Semua sedang menanti dengan penuh pasrah. Lama. Memang lama. Berjam-jam menunggu. Ada yang siap bawak tilam dan bantal. Siap ada makan dulu dah. Sebab lapar. Ini semua kerana apa? Sebab menunggu seorang penceramah bebas datang untuk memberi ceramah. Tunggu lama dapat pahala, pujuk salah sorang daripada hadirin yang datang. Saja nak sedapkan hati.
Sebentar. Bila kita baca situasi di atas ini, adakah kita pernah kena? Konsep menang-menang. Pernah terjadi pada diri kita? Kadang-kadang mungkin keadaan ni terkena kat diri kita. Saya, kamu, pembaca sekalian yang tidak pernah rasa akan keadaan ni, insyaAllah. Satu hari nanti akan rasa juga keadaan ni.
Bila kita lihat pada apa yang ada pada penceramah. Pakaian dah elok dah. Ikut cara Nabi Muhammad dah. Pakai serban? Dah. Pakai jubah? Pun dah. Apa lagi yang tak? Semua dah jadi ikutan dah. Cuma satu sahaja. Masa. Mungkin ada pembaca yang terkata dalam hati. “ alah, kalau konsert boleh tunggu lama.” Memang. Kalau konsert boleh tunggu lama. Sebab segala kemungkaran orang suka buat. Yang benda baik, orang tak suka nak buat. La ni, nak kira orang yang dengar ceramah boleh bilang dengan jari. Kalau konsert kira tiket. Habis tiket yang di peruntukkan. Sampai la target dia.
Contohilah Rasullullah
Tunggu hampir satu jam. Dia punya peruntukan masa dua jam. Dia punya pung pang 20 minit. Campur semua tolak dengan masa yang di peruntukkan cuma berapa minit je tinggal. Dalam ceramah, berdegar-degar tentang contohilah Rasulullah. Gedegang dia punya ceramah. Orang tidak mengantuk. Tapi kenapa tak praktikkan satu lagi ni. Menepati masa.
Kalau kita tengok masa zaman nabi, bagaimana Rasulullah menunggu hampir 3 kali seorang yang berjanji bertemu dengannya tetapi tidak datang. Rasulullah sangat menepati masa dan alangkah baiknya jika sunah menepati masa ini dilaksanakan oleh ustaz yang memakai serban dan jubah itu. Nampak lebih sempurna dan indah.
Saya tidak nafikan bila dalam bab pemakaian tu dah sunnah. Orang sekarang hanya memandang apa yang nampak iaitu luaran. Bukan dalaman. “ bab pakaian seksi tak termasuk dan termaktub dalam hal ini”. Tapi, cuba kita semak balik diri kita. Tak kirala penceramah ke, ustaz ke, tok kadi ke, orang dari jabatan agama ke, sapa-sapa je la yang terlibat dengan masa. Tipu kalau orang cakap yang dia tidak terlibat dengan masa. Semua terlibat dengan masa. Jadi. Sama-samalah menepati masa. Dalam al-quran Allah telah berfirman:
Al-’Asr 103: (1-3)
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Selalu kita membaca surah Al-‘Asr. Paling kurang, apabila di hujung majlis, kita ada membaca surah tersebut walaupun ada yang tidak faham mengapa mereka membacanya.
Cuba fahami apa yang Allah nak sampaikan. Kerana masa, manusia di dalam kerugian. Jadi, kita sebagai hamba Dia, kenalah hargai masa yang Allah beri. Tepati segala masa yang di janjikan.
Ni baru mula ceramah. bila dah habis cuba kita perhatikan perangai orang kita. Buang sampah merata-rata. Masing-masing dalam pemikiran dah set “ ah, ada majlis perbandaran. Nanti diorang tak da kerja” kenapa macam ni? Dengar ceramah degar-degar dah. Nangis-nangis pun dah. Angguk-angguk, geleng-geleng pun dah. Tapi, kenapa tidak ikut contoh? Bukankah Rasulullah ni orang yang pembersih? Kenapa kita nak jadi seorang yang pengotor? Mana perginya semangat yang berkobar-kobar masa dengar ceramah? Jom-jom sama tengok diri kita ada tak dalam diri kita macam ni? Kalau ada, meh la sama-sama kita betulkan balik.
Dalam bab pemakanan, orang-orang agama suruh semua carilah makanan yang halal. Dia pung-pang kat orang lain. Tapi dengan hati yang selamba, dan tanpa ragu-ragu, dia pi makan kat kedai yang di ragui statusnya. Kalau kita pun main selamba bedal makanan yang status di ragui, macam na dengan darah daging kita. Pernah satu masa Rasulullah melarang cucunya memakan kurma yang disedekahkan kerana keluarga tidak boleh makan makanan sedekah. Bahkan Sayidina Abu Bakar pernah memuntahkan kembali susu yang diperoleh daripada sumber yang diragukan.
Ada lagi cerita lain, yang sorang ni dok sibuk pulun bagi nasihat, motivasi. Suruh orang pakai tudung, tutup aurat. Memang elok bagi nasihat kat orang. Tapi nasihat dan bombing diri dan keluarga terlebih dahulu. Bukan nak terus hentam keluar. Elakkan nanti kita yang terhentam. Orang kita, dah terhantuk baru nak tergadah. Menjerit sana sini. Tapi nilaian dan etika Islam tiada dalam diri. Yang lagi pelik, anak-anak perempuan kat rumah, asal keluar rumah buka tudung.
kalau kita memandu, tengok orang lain bakar kita. Fuh, terbakar hati nih. Mana taknya, kawan bawak kancil, motong kereta kita yang mewah dan besar gedabak macam lori. Mana boleh tahan, laju. Kejar bang, jangan tak kejar, selagi boleh tekan, selagi tu kita tekan. Ulama’ dah sepakat, memandu laju dan merbahayakan nyawa adalah satu kesalahan. Memandu laju dalam keadaan berbahaya dan membahayakan orang lain boleh menyebabkan dua perkara apabila berlaku kemalangan.
Kalau si pemandu yang terbunuh.
- Jika si pemandu memandu laju kerana kesombongan, rasa hebat bila memandu laju (orang kena hidu asap dia), atau rasa gah dengan kemewahan kenderaan yang dipandunya. Alhamdulillah! kalau dia mati adalah seperti mati bunuh diri, lebih baik dia mampus kerana hidup dia menyusahkan orang lain saja. Kalau si pemandu memandu laju kerana hal-hal kecemasan atau hal-hal lain yang dia terpaksa memandu laju, sedangkan kalau boleh dia mahu elakkan memandu laju dan membahayakan. Apabila si pemandu terlibat dalam kemalangan dan terbunuh, ini cerita lain. Terserah kepada Allah SWT, "dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan".
- Kalau orang lain yang terbunuh.
- Apabila si pemandu menyebabkan kematian bagi pihak lain, hukumnya boleh jatuh sebagai hukum membunuh sama ada dengan segaja atau tak sengaja. Di negara Islam lain seperti di Arab Saudi, mereka melaksanakan hukum Qisas iaitu hukum balas.
Itu memang berani mati. Tapi bukan berani mati yang sunnah. Memang berani mati, nak cari maut. Samalah macam bunuh diri. Berani mati di jalan yang “lurus” amat berbeza dengan berani mati di jalan yang lurus. ( mati syahid di jalan Allah)
Yang kes cinta metafora lain hal pula. Ni jenis hidung belang. Orang cakap, lelaki jongos. Dah ada satu, belum cukup lagi. Tambah lagi satu, ada dua, tak cukup lagi lama-lama cukupkan kuota. Empat terus. Alasannya nak ikut sunnah nabi. Tapi, anak-anak, isteri semua tidak di didik dengan didikan agama. Culas.
Penutup:Hari-Hari Kita Berdoa
Hari-hari kita doa. Tiap-tiap kali solat, kita minta kat Allah. Tapi kita sendiri yang tak nak ikut macam mana. Dalam surah Fatihah, tiap kali kita solat fardhu, solat sunat, kita selalu baca.
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Tapi kenapa kita tak nak ikut setelah Allah beri jalan lurus. Nak pilih jalan bengkang-bengkok. Kenapa ya.
Jadi, persoalannya berapa ramai orang yang mendakwa dan merasakan dia telah mengikut sunah padahal apa yang sebenarnya diikutinya hanyalah hawa nafsu sendiri? Inilah gara-gara tidak tulus mengikut jalan yang lurus!
Post a Comment