Followers

Tuesday, January 25

Kau Yang Bernama Hanis

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:53 PM 0 comments



Dengan nama Allah Yang  Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Wanita, akal setipis rambutnya,
Jangankan lelaki biasa,
Adam pun terasa sunyi tanpa Hawa,
Tanpa mereka, hati dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walaupun ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga,

Namun Adam tetap rindu kan Hawa,
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri,
Dijadikan wanita dari tulang rusuh yang bengkok,
Untuk diluruskan oleh lelaki,
Tapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus,
 Mana mungkin kayu yang bengkok,
Menghasilkan bayang-bayang yang lurus,

Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah,
Didikan mereka dari panduan-Nya,
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya...mereka semakin liar,

Jangan hiburkan hati mereka dengan kecantikan,
Nantinya mereka akan semakin menderita,
Yang sementara itu tidak kekal,
Kenalkan mereka dengan Allah,

Zat yang kekal, disitu punca bagi kekuatan dunia,
Akal setipis rambut,
Tebalkan dengan ilmu,
Hati separuh kaca, kuatkan ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak,

Sedarkan ia kerana nantinya mereka akan melihat nilaian dan keadilan Allah,
Bisikan ditelinga mereka,
Kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan satu diskriminasi,

Tuhan, wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
Pasti tidak terhibur dan menghiburkan,
Tanpa ilmu, iman dan akhlak
Mereka tidak akan lurus, malahan akan bengkok,
Itulah akibatnya jika wanita tidak kenal tuhannya,

Bila wanita derhaka dunia,
Lelaki akan huru-hara,
Lelaki jangan pula mengharapkan ketaatan,
Tetapi binalah kepimpinan,

Pastikan sebelum mereka memimpin wanita menuju ilahi,
Pimpinlah diri sendiri kepada-Nya,
Jinakkan diri dengan Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu,
Jangan harapkan Isteri semulia Fatimah Az-Zahrah,
Andai peribadi tidak sehebat Saidina Ali.

Kedudukan Dua Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah 


Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.

Hadis yang bemaksud:

"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya"
( muttafaqun alaihi)

Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:
"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku"

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.

CINTA DAN MENCINTAI KERANA ALLAH


Hadis yang bemaksud:

"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya"
( muttafaqun alaihi)

Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:

"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka "
riwayat Attarmizi

Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A)

maksudnya: " Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.

Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.
Kesan Cinta Kepada Allah Di Dalam Kehidupan Orang Islam

Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam syurga.

(("Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehungga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi) tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu")
Riwayat Muslim dari Abu Hurairah

Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan tarbiah yang diperolehi dari Allah, bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad dengki dari dada, dan kekotoran jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan orang Islam yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya.
Dengan kasih sayang yang gemilang inilah, Rasulullah telah membangunkan generasi Islam yang pertama, satu generasi yang telah menyampaikan langit kebumi (rahmat yang melimpah ruah) dan membina mahligai Islam di alam sejagat.

Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi menanamnya didalam hati kecuali Islam. Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia di antara mereka jualah yang akan menjayakan perjuangan mereka.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.
Riwayat Muslim

Sesunguhnya orang Islam yang menghayati ajaran agamanya akan mempunyai hati dan perasaan yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan sahabatnya. Dia akan menghadapi mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya. Inilah asas-asas yang menjadi faktor perpaduan untuk mencapai cinta dan redha Allah di Akhirat kelak.

Ingat lagi waktu tu sewaktu memang aku kesepian, memang aku kekosongan, bila datang seorang yang menghulurkan cinta, hati seorang lelaki mana yang tidak tergugat keimanan. Hati seorang hamba yang cukup hina dan lemah di sisi Rabbnya yang selama ini menyatakan cinta kepada Sang Pencipta di gugat oleh wanita. Tidak keruan hati seorang hamba. Mencari cinta hakiki, mencari cinta yang haq berlandaskan al-quran dan sunnah tanpa di selubungi rasa naïf pada Rabbnya. Adam amat kesunyian apabila tiada teman yang menemani baginda a.s di dalam syurga, dan di ciptakan Hawa untuk Adam A.S. Inikan pula manusia yang kerdil seperti diri ini.

Nur Hanis, suatu nama malahan juga merupakan seorang kawan yang membawa seribu erti, sahabat yang mengajar salah satu erti hidup di dunia, mungkin ini adalah salah satu sahabat yang datang dan pergi,tak kira bila masa akan pergi juga dengan izin Allah yang Maha Esa. Kerana Allah lebih tahu dan menentukan untuk diri kita. Kita hanya merancang tetapi Dia yang menentukan. Ini yang di namakan qada’ qadar Allah S.W.T.

Musim dingin yang beku membuat tulang-tulangku terasa ngilu. Aku nyaris tidak kuat dengan keadaan sel yang sangat menyiksa. Tanpa disiksapun musim dingin dalam sel gelap, pengap, basah dan berbau pesing itu sangat menyiksa. Seluruh sumsum tulang terasa pedih bernanah. Aku memasuki hari-hari yang sangat berat.

“Assalamualaikum, akhi boleh tak nak borak-borak dengan akhi?”

Lama juga jawapan hendak di jawab, rasa tidak sedap hati menerjah di lubuk hati Kamaruzzaman. “ Emmm..boleh silalah, apa yang awak nak?”

“ Akhi apa khabar? Sihat? Akhi tengah buat apa tu?” soalan di balas dengan soalan.

“ Alhamdulillah, saya sihat je. Awak jangan gunakan bahasa arab ae, sebab saya ni tak reti sangat bahasa arab ni, saya reti sebut je, tapi tak tau makna apa pun. Saya tak buat pape, tengah naip-naip sikit, buat kerja kursus sikit.”

Ku pilih kamu bukan sekadar cinta
Ku pilih kamu untuk ke syurga
Ku jauhi yang lain bukan karena tak suka
Ku tinggalkan dirimu karena takut dosa
Ku tinggalkan dirimu kerana takut lalai akan peritah Rabbku


0 Responses so far: