Raihan - Pesanan Buat Kita
Tidak pelik kita mencintai Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam kerana itulah yang selayaknya atas jasa baginda yang terlalu besar.
Persoalannya, sekiranya baginda melihat keadaan kita dan cara hidup kita sekarang, ADAKAH BAGINDA AKAN CINTAI KITA ?????
Baginda tetap mencintai kita kerana cinta Rasulullah ialah cinta sejati yang tiada nilai harganya tetapi apabila melihat keadaan umatnya sekarang,mesti baginda berasa teramat sedih kerana umatnya telah mengutamakan dunia semata-mata tanpa menghiraukan kepentingan akhirat.
hiburan menjadi amalan hidup,aurat didedahkan tanpa rasa malu padaNya.
padahal sepatutnya kita beruntung kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya.
Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,
“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).
"Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu." (riwayat Bukhari dan Muslim).
Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat. (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)
Orang yang berilmu akan lebih banyak dan lebih mudah untuk menangis,kerana dia mengetahui siapa dirinya dan dimana dia berada. Dan sebaliknya bila seseorang banyak tertawa dan jarang menangis bererti dia kurang mengetahui hakikat dirinya dihadapan Allah..
Rasulullah menghulur cinta bukan untuk dibalas tetapi untuk diteladani.Meneladani cinta Baginda SAW membawa bahagia hingga ke syurga. Orang yang berakal dan mempunyai hati yang sejahtera,menghargai pemberian dan kasih sayang yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin dan membalas kasih sayang dengan kasih sayang serta ketaatan yang tidak berbelah bahagi.
Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" H.R.Attabrani
"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" H.R.Attabrani
Kerja adalah Ibadat dan Masa adalah Amanah daripada Allah SWT
Post a Comment