Followers

Thursday, January 27

Kau Yang Bernama Hanis 2

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:43 PM 0 comments



Imbas sekali lalu,seseiapa yang tak pernah baca lagi Kau Yang Bernama Hanis, boleh baca di sini, kau yang bernama hanis cerita cinta motivasi yang baru nak bermula. Hayatilah apa yang aku nak sampaikan, bukan pandang luaran tetapi, pandanglah dari mata hati kamu..

Pandang Dengan Mata Hati, Bukan Setakat Mata

Adakalanya sesetengah dari kita ini hanya memandang luaran tanpa mahu berfikir panjang kenapa si mad’u itu jadi begitu? Mungkinkah mereka tidak dapat didikan yang sempurna? Mungkinkah mereka mempunyai masalah dan tiada tempat untuk menjadi pendorong dan akhirnya menjadi jauh dari jalan ALLAh SWT?
Aku bercakap mengenai anak muda yang diseru, yang mungkin sedikit alpa dan lalai dengan kehidupan dunia.
Aku terasa sakit apabila ada sesetengah penyeru/pendakwah yang terus sahaja hendak menghukum manusia yang tidak tahu. Sangat sakit rasanya walaupun saya bukanlah orang yang mereka laknat itu. Sebab aku sebahagian daripada berjuta-juta manusia yang ada di bumi ini.
ALLAh menjadikan manusia untuk memberi peringatan sesama sendiri. Maka, kita semua adalah pendakwah. Tugas kita adalah untuk menyampaikan apa yang kita tahu dan mengingatkan kepada yang terlupa. Dan bukannya memandang serong mana-mana manusia dengan melaknat mereka sesuka hati. Menghukum seseorang itu kafir, sesat dan sebagainya.
Selebihnya, ALLAH Maha Tahu dan Maha Penghukum kepada para hambaNYA.
Makanya, pandang dengan mata hati.
Dengan ini, terimalah Kau Yang Bernama Hanis 2.
“ urmmm,, Allah, sebenarnya saya nak kenal dengan akhi, bolehkan?” pertanyaan semakin rancak apabila semakin kuat jari-jemari ingin membalas, tetapi kata hati mengatakan jangan.


            Aman duduk bersandar. Menghela nafas yang tinggal separuh kerana bagi dirinya wanita adalah ujian yang amat berat untuk diri dia tampung. Takkan di ulang peristiwa lama menujah kembali ruang hidupnya yang kian sempit.

Kekesalan yang di rasai amat dalam di hati kerana menurut kata hati dan rentak kawan-kawan yang mempunyai trend couple. Ada ker couple dalam Islam? Tunang? Ah..semua ni mainan dan membuat nafsu bergelojak. Syaitan ada di mana-mana walaupun sudah bertunang. Selagi manusia tidak mengikut kata dan telunjuk iblis yang di laknat oleh Allah, selagi itu mereka akan menyesatkan manusia.

Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya
dan kami memohon keampunan-Nya,
dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami
dan dari keburukan perbuatan kami.
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya
dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya.
Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa,
tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa
Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.


Dalam surah Yasin yang lazim dibaca, terdapat sebuah ayat dimana Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,
supaya kamu jangan menyembah syaitan?
Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!”
[Yasin 36:60]


Hakikat syaitan sebagai musuh manusia diulangi oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala beberapa kali di dalam al-Qur’an. Semuanya bagi memperingatkan kita tentang musuh yang nyata ini:

Wahai orang-orang yang beriman!
Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan selengkapnya;
dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[al-Baqarah 2:208]


Permusuhan syaitan kepada kita, manusia, bukanlah sesuatu yang berlaku secara sekali sekala. Ia adalah sesuatu yang berterusan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَحْضُرُ أَحَدَكُمْ عِنْدَ كُلِّ شَيْءٍ مِنْ شَأْنِهِ...

Sesungguhnya syaitan hadir di sisi seseorang kalian pada setiap sesuatu yang kalian lakukan…
 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2033-4 (Kitab al-Asyrabah, Bab disukai menjilat jari…).


Maka permusuhan syaitan ditujukan kepada kita dalam semua suasana dan perbuatan seperti tidur, mandi, makan, perbualan, pemandangan, pendengaran, pekerjaan, gerak hati, pemikiran, wudhu’, solat, puasa, haji dan pelbagai lagi.

Aman terlena di dalam lautan memori yang lalu. Terimbas sewaktu dia tiba di Zamalek, Aman di sambut oleh seorang sahabat, yang mana bagi Aman sewaktu itu amat dingin. Kerana di paksa, dia terpaksa berpisah dengan buah hati yang jauh di Negara kelahiran. Kini dia di tanah Zamalek yang suci, dan penuh dengan kisah para nabi. Tetapi hatinya tidak tenteram. Seorang sahabat telah menghulurkan tangan untuk membantu bagi menyelesaikan masalah. Seorang sahabat yang telah mengubah pandangan dan persepsi dirinya terhadap maksud cinta. Cinta yang begitu bermakna adalah melabuhkan cinta dan kasih-sayang hanya kerana Allah. Kerana cinta dan kasih-sayang tidak di halang di dalam Islam.

Prolog: Imbas Memori

            “Aman, betul ke awak nak pergi ke Zamalek?Sambung belajar di sana?” aju Zulaikha. Wajah Zulaikha amat sayu dan sedih apabila mengetahui Kamaruzzaman ingin melanjutkan pelajaran di Zamalek, nama yang bagi Zulaikha cukup asing. Cukup jauh, kerana orang yang selalu membimbing Zulaikha akan pergi ke Zamalek,Mesir.

            “Ikha, saya mintak maaf. Saya ni pun abah yang paksa. Saya tak nak sambung jauh-jauh. Tapi awak boleh janji dengan saya tak?” sayu hati melihat Zulaikha menitis airmata. Bagi Aman, menitiskan airmata wanita kerana dirinya adalah cukup zalim. Tapi, ayah Aman sudah menyuruh dia menyambung pelajaran di Zamalek dalam bidang Syariah dan Usuluddin.

            “ Aman, jauh anta menung? Teringat awek kat Malaysia ke teringat keluarga kat kampong?” lamunan Aman terhenti sejenak apabila di tegur oleh sahabatnya. “ jap lagi nak turun, dengar usrah. Hari ni bro Azwan tau yang bagi. Best dia punya usrah. Anta nak join tak? Kalau anta nak join, kita tunggu sahabat kita lagi sorang”

            Aman mendengus kasar kerana tidak suka di kejutkan sebegitu rupa. Boleh gugur jantung di buatnya. Elakkan tiba-tiba pengsan, dah susah. “urmm,kau pergi dulu lah. Aku tak sedia lagilah nak pergi usrah.” Saja di buat keras hati. Dan bisikan syaitan lagi hebat dari ajakan lembut seorang sahabat.

            Ikhwan memang seorang yang pemurah dengan senyuman. Walaupun Kamaruzzaman baru di kenali tidak sampai dua bulan, bagi Ikhwan Kamaruzzaman adalah seorang sahabat yang perlu di bimbing. “tak pe la man, kalau anta tak nak pergi, esok kita pergi. Ada lagi sorang bro lama bagi usrah. Dia tak pernah balik Malaysia lepas tamat pengajian dalam Jurusan kedoktoran, dia kerja sini. Tak silap aku, esok tajuk dia asas keimanan dalam mencari cinta. Kau nak pergi?” tanpa berputus asa, Ikhwan memujuk Aman.

            “Hmm,,tengoklah,aku ngantok. Kau pergilah dulu. Aku nak tidur ni” aman menutup lampu tanda protes terhadap sahabatnya.

Di paksa mata untuk pejam tapi tidak dapat pejam. Aman tidak dapat tidur malam ini. Selepas penat mengemas rumah sewa yang bersepah akibat program batch, Aman tidak mampu melelapkan mata. Badan rasa segar walaupun akal sudah berat.

Musim sejuk telah tiba. Tubuh menggeletar kerana pakaianku hanya selapis sahaja. Basah pula, kerana terkena air yang sejuknya ibarat ais ketika membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun.
“Haila, kenapa la tak boleh tidur ni?” Aman merungut sambil membuka baju. Sejuk. Angin yang masuk dari tingkap yang terbuka menyengat tubuh.

Segera kusarung baju baru. Old Navy, baju sederhana kegemaranku.
Tiba-tiba matanya lekat pada sampul surat-sampul surat yang terdapat di dalam almari sebelah katil. Kaku tidak bergerak. 

Hanya menatap. Sejenak masa terhenti, terungkit semua memori yang bersangkut paut dengan surat-surat di hadapan matanya kini.

Aman menghela nafas. Kutundukkan sedikit tubuhku mengambil surat.

Itu surat-surat yang berkait rapat dengan perjalanan cinta dia. Surat daripada calon mertuanya. Saksi kepada ekspedisi cintanya. Aman tersenyum kelat apabila melihat sampul surat itu satu persatu. Setiap satu ada memorinya yang tersendiri, peristiwa-peristiwa yang terpahat kemas.
Dan bukan semua memori dalam ekspedisi cintaku ini, bahagia.
Terdapat pahitnya.

Aman duduk. Susunan sampul surat itu mengikut tarikh.  Di pasang lagu yang agak sentimental. Lama tidak di tatap surat-surat itu.

“Alang-alang tak tidur, baca la” Aman bicara pada diri. Tersengih tika keseorangan. Sampul pertama di buka. Surat di tarik keluar.

Baris pertama mula di baca.

“Assalamu’alaikum anakanda ibu, Aman yang dikasihi…” Surat itu bermula.

Dan Aman tenggelam pada lautan memori.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh
Bagaimana kabarmu sayang… Ibu harap ananda selalu dalam lindungan Allah . Ibu terpaksa menulis surat ini… rasa rindu di dada Ibu ini rasanya  sudah tak tertahankan lagi sayang. Ibu minta maaf …kalau kedatangan surat Ibu ini  mengganggu ananda. Maafkan Ibu kalau surat ini membuat ananda malu dengan teman-teman. Sungguh…tidak ada niat Ibu seperti itu….hanya untuk melepas rindu Ibu pada ananda


Sayang….ingin rasanya Ibu menjengukmu ke sana. Wajah ananda selalu  muncul di mimpi Ibu. Tapi niat Ibu itu selalu Ibu kubur dalam-dalam. Hanya satu alasan Ibu sayang…. Ibu ingin anak Ibu berdikari …..Ibu ingin anak Ibu  bisa merenungi sendirian tanpa kehadiran Ibu disamping ananda. Ibu juga mahu ananda menjadi seorang insan fakir di sisi Ilahi.

Anakku yang Ibu sayangi…….Ibu bangga dengan ananda. Disaat teman-teman ananda mengisi hari-hari dengan bermain dan bersenda gurau, …anak Ibu justru belajar agama di tempat yang jauh dari Ibu. Sungguh senang hati Ibu ini. Ibu harap apa yang ananada  pelajari dapat mendorong ananda menjadi anak yang sholeh …….sebagaimana yang Ibu harapkan ketika Ibu berjuang dengan susah payah melahirkan ananda. …….

Ketika wajah lucu ananda yang mungil baru muncul di dunia ini, hanya satu do’a Ibu saat itu… “Duhai Allah… Engkaulah yang menggenggam takdir anakku  ini. Aku mohon ya Allah  jadikan anak yang ada dihadapanku sebagai anak yang sholeh…. Jadikanlah ia anak yang bisa membahagikanku kelak dihadapan-Mu ya Allah…. Jadikanlah ia anak yang dapat membuatku bangga kelak di hadapan-Mu  ya Allah. Pertemukan kami kelak di surgaMu ya Allah . Jangan Engkau pisahkan kami ya Allah. Jangan Kau  biarkan aku memasuki surga-Mu tanpa anak ini disampingku”.

Sampai sekarang Ibu selalu ulang-ulang doa Ibu itu. Ibu sangat berharap doa Ibu itu menjadi kenyataan. Dan sekarang Ibu mulai yakin bahwa anak Ibu adalah anak yang shaleh. Kesediaan ananda mengikuti kegiatan ini membuat Ibu yakin bahwa do’a itu akan menjadi kenyataan.  Sungguh bahagiaaaa ..sekali hati Ibu ini. 

Anak-ku yang sholeh…..Ibu tidak tahu berapa lagi Ibu diberi kepanjangan umur oleh Allah . Ibu merasa Ibu sudah tua. Ibu merasa malaikat maut tidak lama lagi akan datang menjemput Ibu. Mungkin surat ini surat terakhir Ibu untuk ananda. Mungkin ketika ananda pulang, Ibu sudah tidak ada lagi di rumah. Maafkan Ibu ya sayang….kalau selama ini Ibu banyak salah sama ananda.

Maafkan Ibu kalau Ibu sering marah dengan ananda. Suruh ananda mengaji, belajar, puasa, sholat yang mungkin ananda merasa tidak suka. Itu sahaja harta yang ibu dan ayah dapat wariskan kepada ananda. Harta yang bermanfaat buat ananda untuk ananda di rantau orang. Jangan dendam pada Ibu ya sayang. Doa kan ibu dan dan ayah ya sayang. Hanya do’a ikhlas yang ibu harapkan dari ananda. Hanya do’a ananda, amal jariyah dan kerja dakwah ibu selama ini yang dapat meringankan beban ibu di hadapan Allah kelak. 

Dalam surah Yunus ayat 4, Allah swt berfirman dengan maksud, "Hanya kepada Nyalah kamu semua akan kembali, sebagai janji yang benar daripada Allah, sesungguhnya Allah menciptakan makhluk pada permulaannya kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali (sesudah bangkit) agar Dia memberi pembalasan kepada orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan amal saleh dengan adil. Dan untuk orang-orang kafir disediakan minuman air yang panas dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka."

Ananda tersayang….ibu titip… hargailah ayah dengan baik ya sayang. Sayangi beliau sebagaimana ananda menyayangi Ibu selama ini.  Ayah sudah bekerja keras supaya ananda dapat sekolah seperti teman-teman yang lain. Buatlah ayah bahagia dengan kesolehan dan budi pekerti yang baik. Jangan sakiti hatinya sedikitpun ya sayang…Ayah buat macam ni untuk ananda. Balik nanti jadilah seorang yang boleh membimbing diri ananda, keluarga ananda dan Zulaikha ya sayang…   

Salam rindu dan sayang selalu …
Wassalamu ‘alaikum warahmatulLaahi wabarakaatuh 
Dari Ibumu yang selalu mencintaimu

Rasulullah saw bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, yaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau anak sholeh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)

Anak-anak adalah anugerah dari Allah swt yang tentunya sangat berharga bagi orang tuanya. Anak-anak juga merupakan amanah yang dipercayakan Allah swt kepada ibu bapa, yang harus dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya agar mereka bisa mendapatkan keselamatan di dunia dan di akhirat.

Bila kita telah benikah dan membentuk sebuah rumah tangga, tentunya kita berharap untuk di kurinakan anak-anak yang baik, soleh dan solehah, yang bukan saja dapat membahagiakan ibu bapanya di dunia, namun dapat menyelamatkan ibu bapanya di akhirat kelak.

Seperti dalam sabda Rasulullah saw, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak sholeh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)

Ibu bapa mana yang tidak mahu mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah. Oleh kerana itu, ibu bapa juga harus memiliki ilmu agar dapat memberikan pendidikan agama yang sempurna bagi anak-anaknya. Kerana, mendidik anak merupakan salah satu tugas dan tanggung jawab ibu bapa adalah cukup penting.

Salah satu cara yang dapat dilakukan oleh ibu bapa yang ingin memiliki anak-anak yang soleh dan solehah iaitu sentiasa berdoa kepada Allah swt.

Hal ini sesuai dengan amalan para nabi dan rasul yang selalu memohon kepada Allah swt untuk diberikan keturunan yang baik.

Firman Allah swt, “Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.” (QS. Ali Imran:38)

            Dengan tidak semena-mena airmata Aman menitis, merindui keluarga dan Zulaikha yang mana dia telah ikat janji. Aman tenggelam sekali lagi di dalam lautan memori sehingga terlelap. Lagu Hafiz Hamidun- Ku Yakin Berlaku, beralun lembut. Mendayu.

Ku Yakin Berlaku

Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu

Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci

Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu


Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama

Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku

Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian

Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini

                                                ***************************





0 Responses so far: