Followers

Wednesday, February 16

Bila Banjir Melanda Johor- Sri Medan(Haluan)

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:24 PM 0 comments



Ucapan sikit dari mas'ul  Ketua Biro Misi Kemanusiaan Dan Bantuan Kecemasan HALUAN  Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan berkenaan usaha HALUAN membantu mangsa-mangsa banjir yang sedang menimpa beberapa daerah di negara kita. Antara daerah yang teruk dilanda banjir adalah di negeri Johor, di mana lebih 23,000 orang telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara.
HALUAN Johor telah mengaktifkan bilik-bilik gerakan bantuan banjir di seluruh negeri. "HALUAN Johor kini sudah mula menggerakkan pasukan perubatan dari Kelab Kesihatan HALUAN (KKH,) pasukan Motivasi dan Kaunseling dan juga sukarelawan-sukarelawan ke lokasi-lokasi untuk membantu mangsa-mangsa di Johor," jelas Dr Syed Muhammad Haleem.
Menurut beliau lagi, Biro Misi Kemanusiaan Dan Bantuan Kecemasan HALUAN di setiap negeri kini juga bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir di daerah masing-masing.
Seperti tahun-tahun lalu, HALUAN bekerjasama dengan badan-badan kerajaan seperti Pejabat Daerah, Bilik Gerakan Banjir Negeri, Pejabat Polis (IPK) Daerah dan juga Kementerian Kesihatan bagi memberi bantuan dan sumbangan secara efektif dan tersusun. Masyarakat prihatin juga dijemput bersama-sama menyumbang tenaga, kemahiran, barangan dan kewangan bagi menjayakan usaha kemasyarakatan ini.
Orang ramai yang ingin turut berbakti dengan sumbangan kewangan bagi menjayakan misi bantuan ini boleh berbuat demikian melalui akaun khusus bantuan kemanusiaan seperti berikut:
Nama Akaun: HALUAN
No Akaun: 14-023-01-002571-8
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad.
Bilik Gerakan Bantuan Banjir HALUAN Johor boleh dihubungi melalui talian 019-7559169 (Dr Baharudin) atau 016-7332279 (En Kamrojman.)
nak tengok gambar di sri medan? meh tengok. ana masukkan banyak.

ni sesi pengenalan:kenal sikit-sikit dah la ae.

penerangan modul
ni pengerusi negeri johor



muslimah-muslimah Haluan






ni pulak sesi dalam bilik sebelum bekerja
jauh tau bot ni datang, Perlis datang
pakcik ni nak tulis nama ubat.

 ni? yang ni waktu sesi makan-makan
beratur ye semua, saya nak tengok nama dulu tau.
ni nama makcik tau (agaknya perbualan macam ni)
saya pening ni nak amek makanan, semua sedap
tambah sikit lagi boleh?
awak tak makan ke?

bak sini akak punya mangkuk saya tambah nasi
ni pulak sesi Latihan Dalam Kumpulan. Pengisian Oleh Ahli panel Haluan...........

adik-adik semua dengar apa yang abang nak bagitau kat adik-adik ni tau...abang nak ajar adik-adik, ikut apa abang buat tau

buat apa yang abang buat tau

apa la kakak tu bising-bising
adik-adik tak boleh buat macam ni tau

hei bangun la...


ikut apa abang buat tau

best nyer duduk sini...


mak cik dan pak cik ni punya kawasan..orang lain tak boleh masuk












0 Responses so far: