Followers

Monday, January 31

Mesir Kena Tsunami

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:20 PM 0 comments

Haish, apa la nak jadi dengan dunia Islam sekarang ni. Lepas Tunisia, ni Mesir pulak? 10,328 orang pelajar Malaysia di Mesir selamat ke tak? Tadi baru baca paper Metro Bekalan makanan tak sampai sebulan, hanya untuk beberapa minggu je. Entah-entah seminggu. Ana wakil sahabat ana yang mengambil jurusan kedoktoran di Al-Azhar Mesir menyeru badan-badan NGO Malaysia yang prihatin akan nasib rakyat Malaysia di sana.

Dengar kata balai polis kena pecah, lapangan terbang Alexander dah tak dapat di gunakan. Penjara kena serang, aduh. Banyak pelajar muslimah kat sana. Kepada Dato’ Seri Najib dan Menteri Luar, tolonglah selamatkan pelajar Malaysia.

Sekali lagi:

Kepada sesiapa yang ada abang, akak, adik, mak, ayah, ataupun sedara maralah nak tau keselamatan ahli keluarga mereka sila hubungi  PENTING : Untuk mendapat maklumat lanjut tnt keadaan di Egypt, ibubapa dan pelajar boleh juga menghubungi Wisma Putra di Malaysia 03-88892746 atau 03-88874570. Untuk menghubungi Bilik Gerakan Kedutaan Malaysia di Mesir, boleh hubungi nombor berikut: +20237610013 atau +20237610164 Ext 116. GMN akan bekerjasama dengan Wisma Putra untuk menyelaras gerakan di Mansoura dan Alexandria menggunakan staf GMN.

 


0 Responses so far: