Followers

Wednesday, February 27

Aku Orang Agamalah.

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:51 PM 0 comments




Artikel kali ini berkisarkan persoalan yang saya dapat dari facebook saya.

“Assalamualaikum, betulkah orang yang bercinta ini bergantung kepada solatnya yang tidak sempurna? Boleh jelaskan? Dan bagaimana untuk menasihati orang supaya tidak bercouple.”

Apa pandangan anda dengan persoalan di atas?

Saya akui, ramai dari kita yang bersolat pun masih lagi bercouple. Ya, memang saya akui juga solat yang sempurna itu menjadi benteng penghalang buat diri kita dari melakukan dosa kecil mahupun dosa besar.

Allah telah berfirman yang membawa maksud :

“Sesungguhnya solat itu dapat menghalang dari melakukan perbuatan keji dan mungkar” [Al-Ankabut : 45]

Kenapa Macam Ini

Kita akui, mungkin ada yang dari kalangan ahli couple akan menyatakan sebegini.

“ Aku dah lama menjalinkan hubungan dengan dia. Dah lebih dari tiga tahun. Tapi, pada kami couple itu bukan macam istilah yang orang lain fikirkan. Couple mesti pegang-pegang tangan. Jangan nak lihat dari luar yang saya couple ni buruk ok? Saya masih tahu lagi jaga batas-batas agama. Saya masih lagi bersolat lima waktu. Saya selalu nasihatkan dia solat, jangan tinggal solat. Kan lagi baik macam itu? Sambil itu saya juga sempat berdakwah kepada dia dan saya nak membimbing dia ke jalan yang Allah redha. Tentang kes pembuangan bayi, zina semuanya orang yang tidak merasakan diri mereka bertuhan. Mereka tidak takut pada Allah sebagai tuhan mereka yang memerhatikan mereka.”

Oh, ini adalah hujah dari kalangan mereka yang ada ilmu. Macam mana pula dengan mereka yang kurang mendalam dalam ilmu agama? Adakah mereka lagi teruk kenyataannya? Realiti atau fantasi sebenarnya?

“ Ok, aku tau aku couple, tapi apa salahnya aku bercinta? Kan lumrah setiap manusia itu bercinta berlainan pasangan? Ada yang siap sampai ke jinjang pelamin diorang bercinta. Bercinta bertahun dan dapat bertahan. Jadi kau jangan persoalkan sangat. Baik kau tegur orang lain yang lagi teruk dari aku.”

Ini adalah antara warna-warna pelangi yang mewarnai alam mereka yang sedang bercinta. Ya, bercinta sampai ke anak cucu. Sampai boleh cerita ke cucu tentang indahnya mereka bercinta masa muda-muda. Adakah tidak akan menjadi contoh kepada generasi akan datang?

Sekarang ini sudah menginjak ke zaman moden. Macam-macam medium boleh menjadikan mereka menghalalkan kaedah mereka bercinta. Ada yang berfacebook, bertwitter, skype dan macam-macam medium yang boleh di gunakan sebagai pengantara cinta jarak jauh. Bukankah cukup “sweet” andai pasangan membuat panggilan dari luar negara semata-mata untuk memujuk hati pasangan yang sedang rajuk? Oh, alangkah indahnya zaman bercinta. Keasyikan bercinta ini membuatkan aku terasa dunia ini aku yang punya. Sweetnya.

Mencari Kebenaran Di Balik Kegelapan

Bercouple memang seronok, itu saya tidak nafikan. Mencegah orang daripada couple pula sesuatu yang sangat tidak seronok, bahkan makin membuatkan diri dibenci, itu pun tidak saya nafikan. Pada saya, dah terlanjur anda masuk membaca, mari kita berdiskusi dari segala sudut yang ada. Supaya akhirnya yang menang bukan orang yang nak couple, dan yang kalah bukan orang yang asyik larang orang dari couple. Baik, kita cari kebenaran.
Apabila masuk bab nak mencari kebenaran, kita rasa meluat pula untuk cari ‘orang agama’, apatah lagi mereka-mereka ini jenis yang suka menghukum. Tak apa, kita tak payah cari orang agama. Tapi kita tak suka pada orang agama tak bermakna kita tak beriman pada Al-Quran dan Sunnah, betul? Jadi kita buka sendiri Al-Quran dan Sunnah.Sekali lagi, kita nak mencari kebenaran.
Cari punya cari, dalam Al-Quran mahupun Sunnah, dalam 114 surah mahupun dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Nasai, Ibn Majah, Tirmizi dan segala kitab hadis yang ada, langsung tidak dijumpai dalil yang membolehkan :
1.       Berhubungan antara lelaki dan perempuan selain pada perkara yang harus
2.       Berpegangan tangan atau berdating
3.       Bergayut , bergurau senda, bernada manja , usik mengusik dan berterbangan di pelangi bersama-bersama.
4.       Melazimi perkara-perkara / perbuatan-perbuatan yang membawa kepada mukaddimah zina
Kesemua di atas, yang terkandung dalam maksud ‘couple’ tidak ada nas yang membolehkannya , baik dari Al-Quran mahupun Sunnah.
Bahkan kita terjumpa pula dengan satu ayat di dalam Surah An Nur :
Firman Allah ta’ala :
“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman supaya menahan ( menundukkan ) pandangan mereka dan menjaga kemaluan ( kehormatan ) mereka..”
Firman Allah ta’ala :
“ Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menahan ( menundukkan ) pandangan mereka dan menjaga kemaluan ( kehormatan ) mereka..”
Belek-belek lagi, jumpa pula Firman Allah ta’ala :
“Dan janganlah kamu merendahkan ( memanjakan ) suara kamu ketika bercakap , kerana dikhuatiri akan timbul keinginan ( nafsu ) pada orang-orang yang berpenyakit dalam hati mereka ..”
Kemudian kita termenung seketika. Walaupun tak mampu baca kitab arab, tetapi tafsir Al-Quran terjemahan dalam bahasa melayu berlambak dekat kedai. Bila baca dan perhati ayat-ayat Allah di atas, nampak macam terkena batang hidung sendiri pula.
Lelaki yang beriman? Akulah itu.
Perempuan yang beriman ? Akulah itu.
Merendah suara? Manja-manja masa bercakap ngan boyfriend? Mengusik-mengusik girlfriend? Akulah itu. Yelah, adat bercinta mestilah nak manja-manja. Tapi Allah larang.
Tak menjaga kehormatan? Nafsu? Hm, Akulah itu. Yelah, ada masanya keluar pegang-pegang tangan, duduk rapat-rapat. Ini pun Allah larang..
Baik, berbalik kepada perbincangan asal. Iaitu mencari kebenaran.
Sudahkah kita temui kebenaran tersebut?
Apabila kita buang rasa jengkel kita pada orang-orang yang selalu menegur atau mengkritik kita kerana bercouple, dan kita letakkan hal tersebut antara kita dan Allah, comfirm kita akan bertemu dengan persoalan2 di atas. Betul atau tidak, ada di kalangan yang asyik bercouple akan berkata begini :
“Ah, ini urusan aku dengan Tuhan. Kalau aku berdosa, itu aku dengan Tuhan. Kau sibuk apa? ”
Pada saya, kata-kata ini POSITIF, walaupun sesetengah orang menganggap macam negatif. Lebih-lebih lagi pada orang yang ikhlas tegur kawan dia supaya jangan bercouple, tetapi tiba-tiba dimarah sebegitu. Kurang asam betul. Akhirnya bergaduh tak sudah.
Kenapa saya kata positif?
Sebabnya, mereka-mereka ini masih sedar hakikat keterikatan diri mereka dengan Tuhan. Masih rasa bertuhan. Tinggal lagi, mereka tidak faham kenapa tidak boleh dan kenapa Tuhan larang. Tetapi kalau mereka benar-benar menggunakan akal dan hati mereka untuk mencari kebenaran, seperti contoh di atas, mereka pasti akan berhenti dan berusaha menghindari, kerana mereka tahu itu Tuhan yang cakap, bukan kawan.Hidayah milik Allah..
Cuma masalahnya adalah sesetengah orang yang mengungkapkan kata-kata di atas, mengaku itu urusan mereka dengan Tuhan, tetapi tidak pernah cuba untuk ‘menyelesaikan’ hal tersebut dengan Tuhan. Kalau menyampah dengan teguran manusia, pergilah kepada Tuhan. Buka  Al-Quran , baca terjemahan , contohnya ayat-ayat di atas. Kalau dah jelas lagi terang bahawa itu larangan Tuhan , kenapa masih tegar melakukan..?
Kecuali kalau anda sanggup menjawab begini :
“ Ah, itu urusan aku sendiri. Kau dengan Tuhan peduli apa?”
Anda sanggup?
Kesimpulan

Kita kembali kepada persoalan asal, Islam datang dengan syariat. Syariat datang untuk mencegah bukan untuk mengubati. Tapi kalau kita berdegil tidak bersetuju dengan bentuk cegahan, dengan alasan saya orang agama maka saya tahu batasan agama, halal dan haram yang di tegah dalam agama. Maka kita akan berdepan dengan ssesuatu risiko. Apa risikonya? Segala apa yang disebut iatu, baik dari segi 'jaga', 'janji', 'tak bincang benda-benda tak penting' , 'tak dengar suara' semua itu TIADA siapa yang JAMIN. Yang memberi jaminan adalah anda sendiri dan pasangan anda. 

Syariat Islam hadir adalah untuk mencegah sesuatu. Mereka lebih menyayangi pasangan dari menyayangi Allah? Apa buktinya? Larangan Allah supaya merendahkan pandangan pun tidak di buat. Apa buktinya? MMS gambar. Dengan MMS gambar, saya fikirkan sebenarnya ramai yang tidak akan menjaga pandangan. Kerana mereka akan meletakkan sesuatu gambar menjadi paparan dalam telefon ataupun laptop.
Continue...


Monday, February 18

Pertunangan dan Kaitannya

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:42 PM 2 comments


Pertunangan dan Kaitannya

Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
(Al-Baqarah 2:235)

Pertamanya saya menghubungkan antara ironinya pertunangan dengan ayat al-quran. Kenapa? Sebab masih lagi ramai yang berfikir tiada pertunangan dalam Islam. Dan ada juga sesetengah yang berfikir di dalam Islam juga tidak di galakkan untuk bertunang. Itu sebenarnya pandangan yang agak keras mengenai Islam. Pertunangan ataupun hibah adalah satu hikmah yang terkandung di dalam Islam.

Yang tidak di galakkan di dalam Islam adalah seperti perbuatan yang menjurus kepada maksiat. Walaupun kita sudah bertunang tidak semestinya kita dah dapat lampu hijau untuk berdua-duaan, selalu berhubungan. Tidak. Bukan begitu pada dasarnya. Kerana dalam kehidupan kita, mempunyai lampu isyarat yang mengawal. Bukan lampu isyarat di kawal.

Sebelum kita bergerak dengan lebih jauh, apa itu pertunangan dan kefahaman mengenai pertunangan. Kita bergerak dahulu kepada soal hukum pertunangan dalam Islam.

Hukumnya di sebut oleh ulama’ sebagai sunat. Dan ada juga ulama’ yang menyebut hukum kepada pertunangan ini adalah kepada hukum harus. Ini bergantung kepada maqasid (tujuan) tertentu. Apabila kita berbalik kepada hukum, kita kena lihat kepada hikmah di sebalik hukum tersebut. Barulah jelas akan konsep pertunangan yang di lakukan.

Bertunang ada hikmahnya yang tersendiri. Di pertengahan artikel ini akan saya selitkan sedikit perbincangan dan pemberian penyelesaian masalah kepada seorang sahabat saya di dalam menghadapi pertunangan.
Antara hikmah yang boleh di ambil adalah penyediaan fizikal dan mental sebelum menjadi pasangan suami dan isteri. Boleh jadi ia di katakan sebagai medium untu kita berkenalan dengan keluarga bakal suami atau isteri kita. Pernah dengar kata-kata orang tua.

“ Bila hendak berkahwin, kita bukan berkahwin dengan pasangan. Tetapi kita berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya.”

Saya akan selitkan sedikit tentang permasalahan seorang sahabat saya yang hendak bertunang. Saya pun tidak menyangka dia menyimpan masalah yang cukup besar bagi saya selama enam bulan dan menunggu saya untuk kembali ke kampung halaman hanya untuk bercerita dan meminta pandangan. Ya, bagi saya perkara yang sensitive sebegini hanya memerlukan seseorang pendengar untuk di bicarakan.

Di Sebuah Cerita

Saya dan sahabat saya yang bernama Amsyar (bukan nama nama sebenar) baru pulang dari  perjalanan jemputan pernikahan seorang ikhwah saya. Dalam perjalanan dia memulakan perbualan.

“ Ad, aku nak minta pendapat kau sikit. Boleh tak? Aku betul-betul bingung. Masalah yang aku pegang ni macam, aku pun tak tau nak cakap macam mana. Memang besarlah. Aku hanya perlukan seseorang untuk dengar dan memberi idea untuk jalan penyelasaian.”
 Ermm, apa dia Syar? Kalau aku rasa, aku boleh tolong, insyaAllah aku bantu. Aku bantu yang aku mampu jelah.” Saya masih lagi fokus pada pemanduan ke destinasi yang saya ingin tuju. Iaitu Parit Simen, Batu Pahat Johor. Berangin, dengar bunyian ombak. Memang sesuai untuk tempat luahan jiwa. Ya, tempat saya dulu-dulu menenangkan jiwa sambil berzikir.

“ Erm, nantilah sampai Simen, aku cerita. Sambil minum-minum, lepak-lepak. Aku memang lama dah tunggu kau balik Batu Pahat. Kau asik kat Jb je. Macam dah lupa balik kampung.”

 Haha, mana ada Syar, dah family aku semua kat sana, mak aku ada. Ayah aku pun dah kat Jb, takkan aku nak sorang-sorang kat Batu Pahat?” Saya memberi signal ke kiri untuk membelokkan kereta. Sampai sudah ke desitnasi yang di tuju.

“ Hmm, tak dalah sekurangnya tengok lah rumah kau kat sini. Bukan pe, dah nak masuk tiga tahunkan? Rumah kau kat kampung terbiar? Jom, kita lepak meja hujung. Tak da orang. Aku nak cerita pun senang.”
Alarm kereta BMW 325i di bunyikan untuk mengunci kereta. Kereta yang besar bukan untuk menjadikan diri kita riak, tetapi menjadikan kita lebih tunduk. Jadilah resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk ke bumi.

“ Ha, apa cerita? Aku dah duduk, dah get ready nak dengar masalah kau ni.” Saya memulakan perbualan sambil menghirup udara segar. Sambil menikmati air teh yang rasa kelat, tapi manis. Itulah kehidupan. Bila kita rasa kehidupan itu kelat tetapi kita tidak sedar dalam kelat itu ada kemanisan yang tersendiri.

“ Erm, mula-mula sekali aku nak cakap. Macam mana ye. Aku punya majlis pertunangan, pihak perempuan minta percepatkan. Dalam bulan lima. Sebelum akak aku walimah. Kau taukan akak aku nak walimah bulan enam ni?” amsyar memulakan bicara. Saya hanya mengangguk. Saya kurang gemar menyampuk bila sedang menjad pendengar.

“ Yang jadi masalahnya, aku bingung sekarang ni. aku dah pernah cakap ngan ayah aku, aku nak tunang bulan lima ni, tapi ayah aku tak bagi. Ayah aku tetap dengan pendirian dia, dia nak aku lepas habis belajar. Kau ada plan apa-apa tak? Ngan kalau aku tak tunang ni macam mana? Aku terus anjak ke nikah je?” Amsyar mengusulkan cadangan, yang mana mungkin usul itu yang akan di bincangkan.

“ Erm, dulu aku dengar cerita dia lain Syar? Majlis bukan ke kau pernah cakap ngan aku lepas kau habis belajar? Bulan tujuh nikan kau habis degree? Dalam bulan lapan kau boleh buat majlis pertuanangan.” Balas saya. Saya seolah ingin bermain akal dengan sahabat saya ni. untuk menguji setakat mana kekuatan dia untuk mendirikan rumahtangga.

“ Erm, memang tu dulu. Tapi sekarang ni, family belah perempuan ni nak di percepatkan majlis pertunangan ni. Kau taukan, diakan pernah putus tunang. Takut di kecewakan kali kedua. Tapi yang sibuk-sibuk hal ni, bukan mak dia, tapi keluarga tiri dia.” Amsyar menerangkan perkara yang saya sudah tahu.

“ Oklah, aku amek macam ni. aku selami jiwa orang tua si dialah ok? Dan aku selami jiwa ayah kau sebagai orang tua. Lepas tu aku bagi kau option. Samada kau nak guna pakai atau kau nak minta pandangan orang lain, aku tak kisah.” Saya meminta izin terlebih dahulu.
Amsyar hanya angguk.

“ Ok, aku selami hasrat seorang ibu yang hanya ada seorang anak perempuan. Ya. Mungkin bagi kau dia hanya seorang anak perempuan, tapi bagi seorang ibu, anak perempuan ni lebih susah nak di jaga. Lebih susah nak di belanya. Sebab apa? Orang akan memandang dengan siapa anak perempuan dia keluar. Bila anak perempuan dia nak menamatkan zaman bujang. Itu semua orang lihat Syar. Sekarang ni aku nak tanya kat kau, kau pernah bawak si dia balik rumah jumpa mak ayah kau? Maksud aku kat sini, memperkenalkan dia dengan lebih detail. Bukan bawak jumpa mak ayah hanya nak tunjuk mak ni bakal menantu mak, ni bakal menantu ayah. Bukan macam tu, maksud aku kau dah bawak dia kalau rumah kau ada buat majlis-majlis ke?”

“ Dah, dah tiga kali aku ajak. Tapi aku tak pernah bagitau tujuan aku kat dialah kenapa aku bawak dia jumpa mak ayah aku. Kenapa aku minta dia tolong-tolong kalau rumah aku ada majlis.”

“ Ok, sekarang ni aku nak tanya kau pula, apa persepsi ayah kau masa kali pertama kau bawa dia jumpa ayah kau, dan apa persepsi selepas kau buat kaedah pertama tu yang aku terangkan kat kau sebelum ni?”

“ Ok, aku terus terang kat kau. Mula-mula sekali masa aku bawa dia jumpa keluarga, ayah aku terkejut. Yalah, aku tak pernah bawa perempuan balik rumah untuk tunjuk kat mak ayah aku yang aku dah ada bakal menantu, tapi masa tu ayah aku betul-betul terkejut. Ini ke calon isteri aku. calon menantu mak ayah aku. kira masa tu, ayah aku tak berapa ngamlah. Pastu lepas dia kerap tolong rumah aku bila ada majlis,ayah aku cakap kat aku:  “ Syar beruntung dapat dia, sejuk je mata ayah lihat dia. Baik, ustazah, pakai tudung labuh. Memang sesuailah jadi isteri solehah.”

Saya hanya tersenyum. Sebenarnya dari situ saya boleh buat kesimpulan, yang pada pandangan pertama seseorang akan melihat negative dahulu sebelum melihat positive sesuatu perkara.

“ Macam nilah Syar. Aku sarankan kat kau, kau bincang balik ngan ayah kau tentang masalah kau ni? minta ayah kau hantar rombongan untuk bertunang bulan lima ni? seperti mana yang di minta pihak perempuan. Tapi aku nak tanya lah kat kau. Dia ada cakap apa-apa tak kat kau? Macam bagi sokongan ke, bagi dorongan ke. kekuatan ke, atau kenapa kau tak bincang je ngan dia?”

“ Ad, aku kenal ayah aku. ayah aku macam aku Ad. Kalau dia kata A, maka “A” lah keputusannya. Erm, tentang dia. Payah aku nak cakap. Dia macam tak amek pusing pun tentang hal ni. tulah aku kusut sangat. Tak tau nak cakap kat sapa.”

“ Syar, kau dengar sini. Aku bagi kau dua option. Dua kaedah penyelesaian masalah kau ni. option pertama. Kau bincang dengan ayah kau. Tapi, kau jangan bincang masa ayah kau ada kat rumah. Kau bawa perbincangan kau ni di luar rumah. Sebenarnya aku dah nampak jawapan ayah kau dari A, ke B. Kau nak tau kenapa? Kalau kau nak tau. Kau cuba dulu. Syar. Ayah di dalam rumah, dia memikirkan ribuan masalah. Dia kembali ke rumah je, dia akan memikirkan masalah mak kau, masalah akak kau, masalah rumah, masalah semua sekali. Dia nampak je baca suratkhabr, tapi kita tak tau dalam benak dia ada beribu permasalahan yang dia kena selesaikan. Sebab itu bila kau berbincang dengan ayah kau di rumah, dia tidak akan setuju. Sebab ego dia sebagai seorang bapa di rumah. Kau ajak dia keluar, makan-makan ke. Main snooker ke, kau berbincang dengan dia. Jadikan dia seorang rakan. Tempat kau berbual.”

“ Ok, kalau cara macam tu tak berjaya? Option kedua apa dia Ad?”

“ Option kedua kau kena berbincang dengan family perempuan. Kau bawa keputusan yang kau dah bincangkan dengan ayah kau kat diorang. Kau sebagai lelaki kau kena tegas dengan tanggungjawab dan keputusan, kau sendiri yang tetapkan tarikh.”

“Habis kau tak da option ketiga?”

“ Aku tak suka bagi option ketiga, sebab option ketiga putus.”

Selang beberapa minggu, saya dapat panggilan dari sahabat saya. Dia telah menggunakan option saya yang pertama. Dan dia telah lulus. Tahniah saya ucapakan. Selangkah ke hadapan sahabat saya.

Masalah semasa hendak bertunang saya dapat simpulkan dalam ringkasan cerita antara saya dengan seorang sahabat saya adalah:

1)      Persetujuan keluarga dalam pertunangan
Ya, saya sedia maklum dan membaca di dada akhbar mahupun majalah. Rata-rata mempunyai masalah semasa untuk mendapatkan persetujuan dari ibu bapa mereka untuk bertunang. Tapi, adakah cara dan masa mereka berbicang itu sesuai atau tidak? Adakah mereka berbincang sama dengan tema? Kena lihat dari konteks, rumah bukan tempat berbincang yang sesuai, kerana rumah adalah tempat beristirehat dan merapatkan ukhwah. Cari tempat yang lagi tenang untuk membicarakan.

2)      Masalah komunikasi antara kedua belah pihak.
Ya. Masalah ini sering terjadi sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang bersungguh-sungguh mahu mendirikan rumahtanga. Kadang-kadang hinggakan kita terdengar ayat-ayat yang macam ni. mungkin ayat ini amat menyakitkan hati bagi sesetengah pihak. Tapi, hendak dapat kemanisan kena berkorban dahulu. Tapi saya sarankan jangan berkorban sampai diri kita yang terkorban.

“ Awak, yang nak kawhin dengan saya. Awaklah kena tanggungjawab sikit.”

“ Awakkan lelaki, belum lagi jadi suami dah mudah mengalah”

Ya, cakap memang mudah. Tetapi pelaksanaan itu bukan mudah. Islam mengajar kita supaya setiap permasalahan itu di runding bersama. Ini belum lagi jadi suami isteri, dah jadi suami isteri tiada persefahaman dalam menyelesaikan masalah. Jadi lebih parah. Itu yang kerana ubat gigi sampai ke pejabat agama.

3)      Bertunang Tapi Bercouple

Apa maksud saya di atas? Bertunang tapi bercouple. Kita perlu memahami hakikat pertunangan. Dan maksud di sebalik pertunangan. Pertunangan bukan lesen kepada untuk keluar berdua-duan membeli barang-barang peribadi.

Kalau sudah macam bercouple, buat apa nak bertunang?

“ Eh, saya dah tunang. Ni tunang saya. Lima bulan lagi saya akan jadi suami dia.”

“ Eh, ni tunang akulah. Yang kau nak nyibuk buat pe?”

Anehnya, masih ramai yang menyangka diri mereka mempunya hak ke atas tunangan masing-masing, sehingga kehidupan mereka tidak ubah seperti suami isteri walaupun masih belum berkahwin. Ibu bapa pula ramai yang menjadi dayus dengan membiarkan sahaja anak gadis mereka keluar berduaan bersama tunangan masing-masing dengan alasan ‘mereka sudah bertunang’. Sedangkan dalam tempoh bertunang itu, si gadis masih berada di bawah tanggungjawab walinya, justeru tindakan membiarkan si gadis tenggelam dalam maksiat itu adalah tindakan tidak bermaruah dan walinya dikira sebagai dayus. 

Kesimpulan

Maqasid menyatakan hukum pertunangan itu sunat atau harus mempunyai tujuan yang jelas. Seperti yang telah saya perincikan tadi di atas, pertunangan menjadi satu asbab untuk kita menguruskan sesuatu tugas dengan lebih perasaan bertanggungjawab sebelum menjadi pasangan suami isteri.

Jangan ambil kesempatan di atas tiket pertunagan dengan melewat-lewatkan tempoh pertunangan. Dan jangan pula mengambil kesempatan bermain cinta macam orang tengah couple semasa tempoh pertunangan. Habis kalau tidak bermain cinta masa pertunangan macam mana nak kenal bakal pasangan?

Saya tanya balik kepada semua yang membaca, adakah perlu mengenal hati budi seseorang itu dengan bercinta? Jikalau perlu membuat perbincangan untuk majlis, bawalah mahram bersama.

Justeru, timbang-timbangkanlah segala perkara yang disebutkan ini dan tanyalah kembali kepada diri masing-masing, perlukah anda bertunang? Jika perlu, kenapa ? Kemudian, berapa lama? Kemudian, adakah target untuk bernikah benar-benar telah menjadi fokus utama?
Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri dan agama, juga untuk masa depan anda di akhirat sana.





Continue...


Thursday, February 14

Cinta Yang Benar

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 7:45 PM 0 comments




“Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah” [Al-baqarah: 165]

Ta’aruf Cinta

Cinta adalah satu perkara yang memang tidak di nafikan orang yang dari kecil anak, hingga dewasa malahan yang mana kubur sudah memanggil pun akan tetap mendefiniskan pada satu makna. Cinta itu adalah satu perumpaan seperti kasih sayang yang berlainan jantina. Saya pernah bertanyakan kepada seorang remaja mungkin dalam belasan tahun ataupun baru awal kenal usia dengan hidup. Kononnya saya ingin membuat sedikit bancian. Padahal tidak buat bancian manapun.

“Adik, boleh abang nak tanya adik sikit”

“ Hmm, boleh. Tapi abang kena belanja adik makan chicken chopla..”

“Aik, memilih betul nak abang belanja. Abang nak tanya kat adik, apa yang adik paham tentang maksud cinta?”

“ Lah, perkara kecik macam ni pun abang nak tanya adik? Cinta itu boleh di ibaratkan seperti pasangan kekasihlah.. Apalah abang ni tu pun tak tau.”

Inilah corak jawapan yang rata-rata saya tanya kepada mereka yang saya jumpa. Mereka telah di cetak dan di mesinkan tentang makna cinta. Cinta adalah untuk kepada pasangan hidup. Cinta adalah untuk pasangan yang berlainan jantina. Bila di persoalkan tentang cinta. Hakikat yang akan keluar dari jawapan semua adalah.

“Cinta adalah seperti hubungan seorang lelaki dengan seorang wanitalah.. Takkan tu pun tak tau.”

Yang mana dahulu perkara cinta berlainan jenis ini adalah menjadi satu kejanggalan bagi masyarakat tapi pada pertukaran zaman dan era moden, perkara ini sudah menjadi satu “kenormalan” hidup dalam setiap masyarakat. Bagi mereka yang tidak bercinta mungkin akan di anggap satu ketinggalan zaman dan tiada kenikmatan hidup dalam diri. Padahal kenikmatan hidup bukan sahaja kepada teori bercinta. Brcinta boleh menjadi ia sebagai satu tonik luka, boleh pula ia menjadi sebagai luka seribu rindu.

Malalahan makin bertaburanlah satu perkara dan peristiwa yang mana akan menyebabkan cerita mengenai cinta bersepah-sepah keluar di kaca televisyen dan panggung-panggun wayang. Hmm, eronikan?

Walaupun kisah dan hal cinta ini telah banyak di ceritakan, telah banyak di dendangkan tapi ia tetap akan menjadi satu fenomena yang kuat. Umpama memasak tomyam di kedai siam. Cara memasak berlainan, tapi menu yang di order adalah sama. Iaitu tomyam. Dan rasa yang di hasilkan adalah berbeza.

Definisi Cinta

“Cinta adalah sebuah epilog indah yang tiada akhirnya.” Betul ke? Mungkin mereka yang merasa nikmat akan merasakan betul, dan yang kurang gula akan rasa derita dan masamnya.

Tapi menurut kepada Imam Dawud Azh-Zahiri:

“Cinta adalah cermin bagi orang sedang jatuh cinta untuk mengethui watak dan kelembutan dalam citra kekasihnya. Kerana sebenarnya dia tidak jatuh cinta melainkan hanya jatuh cinta kepada dirinya sendiri.”

Bermaksud, orang yang jatuh cinta sebenarnya jatuh hati pada kemiripan peribadi orang yang dicintai. Ia mencintai kekasihnya kerana ada kesamaan selera, kebiasaan, watak mahupun sifat antara dirinya dan kekasihnya. 

Ibn Qayyim al-Jauziyah pula mendefinisikan sekitar lima puluh buah nama cinta!

Antara poin-poin yang dihuraikan beliau dalam bukunya Taman-taman Orang –orang Jatuh Cinta dan Rekreasi Orang-orang Dimabuk Rindu adalah,

“Cinta adalah sikap mementingkan orang yang dikasihi lebih dari semua teman” 
“Cinta ialah memelihara kesetiaan. Oleh itu, tidaklah benar bila orang yang mengaku cinta kepada seseorang sedang dia tidak memelihara kesetiaannya”

 Dan…

“Cinta adalah ingatan kepada sang kekasih dalam setiap helaan nafas”

Itulah definisi-definisi cinta yang saya dapat kongsikan di sini.

Bayangan Gurauan

Saya akan merakamkan dialog kenangn saya bersama seorang sahabat saya yang sibuk berbicara soal kahwin sehingga kini dia tidak berkahwin. Tapi yang saya seronok melihat semangat dan azam untuk menyelesaikan masalah dia untuk berkahwin. Dan saya masih lagi ingat akan kata-katanya,

“Orang lelaki yang tidak berazam untuk berkahwin dan tidak berusaha untuk berkahwin dia bukan lelaki. Tetapi dia adalah seorang yang sengaja mempermainknkan hati dan perasaan wanita.”

Ya, pada masa itu saya agak tersentap jugak. Sebab dalam masa itu saya langsung tidak berfikir akan berkahwin muda.
Saya dan sahabat saya sedang kepenatan bermain badminton. Dan dia pun sibuk-sibuk membicarakan mengenai hakikat seorang kekasih. Masa ini saya masih lagi 19 tahun. Masih di awal remaja. Sekarang nak masuk 24 dah. Tua jugak saya ni ye.

“Ad, kau ni sampai bila kau nak biarkan hati kau terluka? Hati kau mengenang cinta lama?”

“ Ishk, mana ada aku mengenang cinta lama. Aku pun tak terluka atas cinta lama. Itu hal lama. Dah dua tahun pun berlalu. Biarlah. Yang aku nak kenang lagi buat pa? Terang-terang akan mendatangkaan masalah untuk aku.”

“Tau pun. Jadi apa lagi? Move on lah.. cari sorang untuk buat bakal isteri.”

Masa ni saya belum terfikir lagi nak cari sorang untuk buat bakal isteri. Saya lagi seronok sorang-sorang. Bahagia yang saya cari ada bersama saya. Bahagia yang saya cari sentiasa dengan saya. Derita yang saya cari pun ada dengan saya. Jadi buat apa saya nak mencari bahagia dan derita itu di luar?

“Erm, bukan tak nak cari beb. Tapi bagi aku biarlah aku macam ni. Aku tak nak di gelar mengejar bayangan gurauan.”

“Lah, tukan tajuk lagu? Bayangan gurauan? Buat pe pulak kau kaitkan dengan masalah kau ni?”

“ Dik, kau kena fahamkan konsep bayangan gurauan. Bila kita bercinta, tapi kita tidak move kepada sesuatu arah yang lebih menjamin halalnya cinta kita, baik kita biarkan. Jadi macam aku ni. Sorang-sorang. Lagi best. Bayang-bayang noda dan dosa pun tak kejar kita. Tu yang aku gelar cinta ini macam bayangan gurauan. Kita sibuk berbicara tentang cinta. Tapi sebenarnya itu adalah gurauan dalam hati kita. Kita nak cari keseronokan dalam kehidupan. Kita nak tiru kawan-kawan yang tiada didikan dengan didikan Islam. Payahlah macam tu. Hidup bukan untuk tiru-tiru.”

“ Erm, betul apa yang kau cakap. Tapi, bila kita tidak bercinta kita mungkin akan di katakan ketinggalan zaman. Erm, ad, zaman dah berubah tapi mindset kau yang tak berubah.”

“ Dik, biarlah apa orang nak cakap. Mindset yang tidak berubah itulah orang yang mempunyai pendirian yang tetap. Aku tetap dengan pendirian aku.”

“ Habis macam mana kau nak nikah lau kau tak da awek? Nak nikah kena ada perempuan lah ad. Ne leh kawin ngan lelaki.”

“ Lah sapa cakap aku nak kahwin dengan lelaki? Dan siapa yang cakap tiada awek maka orang yang tiada awek tu tak leh nikah? Ada-ada je ko ni.”

Ya, bagi saya cinta itu adalah satu bayangan gurauan yang mana jika kita tidak meneruskan cinta yang di namakan cinta kepada sesuatu yang lebih serius. Seperti pertunangan dan perkahwinan. Jika di kata aku cinta kau, kau cinta aku, tapi tidak di teruskan dengan langkahan yang lebih jauh. Ia ibarat berkata dengan cermin yang mana ia melontar kembali kepada kita.
Ayuh kita berfikir sejenak.

Seteruk inikah mindset budak-budak sekolah zaman sekarang? Kalau nak nikah, mesti kena ada teman wanita dulu. Kalau tak, kira tak laku sampai ke tua.

Inikah islam?

Kalau itulah mindset remaja 19 tahun yang bersekolah di sekolah primer nombor satu di dalam carta negerinya, apa pula agaknya corak pemikiran remaja-remaja sekolah biasa. Bagaimana pula dengan remaja yang tidak bersekolah? Bagaimana pula dengan remaja-remaja yang mungkin dewasa sedikit daripada mereka, iaitu yang belajar di IPT, atau yang sedang bekerja di kilang, atau yang masih berseronok dengan “mengisi” masa mereka dengan dadah, arak, pergaulan bebas, rempit, menganggur, dan sebagainya?

Pasti lebih teruk. Walaupun mungkin bukan semua, tetapi saya yakin, majoriti akan berfikiran seperti remaja 19 tahun tadi, bahkan lagi teruk. Na’uzubillah.

Inikah islam yang diajar oleh Allah melalui perantaraan lisan Muhammad SAW?

“Saat Allah mencintai seseorang tempat pertama yang menerima sentuhan adalah hatinya. Dan di situ jugalah Allah melenyapkan rasa resah, gelisah kesedihan akibat dari dosa dan noda mereka. Dan Allah telah menggantikan mereka dengan rasa indah dan harapan untuk menjadi seorang insan yang berjiwa bersih”

Baham Pemahaman Cinta

Mari kita sama-sama meluaskan sedikit skop perbahasan cinta kita. Bukan hanya terjumud kepada cinta kepada manusia. Tetapi, segalanya.

Cinta terhadap kekayaan, cinta terhadap kemewahan, cinta terhadap kekuasaan, cinta terhadap keduniaan, cinta terhadap kemaksiatan, cinta terhadap kemalasan, dan macam-macam jenis spesies cinta yang wujud. Dalam dunia keinginan manusia.

Cintanya seseorang kepada kekayaan, maka kita akan melihat betapa ramai manusia yang sanggup mengorbankan hak-hak mereka terhadap Allah.

Keliru antara rasuah atau kejujuran. Keliru antara waktu solat atau waktu kerja. Keliru antara infaq atau riba. Keliru antara majlis ilmu atau karaoke di kelab malam. Keliru akan cinta Allah dan Rasul SAW atau dunia. 

Cintanya seseorang kepada kemaksiatan, maka kita akan melihat betapa ramai manusia yang sanggup mengorbankan agama mereka untuk itu.

Keliru antara zina atau nikah. Keliru antara arak atau pelbagai jenis minuman yang dihalalkan. Keliru antara Al-Qur’an atau majalah hiburan. Keliru antara syurga dunia atau neraka akhirat. Keliru antara keseronokan atau ketenangan. Keliru antara kenginan hawa nafsu atau perintah dari Tuhan.

 “Dan di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah Allah sangat berat azabnya.
[QS al-Baqarah, 2:165]

Dan sebahagian ulama’ tafsir mengatakan, tafsir kepada firman Allah di atas adalah,

“Katakanlah: “Jika bapa-bapakmu, anak-anakmu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatirkan  kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”
[QS at-Taubah, 9:24]

Penutup: Muhasabah Cinta

Tidak mungkin dalam kehidupan seorang muslim untuk memisahkan antara kecintaannya kepada Allah dengan kecintaannya kepada Rasul SAW. Hal ini merupakan tuntutan dari kedua kalimah syahadah yang diucapkannya. Tidaklah sah keislaman seseorang yang hanya mengucapkan satu syahadah dan mengabaikan yang lainnya.

Bukti kecintaan seseorang kepada Allah, adalah dengan mengikuti apa yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Qur’an, tanpa pernah cuba untuk menambahi, atau menguranginya.

“Katakanlah: ‘Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.’ Dan, Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihani”
[QS Ali ‘Imran, 3:31]

Dan apa antara perintah Muhammad SAW yang direkodkan di dalam
 surat cinta Allah kepada kita?

“Katakanlah: “Jika bapa-bapakmu, anak-anakmu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatirkan  kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”
[QS at-Taubah, 9:24]

Bezakanlah antara hawa nafsu dan cinta.  Binalah kekuatan dalam dirimu serta hatimu, dan susunlah kembali tingkatan-tingkatan cinta seperti yang sepatutnya untuk bertakhta di hati kita. Bermula dengan Allah, Rasul, jihad dan seterusnya, berdasarkan firman Tuhan di atas.

Perit? Derita? Sendiri rasakan.
Continue...