Followers

Sunday, January 30

Kau Yang Bernama Hanis 3

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 9:05 PM 1 comments

Assalamualaikum, apa khabar semua? dah ready nak baca sambungan Kau Yang Bernama Hanis.Ana pun tak tu nak buat apa kat episod kali ni, tapi ana harap semua terhibur dengan apa yang nak di sampaikan. Kita mulakan dengan baca ummul kitab. Al-Fatihah.


Dah habis baca?dah habis baca baru buka lagu. Jangan hayal masa baca Fatihah. Nanti entah apa yang di baca.

orang bila dengar lagu nih akan di kaitkan dengan cinta manusia-manusia, tapi bagi ana, dan diri ana sendiri, lagu nih boleh di kaitkan cinta sang di cipta dengan sang Pencipta.

Tak nak cakap banyak-banyaklah, so antum/antuna boleh bacalah dulu. Pastu baru ngomen.



Mereka semua bergerak seperti satu tubuh. Yang menyatukan mereka adalah keimanan yang telah terbangkit dan dipupuk. Di sinilah mereka mampu memanifestasikan apa yang Allah SWT firmankan:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah dua antara mereka yang bertelagah, moga-moga kamu beroleh rahmat” Surah Al-Hujurat ayat 10.
***
“Assalamu’alaikum” Ikhwan mengetuk pintu.
Tidak lama kemudian, pintu terbuka. Aman memandang Irfan.
“Nak apa?”
Ikhwan mengukir senyum segaris. Walau dikasari, berusaha untuk tenang. Bukan tidak terasa, tetapi keimanan menyebabkan dirinya mampu mengawal jiwa.
“Ini kinafah.” Ikhwan mengangkat plastik halawiyat di tangannya.
“Untuk kamu semua.” Ikhwan menghulur kepada Kamaruzzaman.

Kamaruzzaman mengambilnya. “Ada apa-apa lagi ke?” Dingin Kamaruzzaman bertanya.

Ikhwan menggeleng. “ Sebelum tu, ana nak pesan. Malam ni kalau anta nak ikut ana, ana datang umah anta. Pergi dulu, Assalamu’alaikum”

Kamaruzzaman menghantar Ikhwan pergi dengan pandangan mata sahaja. Pelik dengan perlakuan Ikhwan. Sangat mesra, cuba merapati, dan tenang. Akhlaknya sangat bersih dan peribadinya sangat baik. Langsung tidak terkesan dengan kedinginannya tadi, juga tidak kekok untuk berhubungan dengan mereka.

“Ah, malas aku fikir” Kamaruzzaman menutup mindanya dari terus memikirkan kebaikan Ikhwan.

Hakikatnya, ada calar lama yang berbekas di dalam jiwa, membuatkan dirinya tidak berapa suka dengan manusia seperti Ikhwan.

“Kawan-kawan, ni ada halawiyat! Kinafah!” Kamaruzzaman menjerit sebaik sahaja menutup pintu.

Yang pertama sekali muncul adalah Yusuf.

“Aha, dah agak dah. Kalau Kinafah, yang pertama sekali muncul mestilah Yusuf”

Yusuf tersengih. “Rajin kau keluar beli halawiyat Kamaruzzaman? Kinafah pula tu.”

“Aku nak beli halawiyat? Ei… Buat apa la aku membazir masa?” Kamaruzzaman meletakkan kinafah di atas meja tamu. Ketika ini, Badruddin, Wafiq dan Muiez telah keluar dari bilik.

“Halawiyat seh, malam sejuk yang panjang macam ni, memang seronok makan halawiyat” Muiez menggosok-gosok tangan. Tidak kisah perbincangan Kamaruzzaman dan Yusuf.

“Kalau bukan kau beli, siapa?” Yusuf bertanya. Dia mula merasakan sesuatu.

“Tadi, Ikhwan datang. Dia yang bawa ni” Kamaruzzaman mengambil tempat.
Mendengar nama Ikhwan, hati Yusuf macam tersentuh. Bersungguh-sungguh benar Ikhwan ni.

“Ikhwan ya?” Badruddin memandang halawiyat di tengah meja itu.

“Ya, yang pernah bagi kita makanan buka puasa dan lauk pauk raya dulu” 
Kamaruzzaman menjelaskan. Takut Badruddin terlupa siapa Irfan Hakimi.


Badruddin diam sahaja. Dia tidak duduk, walaupun Muiez, Wafiq, dan Harith sudah bersedia hendak makan. Wajah Badruddin serius. Yusuf yang teringat akan Ikhwan pun, tertarik dengan perubahan wajah Badruddin.


“Jangan makan. Buang” Badruddin mengarah.


“Eh?” Wafiq memandang Badruddin. Kenapa tiba-tiba ja ni?


“Kenapa Bad?” Kamaruzzaman tidak faham. Kalau tak suka orang macam Irfan pun, takkan makanan dibuang?


“Ya la, kenapa? Halawiyat sedap ni” Muiez tak puas hati.


“ Dah aku cakap, buang. Buang je la. Kalau korang nak makan, jangan depan aku. Aku tak suka orang macam dia, menyampah. Buat-buat baik konon, nak naik jawatan dalam persatuan cakap je la. Piker aku tak tau? Dah buang! Aku nak mandi, jap lagi nak pergi kuliah.” sambil membentak, Badruddin menghentak meja.


Masing-masing terkesima melihat kelakuan Badruddin, ikutkan hati nak di belasah Badruddin, tapi apakan daya, kerana atas kawan dan pelajar lebih lama di Zamalek, mereka membiarkan Badruddin membuat hal sendiri. Masing-masing terus makan tanpa tinggalkan walau sedikit untuk Bad.


“sop, aku nak tanya ko sikit la, boleh tak?” Kamaruzzaman memulakan bicara.


“ umm, pe dia?” dengan makanan yang masih penuh di mulut, Yusuf melayan kerenah Aman.


“ Malam ni aku dengar ada ceramah? Ceramah ke usrah beb?”


“ Umm, ala ada usrah sikit, tapi malam ni usrah dia best beb, tentang cinta tak silap aku. Kenapa? Kau nak pergi gak ker? Aku memang malam ni pergi, bro yang bagi usrah tu best. Tak la bosan sangat macam malam tadi. Pergh, ngantok habis mata aku. Nasib la masa tu ada Ikhwan.” Kamaruzzaman 
melihat dengan muka yang pelik.


“ Kau pergi ke usrah kat sini? Yang tadi malam Ikhwan cakap tunggu sahabat, tunggu kau la?” makin pelik di buatnya. Sejak bila si Usop ni baik ngan Ikhwan.


“  A’a ler, aku yang suruh ajak ko. Hehe, sekali ko layan dia moody. Sian mamat tu. Tapi aku respek ngan dia. Kau buat macam tu masih lagi ok. Lau aku, dah lama singgah sebijik dua tau kat muka kau. Hahaha..” helaian tawa di ikuti dengan Muiez dan Wafiq. Merah padam muka Kamaruzzaman.


“ dah la aku nak mandi,” kamaruzzaman bagun dan berlalu.


Hentian pertama: Ya Allah, berikanlah keredhaan dalam hidupku


tak terucap kepiluan ini
titik hitam yang menghijab hati
hitung dosa saat pergi tak kan kembali
sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan 
bukan jauh ketentuan datang
mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
untung nasib di genggaman Tuhan
Ya ALLAH Ya Tuhanku, 
Pasrahkanlah daku dengan takdirMU, 
sesungguhnya apa yang telah ENGKAU takdirkan adalah yang terbaik buatku kerana 
Engkau Maha Mengetahui 
segala yang terbaik buat hambaMU ini, 

Ya ALLAH 
permudahkanlah segala urusanku dan bantulah daku

dalam menempuh segala ujian da dugaan dariMU....
Amin..

Kesejukan melampau sehingga menarik ubun-ubun kepala, boleh mengakibatkan kematian. Ye ke kematian boleh tejadi kalau sejuk melampau? Ye kot, cuba kita tengok kat Negara eropah sana. Dengan wabak selesema pun boleh membawa kepada maut.

“ man, apa yang ko menung lagi tu? Jomlah bersiap, kita dah nak gerak ni, Ikhwan dah tunggu.” Laung  Yusud dari luar bilik.


“ jap la, aku baru nak mandi ni. Kau ni, nama orang lain tak da ker?  Asik Ikhwan je, cuba la kau cari nama yang best sikit ke, macam Ramle Sirap ke, Samton Lam ke, ni Ikhwan, apa kes? Haha,,” Aman memerli Yusof dari dalam sambil tertawa.


Jarak antara rumah Kamruzzaman dengan tempat usrah sejauh 200 meter. Tapi perjalanan yang di rasai begitu jauh, kerana cuaca sejuk yang mencengkam dan mengigit sum-sum tulang. Kelihatan kelibat tiga manusia sedang berjalan menuju kea rah satu tempat perjalanan.


Perjalanan mencari redha Allah, dan bermulanya titik tolak kehidupan seorang pemuda yang ingin mengenali Islam dengan lebih mendalam. Walaupun jiwa muda memberontak mahukan yang terbaik, namun fitrah dan Qada’ Qadar Ilahi, hanya dia yang merencanakan. Dia yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Allah juga telah berfirman di dalam surah Ar-Rad
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Allah dah pesan pada hamabNya, Dia takkan ubah nasib dan perangai hambaNya. Sesiapa yang inginkan syurga, berubahlah ke arah kebaikan. Maka kebaikanlah yang akan mereka dapat.

Sesungguhnya dari dalam jiwa akan terjadi perubahan. Barangsiapa yang redha, maka keredhaan yang akan dia dapatkan. Barangsiapa yang termakan kebencian, maka kebencian akan mengikuti dirinya. Barangsiapa yang optimis akan mendapatkan kebaikan, maka dia akan dapat dan barangsiapa yang selalu khuatir keburukan akan menimpa dirinya maka keburukan atau malang akan menimpa mereka.

Sesungguhnya kebahagiaan muncul dari dalam jiwa, sebab jiwalah yang membawa perasaan dan emosi yang melihat nilai kehidupan. Begitu juga keburukan berasal dari jiwa, kerana yang dilihatnya hanya dari aspek kehidupan yang gelap. Rasa cinta pada manusia juga mencul dari dalam jiwa, kerana yang dilihat dari mereka adalah sifat-sifat menghormati antara satu dengan lain, kesetian dan kebaikan.

Pun kebencian muncul dari jiwa, jika dia hanya memperhatikan tipu daya, pengkhianatan, dan keingkaran mereka. 
 
Dalam ayat 23-24 surah Al-Baqarah Allah ada member cabaran kepada mereka yang ingkar. Sesungguhnya cabaran Allah adalah satu amaran buat kita untuk di renung bersama.

Selepas Allah s.w.t menyebut selepas dalil-dalil tauhid sebagai hujah ke atas kenabian, Allah datangkan pula segala pembuktian kemukjizatan al-Quran sebagaimana firman-Nya:

Maksudnya:  “Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (sahaja) yang semisal al-Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar”.


Ulama telah menafsirkan ayat Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang al-­Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad) dengan maksud kalau kamu ragu wahai manusia dan syak tentang kebenaran al-Quran ini yang penuh dengan mukjizat pada keterangan, tasrik dan undang-undangnya yang Kami turunkannya kepada hamba dan Rasul Kami, Muhammad s.a.w. Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di berkata, ”Pada sifat rasul dan ubudiah pada makam yang mulia ini menjadi dalil bahawa sebesar-besar sifat Rasul s.a.w adalah pelaksanaan ubudiah yang tidak diikuti oleh mana-mana yang dahulu dan kemudian.”

Maka Buatlah satu surat (sahaja) yang semisal al-Quran itu, yakni buatkan hanya satu surah yang seumpama al-Quran dan segi balaghah, fasahah dan keterangannya. Al-­Syaukani di dalam tafsirnya Fath al-Qadir berkata, “Yang semisal itu, kembali kepada al-Quran.” Dan pendapat ini merupakan pendapat jumhur ahli ilmu.

Kegembiraan akan muncul dari jiwa jika dia dihidangi dengan cita dan optimisme, baik sangka, harapan mulia, sabar menunggu jalan keluar dari suatu kesulitan, dan menerima takdir dengan ridha. Kesedihan akan muncul dari jiwa jika dipenuhi dengan rasa putus asa, pesimis, perasaan tak berdaya dan gagal, su’uzh-zhan, prasangka bahwa keburukan akan menimpa dirinya dan menunggu-nunggu hal-hal yang jelek.

Barangsiapa mengubah keburukan yang ada dalam dirinya, lalu dia bertaubat dan kembali meratap kepada Allah serta bersiaga, maka akan dibukakan pintu padanya. 

Allah jalla sanu’hu berfirman:
Barang orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-banar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.” (QS.Al-Ankabut {29}: 69).

Sebaliknya, barangsiapa yang membangkang dan berpaling dari Allah serta menolak hidayah-Nya, maka dia akan dipalingkan hatinya dari kebenaran. Allah swt Ta’ala berfirman, “Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka.” (QS.Ash-Shaff {61}: 5).

Barangsiapa yang merasa lebih dekat dengan kesehatan daripada sakit dan laranya, maka rahmat Allah dan perlindungan-Nya akan datang menghampirinya. Sebaliknya, barangsiapa yang pesimis dan menunggu kejelekan, maka dia akan dihantam bencana.

Rasulullah saw. datang mengunjungi seorang Badui yang sedang sakit panas, lalu beliau berkata kepadanya untuk memberikan harapan, “Tak apa-apa semoga Allah mengampuni dosa-dosamu, InsyaAllah.” Namun orang Badui itu tidak menerima optimisme yang baik ini bahkan sebaliknya ia berkata, ‘Panas ini telah membakar orangtua yang telah mendekati kubur.’ Mendengar perkataannya, Rasulullah bersabda, “Kalau begitu, itulah adanya.” (HR. Bukhari) Demikianlah, jika ia menginginkan bencana yang menimpa dirinya tetap ada, maka itulah yang akan didapatkannya.

Ada dua orang penyair yang dipenjarakan. Seorang optimis dan seorang lagi pesimis. Keduanya lalu melihat keluar jendela penjara. Yang optimis melihat sekilas pada bintang gemintang dan dia pun merekahkan senyumnya. Sedangkan yang pesimis, dia melihat jalan sempit, kemudian dia pun menangis sambil melantunkan syair:

“Yang berakal merasa sengsara dalam kenikmatan karena akalnya

Sementara si bodoh, dalam kemeranaan dia merasa nikmat.”

Beberapa orang Badui menginfakkan hartanya di zaman Nabi saw untuk tujuan jihad. Sebagiana dari antara mereka menjadikannya sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah, sebagian lainnya menjadikannya sebagai suatu kerugian. Yang pertama mendapatkan pahala perbuatannya, sedangkan yang kedua mendapatkan siksa, padahal dirham yang mereka keluarkan sama. Namun, nilainya kemudian berubah hanya karena niat yang bersarang dalam hati mereka.

Di antara peribahasa paling indah yang dikatakan mengenai hal ini : Hidupmu adalah sesuai dengan apa yang kamu pikirkan. Tidaklah kehidupan itu kecuali merupakan persepsimu terhadap sesuatu; cinta atau benci.

Dalam sebuah syair dikatakan,

“mata yang diliputi cinta tidak lagi mampu melihat aib

Sebagaimana mata kebencian hanya akan melihat kejelekan.”

Allah ta’ala, karena mengetauhi keimanan yang ada dalam hati para sahabat Rasulullah saw, Dia turunkan ketenangan dalam jiwa mereka. Di sisi lain, karena Allah mengetahui apa yang ada dalam jiwa orang-orang munafik, maka Allah tambahkan bagi dosa atas dosa mereka yang lain.

Sesungguhnya orang yang sesat dia tidak akan mendapatkah hidayah hingga dia melangkah dengan satu langkah dari dirinya, dan menerima secara terbuka hidayah tersebut dan mau melihat cahayanya. Dalam hadits qudsi disebutkan, “Barangsiapa yang berjalan mendekati-Ku, maka Aku akan datang padanya dengan berlari.” Dan seseorang tidak akan pernah tersesat hingga dia berniat melakukan penyimpangan, dan memiliki maksud yang tidak baik. Allah swt berfirman,

Kalau sekiranya Allah Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka. Tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar.” (QS.al-Anfal {8}: 23)

Sesungguhnya pemilik nikmat akan senantiasa menikmatinya sepanjang dia tidak mengubah sikap pada nikmat itu dengan kekafiran dan mengubahnya dengan keingkaran. Firman-Nya, “Orang-orang yang kafir kepada Rabb-nya, amalan-amalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat sedikitpun dari apa yang telah mereka usahakan (didunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.” (QS.Ibrahim {14}: 18).

Demikian juga dengan bencana, maka dia akan senantiasa berada bersama dengan orang itu, hingga dia bertaubat dari keingkarannya dan menarik diri dari kekurang ajarannya, sebagaimana firman Allah, “Lalu mereka beriman, karena itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (QS.Ash-Saaffaat {37}: 148)

Inilah sunnah yang akan senantiasa berjalan. Dan sekali-kali tidak akan didapatkan perubahan dalam sunnah Allah. Seorang pemangku kekuasaan yang berkuasa dengan benar dan adil, maka dia akan senantiasa memiliki harga diri, dan Allah akan menguatkan kekuasaannya. Allah swt berfirman, “Dan Kami kuatkan kerajaannya.” (QS.Shaad {38}: 20).

Jika pemangku kekuasaan melupakan Allah, berlaku zhalim pada hamba-hamba-Nya, dan berlaku tidak adil dalam kekuasaannya, maka dia aakan hancur dan akan goyang sendi-sendi kekuasaannya. Firman-Nya, “Maka itulah rumah-rumah mereka dakam keadaan runtuh disebabkan kezhaliman mereka.” (An-Naml {27}: 52).

Demikianlah, tidak akan ada perubahan apa pun dalam diri kita, hingga kita sendiri mengubahnya dari dalam diri kita sendiri.

Hentian Kedua: Mencari Destinasi Cinta
Kelihatan susuk tubuh kecil molek di hadapan. Ramai orang tengah mengelingi dia. Aman memerhatikan dengan penuh minat. Dengan bersahaja dan tanpa di suruh oleh kedua-dua rakannya, dia sudah berada di kalangan kelompok orang yang sedang dengar usrah.
Cinta luar biasa.
Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Zamalek sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.
SENYUMAN PERPISAHAN
Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,
Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.
“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.
Wajah itu mengubat rindu mereka.
Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.
Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.
“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.
SEBUAH PERTANYAAN CINTA
Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….
“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [At-Taubah 9: 71]

Lelaki dan perempuan, bukan sebarang lelaki dan perempuan.
Mereka adalah lelaki dan perempuan yang beriman.
IMAN itu adalah asas pergaulan dan interaksi kita.
Mereka saling bantu membantu dalam urusan amar makruf nahi munkar, menegakkan Solat dan melunaskan Zakat, serta seluruh agenda yang berada di dalam lingkungan mentaati Allah dan Rasul




1 Response so far:

Nur Muhammad Qaniah said...

melihat dengan MATA HATI,prioriti CINTA kt buat siapa sebnarnya y patut diaulakan/diutamakan???

Firman Allah S.W.T bermaksud~
Katakanlah: "Jika bapa2, anak2, saudara2, isteri2, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” (QS At-Taubah ayat 24)