Followers

Sunday, July 31

Setiap Kehidupan Ada Pelangi

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 2:04 AM 1 comments


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
SALAM RAMADAN 1432H 2011M - KEBERKATAN BULAN MULIA
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Jom,skali-skala kita masuk bab cinta....best jugak.Cinta..cinta.cinta.Ape ke mende cinta ni.Kalau kita kn sbagai remaja,kat skolah ke kat U ke,mmg slalu ada dengar."Eh,si mamat tu kate dia jatuh cinta ngan si Bedah anak Sarip Dol laa."...contohnya.Cinta ni sbnarnya satu bentuk perasaan yg wat kita suka pada sesuatu...Imam Al-Ghazali berkata,"Cinta adalah satu perasaan berbentuk kecenderungan t'hadap sesuatu yg disukainya".Cinta ni kan fitrah dlm hidup.Mane ada org yg x pernah sukakan org lain.Kalau ada org mcm tu,dia xkan ada kat tempat kita tp mungkin dia tinggal kat dlm hutan Amazon kot..Dan,setiap sesuatu ada batasnya.Kalau suka2 kat org,jgnlah berlebih2.Dlm Islam kan kena jaga pergaulan...kalau kita nak jd remaja Islam yg hebat,kita cubalah zahirkan peribadi yg mulia dlm hidup ni.Nnt kekasih2 Allah akan suka kat kita...Kita pun s'tiasa dpt keberkatan dlm hidup.

Tp kan,dlm banyak2 kisah cinta,ada jugak cinta yg x berbalas.Laa,dah tau dye tolak cinta kita.Wat pe lg kita nk tunggu2,paham2 la tu.Ape dia?blaa aje lah,kan?Kadang2 lpas cinta kna tolak,fuh malunya rase.Betul tak?Tahap atromen tu rasa malunya .Kalau boleh nak lari jauh2,x nak jumpa ngan org yg kita suka tu.Kalau ada topeng,nak pakai topeng.Dah lah kena tolak,kan?Kesiannya..tp,percayalah.Dia tolak cinta kita tu kerana dia nak suruh kita jd yg terbaik dlm hidup ni.Percaya tak?...percayalaaahh mcm yg Siti Nurhaliza nyanyi tu.Betul ni..Ming Ming dlm cite Wonderpets bgtau,"Ini series"..

Suatu masa tu,saya tengah duduk kat meja ngan ayah saya.Waktu tu ayah saya pun tanyelah yg saya ni ada 'buah hati' ke tak..Saya pun saje je wat muka seposen lalu jawab,"Entahlah.Tak ada kot rasa2nya." Aish. Dalam kepala ni duk hari2 fikir,camne laa nak bercinta kalau periksa makin hari makin dekat. Kalau nak jatuh cinta pun,mungkin skarang ni tengah fikir camne nak 'tackle' kertas soalan yg bakal dijawab x lama lagi  Kemudian,ayah saya pun bukalah cerita.Ceritanya mcm ni...ehem..ehem

Ayah saya ni ada sorang kawan.kawan dia ni suka kat seseorang,dan org tu kawan sekelas dia waktu sekolah dulu.Tp,cinta dia ni mmg x berubah2 daripada dulu sampai lah skarang...Dan yg bestnya,ayah saya bgtau skarang ni dia baru aje selesai wat ijazah Master kat USM kalau x silap.Fuhh,kira terer jugak la dia ni. Dan,dia ni berjaya pun kerana cinta...Yup,kerana cinta.Cintanya yg x berbalas tu boleh jd pembangkit smangat dia utk blaja sampai tahap Master tu.Cayalah! 

Sbnarnya bukan tu saja,masih banyak lg cerita ttg cinta yg ditolak ni boleh wat seseorang tu berjaya dlm hidup dan boleh lahirkan keajaiban kat dunia ni.Kan setiap cinta ada pelanginya,walaupun ditolak.Kenapa ye?pasal bila ada perasaan cinta,kita akan berusaha utk wat yg terbaik dlm hidup kita supaya kita harap org yg kita suka tu 'tabik' kat kita[walaupun ia bukannya realiti pun] dan cinta boleh jadikan kita seorang yg berjiwa besar.Cayalah!.....Kerana cinta kita boleh lihat Taj Mahal sampai hari ni masih berdiri teguh..Apa kaitan Taj Mahal ngan cinta?Laa..Taj Mahal tu simbolik cinta Shah Jehan kepada isterinya Mumtaz yg amat dicintainya.

Jd,kalau cinta kena tolak tu x payah laa nak frust ke,nak putus asa ke.Yg penting,manipulasikan cinta tu sbg pembangkit semangat kita utk terus berjaya dlm hidup.Kan ada pepatah yg bunyinya camni,"kejarlah cita2 sebelum kejar cinta.Bila cita2 tercapai dgn sendirinya cinta akan hadir."...so,relaks2 aje.Jaga diri kita drpd perkara2 maksiat.Kita kembali pd tugas kita sbg seorang pelajar.Jadikan diri kita insan yg hebat.Percayalah...Don't worry2.Nnt mesti ada punya cinta sejati yg datang kat kita...ye tak?Ye lah.Kalau kita jd org baik,mesti nnt org yg baik jugak suka kat kita,kan?kan?....

Moralnya[walaupun dh ada kat atas],slalu2 aje kita fokuskan matlamat kita utk jd insan yg cemerlang.Jika cinta ditolak,jgn jadikan cinta yg kena tolak tu sbg penghalang utk kita b'jaya tp jadikan ia sbg tangga yg mampu m'bawa kita lebih b'jaya dlm hidup ni.Cinta x pernah meminta tp sentiasa memberi.Maknanya,cinta x pernah mintak kita jd org yg gagal tp cinta,walaupun ditolak sentiasa memberi kita semangat utk berjaya dlm hidup.Mcm atromen kat atas.Sentiasa semangat pagi2 kayuh basikal nak pegi beli suratkhabar walaupun kedai suratkhabar tu x buka pun lagi.Kan semangat tu...Orait?Ada bagusss?bagus. 
-“Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”-

Continue...


Friday, July 29

Tazkirah : Nak Dekat Puasa Ni

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:52 PM 0 comments


Suatu pekerjaan meskipun kecil kemudian dilakukan secara berulang dia akan menjadi suatu lingkaran besar. Pada mulanya pekerjaan yang kecil tadi mempengaruhi jiwa atau peribadi seseorang, namun lama kelamaan ia akan menjadi suatu kebiasaan dalam hidup. Jika pekerjaan yang kita lakukan secara beransur itu mengandungi nilai yang baik maka akan timbul suatu keperibadian yang baik. Namun sebaliknya jika pekerjaan itu buruk makan akan menimbulkan keperibadian yang buruk terhadap diri kita.

Seorang Muslim harus mampu menganalisa setiap pekerjaan yang harus dilakukannya. Selalunya dosa itu terjadi dalam diri seseorang di saat seseorang itu lalai. Kesalahan pertama dalam mengerjakan dosa akan mengundang seseorang untuk melakukan pekerjaan yang sama pada kesempatan lain, kerana biasanya sesuatu yang pernah kita alami atau rasakan itu akan menimbulkan suatu penilaian dalam diri kita sendiri. Seperti rasa senang, rasa bahagia, rasa puas dan sebagainya. Atau sebaliknya akan menimbulkan perasaan tidak suka dan tidak senang.

Bermula dari cuba-cuba dalam melakukan pekerjaan dosa, namun kemudian merasa senang dan puas yang diukur dengan kehendak hawa nafsu, akhirnya pekerjaan itu menjadi suatu kebiasaan dalam hidup seseorang. Jika ini telah terjadi maka dosa dan maksiat itu akan menjadi bahagian dari kehidupan seseorang. Sehingga menganggap bahawa dosa dan maksiat yang dilakukannya itu merupakan pekerjaan yang wajar dan biasa-biasa sahaja. Tidak lagi dianggapnya sebagai suatu dosa yang akan menghancurkan kehidupannya namun merupakan suatu keperluan yang sukar dipisahkan dari kehidupannya.

Orang yang telah menjadikan maksiat sebagai keperluan hidupnya itu membuat hatinya menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Maka orang-orang yang jiwanya kosong dalam jiwanya sentiasa resah dan gelisah.

Secara psikologi dapat dikatakan bahawa setiap perbuatan apakah perbuatan baik atau buruk akan meninggalkan bekas dalam sikap dan perangai. Jika maksiat bagaikan titik hitam yang dititiskan di atas kertas yang putih, kemudian setiap titisnya menutupi bahagian permukaan kertas tadi maka lama-kelamaan kertas putih tadi tentu akan berubah menjadi hitam. Jika dosa telah banyak terkumpul dalam diri seseorang maka ia menjadi dinding kegelapan yang menghalangi diri seseorang untuk melihat cahaya kebenaran.

Continue...


Saturday, July 23

Daerah Usang: Cinta Suci

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:37 AM 0 comments




Persoalan Cinta Suci dan Cinta berasaskan Islam

Apakah cinta suci itu? Bila seseorang lelaki mencintai seorang wanita dengan tulus, suci dari pengaruh nafsu, Sebuah cinta yang jauh dari kekejian dan terhindar dari perbuatan tidak senonoh. Cinta seperti ini biasanya didorong oleh rasa taqwanya kepada Allah. Dan kefahaman tentang pengertian cinta menurut Islam yang didukung keinginannya yang kuat dalam menjaga kesucian sesugguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan .
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Yusuf: 53). Termasuk paling rendah keteguhan wara’ adalah hendaklah seorang Muslim menundukkan pandangan dari seorang wanita yang bukan mahramnya.

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya (An-Nur: 30-31) Keteguhan taqwa adalah hendaknya seorang lelaki menghindari berkhalwat dengan seorang wanita bukan mahramnya.

Namun begitu apabila seseorang itu dilamun cinta maka nilai-nilai seperti romantik, caring, sentimental value, sehati sejiwa, fantastik akan terjadi dan terserlah. Apakah semuanya ini benar atau hanyalah palsu?

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah retorik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih menghala kepada rangsangan nafsu yang disalah ertikan kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan Islam.

Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya. Jika tidak berminat, masakan sanggup mengorbankan wang kepada seseorang. Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam? Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar-benar pencinta-pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan-peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating.

Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah-lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati. Itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat. Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa? Rasa rindu yang amat sangat, sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar-benar berlandaskan iman. Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta dan akhirnya terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keuAllah pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya.....ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was-was akan kebaikan, keimanannya dan keuAllah pendirian responden.

Jika ia benar-benar memahami konteks iman di dalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran-cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua, tiga atau ke empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa. Malah masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang diakhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga.

Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah Islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata-kata.

Sememangnya tidak di nafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta, contohnya ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik, bercakap yang baik-baik di depan orang yang di cintainya. Almaklumlah yang di cintai itu seorang yang beriman tetapi bila bercakap dengan kawan kawan lain mulalah membebel entah apa-apa kerana asas malu tiada.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu, maka hendaklah berasaskan cinta yang penuh didikan iman. Perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. Ini disebabkan ianya lebih ke arah mengheret masalah baru yang mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk di cintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang di pelajarinya sekiranya tidak di amalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita, bilamana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati, perhati kan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui maka ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidakfahaman konsep cinta berasaskan islam. Biarlah di katakan diri kita ego atau sombong. Ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan. Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat-sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik. Persoalannya dengan cara yang bagaimana? Jawapannya sudah tentulah dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya, tentulah terfikir di hati mereka. "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk di kuasai, kerana apabila diberinya cintanya pada aku...akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah"

Jadi kata-kata bidalan ‘Berkawan biar beribu bercinta biar satu’ tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut di tambah dengan bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam bersebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.



Rayuan Manja atau Cumbu Rayu

Rayuan manja atau cumbu rayu adalah kata-kata indah, sebagai ungkapan yang menarik dan tertarik hati. Dalam kaca mata Islam cumbu rayu ada dua macam :
1.Yang diharamkan, iaitu cumbu rayu yang dapat membangkitkan nafsu syahwat. Ianya diharamkan kerana dapat menimbulkan kemerosotan nilai moral, untuk menutup pintu kerosakan dan menghindari fitnah. Jika Islam mengharamkan sesuatu, pasti akan mengharamkan juga hal-hal yang boleh menghantarkan kepada sesuatu yang haram tersebut. Contohnya, bila Islam mengharamkan zina maka ia mengharamkan pula aktiviti yang boleh mendekatkan kepada perzinaan.
2.Yang dibolehkan, iaitu rayuan jenis ini adalah rayuan yang tidak membangkitkan nafsu syahwat. Contohnya, seperti nasihat menasihati ke arah kebaikan dan sabar.


Renungkanlah Bersama

Islam adalah agama yang menggabungkan dengan fitrah manusia, dengan perilaku dan undang-undangnya, juga mengakui adalah fenomena cinta yang melekat sebagai fitrah manusia (Ar-Rum:30). Jika memang demikian, maka jadikanlah cinta penuh kasih sayang sebagai pendorong kemajuan, untuk membina ketinggian yang kekal, sebagai jalan menuju kediaman yang kekal abadi di syurga. Tentu sahaja hal di atas tidak mungkin wujud jika tidak menjadikan cinta kepada Allah, kepada Rasulullah, dan jihad fi sabilillah di atas cinta kepada kehidupan, keluarga, kerabat dan tanah air, cinta kepada dunia, harta dan kesenangan lainnya. Betapa mudah jalannya dakwah Islam yang dilakukan oleh para prajurit dan para da’i yang mukmin dan mukhlis, para pemuda yang saling membina persaudaraan Islam dalam kehidupan sehari-hari, dan saling bertukar fikiran dengan penuh kasih sayang, serta menunjukkan sikap-sikap yang mulia di dalam tingkahlaku mereka.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut di cintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya, dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitu lah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga. wallahu'alam bissawab.

Berkata Imam Nawawi: "Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya.
Continue...


Friday, July 22

Cukup, Cukuplah

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:24 PM 1 comments






Wanita Idaman Saya… 

Seorang Wanita yang aku idamkan..Ialah seorang buta, bisu, bakhil dan papa…
 
Biarlah dia seorang yang BUTA...
BUTA, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha.. 
Kerana matanya terpelihara daripada memandang lelaki ajnabi..
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah ..
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya 

Biarlah dia seorang BISU..
 
BISU, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan..Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran..Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran..Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan ..Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran..Asalkan dia petah membangkang kemungkaran..Dan lantang menyuarakan kebenaran 

Wanita yang aku idamkan ialah seorang yg BAKHIL
BAKHIL, Bakhil dalam memberi senyuman..Pada lelaki yang bukan mahramnya 
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan lelaki ajnabi yang boleh dinikahinya..Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang lelaki yang tidak sepatutnya..Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya ..Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya..Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran ..Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya..Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH..Kembali megah di muka bumi 

Wanita yang aku idamkan adalah seorang yang PAPA
 
PAPA, Papa dalam melakukan perkara maksiat..Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat..Papa memiliki akhlak mazmumah..Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan ..Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia..Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya..Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri..Dia mahu menjadi seorang syuhada..Yang syahid di jalan Maha Esa




Continue...


Saturday, July 16

Di Satu Kesah

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:13 AM 0 comments




Satu hari saya bertemu dengan seorang sahabat saya yang bernama Wardah. Dalam pertemuan itu, dia bertanya kepada saya, “Awak, apa tandanya isteri solehah?” 

Saya menjawab, “Wardah,  kau  tentunya lebih  ‘arif  daripadaku  untuk menjawabnya...”
Sebenarnya saya tahu tujuan  pertanyaan Wardah bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling  memperingatkan diri agar  berhati-hati  dan  teliti dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini.

Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya.  Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.

Apabila  sampai  di rumah anaknya itu, terjadilah  dialog  antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim     :  Siapakah kamu? 

Menantu            :  Aku isteri Ismail. 

Nabi Ibrahim     :  Di manakah suamimu, Ismail? 

Menantu            :  Dia pergi berburu. 

Nabi Ibrahim     :  Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga? 

Menantu            : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak 
                            pernah senang dan lapang. 

Nabi Ibrahim     :  Baiklah!  Jika suamimu  balik,  sampaikan  salamku padanya. 
                            Katakan padanya, tukar  tiang  pintu rumahnya (sebagai kiasan 
                            supaya   menceraikan isterinya). 

Menantu            :  Ya, baiklah.

Setelah Nabi  Ismail  pulang  daripada  berburu,  isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail       : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu? 

Isteri                 :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. 

Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu? 

Isteri                 :  Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup  kita ini selalu                dalam kesempitan, tidak pernah senang. 

Nabi Ismail       :  Adakah dia berpesan apa-apa? 

Isteri                 :  Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan  salam 
                           kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang  pintu rumahmu. 

Nabi Ismail       :  Sebenarnya  dia  itu  ayahku.  Dia  menyuruh  kita berpisah. 
                           Sekarang  kembalilah  kau  kepada keluargamu.

Ismail  pun  menceraikan isterinya  yang  suka  merungut,  tidak bertimbang  rasa serta tidak bersyukur kepada takdir   Allah  SWT. Sanggup  pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada  orang  luar.

Tidak lama selepas  itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah  sekian lama,  Nabi  Ibrahim  datang lagi ke Makkah  dengan  tujuan menziarahi  anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan  antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim     :  Dimana suamimu? 

Menantu            :  Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu. 

Nabi Ibrahim     :  Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? 
                            Mudah-mudahan dalam kesenangan? 

Menantu            :  Syukurlah kepada tuhan, kami semua  dalam  keadaan sejahtera, 
                            tiada apa yang kurang. 

Nabi Ibrahim     :  Baguslah kalau begitu. 

Menantu            :  Silalah  duduk  sebentar.  Boleh  saya  hidangkan 
                            sedikit  makanan. 

Nabi Ibrahim     :  Apa pula yang ingin kamu hidangkan? 

Menantu            :  Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu. 

Nabi Ibrahim     :  (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku!  Berkatilah  mereka 
                            dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa  ini, 
                            Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah 
                            berkat doa Nabi Ibrahim). 

Nabi Ibrahim     :  Baiklah, nanti apabila suamimu  pulang,  sampai- kan salamku 
                            kepadanya. Suruhlah dia menetapkan  tiang pintu rumahnya 
                            (sebagai kiasan untuk  mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila  Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti  biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail       :  Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah? 

Isteri                 :  Ya,  ada.  Seorang  tua yang  baik rupanya dan perwatakannya 
                           sepertimu. 

Nabi Ismail       :  Apa katanya? 

Isteri                 :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. 

Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu? 

Isteri                 :  Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada 
                           apapun  yang kurang. Aku ajak juga dia makan  dan minum. 

Nabi Ismail       :  Adakah dia berpesan apa-apa? 

Isteri                 :  Ada, dia berkirim salam buatmu dan  menyuruh kamu 
                           mengekalkan tiang pintu rumahmu. 

Nabi Ismail       :  Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang  pintu yang 
                           dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku 
                           kekalkan. 

Isteri                 :  Alhamdulillah, syukur.

Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga  tentu  merasai  dan  mengalami  sendiri  ujian   hidup berumahtangga  yang  sentiasa  perlukan  kesabaran.

Berpandukan sejarah  tersebut, saya tegaskan kepada  diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali  suami  berhadapan dengan  isteri  salehah. Isteri salehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun  susah  supaya  Allah  tambahkan  lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya  jika  kamu  bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”  (Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada  kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui  haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Begitulah,  untuk  menyediakan  diri  sebagai isteri salehah,  hati  kita  hendaklah sentiasa  dipenuhi  dengan  kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang saleh.

Continue...


Friday, July 15

Jom Tengok Lebah Tu

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:11 PM 1 comments




RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar).


Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat unggul. Sifat berkenaan membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. 


Sehingga di mana pun mereka dia berada, ke mana pun mereka pergi, apa yang mereka lakukan, apa peranan dan tugas apa pun yang mereka lakukan selalu membawa manfaat dan maslahat bagi manusia lain. 

Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah, “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”


Kehidupan ini agar menjadi indah, menyenangkan, dan sejahtera memerlukan manusia seperti itu. Menjadi apa pun, dia akan menjadi yang terbaik; apa pun peranan dan fungsinya maka segala yang dia lakukan adalah hal yang membuat orang lain, menjadi bahagia dan sejahtera.

Nah, sifat yang baik itu antara lain terdapat pada lebah. Rasulullah SAW dengan penyataan dalam hadis di atas mengisyaratkan agar kita mencontohi sifat positif yang dimiliki oleh lebah. 

Tentu saja, sifat itu sendiri memang adalah ilham daripada Allah SWT seperti mana yang Dia firmankan, “Dan Tuhanmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. 

“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (Surah An-Nahl ayat 68-69). 

Sekarang, bandingkan apa yang dilakukan lebah dengan apa yang seharusnya dilakukan seorang mukmin, seperti berikut: Hinggap di tempat yang bersih dan menyerap hanya yang bersih. 

Lebah hanya hinggap di tempat-tempat pilihan. Dia sangat jauh berbeza dengan lalat. Serangga yang terakhir amat mudah ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat berbau busuk. 

Tapi lebah ia hanya mendatangi bunga-bungaan atau buah-buahan atau tempat bersih lainnya yang mengandung bahan madu. 

Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu. (Surah Al-Baqarah ayat 168). 

(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Surah Al-A’raf ayat 157). 

Kerananya, jika ia mendapatkan amanah dia akan menjaganya dengan sebaik-baiknya. Ia tidak akan melakukan rasuah, pencurian, penyalahgunaan sewenang-wenangnya, manipulasi, penipuan dan dusta. 

Segala kekayaan hasil perbuatan tadi adalah khabaits (kebusukan). Mengeluarkan yang bersih. Siapa yang tidak kenal madu lebah. Semuanya tahu madu mempunyai khasiat kepada kesihatan manusia. 

Tapi dari organ tubuh manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah. Dia produktif dengan kebaikan, bahkan daripada organ tubuh yang pada binatang lain hanya melahirkan sesuatu yang menjijikkan ditemukan pula produk lebah selain madu yang juga diyakini mempunyai khasiat tertentu untuk kesihatan: air liurnya! 

Seorang mukmin adalah orang yang produktif dengan kebajikan. “Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan buatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah Al-Hajj ayat 77). 

Al-khair adalah kebaikan atau kebajikan. Akan tetapi al-khair dalam ayat di atas bukan merujuk pada kebaikan dalam bentuk ibadah ritual. Sebab, perintah ke arah ibadah ritual sudah diwakili dengan kalimat “rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu” (irka’u, wasjudu, wa’budu rabbakum). 

Al-khair di dalam ayat itu bermakna kebaikan atau kebajikan yang buahnya dirasakan manusia dan makhluk lainnya. Segala yang keluar dari dirinya adalah kebaikan. 

Hatinya jauh daripada prasangka buruk, iri, dengki; lidahnya tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik perilakunya tidak menysahkan orang lain melainkan malah membahagiakan; hartanya bermanfaat bagi banyak manusia; kalau dia berkuasa atau memegang amanah tertentu, dimanfaatkannya untuk sebesar-besar manfaat manusia. 

Tidak pernah merosak seperti yang disebutkan dalam hadis yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merosak atau mematahkan ranting yang dihinggapi. 

Begitulah sifat seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan kerosakan dalam hal apa pun: baik material mahupun bukan material. Bahkan dia selalu melakukan kebaikan terhadap orang lain. 

Dia melakukan kebaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu. 

Jika kerosakan terjadi akibat rasuah, ia perlu membanterasnya kemudian menjauhi perilaku buruk itu. Berbalik kepada lebah, ia serangga yang kuat bekerja. 

Ketika muncul pertama kali dari biliknya (menetas), lebah membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu. 

Begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal. Bukankah Allah pun memerintahkan umat mukmin untuk bekerja keras? “Maka apabila kamu selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Surah al-Insyirah ayat 7). 

Kerja keras dan semangat pantang undur itu lebih dituntut lagi dalam upaya menegakkan keadilan. Meskipun memang banyak yang cinta keadilan, namun kebanyakan manusia kecuali yang mendapat rahmat Allah- tidak suka jika dirinya “dirugikan” dalam menegakkan keadilan. 

Bekerja secara berkumpulan (jama’i) dan tunduk pada satu pimpinan. Lebah selalu hidup dalam kelompok besar, tidak pernah menyendiri. 

Mereka pun bekerja secara kolektif dan masing-masing mempunyai tugas sendiri. Ketika mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya. 

Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk memanggil teman-temannya untuk membantu dirinya. 

Itulah seharusnya sikap orang beriman. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah Ash-Shaff ayat 4). 

Tidak pernah melukai kecuali kalau diganggu. Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan menyerang ketika terasa terganggu atau terancam. 

Untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. 

Tapi jika ada, tidak lari. Itulah beberapa karakter lebah yang perlu dicontohi orang beriman. Bukanlah sia-sia Allah menyebut dan mengabadikan binatang kecil itu dalam al-Quran sebagai salah satu nama surah: An-Nahl. Allahu a’lam.

Continue...


Thursday, July 14

Kekasig Agung Sedang Cemburu

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 7:37 PM 0 comments



Assalamualaikum buat semua pembaca setia blog ini. Blog warkah bersama. Setiap warkah dan penaipan ini adalah untuk semua. Samada yang nampak, yang follow. Dan yang tak follow. Semua adalah sahabat saya yang saya sayang. Peace no war.

Anda Buat Dia Cemburu? Jeles?

Anda sedang asyik bersms dengan seseorang yang bukan mahram?

Anda sedang menanti sms dari si dia?

Anda ternanti-nanti panggilan dari yang tersayang?

Atau anda sedang menunggu saat-saat bertembung dengannya?

Atau anda sedang memilih minyak wangi yang paling harum untuk keluar ber”tenet”?

Yang manakah jawapan anda ye? Err, kalau jawapannya ya, maknanya anda sedang membuat kekasih agung cemburu. Anda sedang membuat kekasih agung anda amat-amat cemburu.
Berkata Ibnul Qayyim al-Jauziyah , “ Allah cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya dan ada sesuatu yang lain di hatinya selain Dia”

Kata-kata ulama’ muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasulullah. Daripada Mughirah r.a katanya : Saad bin Ubadah mengatakan :

“ Kalau sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong ( bermesra-mesraan ) dengan isteriku, nescaya lelaki itu aku tetak deangan pedang, bukan dengan punggungnya.”

Ucapan itu sampai kepada Rasulullah lalu baginda berkata :

“ mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah, aku lebih cemburu daripadanya ( terhadap perkara yang di ambil endah dan di benci demi agama ). Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu di larangNya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang ataupun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka member maaf lebih dari Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembiradan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih dari Allah, dan kerana itu ( untuk orang memuji-Nya ) di janjikannya syurga.”

( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Cemburu Allah Tanda Besarnya Cinta

Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia perlukan kita. Maha suci Dia daripada sifat kekurangan. Cemburu Allah adalah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ucapan ni selalu kita sebut di awal perbuatan kita. Tak kira kita buat apa. Samada mahu makan, pergi tandas, sesudah bangun mahupun mahu tidur.

Dia tidak memerlukan kita. Dia tidak luak atas kelalain diri kita. Tidak terjejas walau sekelumit tanpa kehadiran diri dan cinta kita.

Tapi kita? Muhasabah diri balik. Adakah kita meletakkan di tempat yang selayaknya?
Keperluan kita kepada cinta Nya lebih penting daripada kita memerlukan makanan, atau oksigen. Sebab bila kita sudah dapat rasa kemanisan mencintai Allah, rasa nak makan pun dah kurang. Makan sikit dah kenyang. Bila agaknya kita akan jadi macam tu yer? Err, tanya pada diri sendiri ni.

Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripada cinta Nya. Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia tidak mahu kita melalui detik-detik yang sukar. Dia juga menawarkan sebuah cinta yang tak pernah kenal erti kecewa. Tak pernah kenal erti menyesal. Macam lagu sixth sense. Menyesal ku akui, tak terima cinta Mu, dan kini Engkau pergi meninggalkan hidupku.

Bagaimana Kita Menguruskan Cinta
Ya ketertarikanmu pada si dia itu satu lumrah. Fitrah itu yang Allah hadirkan dalam hidup setiap insan berketurunan Adam. Hinggakan ada kisah malaikat Harut dan Marut yang ingin memiliki perasaan dan hawa nafsu seperti manusia. Tapi setiap ada peraturannya. Sama juga macam makan. Setiap kali kita nak makan mesti ada peraturan.
Oleh itu wajarkah kitamencipta langkah seterusnya tanpa membelek dan menyelak diari-diari kehidupan kita? Rona-rona dalam setiap langkahan? Bahkan peraturan yang telah Allah tetapkan?

Sanggupkah diri kita mencipta satu kenangan cinta tanpa sebarang peraturan hidup? Penuh dengan maksiat hati. Menjalar pula pada maksiat dan setiap perbuatan.
Sahabatku yang ku sayangi.

Bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta malah semua orang tidak akan terkecuali termasuk para rasul, sahabat, dan orang-orang soleh. Bezanya, bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? Bagaimana pula dengan kita?

Ibnul Qayyim menukilkan begitu indah di dalam bukunya Raudahtul Muhibin tentang kisah Saidatina Fatimah Az-Zahra pada malam pertama. Fatimah, puteri dan zuriat Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya, Saidina Ali.  “ Kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. Dinda amat mengaguminya.”
Dengan penuh cemburu, Saidina Ali berkata “ habis itu, dinda menyesal nikah dengan kanda?”

Si isteri menjawab nakal dengan sekuntum senyuman menghias bibir, “ tidak kandaku sayang, kerana orang itu adalah kekanda.”

Namun, adakah si gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan si wali? Bersms melalui burung merpati? Mengatur dating di bawah pohon kurma? Membonceng unta?
Begitu juga dengan Saidina Ali, adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji kosong? Adakah dia memnita seseuatu dengan ayat manis?

“ sayang tak percayakan abang?”

“ kalau sayang mana buktinya?”

Penutup: Bagaimanakah Kita Menguruskan Cinta?

Adakah dia meredah hak wali dengan terus mengorat gadis idamannya? Adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut di sampaikan oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah ketika tidak mempunyai kualiti diri?

Kita pula bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita pada si dia? Adakah dengan jalan yang penuh dengan fitnah atau dengan jalan yang menghampiri berkat Allah?



Tuhan Izinkan Aku Mencintai
Tuhan,
Izinkan aku memandang cinta,
Walau hanya dari kejauhan,
Izinkan aku dekati cinta
Walau hanya dalam kebisuan

Tuhan,
Izinkan aku membisik rindu
Biar hanya berkumandang di sudut hati
Izinkan aku menitip kasih
Biar hanya berbekas di dada malam

Tuhan
Izinkan aku menyentuh cinta
Lewat lafaz zikrullah
Seiring dengan degupan jantung ini
Seiring dengan denyutan nadi ini
Seiring dengan setiap hembusan nafas ini

Tuhan,
Biarlah cinta tak pernah lagi berbalas
Biarlah rindu ini mengundang sejuta pilu
Tapi izinkan aku menyubur rasa cinta
Dengan detak lafaz zikrullah
Kerana cinta ka uterus mekar mewangi
Seiring dengan seharum asma-Mu Ya Ilahi.
Continue...