Followers

Friday, February 18

La Tahzan -Ingatlah-

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:47 AM 4 comments


Adakah selama ni sahabat rasa diri tak pernah di hargai? Adakah selama ni sahabat rasakan diri sahabat di pinggirkan?Biasalah dunia, memang macam ni. Ingatlah di dalam kubur nanti kita sentiasa berseorangan. Ingatlah di padang Mahsyar nanti tiada siapa yang dapat membantu diri kita nanti. Biarkan. Keseorangan, sepi. Memang sepi.

Ingatlah...

Setiap kali kita hendak tidur, mesti ada seseorang yang akan teringat akan kita. Tak siapa tahu ana, kamu semua sebagai pembaca mungkin orang yang mengingati kita itu sayang pada kita?  Mungkin orang tu kita tak kenal, tapi dia kenal kita. Tak siapa tahu.

Kalau anda rasa keseorangan.

Ingatlah..

Bahawa akan datang satu masa nanti seseorang yang sanggup berjuang bersama kita, sanggup berkorban apa sahaja untuk kita. Tapi hakikat tiada siapa yang ada bersama kita.

Ingatlah..

Jika kamu tinggi ilmu di dada, ada asas agama yang kukuh, orang di sekililing akan menyanjung kamu ke tempat yang tinggi. Walau di mana sahaja kita berada, kita akan sentiasa di angkat tinggi dan di hormati bukan kerana paras rupanya, tetapi kerana peribadinya yang indah dan sempurna. Makin tinggi ilmu agama kita, makin tinggi orang menghormati kita.

Ingatlah...

Hidup ini amat bermakna seandainya ada kasih sayang, kasih sayang itu ada di dalam diri kita sendiri. Anda tahu anda ada kasih sayang, tapi anda perlu terokainya lebih dalam lagi.

Ingatlah..

Sewaktu anda sedang sakit, pasti akan ada orang yang mendoakan kamu supaya kamu cepat sembuh walaupun doa itu di sampaikan dari jarak yang jauh. Pasti ada orang yang akan memberi hadiah dan buah tangan kepada kamu.

Ingatlah..

Sewaktu anda sedang bersedih, pasti ada orang yang akan menggembirakan kamu, yang belajar untuk menggembirakan hati kamu.

Ingatlah..

3 perkara yang di benci oleh Allah:

1: Apabila dia berilmu, dia sombong dengan ilmunya
2: Apabila ada ulama', dia tidak memperdulikannya.
3: Apabila ada kawan baik, di pilih kawan yang buruk akhlaknya, di tinggalkan kawan yang baik akhlaknya.

Ingatlah..

Ada 3 tanda cahaya keimanan seseorang:

1: Tidak takut akan celaan orang lain ketika berdakwah dan melakukan kebaikan.
2: Tidak lalai dalam melakukan amalan ibadah dalam waktu senang ataupun susah.
3: Antara dunia dan akhirat, di seimbangkan kedua-duanya.

Ingatlah..

Antara orang yang di cintai Allah, dan tidak di cintai Allah ada bezanya. Orang yang di cintai Allah akan di berikan dunia dan kesempurnaan iman untuk hambanya yang dia cintai agar tidak lalai. Tapi, Dia akan memberi dunia sahaja kepada mereka yang tidak di cintai Allah.


Percayalah,

Anda tidak pernah dipinggirkan.....cuba lihat bintang di langit waktu malam.....Anda pasti merasainya.....Cuba lihat matahari terbenam di waktu senja....Anda pasti merasainya...kadang-kadang kita perlu bersendirian..untuk mencari ketenangan dan memuhasabahkan diri bagi meneruskan perjuangan kita sebagai hambaNya...


4 Responses so far:

Shida Risha said...

Menarik en3 nih.. sesuai utk memotivasikan diri. Terasa kecilnya diri ini... Terima kasih kerana sudi berkongsi...

mohd saad mubarok bin ahmad said...

sama-sama, hidup ni pun dah merupakan satu perkongsian antara kita

zura E said...

tertarik sy membaca note nie..mudah2an akn menjadi pedoman dlm hidup kita dan sntiasa mengingatiNya.. insyaAllah..

mohd saad mubarok bin ahmad said...

insyaALLAH bai, hidup kita macam roda..kadang2 kita kat atas,tapi satu masa kita akan kat bawah gak..