Mengemis Kasih-Raihan. Harap semua enjoy dengan pembacaan dan dengar lagu ini.
Alhamdulillah, hari ni dah tenang sikit. Sikit je kot. Sebab kita kena memahami, setiap mehnah dunia ni, adalah ujian untuk diri kita. Tidak kira la kepada siapa, kepada saya, diri kamu, dan kepada pembaca. Yup. Dah tenang. Pisnowo orang cakap.
Setiap masalah yang hendak diselesaikan mestilah difokuskan kepada real problem (masalah sebenar) bukan kepada presenting problem (masalah yang zahir). Apabila kita menumpukan kepada real problem ertinya kita sedang berdepan dengan punca masalah yang lebih bersifat dalaman dan ini memaksa kita menyelami soal hati dan perasaan manusia.
Manakala jika kita hanya berlegar-legar di sekitar presenting problem kita hanya terapung di permukaan yakni berdepan dengan akibat sesuatu masalah. Cara kedua ini tidak akan menyelesaikan sesuatu masalah secara tuntas. Mungkin kita berjaya seketika mengubat akibatnya tetapi masalah itu akan berulang lagi kerana punca sebenarnya tidak diatasi. Hendaklah difahami benar-benar maksud saya ini.
Manusia yang mempercayai hakikat kehidupan, penciptaan alam, SUNNATULLAH, akan tahu dan faham bagaimana hakikat kejadian seorang wanita, penghidupannya, dan ke mana kesudahannya selepas kehidupan ini.
Lantaran itu, wanita seharusnya dan wajib tahu hakikat kejadian hidupnya, serta peranan dan tanggungjawabnya dalam kehidupan.
At-Tin
"Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus."
(At-Tin, 95:4-6)
Jadilah Seperti Rama-Rama, Terbang Bebas dan Cantik Di Pandang.
Di pelusuk dunia, ada hutan belantara yang cukup tebal. Di situ ada sekelompok ulat. Dalam, masa ulat rata-rata ramai yang tidak suka, ramai yang geli. Nak pegang pun tak nak. Hanya berkelompok dan memakan daun-daun hijau yang telah Allah ciptakan. Mereka takut unutk meninggalkan kelompok kawasan hijau. Apatah lagi untuk melapah daun-daun lain. Sayang. Sayang pada daun yang hijau!
Dan satu ketika dan waktu, sang ulat tadi akan berteduh dan berpayung pada dedaunan yang merimbun. Untuk berehat pada satu jangka masa yang panjang. Memang. Bila sudah sedar dan bingkas bangun dari pertapaan yang lama, ulat tadi kelihatan cantik. Tidak seperti dulu.
Cantik. Memang cantik si rerama.
Si ulat itu tadi kini adalah seekor rama-rama. Dia kini boleh terbang! Sedang ia terbang, ia merasakan apa yang dilihatnya kini sebenarnya jauh lebih membahagiakan, berbanding hanya hidup memakan daun sahaja sebelum ini.
Terbanglah, sayang!
Tapi lagi cantik jika wanita itu menjaga norma-norma dan kesuciannya. Kepada mereka yang sedang bersedih. Berbahagialah dengan pertolongan Allah, tidak kira di mana kita berada. Di sana, sini. Semua ada pertolongan Allah. Hanya kita sahaja yang sombong dengan meminta pertolongan dari Allah.
Tidak ada kecantikan bagi seseorang wanita itu, tiada pula keindahan wanita itu, melainkan merendah diri hanya kepada Allah.Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu.
Mujahadalah wahai Muslimah
Memang. Nak mujahadah ni bukan senang, dan bukan susah bagi mereka yang memahami mujahadah. Kita mestilah bermula daripada noktah iman kepada Allah SWT dan bermula dengan noktah mentauhidkan/mengEsakan Allah SWT ".
Mujahadah yang betul itu mestilah bermula dengan beriman kepada Allah dan beriman kepada prinsip-prinsip keimanan yang lain serta bermula dengan mentauhidkan dan mengEsakan Allah SWT.
Mujahadah itu mestilah bertitik-tolak dengan beriman kepada Allah dan beriman kepada prinsip-prinsip keimanan yang lain seperti beriman kepada Muhammadur Rasulullah dan yang lain-lain lagi.
Hakikat ini mestilah diterima secara disedari .Ianya tidak boleh dialpakan ataupun dilalaikan sebab mungkin sesaorang muslim yang lahir di dalam suasana Islam ataupun yang lahir ditengah-tengah masyarakat Islam maka dia tidak akan merasai bahawa perkara ini disuruh dan dituntut yakni supaya dia bermujahadah bermula dengan beriman kepada Allah SWT. Bila kita sudah ada biah solehah(suasana yang Islamik) maka mungkin boleh berlaku di mana seseorang muslim yang lahir di dalam biah yang seperti ini, dia tidak merasa perkara ini dituntut yakni supaya dia bermujahadah bermula dengan keimanan kepada Allah SWT.
Jadi inilah satu kesilapan yang besar yang telah berlaku di dalam sejarah Islam. Kita dapati apabila wujudnya Daulah Islamiah dalam waktu yang agak panjang maka telah lahirlah umat Islam yakni generasi-generasi yang baru di dalam daulah tadi tetapi manakala tidak diingatkan kepada mereka tentang perlunya mereka bermujahadah bermula dengan beriman kepada Allah SWT dalam ertikata yang sebenarnya maka berlakulah berbagai-bagai masalah di dalam perkembangan dakwah Islam ini.
Penutup: Kau Muslimah, Kau Mujahadah.
Pesananku hanya satu. Jadilah wanita muslimah yang bermaruah. Jadilah seorang muslimah yang cintakan Allah dan Rasul. Jika tidak dapat jadi seperti Saidatina Khadijah, contohilah sifat-sifatnya yang terpuji. Akhlak ibu segala ibu. Akhlak muslimah segala muslimah.
SUKARNYA MEMAAFKAN
Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama
Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu
Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika…
di pinggiran nostalgia
… sukarnya memaafkan
….sukarnya melupakan
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika…
di pinggiran nostalgia
… sukarnya memaafkan
….sukarnya melupakan
Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan…
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah…
Hati kita tak kan terpisah
Kalau benar cintakan Allah…
Hati kita tak kan terpisah
Dan entah kenapa tiba-tiba kini…
Kita dipertemukan semula
…di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Kita dipertemukan semula
…di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh…
Walau di awalnya terasa susah sungguh!
alhamdulillah...
syukur ada butiran kemaafan utk melenturkan sebuah keegoaan. bukan mudah untuk bermujahadah. biar DIA jadi penguatNya. biar diri rasa kebergantungan harap padaNya dan benar2 kehambaan padaNya. bila menyedari hakikat kejadian diri,insyaallah terpandu ke jalan abadi yang hakiki milik Robbi...moga kau thabbat kan hati kami selamanya di jalan yang Kau Redhoi Ya Rabbul Jalil....amin Ya Rabbal alamin..
Post a Comment