Cinta dan motivasi jelas memiliki hubungan yang erat. Cinta adalah motivasi yang paling kuat. cinta adalah penggerak hati, pikiran, dan tindakan. Seseorang akan merasa tergerak hatinya saat sesuatu yang dicintainya disebutkan. Cinta menggerakan pecinta untuk mencari yang dicintainya.
Objek cinta itu begitu banyak. Mereka adalah ujian bagi kita semua. Cinta terhadap lawan jenis, cinta terhadap keluarga, cinta terhadap harta benda, cinta terhadap tanah air, dan cinta terhadap hal-hal lainnya.
Namun tahukah bagi Anda, bahwa cinta itu adalah tawanan?
Cinta Itu Adalah Tawanan
Apa yang dimaksud bahwa cinta itu adalah tawanan? Siapa yang ditawan? Cinta menawan hati. Sebab hati akan tunduk demi mengejar apa yang dicintainya. Banyak sekali orang yang rela melakukan apa pun demi yang dicintainya. “Gunung kan kudaki, lautan akan kusebrangi.” begitu kata syair yang menggambarkan bagaimana hati tertawan oleh cintanya kepada kepada seorang gadis pujaan. Lihatlah… banyak orang yang melakukan segala cara untuk mendapatkan harta dan jabatan. Yang haram dihalalkan, apa pun dilakukan demua cintanya kepada harta dan jabatan.
Cinta selalu menggerakkan hati pada apa yang dia inginkan. Keinginan diri inilah yang disebut dengan hawa nafsu. Sehingga dengan cinta ia menjadikan hatinya sebagai tawanan hawa nafsu, mengikuti apa yang dikatakan hawa nafsu dan menjadikan hawa nafsu dengan pimpinannya dalam hidup. Sehingga masuklah dia ke dalam fintah syahwat, yang menghalangi hatinya dari petunjuk dan rahmat.
Kemerdekaan Itu Datang Dari Agama
Agama membebaskan hati ini dari tawanan hawa nafsu. Bebas dari tawanan cinta harta, jabatan, populariti, anak, lawan jenis, dan objek cinta yang berasal dari hawa nafsu. Bukan bererti, kita tidak lagi mencintai mereka. Namun, dengan kehadiran agama, maka hawa nafsu boleh ditundukan, sehingga cinta kita tidak lagi hanya digerakan oleh hawa nafsu, tetapi digerakkan oleh cinta kita kepada Allah.
“Adapun orang-orang yang beriman sangat cintanya kepada Allah.” (Al-Baqarah: 165)
Korang akan terbebas dari kesedihan yang tidak perlu. Seseorang yang melakukan hal-hal yang dilarang agama demi cintanya, maknanya belum ada agama pada dirinya, setidaknya masih sedikit. Orang yang hatinya sudah dipenuhi dengan cinta kepada Allah, tidak mungkin menduakan cintanya dengan sesuatu yang rendah.
Tidak mungkin meninggalkan Allah (yang dicintainya) demi cinta kepada selainnya.
Kita boleh mencintai lawan jenis, namun kita tidak akan pernah melakukan yang dilarang seperti mendekati zina bahkan melakukan zina, bunuh diri, durhaka kepada orang tua, dan perbuatan munkar lainnya. Sebab perbuatan-perbuatan tersebut dimurkai oleh cinta sejati kita, yaitu Allah SWT. Begitu juga, cinta kita kepada keluarga, harta, jabatan, dan objek cinta lainnya tidak akan menggerakan kita untuk melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Allah SWT sebagai cinta sejati kita.
Tundukan Pandanganmu
Sesungguhnya Islam berusaha keras membangun individu dan masyarakat yang bersih, jauh dari rangsangan-rangsangan berahi, dan dorongan-dorongan nafsu bergejolak setiap waktu. Proses rangsangan akan terus berjalan tanpa pernah henti, sehingga manusia mudah mengikut nafsu haiwaninya. Pandangan mata, dandanan yang mengundang selera, dan penampilan diri dan pemakaian yang tidak mengikut paksi syara’, menjadi bunga-bunga yang membangkitkan selera nafsu. Ketahuilah ramai yang terjatuh cinta adalah kerana faktor-faktor selera nafsu yang terbangkit dek kerana melihat si pulan dan si pulan.
Islam memandu kita untuk memulakan cinta, iaitu dengan menundukkan pandangannya terlebih dahulu sebelum mencari cinta manusia. Ertinya mengalihkan dengan cepat pandangan yang tanpa sengaja melihat sesuatu yang telah Allah haramkan. Menundukkan pandangan bagi seorang lelaki menunjukkan peribadi yang beradab mulia. Ia merupakan usaha untuk membersihkan jiwa dengan meredam gejolak nafsu yang ingin memperhatikan keindahan, pesona dan fitnah yang ada pada wajah atau fisik lawan jenisnya. Dengan menjaga pandangan ini, maka tertutuplah pintu pertama yang menyeret kepada penyimpangan dan godaan. Ini karektor peribadi yang jujur dalam mencari cinta.
Hari ini perasaan rindu dan sayang bergejolak antara lelaki dan wanita bukan mahram, puncanya, matanya telah pun awal-awal lagi melakukan zina mata, dia engkar kepada tips dan panduan Allah SWT. Maka sebenarnya perasaan cinta, rindu dan sayang itu muncul atas dasar nafsu, bukan wahyu.
Bercinta Bersama Syaitan?
Selepas kita lulus syarat pertama, menjaga pandangan, syarat seterusnya kita dengarkan pesanan Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia bertemu bersendirian di suatu tempat dengan seorang wanita yang tiada sertanya mahram daripadanya kerana sesungguhnya yang ketiganya tentulah syaitan.” ( Riwayat Imam Ahmad )
“Janganlah seseorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan kecuali jika dengan mahramnya. ( Riwayat Imam Ahmad )
Kalau mahu bercinta, jangan ada langsung niat mahu berjumpa berdua-duaan. Maknanya,selama ini, pasangan couple ‘haram’ yang bertebaran di shopping complex, taman bunga, atas motor, tepi tasik, tepi laut dan sebagainya adalah pasangan yang tidak bercinta berpaksikan wahyu, sebaliknya saat mereka menyuburkan cinta, mereka ditemani syaitan. Wah! Indahnya cinta mereka!.
“Kalau nak buat juga, macamana, kami bukannya buat apa-apapun, Duduk-duduk aje, sembang-sembang aje”. Ayat ini anda boleh simpan dulu, nanti gunakan semula saat perbicaraan di mahkamah Allah SWT. Masa tu, jadilah peguam bela kepada diri sendiri dan gunakanlah hujah-hujah bernas anda itu.
Apakah kita masih tidak faham? Pasangan yang tetap merasakan bahawa cinta mereka yang belum dapat lesen sah ini betul dan tidak salah, sebenarnya telah pun membuat keputusan menolak cinta berpaksikan wahyu! Bahaya tu, lebih kurang sama tak menolak wahyu, menolak Al Quran, menolak Rasulullah SAW. menolak cara hidup Islam! Firman Allah SWT:
“Maka barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. (Taha : 123-124)
Fikir-fikirkan.
Alam Penzinaan
Akhir sekali buat catatan kali ini, tips sebelum kita mahu bercinta, dan kita mahu bercinta berpaksikan wahyu, fahami pesanan ‘keras’ Rasulullah SAW buat kita semua:
”Sesungguhnya Allah menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata adalah dengan memandang, zina lisan adalah dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan dan berangan-angan, lalu farji (kemaluan) yang akan membenarkan atau mendustakannya.” (HR. Bukhari & Muslim).
Kalaulah kita ibaratkan zina adalah sebuah ruangan yang memiliki banyak pintu yang berlapis-lapis, maka orang yang bercouple tanpa lesen sah ini adalah orang yang telah memiliki semua kuncinya. Bila-bila saja dia boleh masuk ke alam perzinaan.
Bukankah saat berdua-duaan itu tidak lepas dari zina mata dengan bebas memandang?
Bukankah dengan couple, ia akan sering melembut-lembutkan suara di hadapan pasangan?
Bukankah orang yang couple sentiasa memikirkan dan membayangkan keadaan pasangan?
Maka farjinya pun akan segera mengikutinya. Akhirnya penyesalan tinggalah penyesalan.
Semoga anda sudah menemui formula bagaimana mahu bercinta berpaksikan wahyu. Mudah sahaja, ikut dengan taat apa yang Allah SWT dan Rasulullah SAW ajarkan kepada kita. Untuk ikut ajaran dan panduan itu, maka binalah dulu cinta anda kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, barulah insyaAllah anda tidak akan merasa berat dan beban untuk ikut dan patuh setiap tips cinta berpaksikan wahyu yang diberikan di atas. Selamat beramal dan selamat menemui cinta hakiki!
so,,pnulis ni suci sgtla ea??
tak meengatakn penulis ni suci..=)
dlm melayari kehidupn,ujian dtg silih bergnti, x lain x bkn hnyalh mnguji hambanya~~cahaya sbgai manusia yg lemah, tipulah kalau kata x pernh rasa suka kpd sseorng~~dan itulh mrunsingkn cahaya~~cahaya cuba untuk brlwn dgn nafsu sendiri~~ moga saja hati ini hanya untuk 'cinta hakiki'
dalam kehidupan, dri kecil sehingga ke tua,memang sentiasa ada ujian.tidak jenuh2 ujian datnag, sebab Allah nak tgk samada kita ni redha dan ikhlas tak dalam menerima ujian sebegini,kita sebagai manusia memang tak lari dari ujian cinta manusia, kalau dah terasa tu lebih baik diamkan,buat cahaya,cuba baca perkongsian saya yang bertajuk la tahzan senyumlah
Post a Comment