Kebenaran dan kebatilan
Dua makhluk yang akan sentiasa berbalahan...
Medan tempurnya adalah jiwa insan
Yang tempat akhirnya nanti di hadapan TUHAN
Iman merupakan suatu perkara yang istimewa. Ia bukan satu kepercayaan membuta tuli. Ia satu keyakinan yang mempunyai asas. Tidak seperti kepercayaan terhadap perkara lain, keimanan kepada Allah adalah fitrah insani yang sedia ada. Justeru apabila keimanan ini berjaya dibangkitkan oleh manusia, hatinya akan menjadi lebih sensitif, peka dan dirinya akan menjadi lebih berdisiplin, kemas. Hal ini kerana, iman mebangkitkan sensitiviti untuk mentaati Allah SWT dalam segenap segi.
Sebab itu, bagi insan yang terbina imannya di dalam diri, tidak akan sesekali jiwanya redha apabila melihat pengingkaran terhadap Allah SWT. Dia tidak akan menganggap apa-apa pun perlanggaran kepada hak-hak Allah SWT merupakan sesuatu perkara yang biasa.
Sebab itu, Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan, jika tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan, jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati, sesungguhnya ia(mencegah dengan hati itu) adalah selemah-lemah iman”
Itulah dia kondisi keimanan yang diberikan oleh Rasulullah SAW. Iman yang paling lemah adalah tidak redha dengan keingkaran di dalam hati. Jika hati telah redha, itu tandanya iman telah terpada dari jiwa ini. Perlu dicari semula, perlu dihidupkan sekali lagi di dalam jiwa.
Tambahan, untuk menghukum seseorang, kefahaman itu perlu terlebih dahulu disampaikan.
Allah SWT berfirman:
“Tidaklah Kami ini menjadi Pengazab, hinggalah Kami mengutuskan perutusan(rasul)” Surah Al-Israa’ ayat 15.
Maka apalah layaknya manusia, menghukum sebelum menyampaikan kefahaman terlebih dahulu?
Dua makhluk yang akan sentiasa berbalahan...
Medan tempurnya adalah jiwa insan
Yang tempat akhirnya nanti di hadapan TUHAN
Iman merupakan suatu perkara yang istimewa. Ia bukan satu kepercayaan membuta tuli. Ia satu keyakinan yang mempunyai asas. Tidak seperti kepercayaan terhadap perkara lain, keimanan kepada Allah adalah fitrah insani yang sedia ada. Justeru apabila keimanan ini berjaya dibangkitkan oleh manusia, hatinya akan menjadi lebih sensitif, peka dan dirinya akan menjadi lebih berdisiplin, kemas. Hal ini kerana, iman mebangkitkan sensitiviti untuk mentaati Allah SWT dalam segenap segi.
Sebab itu, bagi insan yang terbina imannya di dalam diri, tidak akan sesekali jiwanya redha apabila melihat pengingkaran terhadap Allah SWT. Dia tidak akan menganggap apa-apa pun perlanggaran kepada hak-hak Allah SWT merupakan sesuatu perkara yang biasa.
Sebab itu, Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan, jika tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan, jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati, sesungguhnya ia(mencegah dengan hati itu) adalah selemah-lemah iman”
Itulah dia kondisi keimanan yang diberikan oleh Rasulullah SAW. Iman yang paling lemah adalah tidak redha dengan keingkaran di dalam hati. Jika hati telah redha, itu tandanya iman telah terpada dari jiwa ini. Perlu dicari semula, perlu dihidupkan sekali lagi di dalam jiwa.
Tambahan, untuk menghukum seseorang, kefahaman itu perlu terlebih dahulu disampaikan.
Allah SWT berfirman:
“Tidaklah Kami ini menjadi Pengazab, hinggalah Kami mengutuskan perutusan(rasul)” Surah Al-Israa’ ayat 15.
Maka apalah layaknya manusia, menghukum sebelum menyampaikan kefahaman terlebih dahulu?
Hentian Ke Enam Bergeraklah Wahai Mujahid,Bergeraklah Dengan Jiwa Hamba
Bila di renung dalam-dalam bintang, akan terlihat kerdipan bintang yang begitu mengasyikkan. Jiwa hamba penuh dengan rasa tunduk dan tawaduk memerhatikan penciptaan langit dan bumi. Alangkah indah kalau yang
di ciptakan mengikuti apa yang telah sang Pencipta arahkan, apa yang sang Pencipta suruh.
Kamaruzzaman amat terpesona dengan keindahan cahaya malam di Zamalek Mesir. Jauh di sudut hati amat merindui kampung, tanah tumpah darah, tanah tempat dia bersenang lenang, tempat dia bermain parit dengan teman-teman seusia. Indah persahabatan yang tiada nilai. Lagi indah persahabatan itu berlandaskan agama.
Teringat akan kata-kata seorang guru semasa menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn. Ada seorang guru menghuraikan kata-kata dan contoh yang unik tentang perkahwinan dan perjodohan kepada pelajar-pelajar yang mana ketika itu leka dan asyik dalam percintaan. Ada orang kata, cinta pelajar sewaktu belajar adalah cinta kontrak, bahkan ada yang kata cinta pelajar sewaktu itu adalah cinta monyet.
Mengapa di samakan monyet dengan cinta manusia? Sebab apa, monyet hanya bergayut di satu tempat dan akan pindah ke satu tempat yang lain. Samalah juga dengan hati manusia, bila dah bosan, pindah ke hati lain. “Kamu tidak akan mendapatkan pasangan hidupmu sebelum kamu kenal benar siapa sebenarnya diri kamu!”
“ Bagaimana cara kita nak kenal diri kita sendiri cikgu? Ambik cermin pastu tengok ke?” tanya seorang pelajar.
“Ya, pandai kamu, tapi jawapan kamu kurang tepat sekali, berdirilah kamu di hadapan sebuah cermin. Tataplah baik-baik diri kamu di dalam kaca. Bila engkau mendapatkannya adalah seorang lelaki, maka jodoh kamu adalah soerang wanita,. Begitu juga sebaliknya.” Jawab cikgu.
“Apa tanda diri itu lelaki atau wanita cikgu? Kan tak payah tengok cermin, dah tau kita ni laki ke perempuan.” Tanya pelajar yang lain.
“ mudah sahaja, kamu lelaki apabila sifat-sifat Jalaliyah Allah bersemayam di dalam dirimu. Dan kamu wanita apabila sifat-sifat Jamlaiyah Allah turun menghiasi diri kamu”
“ Jadi di dalam perjodohan kami ini, di syaratkan memadukan sifat-sifat Jalaliyah dan Jamaliyah tersebut?”
“ Ya. Dan apabila kamu berhasil memadukan kedua-duanya maka akan turun dalam diri kamu sifat-sifat Kamaliyah Allah, iaitu satu sifat yang dengannya, setiap insane boleh menyentuh sesuatu di alam raya ini tanpa menimbulkan sebarang kerosakan dan kemungkaran.” Tidak semena-mena banyak mata melihat ke arah pelajar yang bernama Kamaliah.
“ ada pendapat dari kalangan segelintir manusia bahawa wadat ( tidak perlu menikah) merupakan saranan kesucian. Bagaiman pendapat cikgu?” tanya Izmar yang dari tadi kelihatan khusyuk mendengar.
“ Kesucian itu baru merupakan saranan dalam berhubungan dengan manusia. Bukan tujuannya. Kesucian itu harus di miliki pihak lelaki mahupun pihak wanita dalam mencari pasangannya. Bukan untuk hidup sendirian atau orang kata sekarang ni syok sendiri. Setelah berhasil memadukan kedua-duanya barulah dapat di
katakan sempurna.” Ungkap cikgu.
“Kalau begitu, nikah lagi mulia dari wadat? Begitu kesimpulan cikgu?”
“Jelas kerana jikalau tidak demikian, menikah tidak akan di jadikan landasan moral sunnah Rasul kita. Sebab tu kamu lihat, stastik buang anak, tangkap khalwat, memalukan. Kerana apa saya kata malu? Sebab kebanyakan adalah orang melayu, orang melayu yang beragama Islam. Apa yang dapat kita harapkan daripada kehiudpan di bumi, jika si kaya tidak mahu menjamah si miskin, kemudian orang yang pintar menjauhkan diri dari orang awam, para penguasa tidak peduli dengan rakyat yang di kuasai, bangsa super duper power tidak endah malah langsung tidak hulur tangan tapi makin maju dan semakin menguasai bangsa yang lemah.” Tuturnya kembali.
“Mengapa sampai di sana!?” timpal pelajar.
“ Mengapa tidak? Untuk mengetahui kebenaran yang sekecil zarah, harus di uji dengan mentamsilkannya pada sesuatu yang besar.” Jawab pensyarah sambil tersenyum.
“ Beginilah, kamu semua mari ke hadapan. Saya ada nak tunjuk sesuatu mengenai hakikat perjodohan. Saya nak tunjuk kamu daripada pernikahan Natrium dan Klorida. Inilah fitrah yang di tetapkan Allah atas manusia, bahkan atas semesta, tidak kira bangsa jin dan manusia. Semua makhluk Allah akan melalui proses ini yang di namakan proses pemilihan dan pencarian. Mencari sesuatu di dalam yang tersirat. Allah berfirman, “ Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah” [ Adz-Dzariyat (51:49)].
Mengapa harus berpasangan?
Ada banyak jawapan alternative. Namun yang pasti, dengan berpasangan ( yang sah tentunya) niai-nilai kebaikan boleh terpadu menjadi sebuah kesempurnaan. Dengan berpasangan, akan tercipta pula proses sinergi, saling melengkapi, dan saling meniadakan keburukan.
Mari kita belajar dari garam. Garam, bahasa saintifiknya NaCl atau natrium klorida, adalah penyatuan antara unsure natrium dan klorida. Asalnya, kedua-dua unsure ini tidak berdiri sendiri. Mereka boleh bersatu padu kerana paduan oleh air antara perantara. Ketika masih sendiri, klorida termasuk unsur berbahaya bagi tubuh, biasanya berbentuk asam (HCL). Demikian pula natrium karbonat, walaupun tidak seberbahaya HCL.
Namun ketika natrium dan klorida di pertemukan dengan air, masing-masing melepaskan ikatan dengan pasangannya terdahulu, kemudia mereka saling bersatu membentuk Kristal.
Jika sebuah ikatan kimia sampai membentuk Kristal, tingkat kesesuaiannya pasti sangat tinggi, dari fasa cair sampai menjadi keras dan terkristaliasi. Ikatan kedua-duanya termasuk ikatan yang sempurna
Dengan karakter ini, ada sisi-sisi secara molekular baik dari sebelah natrium mahupun sebelah klorida yang awalnya memiliki kesan membahayakan atau membentk asam, menjadi hilang. Sebab, sisi-sisi negatifnya saling menutup, dan yang terlihat adalah sisi-sisi indahnya, sisi positifnya.
Jadi konsep pasangan harus meniru garam. Sisi-sisi buruk yang tidak menyenangkan boleh menjadi simpul dari sebuah ikatan yang mempersatukan, untuk kemudian menghasilkan sebuah molekkul yang indah serta memancarkan kebaikan. Begitulah juga dengan manusia. Kelemahan yang ada bukan untuk di sesali atau di cemuh, tapi di manfaatkan untuk bersatu. Inilah gambaran sederhana. Saling mengoptimalkan potensi dan saling mengurangi kekurangan.
Sesungguhnya, natrium yang ada di darah kita harus bertemu dengan pasangannya agar tidak menimbulkan penyakit. Salah satu penyebab terjadinya darah tinggi dan stroke adalah ketika natrium tidak lagi berpasangan dengan klorida. Cukup unik gambaran yang cikgu gambarkan antara jodoh dan pasangan. Cukup indah, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesutau itu dengan sia-sia.
Kesejukan melampau sehingga menarik ubun-ubun kepala, boleh mengakibatkan kematian. Ye ke kematian boleh tejadi kalau sejuk melampau? Ye kot, cuba kita tengok kat Negara eropah sana. Dengan wabak selesema pun boleh membawa kepada maut.
“ man, apa yang ko menung lagi tu? Jomlah bersiap, kita dah nak gerak ni, Ikhwan dah tunggu.” Laung Yusuf dari luar bilik.
“ jap la, aku baru nak mandi ni. Kau ni, nama orang lain tak da ker? Asik Ikhwan je, cuba la kau cari nama yang best sikit ke, macam Ramle Sirap ke, Samton Lam ke, ni Ikhwan, apa kes? Haha,,” Aman memerli Yusof dari dalam sambil tertawa. Memang dulu nama Ikhwan amat jelek di dengar, tapi kini Ikhwanlah sahabat yang mana membawa dia ke jalan redha Ilahi.
Jarak antara rumah Kamruzzaman dengan tempat usrah sejauh 200 meter. Tapi perjalanan yang di rasai begitu jauh, kerana cuaca sejuk yang mencengkam dan mengigit sum-sum tulang. Kelihatan kelibat tiga manusia sedang berjalan menuju kea rah satu tempat perjalanan.
Perjalanan mencari redha Allah, dan bermulanya titik tolak kehidupan seorang pemuda yang ingin mengenali Islam dengan lebih mendalam. Walaupun jiwa muda memberontak mahukan yang terbaik, namun fitrah dan Qada’ Qadar Ilahi, hanya dia yang merencanakan. Dia yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Allah juga telah berfirman di dalam surah Ar-Rad
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
Allah dah pesan pada hamabNya, Dia takkan ubah nasib dan perangai hambaNya. Sesiapa yang inginkan syurga, berubahlah ke arah kebaikan. Maka kebaikanlah yang akan mereka dapat.
Sesungguhnya dari dalam jiwa akan terjadi perubahan. Barangsiapa yang redha, maka keredhaan yang akan dia dapatkan. Barangsiapa yang termakan kebencian, maka kebencian akan mengikuti dirinya. Barangsiapa yang optimis akan mendapatkan kebaikan, maka dia akan dapat dan barangsiapa yang selalu khuatir keburukan akan menimpa dirinya maka keburukan atau malang akan menimpa mereka.
Sesungguhnya kebahagiaan muncul dari dalam jiwa, sebab jiwalah yang membawa perasaan dan emosi yang melihat nilai kehidupan. Begitu juga keburukan berasal dari jiwa, kerana yang dilihatnya hanya dari aspek kehidupan yang gelap. Rasa cinta pada manusia juga mencul dari dalam jiwa, kerana yang dilihat dari mereka adalah sifat-sifat menghormati antara satu dengan lain, kesetian dan kebaikan.
Bila yang di ciptakan ingin kembali kepada sang pencipta, yang di ciptakan ingin bercinta dengan yang sang pencipta, pelbagai halangan yang akan di beri. Pelbagai ujian yang Allah akan berikan. Tapi berbalaskah cinta itu? Ya, jawapan adalah berbalas, Sang Pencipta adalah bersifat Al-Wadud, yang membawa kepada maha Pencinta, manakala bagi yang di ciptakan merupakan seorang yang mencari cinta. Kamaruzzaman sekarang sudah bergelar senior di Zamalek, Mesir. Dia juga telah di angkat menjadi moderator-moderator sekiranya ada usrah. Kini dia sudah begelar Doktor Cinta. Hanya tinggal beberapa detik dan waktu untuk Kamaruzzaman meninggalkan Mesir, tanah yang banyak mengubah kehidupan, tanah yang banyak memeberikan pengajaran.
Di benak Kamaruzzaman memikirkan topik-topik yang akan dia bagi ucapan. Sedikit nota di buat untuk lagi ingat, antaranya Jauhi Balas Dendam, Jadilah diri Anda sendiri, Kisah-kisah orang tertekan yang sedang menanti belaian kelembutan dari Allah,Siapa menanam dia yang akan menuai,Mulailah dari diri sendiri baru orang lain,dan ketenagan hakiki hanya di syurga. Mungkin akan di sambung di hentian ke tujuh- Rahmat Allah maha Luas.
SYUKRAN atas perkongsian cerita ini..ana dapat sesuatu dari cerita ini...minta izin copy..
silakan =)
Post a Comment