Dia Cintaku, Aku Cinta Dia
“Kerana cinta, demi cinta, ku cinta dia, lautan berapi sanggup ku renangi, gunung berapi pun sanggup di redahi. Tambahan peribahasa baru, sungai yang penuh buaya akan ku berenang demi membuktikan cinta dan kasih pada mu duhai sayang.”
Madah berhelah ni selalu kita dengar, selalu di ungkapkan oleh mereka yang mat-mat jiwang. Maaf bagi mereka yang jiwang, kalau ada terasa. Semuanya demi kekasih sebelum berkahwin. Kerana cinta, demi cinta, semuanya akan di lakukan untuk melaksanakan misi-misi dan visi-visi yang tertangguh.
Ayat-ayat cinta yang “power” dan romatika de amore akan cepat mencairkan hati-hati wanita di dunia. Tak kira wanita melayu, cina, India mahupun Afrika, dengan ayat power dan ada “umph” semua boleh jadi. Ayat-ayat macam ni bukan apa, untuk menjaga hati dan hubungan antara pasangan.
Malah yang lagi teruk ada yang sanggup gadai maruah, ada yang sanggup buat macam-macam demi sayang. Manakala yang lebih parah lagi, manusia sanggup membunuh sesama sendiri dan sanggup membunuh diri gara-gara kecewa kerana cinta. Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita kini. Sanggup melanggari segala larangan Allah SWT demi menunjukkan betapanya mereka ini adalah pasangan yang setia. Inilah penangan cinta.
Cinta Dia, Kenal Dia
Maka begitulah halnya dengan hati kita. Sebenarnya, sejak di alam roh lagi kita sudah kenal Allah dan mengakui Dialah Tuhan kita. Firman Allah:
“Bukankah Aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab, ‘Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.”
Al-A’raf : 172
Di alam roh lagi kita telah mengenal Allah. Bahkan telah mengakuinya sebagai Rob (Tuhan kita). Mengenal Allah ertinya mencintai Allah. Kerana siapa sahaja yang kenal Allah, pasti akan mencintai-Nya. Namun perlu diingat, mengenal dan mengetahui itu berbeza. Mengenal dengan hati, mengetahui dengan akal. Sebenarnya, hati kitalah yang telah mengenal Allah di alam arwah dahulu bukan akal kita. Tegasnya, cinta sejati sejak diri bermula ialah cinta Allah.
Malangnya, ramai manusia dipisahkan daripada cinta sejati itu sebaik sahaja mereka lahir ke dunia. Kita mula dipisahkan daripada cinta Allah seperti seorang anak yang dipisahkan daripada ibu sejatinya. Sejak itu tempat cinta sejati di hati kita telah diambil oleh ‘cinta angkat’. Kita telah terpisah dari Allah. Siapa yang memisahkan kita daripada cinta Allah? Sedih, yang memisahkan manusia daripada cinta Allah kerap-kalinya ialah ibu-bapa mereka sendiri. Ibu-bapa tidak mengenalkannya kepada Allah.
Akibat Benih Cinta Allah Terbiar
Konsep didikan yang bertitik-tolakkan ‘Awaludin makrifatullah’ – awal agama mengenal Allah’ tidak diberikan. Benih cinta Allah yang sudah ada dalam diri terbiar. Tidak dibajai dan diairi. Akibatnya, kita kenal ‘selain Allah’. Maka cinta kita pun beralih arah. Hakikat ini ditegaskan oleh sabda Nabi saw:
“Tiada seorang bayi pun yang lahir melainkan dia dilahirkan di atas fitrah. Lalu kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Majusi atau Nasrani, seperti haiwan itu melahirkan haiwan yang sama secara utuh. Adakah kamu menemukan adanya kecacatan?
Penutup: Aku Dan Dia.
Sekiranya cinta itu tidak berlandaskan syariat Islam dan menurut hawa nafsu semata-mata, maka….
Kerana cinta, manusia menjadi buta hati.
Demi cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja seperti membunuh dan sebagainya
Kemaruk cinta, manusia sanggup melanggar syariat Allah SWT
Post a Comment