Followers

Wednesday, February 16

Kau Yang Bernama Hanis 8

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 2:24 PM 0 comments

Selamat pulang ke dunia blog. Sebelum ni bercuti rehat untuk beberapa hari kerana ada kerja dan menghormati hari keputeraan baginda Rasul. Kali ni nak update tiga entry baru. Maka terimalah.



Apa kaitan gambar ni ngan tajuk? tak da kaitan, cuma nak cakap, TH, tak anjurkan majlis valentine's day. OK?

Ha, oleh kerana semalam ana tak sempat nak updte tentang Baginda, pa kata dengar dulu lagu nih.


Hentian Ke Lapan Bergeraklah Wahai Pencinta Bergerak Di Bawah PayungNya

Lagu Hijjaz-Engkau Insan Sempurna berkumandang di radio, di Mesir memang payah nak dengar lagu-lagu nasyid Malaysia baru keluar, inikan lagi nak dapatkan album.

Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menerangi jalan (ke) Syurga



Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta



Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku



Tika berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela



Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkanku seorang



Insan sempurna berjasa
Selayaknya engkau dikasihi dicinta


Kerana dirimu ya Rasul

Kekasih teristimewa

“Kau ada masalah cinta ke bro?”

Soalan itu membuatkan aku terjeda. Ikhwan, teman rapatku di Universiti bertanya seakan menebak panah tepat ke sasaran hati dan otak.

“Atas dasar apa kau berkata begitu wahai laksamana Ikhwan? Beta tidak mengerti” Aku cuba berseloroh, walaupun aku rasa wajahku kepanasan.

“Jangan la bermain kata wahai tuanku Kamaruzzaman yang glamour, lagumu kebelakangan ini sentimental bunyinya. Kurisau bertukar jadi sakitmental nantinya” Ikhwan membalas.

Pecah tawaku. Memang, itulah komen oleh pelawat-pelawat blogku. Kebelakangan ini, lagu-laguku tiada yang rancak. Semuanya berentak sentimental. Semuanya berkenaan perasaan hati. Seakan-akan karyaku mengikuti apa yang bermain di dalam hati.

“Orang kata, 80% karya adalah merupakan diri pengkarya.” Ikhwan memandangku.
Aku tersenyum. Betul ke? Main sebat je Ikhwan ni. Bukan boleh kira temanku nan seorang ini.

“Cerita la bro. Jangan la simpan aje. Apa guna sahabat?” Ikhwan memaut leherku. Mesra.

“Entah la Wan. Aku rasa aku ada jatuh cinta dengan seorang perempuan ni”

“Wah, baguslah.” Ikhwan bertepuk tangan.

“Tapi…”

“Tapi?”

“Tapi aku rasa itu mainan syaitan aje” Dan jawapanku membuatkan tepukan Ikhwan terhenti.

“Kenapa macam begitu pula ceritanya?”

“Sebab aku jatuh cinta tu, hanya dengan tengok gambar aje. Nama aku tak kenal, orangnya aku tak pernah jumpa, tengok dengan mata kepala sendiri, suara pun tak pernah dengar”

Ikhwan senyap. Ya, tengok gambar kemudian jatuh cinta, tak ke gaya main-main? Cinta sesuatu yang mahal, lebih-lebih lagi untuk orang ada fikrah dan melalui proses tarbiyah serta menjalankan usaha dakwah macam aku dan Ikhwan.

“Nama pun tak tahu?”

Aku mengangguk. Aku tak pernah tanya pada Umeir, takut Umeir rasa lain pula kerana Umeir tahu aku dah terlihat gambar kakaknya. Kadangkala, orang ada kakak ni, menjauhi orang yang nak kenal kakaknya.

Mereka merasakan, hubungannya tidak ikhlas. Rapat sebab kakak. Aku, tidak mahu perkara itu terjadi antara aku dengan Umeir. Umeir adalah Umeir, kakak dia adalah kakak dia.

“Habis, kau memang rasa tu mainan syaitan la?”

Aku mengangkat bahu. “Aku cuba sisih, lama dah. Hampir lima bulan la jugak. Tak tersisih-sisih”

Ikhwan mengangguk-angguk, gaya faham.

“Aku risau, mungkin iman aku ni luntur. Tak kuat. Jadi aku banyakkan ibadah. Aku pergiatkan mathurat, baca Al-Quran lebih, sering lama-lama di masjid. Qiam pun aku kuatkan. Aku sentiasa berdoa pada Allah agar jauhkan aku dari benda-benda macam tu”

“So?”

Aku menghela nafas. “Tak hilang juga bayangan perempuan tu pada ingatan aku bro”

Giliran Ikhwan menghela nafas. Mungkin dia simpati. Orang kata, sahabat atas dasar iman ni, apa ada pada hati sahabatnya, dia pun dapat rasa. Mungkin Ikhwan mampu melihat isi hatiku yang berkecamuk ini. Tambahan, dia banyak bersamaku dan membantu dalam lagu-lagu yang kunyanyi dan reka selama ini.
“Beginilah. Apa kata kau bergerak sikit?” Mando menepuk tangan, memberi idea.

“Bergerak? Gerak apanya Wan?”

“Cuba kau pergi gerak sikit, ziarah rumah dia, tanya kawan-kawan dia, tanya senior dia, tanya pensyarah dia ke, tanya adik beradik dia ke. Mungkin dekat situ, kau boleh tahu kenapa Allah tidak sisihkan dia daripada kepala kau ni” Ikhwan menepuk kepalaku lembut.

Cadangan Ikhwan, mengetuk mindaku.

“Mana la tahu, itu memang jodoh kau” Ikhwan kemudian menggosok-gosok badanku.

Selepas itu dia bangun. Dia menepuk kedua tangannya. “Ha, selesai kerja aku”

Kerja? Apa kerja yang selesai? Mando memandang wajahku. Dia tersenyum. Aku pasti, dia tahu yang aku tertanya-tanya maksud kata-katanya.

“Mas’ul suruh aku tengok, apa masalah kau. Selesai dah kerja aku sebagai penasihat tidak rasmi tuanku ya” Ikhwan ketawa.

Terkoyak senyum aku, menghantar Ikhwan masuk ke tandas dengan pandangan.
Bergerak ya?

“Mana la tahu, itu memang jodoh kau”

Kata-kata Ikhwan kembali datang.

Ya, mustahil aku ini tengok gambar perempuan terus jatuh cinta. Mustahil, selepas berbulan-bulan cuba menyisih, tetap tidak pergi perasaan dan bayangan itu.

Aku kena bergerak!

Itu solusinya.


0 Responses so far: