Followers

Friday, February 18

Hidup Satu Perkongsian

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:37 PM 0 comments


Manusia Memilih Islam kerana kesempurnaan agamanya.

Orang yang selalu sunyi akan kehidupan akan sentiasa berkata sebegini. Bestnya hidup diorang, bahagia je, keluarga bahagia. Tapi sebab apa kita hidup dan di lahirkan di dalam Islam? Sebab kita nak bahagia. Kenapa? Agama Islam ni pun dah merupakan satu kebahagiaan untuk orang-orang yang berakal.

 Tapi apa yang kita nak dari hidup?

Mula merenung sekejap. Duduk memikirkan kata-kata dan kekosongan jiwa dalam kehidupan diri. Mungkin setiap orang ada jawapan yang berbeza. Manusia mempunyai pemikiran yang berbeza-beza. Ada yang berfikir kreatif dan ada yang berfikiran jumud. Mungkin bila di tanya kepada diri, apa yang aku nak dari hidup ni? Mungkin ada yang mengatakan, aku nak kereta mewah, nak isteri lawa, solehah, suami yang penyayang, suami yang solehah, rumah yang besar, tapi satu je orang lelaki tak nak cakap. Aku tak nak isteri besar. Semua nak isteri kecil dan lawa. Orang kata kiut-miut. Tapi kita lupa, kita ni di tugaskan untuk menjalankan satu perkongsian, perkongsian hidup.

 Perkongsian hidup dari segi apa? Perkongsian dari segi harta, tempat tinggal, kadang-kadang kat sekolah, pemadan dan pensel pun kongsi. Tu la nama dia perkongsian hidup. Tak terlepas walau sikit pun.
Dalam kehidupan yang sementara ni, semua orang nak satu benda ni. Nak apa? Kebahagian. Tak kira la bahagia tu datang macam mana, siapa yang memberi semua mahukan bahagia. Happy. Mungkin kita nak namakan bahagia ni seperti ‘happy’, ‘gembira’, ‘ puas’, dan boleh jadi ‘selamat’. Kita tengok balik semua ni, semua ni akan kembali pada fitrah asal dia. Apa dia? Bahagia. Kebahagian dalam hidup.

Apa yang kita nak dari hidup?

Kita nak bahagia. Betul tak kita nak bahagia.

Bagai tin kosong, bila di ketuk berbunyi tapi tiada isi.

Aku nak itu, aku nak ini. Memang, kalau boleh semua nak ambil jadi hak milik sendiri. Ambillah semua, tapi ingat jangan ambil yang bukan hak kamu. Kenapa? Sebab kita ni berkongsi. Barang atau benda yang bukan milik kita janganlah di ambil.

Bila orang yang kesunyian akan terasa satu kekosongan, kelompongan jiwa. Kita tak tau nak isi dengan apa, kita sendiri tak tau nak sumbat dengan apa. Bagi hati ni penuh, bagi hati ni terisi dengan  sesuatu.
Lalu kehidupan mengajar kita membuat itu, buat ini. Pecah rumah, kacau orang, lepak pusat-pusat membeli belah. Ya, semua hanya untuk mengisi kelompongan hati.

Cuba kita fikir, kalau kita kejar apa yang kita nak, apa yang kita idamkan, adakah akan menjamin kebahagiaan? Kejar nak rumah besar, rumah yang gah, dah dapat, lepas tu rasa bosan, takkan nak kejar pulak kereta mewah? Dah ada kereta mewah, rasa bosan lagi. Lepas tu nak apa lagi? Rumah dah ada, kereta dah ada, tinggal cari isteri. Isteri pun nak yang cantik-cantik. Tapi, tak bahagia. Kenapa? Kita tak isi dengan sesuatu. Jiwa dan rohani kita yang sunyi sebenarnya. Tapi bagi pelajar, kejar keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, SPM dapat straight “ A” berjaya dalam hidup memang berjaya, dah habis sekolah pergi ke universiti, keputusan gempak. 4 fleet. Sunyi lagi hati, pergi alam perkejaan dapat gaji besar, pun masih sama sunyi menerpa ke lubuk hati. Apa yang kita kejar sebenarnya? Apa yang nak buat kita bahagia?
Hidup pula di rasakan tiada matlamat. Kosong. Kosong itu zero . Kosong tanpa arah tujuan. Apa yang ada hanya adalah tujuan yang kecil, bila yang ni tak lepas, lompat ke sebelah sana. Bila ni tak lepas, lompat lagi. Tetapi sampai satu matlamat, diri kita akan bertanya. Sampai bila nak lompat? Apa yang aku nak kejar sebenarnya? Tiada hala tuju. Matlamat tidak tercapai. Macam gali lubang, tutup lubang.

Sebabnya kita belum puas untuk melakukan sesuatu.

Beramal dan bermatlamat yang lebih besar dari satu benda

Bagi mereka yang memahami Islam dengan sebenar-benar kefahaman, kelompongan dan kesunyian jiwa itu akan terubat.

Setiap kerja ada matlamat, setiap kerja ada hala tuju masing-masing. Tapi yang bermatlamatkan adalah diri kita sendiri. Yang menujukan adalah diri kita sendiri. Ini kerana, semua perkara yang kita lakukan adalah ibadah selagi ia berlandaskan hokum syara’ dan ia mempunyai hati yang ikhlas dalam beribadah. Jadi, seseorang mu’min itu harus bekerja bersungguh-sungguh untuk menyatakan keyakinan diri terhadap Allah, yang mana setiap perkerjaan yang di lakukan adalah ibadah. Seorang mu’min yang sedang menuntut ilmu akan berusaha sungguh-sungguh, kerana dia yakin keputusan yang dia dapat akan di terima dengan hati yang ikhlas dan redha kepada Allah. Bahkan dia juga yakin yang belajar ini adalah satu ibadah. Kerana menuntut ilmu adalah fardhu ain.

Kadang-kadang kita lupa untuk apa sebenarnya kita menuntut ilmu, dan kita juga lupa apa hukumnya menuntut ilmu dalam agama Islam. Dalam hal tersebut, saya ingin mengingatkan kembali untuk apa sebenarnya, dan apa hukumnya kita menuntut ilmu dalam agama Islam. Hal tersebut ada dinyatakan di dalam buku "Ilmu Fiqih Islam" karangan Drs. H. Moh. Rifai.

Bahkan seseorang mu’min ada matlamat yang lagi besar. Iaitu akhirat Allah. Kampung yang lagi besar dan kekal buat selamanya.

Sebab itu seorang mukmin, sepatutnya tidak bosan melakukan kebaikan, sentiasa berusaha menjalin silaturrahim, dan sentiasa berusaha berkasih sayang dengan semua insan tanpa mengharapkan balasan balas daripada mereka. Hal ini kerana, seorang mukmin faham, segala apa yang dia lakukan adalah untuk Allah SWT, dan untuk menjamin kebahagiaannya di akhirat.

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karenamencari keridaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.” Surah Al-Baqarah ayat 265.

Mengisi kehidupan dengan cara yang sebegini, akan menimbulkan satu perkara di dalam hati insani, yang bernama ‘Kebahagiaan’.

“Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaandan tempat kembali yang baik.” Surah Ar-Ra’d ayat 29.

Dan kebahagiaan inilah yang menghasilkan rasa ‘selamat’, ‘tenang’, ‘tenteram’, ‘puas’ dan sebagainya. Memenuhi lompong kosong yang ada di dalam jiwa manusia.

Penutup: Kembali Pada Fitrah, Kembali Kepada Pencipta

Jika anda mengkaji apa yang telah Islam sediakan ini, dengan jalan mencari kebahagiaan yang lain, anda akan melihat betapa Islam mengajak anda mencari kebahagiaan dengan menyeimbangkan kedua-dua aspek: Duniawi mahupun ukhrawi. Dan tiadalah kebahagiaan tertinggi, melainkan kita mencapai kedua-duanya sekali.

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” Surah Al-Qasas ayat 77.

Dan ini hanya mampu dicapai, sekiranya manusia kembali duduk dan berfikir dengan teliti.
Tiadalah orang-orang yang bahagia, melainkan mereka yang menyerah diri.







0 Responses so far: