Siapa yang menyangka dalam senyum
Seorang yang bernama kawan itu
Menikam teruk kita dari belakang sewenang-wenang
Siapa pun tidak percaya
seorang yang bernama kawan itu
Menyimpan dendam dengki kesumatnya dalam seloka…..
Seorang kawan baik
Yang sangat kuharap-harap
Kadangkala menjadi musuh ketatku
Segelas minum sama
Sebantal tidur bersama
Tetapi akhirnya o…
Berubah watak rupa
Berkawan boleh berpada-pada
Tapi harus berwaspada
Itu pesan lama si pujangga
Selagi hidup dalam dunia
Bagi ku sehingga kini pun
Belum kutemui yang sejati.
Imran tersandar di meja studynya. Untuk seketika dia tidak dapat mengulangkaji pelajarannya. Otaknya sentiasa melayang-layang terkenangkan masalah yang sedang melanda. Lagu Kawan Makan Kawan yang didendangkan oleh Kumpulan Umbrella itu cukup menyentuh tangkai hatinya. Bagai ada kena-mengena dengan masalah yang sedang dihadapinya tika ini. Mhhh….dia mengeluh. Tak tahulah apalagi yang harus dilakukannya untuk membuktikan yang dia tidak bersalah. Kadang-kadang terfikir juga di benaknya kenapa mesti ada dengki dan khianat dalam kehidupan. Apa kalau tak da benda-benda tu, tak seronok ke hidup. Hai entahlah, mungkin inilah yang dinamakan dugaan.
“Hah, termenung lagi kau?” tegur Zul yang merupakan teman sebiliknya sekaligus merangkap teman rapatnya.
“Tak juga. Aku cuma terkenangkan masalah yang aku hadapi ini. Kau taulah kan. Sesabar mana pun manusia masih ada batasnya. Aku peliklah kenapa sanggup dia buat aku macam ni. Apa dosa aku pada dia?” Imran menggeleng kepala. Pening kepala dia memikirkan masalah nan satu ini.
“Sabar ajelah Im, aku yakin satu hari kebenaran akan terbongkar jua. Kan tuhan tu lebih sayang pada hambanya yang bersabar.” Zul memberi nasihat. Sebenarnya simpati juga dia dengan Imran ni. Tapi nak buat macammana, pendapat hak individu. Terserahlah apa tanggapan orang lain.
“Entahlah Zul, kadang-kadang aku terfikir jahat sangat ke aku ni.”
“Bukannya jahat tapi nakal.” Zul menyampuk diiringi oleh gelak kecil.
“ Ah, engkau. Aku serious kau main-main. Malas aku nak layan kau.” Zul masih senyum. Em, merajuklah tu. Sejak kebelakangan ni Imran senang sangat sensitif. Agaknya kesan daripada masalah yang di hadapinya.
Keadaan kelas yang tadinya senyap kini bising semula setelah ketiadaan guru. Apatah lagi setelah mereka mendapat tahu guru yang mengajar pelajaran selanjutnya tidak hadir atas alasan yang tertentu. Mulalah buat perangai. Kebanyakkannya pelajar lebih kepada bermain daripada mengulangkaji pelajaran. biasalah tu. Namun bagi yang memang decent tu, waktu-waktu beginilah yang ditunggu-tunggu. Boleh baca buku, menyiapkan homework, tak pun buat group discussion.
“Hei, Lee! Kata tadi nak bincang pelajaran. Habis tu apasal pula kau ke sana?” Imran hanya memerhatikan dalam diam. Ahli kumpulan yang lain semuanya sudah bersiap sedia hanya menantikan Azlee sahaja menyertai mereka, sebab Azlee merupakan salah seorang ahli dalam kumpulan mereka.
“Ah, tak payah. Tak ingin aku nak belajar bersama dengan orang yang tunjuk pandai tu.” Imran terkedu. Dia tahu benar siapa yang dimaksudkan oleh Azlee tu. Begitulah sikap Azlee sejak kebelakangan ni. Sejak mendapat keputusan ujian baru-baru ini, dia terus sikap begitu. Imran yang duduk di sebelahnya tidak langsung dihiraukan. Sedangkan mereka dulu bolehlah dikatakan partner yang baik. Berbincang, berbual dan bermain bersama. Tapi sekarang ni…..
“So, kau tak nak join kitaoranglah ni?” soal Yazid lagi.
“Malas….selagi si tunjuk pandai tu ada aku tak nak join kauorang. Biar aku belajar seorang-seorang. Sekurang-sekurangnya aku tak tunjuk pandai pada orang lain.” Sambung Azlee lagi. Imran menahan getar di dada. Seisi kelas yang tadinya bising kini menjadi senyap sunyi setelah suara Azlee kedengaran. Seluruh perhatian kini tertumpu pada Azlee.
“Siapa yang tunjuk pandai dalam kumpulan kita?” kali ini Zul pula bersuara. Mungkin juga dia tak puas hati dengan kata-kata Azlee.
“Tu, yang duduk di sebelah kau. Nampak je baik, tapi sebenarnya berpura-pura. Dalam diam habis keburukkan orang lain diceritakannya. Lepas tu mengaku pula yang dia tu pandai. Baru sekali dua dapat markah tinggi dah tunjuk lagak. Dia tak tau tu, selama ni siapa yang membantu dia dalam study. Hah, inilah dia kacang lupakan kulit.” aduh…..bisanya tuduhan yang didengar. Bagai merobek-robek jantung hati Imran. Kenapa sungguh lancang sekali kata-kata Azlee. Kenapa sampai begitu sekali tuduhan yang dilemparkan Azlee terhadapnya. Apa dah lupa ke Azlee yang mereka berdua ni dulu pernah berkawan baik.
“Tak baik…..kau cakap macam tu tau Lee. Berdosa hukumnya menuduh tanpa usul periksa. Kau orang kan dulu berkawan baik, takkan lah Imran sanggup buat kau macam tu.” Heh….Azlee gelak besar. Lucu hatinya mendengar kata-kata daripada Zul tu. Pokok takkan bergoyang kalau tiada angin yang meniupnya. Dia juga tak kata begitu kalau tiada yang menyampaikan kepadanya. Dari hari ke sehari geram dan marahnya pada Imran meluap-luap. Setiap hari ada sahaja suara-suara sumbang yang menyampaikan berita yang tidak sedap didengar. Hati mana yang tak terusik kalau dikatakan kawan baik sendiri yang melemparkan tahi ke mukanya. Dia tak kisah kalau Imran tu nak bersaing dengannya, tapi janganlah sampai mengatakan, apa yang dia dapat selama ini adalah kerana memang dia pandai, dan bukannya kerana pertolongan daripada kawan-kawannya. Malah ada pula yang mengatakan Imran berani mencabarnya. Kalau betul dia pandai dalam exam nanti dia mesti lebih daripada Imran. Bukan itu sahaja, malah bermacam-macam cerita buruk lagilah yang dia dengar, yang pastinya membuatkan darahnya mendidih.
“Hei, Imran kau jangan nak tunjuk baik di situ. Dah buat salah tu mengaku sajalah.” cabar Azlee. Untuk kali ini Imran dah tak dapat bersabar. Dah terlalu lama hatinya bersabar. Telinganya pun dah naik bisa mendengar cerita-cerita terkini. Mukanya pula dah tebal lebih daripada 5 inci. Kali ini dia mesti bersuara setelah lama dia mendiamkan diri. Biar bertegang urat sekali pun. Dia tetap tak bersalah. Lagipula Azlee dah mencabarnya kali ini.
“Hah…..dah puas kau mengutuk dan mengata aku?” Zul dah tak boleh nak kata apa. Nampaknya akan ada perang mulutlah sebentar lagi. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang lain, yang sememangnya dari awal tadi telah menumpukan perhatian.
“Belum. Kalau boleh aku nak jerit satu sekolah ni menceritakan tentang perangai kau tu yang tak mengenang budi. Kau ingat kau tu dah cukup terror sangat ke nak cabar-cabar aku.” kali ini suara Azlee lebih lantang daripada tadi.
“Aku tak sangka Lee, kau sanggup buat aku macam ni. Setan mana yang dah merasuk kau. cerita siapa ni yang kau dedahkan. Itu bukan aku. Tak ku duga..kau lebih senang mendengar cakap orang lain daripada mulut aku sendiri. Lupakah kau yang kita ni pernah bersahabat.”
“Ah……persetankan dengan persahabatan kita. Kau yang tak tahu menilai erti persahabatan. Kalau kau tahu menilai erti persahabatan, takkan hati aku sakit macam ni!” Azlee masih tidak mahu mengalah.
“Aku tak tahu apa lagi nak cakap pada kau. Cuma aku kesal kenapa sampai begini kau berubah. Tak pernah terlintas sikit pun di hati aku untuk menganiaya persahabatan kita. Baiklah kalau betul aku ada bersalah pada kau, di hadapan mereka semua ni aku minta maaf dengan kau. Terserahlah pada kau untuk memaafkan aku atau tidak.” Selesai kata-kata itu Imran terus keluar dari kelas. Dia tak mahu kawan-kawan sekelasnya nampak dia menangis. Untuk pertama kali dalam hidupnya dia menangis kerana seorang kawan.
“Azlee, aku rasa lebih baik kau minta maaf pada Imran. Dia tak bersalah. Ada orang tengah yang menabur fitnah pada kamu berdua.” itulah pendapat Yazid. Bukan dia sahaja, begitu juga dengan pendapat yang lainnya.
“Sebenarnya kau orang tersalah sangka tiada siapa pun yang bersalah. Cuba tepiskan ego, demi membina kembali sebuah persahabatan yang sejati. Aku yakin tiada jalan penyelasaian yang lebih baik daripada ini.” ujar Zul pula. Dia juga kalau boleh tak mahu melihat persahabatan kawan-kawannya huru-hara. Buang yang keruh ambil yang jernih. Bukankah itu lebih baik. Azlee diam. Mungkin dia sedang berfikir. Imran di kala itu sudah hilang entah ke mana. Wajarkah dia meminta maaf kepada Imran. Bagaimana dengan cerita-cerita yang dia dengar selama ini. Hanya rekaan semata-mata ke dan tak malu ke dia, setelah memarahi, mengutuk, mengumpat Imran kini, dia terpaksa meminta maaf pula. Mahukah Imran memaafkannya.
Semenjak bertengkar dengan Azlee kelmarin, Imran lebih senang menyendiri. Apa-apa pun yang berlaku di dalam kelas ataupun di asrama sudah tidak dihiraukan seperti selalunya. Sungguh-sunguh dia berkecil hati dengan sikap Azlee. Selama hampir 5 tahun usia persahabatan mereka baru kali inilah dia benar-benar terasa kecil hati dengan Azlee. Hanya kerana ada orang ketiga, persahabatan mereka menjadi porak-peranda. Apa yang Imran harapkan agar Azlee tidak selamanya tertipu. Dia sayangkan persahabatan ini dan kalau boleh, tak mahu begini jadinya. Semoga Azlee cepat sedar. Itulah yang lebih diharapkan.
“Imran..” kedengaran namanya di sebut. Lekas-lekas dia menoleh.
“Maafkan aku. Aku tahu aku telalu sangat mengikutkan perasaan.”
“Azlee.” Imran tersenyum. Tak sangka dengan kehadiran Azlee.
“Sudahlah Lee…lupakan sajalah kisah tu.” ujar Imran dengan senyuman terukir di bibir.
“Aku betul-betul kesal atas apa yang berlaku. Tak aku duga rupanya selama ni kita telah tersalah sangka dan aku juga tahu siapa dalang dalam hal ini.”
“Aku gembira kerana kau dah sedar sekarang. Kita tetap berkawan kan?” Azlee mengangguk. Ya, mereka tetap akan berkawan sampai bila-bila.
“Aku harap kau tak bencikan aku.” Imran geleng kepala. Biarlah perkara yang berlalu tu pergi. Dia takkan mengingatinya lagi.
“Kalau begitu bolehlah kita belajar bersama-sama lagi?”
“Boleh, memang itulah yang memang aku nanti-nantikan.” balas Imran dengan hati yang terbuka. Nun jauh di sudut hatinya dia amat bersyukur. Segala-galanya telah jelas. Salah sangka yang selama ini bertahta di hati juga sudah terurai. Sesungguhnya persahabatan yang murni dan suci itu akan berkekalan selamanya.
Post a Comment