Followers

Sunday, September 26

Tazkirah: Duhai Hati Di Manakah Ketenangan??

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 1:08 AM 0 comments




ALANGKAH bahagianya jika kita memiliki jiwa yang penuh dengan ketenangan. Sebaliknya, amat gelisah sekali buat seseorang yang jiwanya mengalami kebingungan serta kegoncangan.
Dalam kehidupan ini pasti kita bertemu dengan dua jenis manusia, iaitu manusia yang jiwanya tenang dan manusia yang jiwanya sering merasa gelisah. 

Remaja tentu pernah mengalami saat diri terasa bingung dengan masalah menyebabkan jiwa menjadi gelisah dan tidak menentu. 

Ketika itu, terasa tiada tempat untuk mengadu, hampir putus asa dalam keadaan terkapai-kapai bersendirian. Saat itu, kita amat memerlukan sesuatu yang dapat membersihkan jiwa dan fikiran. 

Jika penyakit kencing manis akibat gula berlebihan, kolesterol tinggi kerana banyak lemak, stress kerana tekanan, maka jiwa yang tidak tenteram pun ada sebabnya. 

Sebab utamanya adalah dosa. Dosa adalah racun yang meracuni hati dan perasaan. Berbanding dengan racun biasa yang memudaratkan anggota badan. 
Continue...


Wednesday, September 22

Hanya Kau Di Hati siri 1

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 7:37 PM 0 comments

Impian adalah sesuatu yang terlalu indah yang difikirkan untuk dicapai. Harapan pula adalah keinginan untuk kebahagian selama-lamanya. Jika impian dan harapan menjadi kenyataan, ia adalah satu anugerah yang tidak terhingga hebatnya. Namun, bukan semua impian dan harapan akan tercapai. Adakalanya segala impian dan harapan menbawa pada kedukaan yang berpanjangan.
‘Mama.’ Lamunanku terus melayang pergi dengan satu panggilan itu
‘Mama..mama tak dengar ke Fitri panggil. Banyak kali Fitri panggil’
‘Sorrry, sayang. Mama tengah dengar lagu tadi. Mama minta maaf ek’
Munir Fitri, anakku yang berusia 6 tahun semakin petah bercakap. Mungkin disebabakan persekitaran di Taska. Satu-satunya permata dalam hidupku. Dia adalah impian dan harapan dalam hidupku kini.
‘Bye-bye’.
Fitri melambaikan tangan pada seorang budak leleaki yang sebaya dengannya. Mungkin itulah kawan baiknya, Azlan kerana dia selalu bercerita padaku tentangnya.
‘Macam mana sekolah sayang?.’ Anakku hanya membisu sambil memandang keluar tingkap kereta.
‘Fitri…’ Panggilku tanpa memandangnya kerana tumpuanku sepenuhnya terarah kehadapan untuk mencari arah keluar dari Taska Nuri itu.
‘Tengok apa sampai mama tanya tak jawap.’ Soalku sambil memandangnya.
‘Tu….’ Jawapnya sambil menundingkan jainya. Aku melihat ke arah yang ditunjukkan. Kelihatan kawannya sedang menaiki kereta dangan ayahnya.
‘Kenapa sayang? Azlan nak balik juga macam Fitri.’ Jawapku sambil mula menggerakkan keretaku.
‘Papa dia ambillah mama.’ Jawapnya sambil tunduk ke bawah.
‘Mama pun ambil Fitri kan…Kenapa lain je peranagi anak mama hari ini.’ Aku menjadi hairan.
‘Mama…Papa Fitri mana? Akhirnya apa yang aku takutkan selama ini telah berlaku.
‘Kita pergi KFC hari ini nak tak? Aku cuba untuk mengalih soalannya
‘Mama ni, Fitri tanya lainlah.’ Protesnya.
‘Mama nak makan Zinger burger lah. Fitri makan ayam je ek?. Aku masih berusaha untuk mengelak
‘Tak nak. Fitri nak Zinger burger juga. Fitri nak yang baru tu. Besar.’ Jawapnya
‘Boleh ke anak mama ni habiskan? Fitri kan kecil lagi.’ Akhirnya umpanku berjaya.
‘Boleh lah mama. Cikgu cakap budak kecil kena makan banyak untuk tambah tenaga tau. Nanti bila Fitri main bola petang ni mesti Fitri kuat lari. Fitri nak golkan bola.’ Ujarnya sambil tersenyum manis.
‘Petang ni tak boleh main bola.’ Ujarku
‘Kenapa mama? Fitri nak main bola lah.’ Soalnya sambil merenungku dengan tajam.
‘Sebab mama nak pergi rumah nenek. Kalau Fitri main bola tak bolehlah ikut mama. Fitri kena….’
‘Tak nak, tak nak… Fitri nak ikut gak.’ Ujarnya sambil memotong cakapku
‘Tahu pun takut kena tinggal.’ Gelakku
‘Mama, Fitri nak bawa baju dengan kasut bola tau. Fitri nak ikut usu Aem main bola.’ Ujarnya.
‘Mana Fitri tahu Usu Aem main bola hari ni.? Soalku sambil meninjau untuk mencari parking.
‘Fitri tahu sebab Usu Aem selalu keluar main bola. Boleh Fitri ikut Usu Aem tak,mama?
‘Nanti Fitri cakap dengan Usu Aem ek. Kalau dia bagi ikut, Fitri pergilah.’ Jawapku sambil memberhentikan kereta
‘Thank you, mama. Sayang mama.’ Ujarnya sambil mencium pipiku.
‘Jom turun. Kita makan Zinger burger.’
‘Yahoo…’ Jeritnya.


‘Mama…Papa Fitri mana.?’. Soalan yang satu ni terlalu berat untuk dijawap. Malah ia mampu menggugat ketenangan dalam fikiran dan hatiku. Soalan yang amat aku takuti. Mungkin hari ini aku mampu mengelaknya tapi sampai bila? Apa yang perlu aku lakukan seandainya anakku bertanya kembali? Apa alasan yang terbaik boleh aku bagikan? Ahhh… Terlalu berat rasanya fikiranku sekarang ini. Aku buntu.
‘Kenapa ni, Izah? Mak tengok dari tadi kau diam je. Macam ade masalah je mak tengok. Banyak sangat ke kerja? Susah-susah sangat kerja je dengan Along kau tu. Tak lah dia sorang-sorang uruskan syarikat tu.? Tanya ibuku sambil berceloteh panjang.
‘Takde apa-apa lah, mak. Kerja memang banyak, mak. Tak pernah nak habis.’ Jawapku
‘Habis tu mak tengok kau muram je. Mesti ada apa-apa ni. Mak ni yang lahirkan kau tau. Gerak hati mak pada anak-anak selalunya betul. Mak tahu kau ada masalah ni.’ Ujar ibuku.
Kini ibuku berada sebekahku. Ibuku masih ingin mengorek masalahku. Sememangnya aku tidak pernah menyimpan apa-apa rahsia dari ibuku. Mungkin kerana aku ini satu-atunya anak perempuan dalam keluarga, jadi segala kebajikanku selalu dibagi perhatian dan dijaga. Aku menjadi anak kesayangan dalam keluargaku.
‘Fitri, mak.’ Balasku ringkas
‘Kenapa dengan dia? Mak tengok ok je. Semakin bijak dan ligat je. Tengok tadi, beria-ia sangat nak ikut Aem main bola.’
‘Dia tu memang minat sangat main bola. Kat rumah tiap-tiap petang pergi main bola kat padang dengan anak jiran-jiran. Padahal budak-budak tu semua dah sekolah rendah. Tak padan dengan kecil, sibuk juga nak main. Kadang-kadang tu budak-budak ni yang panggil dia ajak main. Nasib baik padang tu depan rumah je, nampak dari beranda.’ Terangku tentang perangai anakku itu.
‘Kan sama dengan Mukhriz gak kan. Kenapa dengan dia? Tadi ko cakap anak kau ada masalah.? Soal ibuku
‘Dia tanya papa dia.’ Ujarku perlahan.
‘Macam mana dia boleh tanya? Kau jawap apa?
‘Izah tak cakap apa-apa pun. Dia nampak kawan taska dia balik dengan ayahnya.
‘Kenapa kau tak bagitahu dia? Sampai bila kau nak diamkan? Dia masih ada papa.’ Ujar ibuku.
‘Tapi mak….
‘Tapi apa Izah? Mukhriz tak tahu? Salah siapa sebenarnya? Dari dulu mak cakap bagitahu Mukhriz. Walaupun kau dah bercerai masa tu tapi Fitri tetap anak dia. Kau tak boleh sembunyikan Fitri dari dia. Fitri perlukan kasih sayang.’ Potong ibuku.
‘Kan Izah dah bagi sepenuh kasih sayang pada Fitri, mak.’ Protesku
‘Kasih sayang seorang papa, Izah. Memang sekarang Izah lah mama dan papa tp kau hanya bagi kasih sayang mama. Dia masih kekurangan kasih sayang papa. Dia perlukan seseorang untuk dipanggil papa, Izah.’
‘Mak rasa ada baiknya kau kahwin lagi Izah. Sampai bila nak macam ni. Ramai orang masuk meminang tapi kau tak nak. Kau nak tunggu apa?’ cadang ibuku
‘Izah dah ada semuanya, mak. Family Izah, kerja dan Fitri. Izah tak perlukan apa-apa lagi.
‘Tapi Fitri perlukan papa, Izah’.
‘Dia ada Izah…. Mak, Izah masuk bilik ek. Kepala Izah rasa peninglah, mak.’ Ujarku meminta alasan untuk tidak menjawap pertanyaan ibuku lagi
‘Pergilah, Izah. Kau dah makan ke?’ Soal ibuku
‘Kejap lagilah, mak. Tunggu abah balik dulu. Boleh makan sama-sama.’


‘Abah tak kira. Kali ni siapa pun yang pinang kau, abah akan terima.’ Tegas ayahku
‘Tapi abah…
‘Takde tapi-tapi. Abah cakap hitam, hitam lah jawapnya. Abah bukan nak musnahkan kau tapi abah nak kau bahagia, Izah. Kaulah satu-satunya anak perempuan abah.’ Ayahku dah start membebel.
‘Macan mana Izah nak kahwin kalau tak suka atau kenal, abah.’ Protesku
‘Kau ni kalau bab nak cari alasan memang pandai. Ok, kau bawa pakwe kau jumpa abah. Abah bagi tempoh 6 bulan. Kalau tak, kahwin dengan pilihan abah.’ Tegasnya. Mati lah aku!
‘Abah ni, Izah mana ada pakwe lah. Mengarut je abah ni. Mak, cakaplah dengan abah tak payah buat macam ni.’ Aku cuba untuk meminta bantuan ibu.
‘Mak setuju sangat dengan cadangan abah kau tu. Kau pun dah nak masuk 33 tahun, Izah.
‘Tapi..
‘Izah, abah cakap apa?
‘Oklah, oklah…Izah ikut cakap mak dan abah. Tapi kalau jodoh tak panjang dengan pilihan abah nanti, Izah tak nak kahwin lagi lepas tu ek
‘Ish…Budak ni.


‘Terengganu? Kenapa jauh sangat En. Shariff? Lepas tu nak pindah cepat lak. Seminggu. Tak cukup masa saya nak cari rumah sewa, sekolah anak saya lagi.’ Terperanjat aku mendengar arahannya
‘Pasal rumah, awak jangan risau. Saya dah suruh pembantu awak kat sana carikan rumah. Sekolah pun saya dah suruh tengokkan. Lagipun pembantu awak tu pun ada anak. Jangan risaulah.’ Pujuknya
‘Saya tak tahu pun ada pertukaran jawatan?’ Soalku.
‘Semalam ade meeting BOD. Kita baru buka cawangan kat sana. Ada jawatan yang saya rasa sesuai untuk awak. Ketua Jabatan Financial. Saya yang rekomenkan awak. Jangan malukan saya pula.’
‘Tapi En.Shariff….
‘Awak ni disuruh naik pangkat pun tak nak. Ini arahan saya, awak mesti ikut.’ Kalau bosku dah berkata begitu maknanya aku kena ikut lah.
‘Orait. You are the boss
‘Tau tak apa…haha.
Continue...


Anda Sayang Mak Abah Anda?

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 7:36 PM 0 comments

Betul ke kite sayang mak dan abah?

Apa maksud sayang kite pada emak dan abah kite tu?

KITE MEMANG TAK SAYANG EMAK DAN ABAH !!!

Di mulut kite kata sayang… di hati kite kata sayang… tapi perbuatan kite telah membuktikan kite TAK SAYANG MAK DAN AYAH KITE !!!

Mak dan abah pesan dan suruh macam-macam. .. Oi! Tak kisah la apa yang depa suruh. Selagi tak melanggar syariat ISLAM, ikut je la… taati je la…

Ini tidak! Kita melawan dan terus melawan… Mungkin bila dihadapan emak dan abah kite senyum tanda hormat… tapi bila balik ke rumah, kite dengan bangga mengumpat pasal emak dan abah….

Padahal kite tak sedar sebelum kite nak membesar seperti sekarang ni, najis kite emak sendiri yang cuci. duit belanja sekolah kite, abah yang berikan hasil keringat dia. Tapi kite dengan ego… Ahhh…. tu dulu !!!!

Masa terus berlalu… berlalu laju tanpa hiraukan tentang perihal kehidupan anak derhaka seperti kite… Alhamdulillah emak dan abah kite masih hidup. Hahaha… sementara mereka hidup ni kite MALU nak cium pipi mereka depan orang lain…

Kite MALU nak cium dahi depa depan orang lain juga… Kite MALU nak cium tangan depa depan orang juga… tapi kite cuma TAK MALU untuk hanya salam sahaja tangan mereka depan orang lain…
Tapi..kalau kekasih?kenapa tiada malu???

Ya Allah…. Betul ke kite sayang mak dan abah?

Dulu… emak abah dengan TAK MALU cium dahi, pipi dan ubun-ubun kite depan orang lain… Arghh… tu dulu…. Sekali lagi

KITE MEMANG TAK SAYANG EMAK DAN ABAH !!!
Continue...


Wednesday, September 8

hadirnya cinta itu

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 9:13 PM 0 comments




"Kenapa Nurain tak berterus-terang pada saya?"

Tersentak aku dari pembacaan. Aku menoleh ke sisi mencari sapaan suara yang menegurku. Haikal? Terasa melayang tubuhku saat memandang raut wajah lelaki itu. Belum pernah-pernah kami bersua berduaan seperti ini.

Selalunya, pertemuan kami hanya berselisih lalu di rumah Umi. Kini, tiada olakan angin siang atau ribut malam melanda. Mimpi apa pula agaknya dia menemui aku? Dengan seribu tanda tanya menerjah fikiran, aku mengangkat kening seumpama tidak memahami tujuan Haikal hadir ke perpustakaan UM tengah hari ini.

Spontan, sebuah diari biru dihulurkan kepadaku. Astaghfirullah.. Istighfar aku dalam keharuan menghujani kalbu perasaan. Alpa melayani tingkah diri. Bagaimana diari itu boleh tercicir di rumah Umi? Setahu aku, selepas pengajian Al-Quran petang semalam, segala buku-buku telahpun selamat dimasukkan dalam beg kuliah.

Sungguh, diari itu banyak mencoretkan serba satu kisah perjalanan hidupku. Disebalik itu, nama Haikal turut terukir di segenap helaian kertas putih tanpa diketahui pemilik tuannya. Muhammad Haikal Aiman bin Muhammad Hairil. Nama indah seindah nur iman bercahaya diwajahnya. Kehadiran Haikal bagaikan satu suratan dalam kebetulan. Itupun setelah aku mengenali ibunya, Umi Kalsum. Insan yang banyak membimbing aku ke jalan Allah. Jalan Islam yang sememangnya terbentang luas di ruangan mata namun kabus pandangan naluri hati telah mengaburi segala-galanya.

"Maafkan saya sebab membaca catatan awak tanpa meminta izin!" tenang raut muka Haikal mengungkapkan kata maaf.

Aku termati kata-kata lantas mengambil diari biru yang dihulurkan.
"Saya pergi dulu, Haikal. Ada kuliah sekarang!" Sejurus kemudian, aku bingkas meninggalkan Haikal di situ dengan sepatah ucapan salam.

Sukar untuk aku berdepan dengan Haikal walau sedetik. Apatah lagi untuk berbicara soal hati dengan lelaki ini. Tidak menduga terpapar akhirnya luahan rasa di mata Haikal yang sebelum ini terselindung dibalik lipatan kamus semalam. Aku pasrah! ---

"Ain boleh aku masuk?" jenguk Intan di ambang pintu bilik. Aku tersenyum mengangguk perlahan. Bingkas aku bangun melipat sejadah dan kain telekung. Sejurus itu, aku beralih duduk dibirai katil menghampiri Intan.
"Ada tak Haikal pulangkan diari kau?"
"Kenapa?"soalku balik. Keliru dengan pertanyaan yang tidak diduga. Dari raut wajah Intan, dia kelihatan seumpama serba salah.
"Maafkan, aku Ain. Sebenarnya aku yang berikan diari kau pada Haikal!"

Meruap mukaku mendengar penjelasan Intan. Tergamam aku seketika untuk bersuara lanjut.
"Ain, kau tak seharusnya memendam perasaan sejauh begini. Kenapa tak berterus-terang yang kau menaruh hati pada Haikal? Mati-mati aku tak sedar hal ini kalau tak selak diari kau kemarin." Sungguh telah sekian lama aku mengintai cinta Haikal dalam diam. Namun, apakan kudratku untuk memulakan jalinan dua hati sedangkan aku dan Haikal di pagari sempadan yang sekilas tidak kelihatan. Seperti mana rintihan pungguk merindui cahaya bulan, seumpama itu kasih Haikal menjenguk ibarat angin lalu. Tatkala cahaya mentari mula menerangi bumi, maka biasan cinta semalaman gugur bersama seimbas memori hampa. Aku keliru. Terlalu dalam jurang dunia yang memisahkan kami. Biar seribu tahun hadir melahirkan sinar harapan baru, namun igauan garis-garis hitam telah menyisih sepi diri ini untuk mendekati Haikal.

Terlayar kembali kesilapan masa lalu yang meragut istilah kesucian seorang gadis timur. Entah bagaimana, aku telah terjerat dalam sepi fatamorgana yang memaut sunyi noda cinta. Cinta insani yang berlandaskan perangkap nafsu semata tanpa setitis limpahan kasih keredhaan Allah. Aku alpa mengekori langkah diri yang cuma mengapai bayangan mimpi kala siang hari.

Ternyata, Azrul yang aku kenal bukanlah insan luhur budi pekerti. Tidak menduga dia sanggup mempertaruhkan aku sebagai galang penguasa nafsu lelaki miliknya. Aku terlalu percaya pada janji-janji kasih seorang kekasih lantas menyahut seruan Azrul dan menjerumuskan diri ini pada kesesatan dunia. Mengadaikan maruah diri demi harga murah lelongan sebuah kesetiaan.Ya Allah.. Ya Ghafur! Tidak sanggup rasa mengimbau sejarah lalu pada hamparan memori duka.
"Sudahlah Intan. Aku tak pernah mengharap apa-apa selain belajar agama di rumah Umi. Lagipun, aku sayangkan Haikal seperti saudara Islamku. Bukankah umat Islam itu bersaudara?"Aku sekadar berhujah kosong. Menyimpan rahsia hati yang terselindung. Sungguh anak bongsu Umi itu telah mencuri hati ini dalam diam. Tidak terzahir ungkapan kasihku kepadanya sedangkan aku perlu akui tujuan asal yang hanya berniat tumpang belajar agama di rumah Umi. Tidak mahu berlebih-lebihan akan perihal cinta yang fana. Tapi, entah mengapa, semakin aku tekad melupakan wajah lelaki itu, semakin dia hadir menemani mimpi-mimpi di malam waktu. Ya Allah.. apa lagi yang aku cari sebenarnya!

"Aku akui kebenaran ukhwah persaudaraan dalam Islam.Tapi, kau tak boleh berdalih soal fitrah hidup manusia.Alangkah lebih baik seandainya perasaan kau terhadap Haikal disalurkan pada jalan yang diredhai Allah. Dirikan pernikahan dengannya, Nurain!"saran Intan mematikan lamunan aku sejenak.

"Mana mungkin.Aku tak layak meraih cinta dia.." tegasku perlahan meletakkan kepastian yang pasti. Terlalu besar pahit maung yang melingkari kekerdilan diri. Tiada lagi tadahan impian menanti hari esok. Biarlah detik-detik berlalu terus menyisir pergi bersama bayangan Azrul yang hanya tinggal serpihan kenangan. Retak seribu perasaan aku saat Azrul melangkah ke UK empat tahun lalu kerana menyambung perniagaan keluarga dan membiarkan diri ini terkapai-kapai keseorangan.
Sungguh dengan nama Allah.. Ya Basith! Maha Meluas kasih dan sayangNya. Masih ada jalan yang dititipkan buat landasan HambaNya ini. Mujur, Intan selaku teman sekuliah sanggup berlapang dada mendengar rintihan hati ini. Tanpa berfikir lama, aku akur pada nasihat seorang sahabat yang selama ini aku endahkan.

Sejurus minggu berikutnya, Intan membawa aku menemui Umi Kalsum. Ibu saudaranya yang berkerjaya sebagai guru agama di sebuah sekolah menengah Shah Alam. Dari situlah aku mula menghayati pendekatan Islam. Belajar kelas Fardu Ain yang diselang-selikan dengan pengajian Al-Quran. Kalam Allah yang sudah lama aku tinggalkan pembacaan ayat yang terungkap bersama himpunan petunjuk bahtera duniawi. Pedoman meniti hari-hari mendatang sebagai mukmin sejati. Sesekali kelibat Haikal menyinggahi ruang kediaman ketika balik dari cuti pengajiannya di UIAM. Tanpa diduga, pertemuan sekian lama telah memaut perasaan ini pada ketertiban peribadi akhlak seorang lelaki.

"Kenapa nak fikir sangat perkara yang lepas sedangkan kau boleh mulakan hidup baru, Ain.." nasihat Intan seolah dapat membaca dilema yang mengusuti ruang fikiran.
"Soalnya, aku sudah banyak menyimpang jauh. Tak sanggup rasanya mempertaruhkan insan semulia Haikal menanggung dosa-dosa aku sebelum ini. Dia lelaki yang beriman dan sewajarnya berdamping dengan perempuan yang baik-baik. Wanita solehah yang mampu melebarkan jalan buat Haikal ke syurga.." terluah akhirnya kata-kata aku menitipkan seribu impian untuk Haikal. Impian yang aku sentiasa sisipkan bersama tulus doa kehadrat Illahi. Berharap Haikal bertemu jodoh pada insan yang istimewa di sisi Allah. Seistimewa Siti Khadijah binti Khuwalid yang menjadi pelengkap kehidupan baginda Rasulullah s.a.w.

"Tak baik menghukum diri sendiri Ain.Bukankah, setiap taubat yang diterima Allah, bermakna diri kau bersih sesempurna bayi yang baru dilahirkan?"Tidak putus-putus Intan memberikan aku sinar harapan baru melewati usia dewasaku kini.Sungguh aku akui, dia sememangnya teman menangisku yang abadi.
"Kau tak mengerti Intan. Hakikatnya, keimanan aku masih rapuh lagi. Bagaimana aku berupaya bimbing zuriat Haikal kelak?" tanya aku seolah masih ragu-ragu kemampuan diri.

"Insya Allah, perkara yang baik sentiasa dipermudahkan Allah. Sedangkan Nabi Muhammad tidak pernah menyisihkan umatnya, begitulah harapan Umi yang sentiasa menanti kehadiran kau sebagai menantu.."
"Harapan Umi?"

-------

Aku memerhatikan rimbun pepohon kemboja yang meliar tumbuh di kawasan padang. Damai puputan bayu petang menenggelamkan aku bersama khayalan cinta sedekad lalu. Bayangan Azrul kian menghilang dimata dan terus lenyap namanya dihati ini buat selama-lamanya.

"Jauhnya mengelamun!"Aku tersentak.Mendongak memandang Haikal yang tersenyum simpul.
"Eh,abang rupanya.Ingatkan siapa tadi!"Serentak itu, Haikal duduk bersebelahan sambil memaut erat pinggangku. Sepenuh kasih, aku menyandarkan kepala dibahunya sambil merenung jauh redupan awan yang memayungi biasan mentari petang. Dari kejauhan hamparan hijau Taman Reaksi Bukit Kiara, kulihat Hardina dan Hafiz saling berkejaran riang bermain.Kedua-dua permata hati aku dan Haikal yang kian membesar meniti alam persekolahan tadika.

"Terima kasih abang.." lembut kata-kata aku membisik sayup di telinga Haikal.
"Untuk apa?"Haikal menoleh dengan kerutan di muka. Aku tersenyum hambar mengenangkan tulus ikhlas kasih lelaki ini terhadap diriku. Sanggup menerima cinta insan yang pernah tergadai harga diri.

"Sebab tak pernah sia-siakan Ain walaupun Ain sudah.." Aku tiba-tiba teresak menitiskan air mata keharuan.
"Syh.. tak baik mengungkit Ain. Abang sudah lama melupakan kisah silam Ain bermula dari saat perkahwinan kita dulu. Abang tak pernah kisah siapa Ain sebelum ini. Paling penting, Ain yang abang kenal adalah sebaik-baik wanita muslimah." pujuk Haikal menyingsing pergi segala resah yang bertaut jiwa.

"Tapi Ain.." Belum sempat aku ulangi kalimah ‘kesucian diri‘, pintas Haikal meletakkan jari telunjuknya dibibirku.
"Ain, tahu tak, sebaik-baik manusia di sisi Allah adalah orang yang berbuat kesilapan, lantas dia segera bertaubat dan berazam tidak mengulangi dosanya lagi. Anggaplah apa yang berlaku dulu adalah satu ujian daripada Allah. Ujian bagi mendekatkan diri sesesorang hamba kepada PenciptaNya." Aku termangu mencari kesungguhan kata-kata Haikal.

Benar apa yang dituturkan suami aku. Aku kini sudah banyak berubah. Andainya, dugaan hebat itu tidak hadir mengetuk pintu sejarah lalu, sudah pasti tika ini aku masih lagi dibelenggu kejahilan sosial remaja yang bertentangan dari landasan Islam sebenar.

"Ain sayangkan abang dunia dan akhirat!" utusku penuh bermakna. Haikal tersenyum melemparkan pandangan ke arahku sambil memangku Hardina yang kelihatan ceria bermanja. Hafiz yang menyusul selangkah kemudian, berlari-lari anak menghampiri aku. Spontan, aku merangkul mesra anak lelaki tunggal kami. Desiran angin senja melambai pergi seharian hari ini saat kami beriringan menuju ke kereta. Tinggallah derita, pergilah duka. Ikrarku memanjatkan rasa syukur pada kebahagiaan yang mekar bersemi kini!
Continue...


Tuesday, September 7

Jika orang ketawakan anda

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 1:30 AM 0 comments

Seringkali bila kita buat kesilapan di depan orang, mereka cenderung untuk mentertawakan kita. Tak kira mereka kawan kita mahupun rakan sekerja, silap sikit, mesti kita di ketawakan.

Selepas itu, Anda rasa malu, maruah jatuh dan jati diri menurun. Apa nak buat bila Anda berdepan dengan keadaan sebegini?

Cara terbaik, lupakan saja. Saya tahu, memang perit nak dilupakan, tapi kalau asyik di ingat, serta merta membuat motivasi Anda turun. Kesannya, Anda tak bersemangat.

Jadikan ketawa mereka tu sebagai satu cabaran untuk Anda memajukan diri, lebih maju dari yang sebelumnya! Hari ni mereka ketawakan Anda, biar esok nanti, mereka menyanjung pencapaian Anda!.

Selalunya, bila kita berdepan dengan keadaan sebegini, terasa tak bersemangat dan emosi kita down jadinya. Tapi kita perlu lupakan rasa malu tu dan ingat semula matlamat utama kita.

Tak kira Anda seorang pelajar IPT, pekerja mahupun usahawan, perkara ni tetap berlaku di mana-mana saja. Cara nak menanganinya, latih diri untuk banyak bersabar dan fokuskan kepada matlamat Anda.

Bila di ingat saat mereka mentertawakan Anda, memang sakit hati, geram, rasa nak marah. Semua emosi tu negatif. Kalau asyik kita ingat, melatih minda kita supaya menarik situasi yang negatif juga.

Walau sekuat mana usaha Anda mengejar kejayaan, jika Anda selalu ingat situasi tersebut diiringi dengan emosi sakit hati, geram, rasa nak marah, kejayaan takkan muncul disebabkan hal tadi. Minda Anda bukan menarik kejayaan, tapi menarik situasi negatif yang mengundang kegagalan dan kekecewaan tanpa Anda sedari.

Kena latih diri untuk buang rasa geram, sakit hati dan rasa nak marah bila di ketawakan. Lebih baik fokus kepada cita-cita dan impian Anda, kerana ia membuat Anda semakin bersemangat serta melatih minda Anda supaya fokus ke masa depan, iaitu cita-cita Anda.

Fikir kejayaan, minda Anda akan menarik kejayaan. Untuk itu, minda Anda perlu bersih dari emosi negatif. Jangan biarkan emosi negatif ni ada, walaupun sedikit.

Penuhkan minda dengan hal-hal kejayaan, seperti kisah orang-orang yang berjaya dan peransang motivasi, agar ia menjadi booster untuk Anda semakin rajin berusaha.

Kesan daripada tu, walau sekuat manapun orang ketawakan Anda, cuma perlu senyum saja kerana ia tidak memberi kesan apa-apa!
Continue...


Monday, September 6

Segenggam garam

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 2:28 PM 0 comments

Suatu ketika, hiduplah seorang tua yang bijak.Pada suatu pagi,datanglah seorang anak muda yang sedang dirundung banyak masalah.Langkahnya longlai dan air muka yang pucat tak bermaya. Tamu itu,memang tampak seperti orang yang tak bahagia.Tanpa membuang waktu, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impianya tidak tercapai. 

Dia gagal dalam kehidupan dan percintaan. Pak Tua yang bijak, hanya mendengarkannya dengan teliti dan seksama. Ia lalu mengambil segenggam garam, dan meminta tamunya untuk mengambil segelas 
air.Ditaburkannya garam itu ke dalam gelas, lalu kacaunya perlahan dengan sudu."Cuba, minum ini, dan katakan bagaimana rasanya..",ujar Pak tua itu. "Masin sampai pahit, pahit sekali", jawab tetamu, sambil meludah ke samping. Pak Tua itu, sedikit tersenyum. Ia, lalu mengajak tamunya ini,untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan dekat tempat tinggalnya. Kedua orang itu berjalan beriringan, dan akhirnya 
sampailah mereka ke tepi telaga yang tenang itu.Pak Tua itu, lalu kembali menaburkan segenggam garam, ke dalam telaga itu. 
Dengan sepotong kayu,dibuatnya gelombang mengacau dan tercipta riak air, mengusik ketenangan telaga itu."Cuba, ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Saat tamu itu selesai meneguk air itu, Pak Tua berkata lagi,"Bagaimana rasanya?"."Segar.", sahut tamunya."Apakah kamu merasakan garam di dalam air itu?",tanya Pak Tua lagi."Tidak", jawab si anak muda.Dengan bijak, Pak Tua itu menepuk-nepuk punggung si anak muda.Ia lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu."Anak muda, dengarlah.Pahitnya kehidupan, adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang.Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama, dan memang akan tetap sama."Tapi, kepahitan yang kita rasakan, akan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki.Kepahitan itu, akan di asaskan dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita. Jadi, saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup,hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. 

Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya" Pak Tua itu lalu kembali memberikan nasihat. "Hatimu,adalah wadah itu.Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu, adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu meredam setiap kepahitan itu dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan." Keduanya lalu beranjak pulang. Mereka sama-sama belajar hari itu. Dan Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan "segenggam garam", untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa. Tentunya banyak pengajaran yang boleh diperolehi daripada cerita ini.
Continue...


Suka memaafkan orang lain

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:12 AM 0 comments


Sifat suka memaafkan satu perbuatan yang terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredhaan hatinya terhadap Allah. Dia memahami tentang dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi dari melakukan kesalahan sama ada cara sedar atau tidak sedar.

Manusia boleh mengawal hati dan dirinya menerusi akal tetapi atas sifat kelemahan yang semulajadi, manusia kadang-kadang terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan perasaan sehingga menenggelamkan rasional dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul.

Orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain memahami hakikat ini, iaitu hakikat kelemahan yang ada pada dirinya sendiri, sebab itulah Islam sentiasa membuka pintu taubat untuk manusia memohon ampun kepada Allah atas keterlanjuran perlakuannya.
Adalah tidak menjadi satu kehinaan kepada kita sekiranya kita adalah seorang pemaaf kerana di sinilah wujudnya sifat terpuji sebagai seorang Islam:

- menunjukkan kebijaksanaan
- orang yang bersih dari kesombongan
- orang yang bersih dari dendam kesumat
- tidak ada rasa terhina diri
- keimanan yang tertinggi

Sifat-sifat yang tersebut di atas merupakan ikatan yang sangat kukuh kepada kemantapan persaudaraan Islam. Sebagai umat Islam yang bersaksikan Allah tuhan yang satu dan tiada tuhan yang lain selain Allah, maka persoalan perpaduan di kalangan umat Islam itu sendiri adalah lambang ketauhidan kita semua kepada tuhan yang satu iaitu Allah.
Kita semua mempunyai arah tuju yang satu, menyembah tuhan yang satu, mengikut seruan nabi yang satu dan kitab yang satu sepenuhnya. Perlakuan kita dalam persoalan perpaduan haruslah mengikut seperti pengajaran Al-Quran dan seruan Rasul Nabi Muhammad s.a.w.

Islam meletakkan persoalan perpaduan selepas akidah, seperti mana yang kita fahami berpeganglah dengan tali Allah dan jangan kita berpecah belah. Ini merupakan satu kewajipan asas kepada kita berurusan memelihara perpaduan kerana dalam perpaduan inilah kita akan mendapat kekuatan.

Kita perlu kekuatan umat kerana pada diri umat Islam itu sendiri ada terpikul amanah sebagai khalifah Allah yang ditarafkan sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh mengerjakan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah A-li ‘Imran : Ayat110:
yang bermaksud:

‘Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik’.
Continue...


Adakah kita berfikir?

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:47 AM 0 comments


Sesungguhnya mutiara yang amat ternilai pada zaman ini ialah sebuah iman dan taqwa yang dapat menangkis jiwa manusia daripada ditelan oleh hasutan syaitan dan dunia.Namun ada lagi yang lebih bernilai daripada itu iaitu Al-Quqan.Kerana kitab ini ialah sumber rujukan yang amat berguna untuk sekalian manusia.
            Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud hubungan antara muslim itu ibarat satu anggota badan apabila satu anggota terasa sakit maka sakitlah seluruh badan seperti demam.Hal ini menunjukkan bahawa ukhuwah yang terbina antara muslim amat utuh.
            Pada masa ini,umat Islam di seluruh dunia telah ditindas dan dijangkiti virus fikiran mereka oleh musuh-musuh Islam.Semua ini adalah usaha musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam dan umat ini daripada peta dunia.Lebih memedihkan hati ialah penjarahan yang melampau dan berterusan oleh mereka yang dengki kepada Islam terhadap negara-negara Islam dengan propaganda yang palsu lagi dusta.Afghanistan,Iraq,Sudan dan Cechen sudah menjadi padang jarak padang terkukur.Apakah usaha mereka ini akan berjaya?Wahai diriku sesungguhnya Allah telah menjanjikan kemenangan kepada pihak Islam dan melumpuhkan kekuatan mereka yang sementara itu kerana tiada siapa yang dapat menandingi Maha Agungnya Allah.Tetapi kemenangan yang akan diperolehi itu perlu diiringi dengan sebuah pengorbanan yang besar.    
            Tanggal 1 Hijrah 1430 bersamaan 29 Disember 2008 yang lepas telah menjadi hari yang memilukan seluruh umat Islam kerana bumi Palestin telah bermandi darah dan bertarung nyawa demi sebuah pembebasan tanah air mereka.Bumi Palestin yang merupakan tanah warisan umat Islam telah dijarah dengan rakus oleh manusia Laknatullah,Israel yang lebih terkenal sebagai Zionis.
            Sesungguhnya peperangan ini adalah peperangan yang telah dijanjikan oleh Allah.Peperangan ini akan berlanjutan sehingga suatu masa yang telah ditetapkan-Nya.Namun,peperangan ini akan berakhir dengan sebuah kemenangan bagi pihak Islam yang menjadi kemuncak terbesar kemenangan Islam pada akhir zaman ini.Maka beruntunglah bagi sesiapa yang turut bersama berjihad membebaskan tanah suci ini kerana Allah telah menjanjikan kenikmatan yang terindah kepada mereka.
            Sebenarnya pelbagai sudut telah musuh-musuh Allah ini menyerang yang bukan sahaja dari segi penjajahan dan pemikiran,tetapi turut daripada aspek lain meliputi kehidupan dan pengembangan umat Islam.Pengembangan umat Islam di sini adalah bermaksud bahawa pengembangan agama Islam itu sendiri,ilmu,cara kehidupan,ekonomi,politik dan aspek penting lain.Oleh itu,diriku perlu persiapkan senjata yang pelbagai demi menyerang kembali sebagai suatu tindak balas untuk menegakkan agama Allah ini terus mekar di muka bumi pada akhir zaman ini.
            Umat Islam pada masa ini perlu bangkit melawan musuh-musuh Allah ini dengan pelbagai usaha dan segenap penjuru.Perjuangan ini memerlukan sepenuh sokongan dari semua umat Islam di seluruh dunia.Namun,aku akui ia bukanlah semudah perkataan yang diucapkan.
            Salah satu usaha ini ialah penstrukturan semula kewangan Islam untuk membantu  pejuang Islam dan mereka yang terlibat dalam penyebaran Islam.Pemstrukturan ini adalah perlu digerakkan demi kemajuan Islam itu sendiri.Melalui Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC),perkara ini dapat dilaksanakan kerana badan inilah yang bertanggungjawab mengambil berat hal umat Islam.
            Penstrukturan pertama ialah pembahagian kewangan terhadap Negara-negara Islam yang amat memerlukan terutama dalam penyebaran Islam.Kewangan yang banyak perlu disalurkan kepada pejuang Islam yang sedang berperang untuk kebajikan mereka di sana.
            Selain itu,bantuan kewangan kepada Negara Islam yang miskin perlu disalurkan demi kelangsungan hidup mereka.Hal ini demikian kerana,kita lihat kebanyakan Negara Islam itu termasuk dalam kelompok Negara yang miskin dan berpendapatan rendah.Sehubungan dengan itu tabungan khas perlu diwujudkan demi kesejahteraan umat Islam sejagat.Tujuan tabung ini diwujudkan adalah untuk menyalurkan bantuan kritikal atau kronik apabila berlakunya bencana alam dan kemelesetan ekonomi sesebuah Negara Islam.
             Bukan itu sahaja,strategi perang untuk meluaskan dan mempertahankan Islam wajar diambil kira dengan serius oleh Negara –negara Islam.Antara langkah yang paling penting ialah mewujudkan pasukan tentera yang terdiri daripada Negara Islam.Pasukan tentera ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk,tetapi adalah untuk kepentingan pertahanan Negara Islam itu sendiri daripada diserang musuh Islam.Pasukan ini juga boleh digunakan oleh Negara Islam yang sedang berperang seperti Palestin,Iraq,dan Afghanistan.Pasukan ini turut boleh digunakan di Negara dan wilayah Islam yang sedang bergolak seperti Sudan,Somalia,Selatan Thai,Mindanao dan Pakistan.Satu agensi khas juga perlu diwujudkan untuk menyiasat perkara sebenar berlaku.Jadi,kita tidak perlu bantuan daripada PBB untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.Ini bukanlah bermaksud kita tolak usaha sama terus daripada mereka,tetapi agensi dan pasukan tentera yang ditubuhkan ini perlu diberi keutamaan sebelum menerima bantuan daripada mereka. 
Continue...


Wednesday, September 1

Kita Ibarat Emas Yang Diketuk

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:29 AM 0 comments

Seorang yang berperibadi kuat seumpama besi waja, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam untuk menghadapi hidup; sebaliknya, seorang yang berperibadi lemah laksana timah apabila terkena api ia akan hancur, apabila terketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Ayam kampung perlukan sepuluh orang untuk menangkapnya. Ia akan lari sekeliling kampung. Sepuluh orang mengepung di sana, menghambat di sini, menerpa di sana dan tersungkur di sini, namun ayam kampung masih gagah lari menyelamatkan diri. Setelah berhempas pulas sepuluh orang baru dapat menewaskan seekor ayam. Tatkala ayam itu disembelih, tiba-tiba ia bangkit, berjalan keliling rumah dengan kepalanya sekali-sekala terkulai ke bawah. Ia berjalan lagi hingga akhirnya rebah.Maka tamatlah riwayat seekor ayam kampung.

Seekor ayam bandar (sangkar) dikeluarkan dari dalam sangkar. Ia diletakkan di luar dan dibiarkan lepas. Ayam bandar ini terteleng-teleng, melihat sana, melihat sini. Kemudian dia melangkahkan kaki, masuk kembali ke dalam sangkarnya. Dia tidak pernah tahu bahawa selama mana berada di dalam sangkar semudah itu nyawanya akan melayang, selama mana dia berada di luar peluang untuk dia lari menyelamatkan diri lebih terbuka luas. Itulah berbezanya ayam kampung dengan ayam bandar.

Cabaran hidup telah menjadikan ayam kampung begitu bertenaga, berani dan punya wawasan, sedangkan ayam bandar tidak nampak peluang dan menjadi begitu lemah lagi malas. Kesusahan sentiasa menjadi penunu untuk seseorang itu muncul luar biasa bagus dan hebat sekali, sebaliknya kesenangan pasti akan menyebabkan kelemahan, bukan sahaja tubuh badan kadang-kadang dalam soal peribadahan. Orang yang hidup dalam tekanan adalah umpama besi waja. Ia keras dan sukar dikalahkan.

Seseorang yang hidup dalam tekanan dan kepayahan sebenarnya sentiasa lebih kuat dan padu daripada mereka yang hidup dalam kesenangan. Maka itu, seorang yang miskin kadang-kadang lebih hebat peribadinya daripada seorang yang berada. Kekayaan adalah kekuatan dalam kelemahan, sedang kemiskinan kelemahan dalam kekuatan. Jadi, usahlah marah dengan keadaan jika anda tidak tergolong dalam kalangan orang senang.

Pada satu segi anda lebih kuat dan lebih hebat daripada orang senang. Kadang-kadang orang senang terlalu lemah hinggakan untuk menukar kepala paip yang sudah longgar perlukan orang kurang senang untuk melakukannya. Bukan disebabkan dia terlebih wang tetapi benar-benar kerana memang tidak pandai. Orang yang tidak pernah teruja oleh cabaran selalunya menjadi kian lemah sebaliknya orang yang hidup dalam ujian selalu bertambah kuat. Seorang gila selalunya tidak terurus segala hal, dia merayau-rayau dari satu tempat ke satu tempat.

Pakaiannya tidak pernah berganti, makan minumnya apa-apa saja yang dijumpai. Tidurnya tidak menentu, tetapi dia kelihatan sihat. Jarang nampak orang gila terlantar sakit, tetapi hospital menjadi tumpuan orang normal dan hidup senang. Usah rasa tidak selesa dengan cabaran sebab cabaran sentiasa memberikan kekuatan. Hanya orang yang lemah akan menganggap cabaran melemahkan.

Cabaran bukanlah nasib malang tetapi ia membuka peluang. Jika peluang tidak terlihat ia tetap bernilai pengalaman. Pengalaman itu tidak ternilai harganya, ia tiada dijual, ia hanya ada pada orang yang mengalami. Semakin kesusahan itu mengetuk, semakin ia membentuk, ibarat seorang tukang emas menempa emas untuk dijadikan perhiasan wanita, semakin diketuk semakin berharga, semakin diketuk semakin tinggi harganya.

Apakah kita seperti emas yang sedang diketuk itu?
Continue...


Sejenak kita berfikir.

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:26 AM 1 comments

Alhamdulillah, perkongsian kali ni nak membawa kita bersama-sama berfikir akan sesuatu. Kenapa dan mengapa 31 Ogos pada kali ini jatuh pada sepuluh malam terakihir Ramadhan. Tadi selepas terawikh, saya bersama seorang rakan pergi ke masjid bandar Batu Pahat. Alhamdulillah, dalam perjalanan menuju ke masjid, ramai orang juga berpusu-pusu menuju ke bandar. Tapi, dengan tujuan apa? Hanya untuk menyambut 31 Ogos 10.

Bila sampai di masjid, ustaz fadhil saiban telah memulakan ceramah yang bertajuk 10 malam terakhir Ramadhan. “ ramai “ juga muslimin dan muslimat yang dengar ceramah, tetapi lagi ramai yang sedang bersuka-ria menyambut 31 Ogos. Bukankah Allah telah mengurniakan kita akal untuk kita berfikir?

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Al-An'aam 6:32)

Dalam Al-Quran Allah telah menyuruh hambaNya berfikir, tetapi kenapa kita sebagai hamba sering leka dan lalai dalam arus dunia? Sedih melihat gelagat pemuda zaman sekarang. Adakah mereka tidak menyedari bahawa kiamat hampir menjelang? Dan Ramadhan akan meninggalkan kita tidak lama lagi?

31 Ogos 2010 yang jatuh pada hari ini tidak bermakna kita boleh enjoy dengan sepuas hati. Kita perlu berfikir, kenapa 31 ogos jatuh pada 10 malam terahkhir Ramadhan. Tidak silap, kita menyambut hari kemerdekaan dalam bulan puasa sebanyak dua kali. Kalau kita fikirkan apa maksud yang Allah telah suratkan kepada diri kita, alangkah indahnya kita menjadi seorang hamba Allah yang reti bersyukur dan berfikir.
Continue...