Masalah percaya atau tidak percaya, bukan persoalan. Dan tidak salah jika seseorang lelaki itu atas dasarnya ingin mencari calun isteri. Tetapi pokok persoalan nya sejauh manakah patut hadir rasa cinta dan cara perlaksanaannya. Masalahnya sejauh manakah di anatara kita dapat mengawal perasaan sendiri????? Malah apa yang saya lihat, ramai sekali mudah jatuh hati pada seseorang tanpa mempertimbangkan unsur-unsur agama ialah 'sekufu'. Dalam erti mudah, kesesuaian diantara jiwa , hati baik dari segi rohani, sifat diri, akhlak, bakcground agama, kekeluargaan, harta dll perlu di ambil kira.
Saya telah lihat ramai jatuh hati kerana sandaran nama yang cantik yang di bayangi rupa yang cantik, susunan kata kata manja yang menarik perhatian , penerusan ungkapan manja yang sekaligus melalaikan kita walaupun baru 4/5 kali chat dan kemudian di ekori dengan tarikan suara lunak dalam telefon yang berterusan.
Malah hadiri rasa rindu yang tak terkawal kerana 'asyik' tanpa dapat mengimbangi akal yang baik. Memang benar kata orang 'cinta itu buta'. Ia akan buta di mata orang yang tidak dapat menilainya dan memikirkan secara rasional..Kawallah emosi anda dan sabarlah untuk 'masa'.
Dalam chat ini, saya lihat lelaki dan perempuan tidak segan silu menyebut perkataan 'sayang' dan bahasa yang menggoda.Sesungguhnya , bermula dari usik mengusik begitu akan membuahkan rasa 'zina hati'. Jika benar benar anda ingin kan perempuan itu untuk di jadikan isteri; bersifatlah gentleman, bercakaplah berterus terang setelah anda benar benaryakin.
Ingatlah:- " Aku tidak meninggalkan sesudahku satu fitnah yang lebih berbahaya kepada lelaki melainkan wanita" (Muttafaq Alaihi)
Simpanlah rasa hati anda dan jika anda benar-benar jujur; beranilah berterus terang terhadapnya.
Hormatilah pendiriannya dan biarlah secara perlahan-lahan senang anda tidak mengenali sebenar akan dirinya. Manusia bisa menipu untuk menunjukkan kebaikan dirinya sendiri.
Kalau di ikutkan cara pergaulan sebenar dalam Islam; lelaki bukan ajnabi tidak layak untuk melihat rupa mahupun berhubungan dengan kaum wanita walaupun dalam bentuk tulisan apalagi kalau berjumpa. Selaku kita yang terlalu lemah dan dhaif ini dan iman diri tak dapat membentengi nafsu....hendak janganlah menghampiri zina..yakni jagalah agar perbuatan kita terkawal..Tulislah email dalam kadar batas dan pergaulan yang perlu saja. Nyatakan pendirian anda, akhlak mahupun yang baik dan buruk, dan jangan menipu; nescaya akan menjerat diri sendiri , sebab andaikata ditakdirkan oleh Allah, anda berdua benar-benar menjadi jodoh di antara kedua-duanya. Tidak berguna menyesal di kemudian hari sebab tiada kerserasian dan kesefahaman.
Malah seorang Ustaz pernah bercerita dengan saya di dalam chat MRIC, seorang pasangan kenalan telah sepakat untuk berkahwin setelah bertukar gambar dan bercakap melalui telefon..
Amalan yang khusus sepertimana yang di terangkan kepada saya; kamu hendaklah lihat dia secara nyata ( face to face) bagi memperkenankan pandangan mata masing-masing tetapi hendaklah di temani oleh mahram kamu di tempat yang tidak menimbulkan fitnah.
Ini tidak......................Saya dengari dari sahabat-sahabat lain ada juga yang membuat 'Blind Date' tanpa pengetahuan ahli keluarga dan ia menonjolkan sifat pemuda pemudi Muslim yang tidak berakhlak.
Jangan nak kata , orang yang pernah berusrah menganggotai kumpulan perbincangan Islam) pun tidak tahan hati. Malah ada yang buat relationship di laman-laman social seperti facebook.
Saya berharap benar agar sahabat-sahabatku semua agar faham dan jagalah maruah diri masing-masing .Jangan terlalu berani dan tanamkan sifat malu kerana firman ALlah Ta'ala "Sesungguhnya orang orang yang beriman itu bila di sebut namaAllah maka gementarlah hati mereka" dan "Bertambah-tambahlah keimanannya"
Jika anda hanya ingin bersahabat biasa aje pun. jikalau teringin mengenali bagi kedua belah pihak eloklah juga ditemani mahram bagi menghindarkan fitnah. Kuranglah bertelefon dalam masa yang panjang dan kekerapan hanya akan membenarkan syaitan melunakkan hati masing masing dalam keadaan asyik. Gunakanlah suara yang mendatar dan bercakaplah secara formal. Apa salahnya guna kaedah email yang nyata lebih terancang dan lebih berhati.,Malah masukkanlah ingatan akan pergaulan cara Islam yang dapat mendidik hati sendiri dan teman anda untuk memperbaikikelemahan masing masing.
Salinglah tegur menegur dan nasihat dan menasihati ,Itulah cinta yang hakiki. Ia bukan sahaja sebagai benteng pertahandiri. Janganlah pula anda bersalah sangka akan 'kebaikan' seperti si perempuan tidak mahu beri no telefon atau kurangkanbilangan dan masa bertelefon; Hargailah pendirian teman anda. Sesungguhnya segala kebaikan akan kelihatan 'gharib/asing' buat kebayakan manusia. Jika anda menghajati seseorang untuk di jadikan calun suami/isteri atau mencitai seseorang tetapi teman anda seolah tidak dapat memberi keputusan atau perasaan anda ditolak; redhalah dengan hati yang tenang kerana orang yang beriman akan tenang; redha dan memperhalusi gerak gerinya sendiri.Kesabaran dan kebijaksanaan akan membuahkan hasil yang cantik dan nyata. Jangan mengambil jalan yang singkat kerana tuntutan hawa dan nafsu.
Gunakan artikel ini, sambil edarkan artikel Islam dan nasihatlah untuk sama sama kita renungi dan menjadi peringatan buat kita sendiri.
Sentiasa belajarlah dan tuntutlah ilmu kerana:
Riwayat Al Imam Ibn Abd Barri dan Abdul Ghassan (Riwayat Muslim) " Kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi pelajar; maka apabila kamu merasa cukup (perasaan kaya ilmu)... kamu telah menjadi jahil"
Wahai semua sahabat internet yang ku kasihi,Sesungguhnya rasa sayang terhadap sesama sahabat tak dapat kita bendung.
Adakala kita tersalah tafsir akan perasaan diri sendiri dan ada juga teman tersalah tafsir akan kata kata kita....So, bagimemudahkan pemahaman yang jelas ....nyatakan perasaan anda secara jujur . Ada juga oleh kerana ruang masa berchat mengisi kekosongan hati mereka yang menyebab kan mereka terlalai.
Bergurau biarlah sekadar asas gurauan yang baik dan berchat biarlah asas kata -kata yang baik dan berhikamah.Sesungguhnya ia akan melatih dan mengikis sifat sifat mazmunah (sifat sifat keji) pada diri sendiri..
Janganlah kamu jatuh cinta ke dalam perangkap samar seorang wanita yang kelihatan seperti rupawan. Janganlah guna ayat pujuk rayu sehingga menggoda perasaan orang.
Malah Saidina Ali (.a) telah berkata, akhlak dan laku adalah asas pokok iman. Orang yang mencintai Allah , dia berhati hati kerana Sabda Rasulullah (s.a.w)
"Kebekuan air mata itu dari kerasnya hati, Kekerasan hati itu dari banyaknya dosa, Banyaknya dosa itu dari sebab banyaknya angan angan mencintai dunia dan cinta dunia itu sumber segala dosa"
Oleh itu janganlah menghampiri fitnah, yakni pergaulan yang tidak terbatas dalam Islam..Bukan masalah sombong, dan main main tetapi pokoknya iman dan akhlak hendaklah dijaga. Sesungguhnya 'Jihad hati' yang perlu kita tangani bersama.
Cinta yang hakiki hanyalah pada Allah sahaja; sesungguhnya cinta kepada manusia hanya sementara; jika benar anda ingin tebarkan rasa cinta pada lelaki dan wanita itu ; tebarkanlah oleh kerana mengharapkan keredhaan Allah.. Janganlah sahabat sahabatku menjadi perosak iman tetapi jadilah pembimbing keimanan.
Dan akhir sekali, ada satu cerita mengenai betapa perempuan dan lelaki wajib menjaga hawa nafsu masiing-masing.
Diceritakan : dari Asy Syaikh Al Imam Abu Nashir As Samarqand .....
"Adalah Hasan Bashri semasa mudanya, tampak segak mengenakan pakaian yang serba indah dan sering berjalan mengelilingi kota Basra.
Tiba-tiba dia terlihat wanita cantik jelita bertubuh padat dan berisi maka Hasan Bashri mengikuti di belakangnya.Si wanita itu menoleh ke belakang seraya berkata : "Apakah engkau tidak malu ??? " "Malu kepada siapa?", kata Hassan Bashri "Malu kepada Dzat (Allah) yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terletak di dalam kalbu", jawab wanita itu.
Oleh kerana timbul rasa cinta, tidak sabar dan tidak terkuasai nafsunya, Hasan Bashri terus menerus mengikuti wanita ini.
Jawab wanita itu : "Mengapa engkau selalu terus mengikuti ku" Kata pemuda itu : "Sesungguhnya aku terpesona dengan pandangan matamu"
Jawab wanita itu : "Kembalilah, nanti saya akan kirimkan padamu, apa-apa yang engkau inginkan" Hasan Bashri mengira, bahawa wanita itu telah merasa bahawa cintanya disambut maka diapun kembali.
Maka datanglah seorang pelayan wanita mengadap Hasan Bashri dengan membawa sebuah nampan yang tertutup dengan saputangannya.
Hasan Bashri membuka penutup, terpandang akan sepasang mata wanita tadi.
Kata pelayan itu : "Sesungguhnya berkata ... saya tidak inginkan mata yang menyebabkan timbulnya fitnah (terpesona) seseorang"
Gementarlah hati Hasan Bashri, berdirilah bulu romanya serta dipegangi dagunya seraya berkata,"Sungguh celaka engkau, sudah berjanggut tidak lebih malu daripada wanita itu "
Diapun menyesal dan bertaubat dari saat itu, berterus-terusan menangis semalaman.
Pagi-pagi harinya, dia datang ke rumah wanita itu, untuk meminta maaf dan menghalalkan kesalahannya tetapi pemilik mata tersebut telah meninggal dunia.
Hasan Bashri menangis sehingga 3 hari lamanya dan pada malam ketiga bermimpi melihat wanita itu sedap duduk di dalam syurga dan Hasan Bashri berkata kepadanya dalam mimpi."Halalkanlah olehmu segala kesalahan saya "
Kata wanita itu ;"Sesungguhnya semua telah saya halalkan kerana saya telah memperoleh kebaikan yang banyak dari Allah, oleh sebab engkau"
Kata Hasan lagi ; "Berilah aku nasihatmu" "Kalau engkau bersendirian, berzikirlah {ingatlah} kepada AllahTa'ala dan setiap pagi dan petang beristighfarlah kepadaAllah serta bertaubatlah kepadaNya."
Pemuda itu menerima nasihatnya serta melaksanakannya sehingga dia menjadi orang terkenal di kalangan masyarakat kerana kezuhudannya serta ketaatannya kepada Allah Taala.
Dan diapun memperolehi darjat tinggi lagi mulia di sisi Allah, serta menjadi seorang wali Allah.
DARI TANGAN YANG MULIA LAGI FAQIR DAN DURHAKA, yang mengharapkan rahmat Tuhannya yang Maha Kuasa kelak pada hari ubun-ubun dipungut (Qiamat) .
Aku memohon kemaafan dari Allah sebagai kefaqiran dalam ilmu dan keredhaanmu ... Ya Allah
"Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dan perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan... "
Subhanallah...hebatnya iman si wanita, hingga ia boleh mengubah peribadi lelaki yang cinta padanya.
jazakallah atas perkongsian.
Post a Comment