jantung dan darah tingginya.Sementara itu mahasiswa tahun akhir Fakulti Dakyah Islamifobia telah tamat tahun akhir. Jika lulus masing-masing akan mendapat ijazah.Pakai jubah labuh,topi empat segi,di majlis seribu megah,bermandi cahaya flash kamera dan bertukar-tukar tahniah.Secebis kertas berisi nama, bertinta emas,bertanda tangan,bercop dan diukir indah,diarak depan kawan dan keluarga.

Fatin akan bangga,Razak akan bangga dengan Ijazah Muda Fikrah Islamiah, lesen untuk mendapat kerja dan ribuan ringgit sebagai ganjaran! Perjuangan Islam? Ah, itu bukan tanggung jawab aku! Itu fikir mereka.

Ya, aku sudah bertunang. Bertunang dengan ilmu agama. Bertunang dengan agama Islam. Maaf Dr Azlan Tar-Hitam. Bukan aku tidak mahu memilih dirimu. Tetapi aku lebih memikirkan tunangan Allah dan Rasul. Pencinta kepada sang pencipta. Murabbi yang banyak mengajar aku. maaf Dr Azlan Tar-Hitam. Aku sudah bertunang. Surat yang di sampaikan kepada Dr Azlan Tar-Hitam, memang menghiris hati dan perasaan Dr Azlan Tar-Hitam.

SYURGA RUMAHTANGGA
Binalah rumah-tangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk… Allah jua

Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
tempat merujuk segala kekusutan
tempat mencari semua penyelesaian
rumah jadi sambungan madrasah
berputiklah mawaddah…
berbuahlah rahmah

Inilah kunci kebahagiaan rumah-tangga
setia dan penyayang seorang suami
cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
lahirlah zuriat yang soleh dan solehah! 










0 Responses so far: