Followers

Wednesday, February 16

Kau Yang Bernama Hanis 9

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 2:35 PM 1 comments


Hijjaz-Yukabid

Hentian Ke Sembilan Engkau Bagaikan Bidadari Syurga

Hari terakhir aku di Zamalek, aku rasa bagaiakan nak terputus nyawa, bukan apa di sini aku di kenalkan dengan erti hidup, di sini jugalah aku di kenalkan dengan erti cinta. Cinta yang fana adalah cintakan Ilahi, tapi cinta juga merupakan satu fitrah buat semua insane dan makhluk daripada sang Pencipta.

Tak tersangka, kehidupan yang di rasakan sungguh kompleks rupanya begitu senang untuk di rungkaikan untuk mereka yang bijak merungkaikan sesuatu. Bermula dengan epilog seorang nabi yang bernama Nabi Adam a.s dan Hawa. Mereka merupakan satu pasangan contoh yang mana, contoh terbaik yang dapat kita ikut.
Manusia telah sempurna wahai Adam. Besenang lenanglah kamu di Syurga Allah. Adam bersenang lenang dengan semua nikmat yang telah Allah beri. Ketika itu Adam melihat sepasang burung terbang di Syurga. Iblis berbisik, Adam, Allah tidak adil. Burung itu berteman, kamu tidak. Kamu kan sebaik-baik kejadian. Mengapa hendak menjadi seperti burung? Tidak mengapa, Allah Maha Memberi. Doa adam diperkenankan. Adam diberi teman hidup bernama Hawa.
Hawa dicipta daripada tulang rusuk kiri.
Adakah Adam diberi teman?
Rusuk adam telah diambil oleh Allah untuk mencipta Hawa. Kerana Allah telah berkata bahawa kamu sebaik-baik kejadian. Sempurna. Kamu cukup segala-galanya. Daripada makhluk Allah yang mana Hawa mahu dicipta? Allah mengambil rusuk Adam sendiri. Adakah kamu tidak berfikir? Bahawa itulah bukti kamu sebaik-baik kejadian.
Mengapa rusuk?
Kaji sifat rusuk. Itulah sifat kaum wanita. Bengkok.Dan perlu diluruskan, oleh kerana sifatnya yang keras. Maka kita perlu gunakan jalan yang lembut untuk meluruskannya. Letaknya di mana? Menutup dada. Jika rusuk tiada, syaitan boleh masuk melalui kecacatan itu. Masuk melalui dada yang kehilangan rusuk. Syaitan berjaya masuk ke badan kamu.
Adam dan Hawa hidup senang di Syurga.
Senang? Atau semakin susah? Kamu perlu sentiasa bersama Hawa. Baru kamu tenteram. Baru kamu sempurna kembali menjadi manusia. Ketika apa? Ketika kamu cantumkan rusuk kamu kembali. Ketika Hawa “meletakkan” dirinya ke dada Adam.
Sebab itu kamu gembira Kamu jadi manusia sempurna kembali. Sebaik-baik kejadian.
Adam dan Hawa dilarang makan buah Khuldi.. Adam kuat imannya. Sempurna. Apa kelemahan Adam? Tiada rusuk. Rusuk itu adalah satu anggota badan yang mudah disesatkan kerana hanya sebatang rusuk sahaja. Syaitan berbisik kepada Hawa. Allah memang tidak adil. Semua nikmat syurga kamu dapat kecuali apa Hawa? Makan buah Khuldi. Iblis menipudaya. Hawa berjumpa dengan Adam. Hawa teringin makan buah Khuldi. Adam kuat imannya. Dia melarangnya kerana ia taat perintah Allah. Supaya jangan makan buah Khuldi.
Hawa memujuk lagi. Akhirnya Adam mengalah. Itulah bukti cinta dan kasihnya kepada Hawa. Adam terpedaya pujukan Hawa. Lalu makan buah khuldi itu bersama-sama Hawa.
Allah murka. Dicampakkan kedua-duanya ke dunia. Buah itu menjadi Khalkum Adam. Untuk apa? Menjadi senjata kepada Adam supaya menjadi sempurna kembali. Buah Khuldi Hawa menjadi buah dada. Untuk apa? Sebagi kesempurnaan kejadian kaum Hawa.
Manusia memang banyak membuat bencana. Malaikat pun pernah bertanya kenapa mahu menjadikan manusia, yang akan banyak melakukan kerosakan di mukabumi? Allah hanya berkata, Aku tahu apa yang kamu tidak tahu. Apa buktinya manusia lebih mulia ya Allah? Turunlah kamu ke dunia, cuba beritahu Aku nama2 pokok dan tumbuhan ini. Malaikat tidak tahu. Cuba Tanya Adam. Adam tahu nama2 pokok dan tumbuhan itu. Malikat sujud kepada Allah dan tidak mempersoalkan lagi mengapa Adam dicipta.
Sebenarnya untuk menguji diantara manusia, siapa dikalangan anak Adam yang mahu mengambil pengajaran kepada semua ini. Di dalam kisah ini, terdapat rahsia2 dan cara untuk menjadi Adam kembali dan duduk bersenang lenang kembali ke Syurga Allah. Manusia berasal dari Adam dan perlu menjadi adam kembali kalau mahu menjadi sempurna.
MUSUHMU DI DUNIA
Iblis, Syaitan dan orang2 yang memerangi agamamu.
CIRI-CIRI ADAM DI ALAM DUNIA
Dapat menjadi pemimpin kepada segala makhluk yang Allah cipta.
Mendidik segala makhluk yang Allah cipta selain Iblis dan Syaitan.
Membimbing umat manusia supaya mereka kembali menjadi Adam dan dapat melihat wajah Allah di Syurga.
KESAN KUASA YANG ALLAH BERI KEPADA ADAM DI DUNIA
Adam ini masih perlu dibimbing dan diberi petunjuk. Siapa lagi yang dapat mendidiknya? Allah.
ALLAH SAYANG KEPADA ANDA
Pertolongan Allah sudah tiba. Adam telah kembali sempurna. Mari kita perangi segala musuh-musuh keturunan kita yang terdahulu. Adam sudah lengkap ilmu di dadanya…
Wahai sekalian anak Adam. Kita adalah sebaik-baik kejadian yang dijadikan oleh Allah daripada tanah. Mari kita perangi musuh2 kita. Iblis, syaitan dan mereka yang memerangi agama kita, agama Islam.
Kalau kalian kenal masa sebagaimana sekarang, bukankah anda umpama anak Adam yang sedang berbahagia di syurga. Kalian teringat dunia. Kalian ingin membantu anak Adam yang berada di dalam dunia. Tempat kita di syurg. Bersenang lenang dengan nikmat yang Allah berikan. Janganlah kita sombong dengan Allah dan terimalah hakikat bahawa kita adalah sebaik-baik kejadian. Kita perlu mendidik alam semester ini. Kita tak perlu pendamping yang lain. Hanya Allah.
Inilah rahsia setitis air di lautan.
Kalian hanya akan merasa bagai berenang-renang dalam lautan ilmu2 Allah. Ada makhluk lainkah yang terbaik selepas kita?
Dialah yang perlu kita cari sekarang. Carilah Allah.
Allah ada dalam diri kamu. Tiada dahulu, kini dan akan datang. Kita sedang berenang dalam lautan ilmu2 Allah. Hanya Allah yang tahu.
Winner: So dia mcm mne?

Sha_ji: Dia pemalu. Bgs. Jg prgauln.

Winner: hmmm… cmtu trimas ya kak.

Sha_ji: Win, nk tnya bleh?

Winner: Tnya r

Sha_ji: knpa tnya2 fsl Asikin?

Aku diam. Teragak-agak aku akan jawapan yang hendak kuberi. Nak cakap apa? Terus terang? 
Berkias bahasa? Hem…

Winner: Tak jwb bleh?

Sha_ji: Trpulang. Cuma curious org mcm kmu tnya fsl perempuan tetibe.

Winner: ……

Maka aku tidak menjawabnya. Sebab aku tidak tahu hendak berkata apa. Perasaanku kepadanya masih tidak kupasti apa. Semakin mengetahui, memang semakin besar rasa cinta. Dan aku berusaha tidak mahu menimbulkan fitnah. Aku cuba menutupnya. Aku cuba. Tetapi siapa tahu sangka jangka manusia.
Dia tidaklah sesolehah Zulaikha. Kaki baca komik dan tengok drama Jepun mengikut cerita yang aku kutip. Bukan barisan MPP di tempat belajarnya. 

Dia tiada apa yang dikatakan kegemilangan oleh orang ramai. Juga dia tiada yang diiktiraf istimewa oleh semua. Dia biasa. Dari apa yang aku dengar, dia biasa. Sangat biasa. Itulah maklumat-maklumat yang dapat kukutip dari pelbagai orang yang kutanya.
Tetapi, dalam kebiasaannya itu, ada juga yang luar biasa dan amat sukar aku jumpa pada perempuan hari ini.

Aku baru-baru ini berziarah ke rumahnya. Sengaja aku ambil peluang cuti habis belajarku, mengikut Umeir pulang. Serampang banyak mata orang melayu kata. Nak merapatkan hubungan dengan Umeir yang merupakan mad’uku, juga hendak berta’aruf dengan ibu bapa Umeir, dan akhir sekali, hendak merisik kehidupan perempuan bernama Awani, yang hatiku seakan terpaut dengannya itu.

Rumah Umeir amat sederhana. Jauh amat kecil berbanding rumahku. Kereta ayahnya pun adalah kereta lama yang kini sudah jarang kelihatan di tengah bandaraya. Internet pun tiada di rumahnya. Memang sangat-sangat sederhana.

Yang membuatkan aku rasa ajaib, Asikin seakan tiada di rumah. Aku langsung tidak melihatnya muncul di hadapanku. Kalau aku berziarah ke rumah orang lain, biasanya yang perempuan akan bawa air ke ruang tamu, hidang makanan, dan tak rasa malu untuk muncul di hadapanku, bersembang dengan adik beradiknya yang lain. Tetapi di rumah Umeir, Awani seakan tiada. Semua kerja-kerja tadi dilakukan oleh Umeir.

Pernah aku hendak ke bilik air, dan bilik air mereka ada satu sahaja. Aku perlu merentasi dapur untuk ke bilik air. Ketika itu, aku yakin Awani ada di dapur sedang membantu ibunya. Bila aku katakan kepada Umeir bahawa aku hendak ke tandas, Umeir berkata:

“Kejap ya Abang Man, nak bagitahu kakak”

Aku hairan. Aku nak pergi tandas pun kena bagitahu kakak?

“Ha Abang Man, pergi la. Akak dah masuk bilik”

MasyaAllah… Memang langsung tidak muncul.

Tiga hari aku di rumahnya, aku tetap tidak bersua wajah, mendengar suara.

“Kakak kau, memang pemalu ke?” Aku bertanya semasa balik.

Umeir memandangku pelik. Baru aku sedar bahawa aku terlepas bertanya berkenaan kakaknya. Terus aku paut tangan Umeir.

“Maaf, kalau kau tak senang. Tapi, antara tujuan aku datang adalah untuk ta’aruf dengan kakak kau”

“Ini dah tak ikhlas!” Umeir menggerakkan tangannya kasar, minta dilepaskan. Wajahnya marah.

Aku diam. Macam mana aku hendak menjawab? Mujur sekarang berada di stesen bas. Kalau di rumah, mungkin aku akan memberikan impressi buruk kepada ibu ayah Umeir. Aku kembali menarik tangan Umeir.

“Umeir, kau dah kenal aku dua tahun. Kau nak ragu-ragu dengan aku?”

“Lelaki sanggup berbohong kerana nakkan perempuan!” Umeir cuba melepaskan tangannya lagi. Tanganku beralun mengikut rentak.(SAMPAI CNI)

Aku menghela nafas. Terus aku kejapkan tanganku. Tangan Umeir terhenti.

“Dengar sini Umeir. Aku, dengan kau, itu aku dengan kau. Kakak kau tak masuk dalam hubungan kita. Perasaan aku dengan kakak kau, itu aku dengan kakak kau. Itu perasaan aku kepada kakak kau. Aku tak bersahabat dengan kau, sebab aku nakkan kakak kau” Aku bertegas.

Umeir memandangku tepat. Matanya tajam. Aku pula tidak beralih. Menatap bebola matanya dalam. Sebab aku sudah yakin satu perkara apabila aku datang ke rumahnya.

“Keluarga saya memang jaga perempuan. Akak saya jadi pemalu sebab ayah dan ibu yang didik dia begitu. Dia tak pernah pun cakap dengan lelaki melainkan sangat terpaksa. Dia mana ada kawan lelaki di universiti. Facebook pun tak ada lelaki melainkan saya”

Dan keyakinan aku berkenaan satu perkara tadi, bertambah.

Teringat aku akan kata-kata ayah Umeir, semasa aku memuji Umeir yang amat cemerlang dalam pengajian di Universiti.

“Pakcik ni Man, hanya nakkan anak-anak pakcik jadi soleh dan solehah. Nakkan mereka ni, hidup dapat redha Allah. Pakcik tak kisah sebenarnya fasal kecemerlangan. Itu bonus daripada Allah. Yang penting taat sebagai hamba Allah. Itu baru namanya satu kejayaan”

Dan baru aku nampak betapa pakcik Emran yang lemah lembut, ramah lagi penyayang itu, menjaga keluarganya. Walaupun hidup sederhana, gaji tidak seberapa, dia tidak pula mengurangkan perihal didikan anak-anaknya. Didikan akademik diberi, tetapi diberatkan lagi didikan akhlak dan peribadi.
Aku tertarik. Aku mula nampak kenapa Allah menyangkutkan aku kepada Asikin.

Asikin punya sesuatu yang tidak dipunyai manusia lain di zaman ini.

Kesederhanaan.

“Abang Man serius ke suka pada akak?” Soalan Umeir mengeluarkan aku dari lamunan.

Aku menggeleng.

“Habis, kenapa tanya-tanya fasal dia?”

“Aku tak suka dia. Lebih dari suka. Tetapi aku cinta. Cinta dengan sebenar-benarnya. Dan aku jatuh cinta juga pada kau dan kehidupan keluarga kau.” Aku menepuk bahu Umeir. Ketika itu, aku sangat yakin. Kini bukan satu kata-kata penyenang hati. Ini satu perkara yang aku pasti.

Aku cintakan Asikin.

Semenjak itu, aku tidak putus hubungan dengan keluarga Umeir. Aku tidak rasa Allah menyangkutkan Asikin kepada aku, sekadar untuk aku mencintai Asikin. Allah hendak aku belajar kesederhanaan dari keluarganya. Atas dasar itu, aku banyak membina hubungan dengan ayah dan ibu Umeir. Ingin mengambil sesuatu dari pengalaman hidup mereka berdua, dan bagaimana mereka boleh bersederhana, merasa cukup dengan apa yang ada.




1 Response so far:

Rabbitah Binti Hambali said...

Assalamualaikum...tak sabar tunggu sambungan cerita ini..