Followers

Wednesday, January 19

Telemovie Hani Dan Cinta Sampai Syurga!Best-Best

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:18 AM 0 comments


Cinta Sampai Ke Syurga

Sebenarnya buku ni sambungan kepada buku Aku Terima Nikahnya, nak cakap tentang apa aerk? Sebenarnya nak cakap tentang drama Hani. Memang best la, walau tak dapat tengok ontime, tengok online pun jadilah. Memang bestlah cerita ni. Kalau ada rating bintang, nak bagi 10 bintang.

Sebenarnya nak cerita sikit pasal cinta buku ni. Kesinambungan kepada buku best seller Aku Terima Nikahnya. Mengandungi kisah alam rumah tangga dan nasihat yang tersendiri, menyentuh hati, geram, sinis, lucu, marah; kesemuanya diadun dalam nada bersahaja namn isinya tetap tajam dan mantap! Memang best buku ni. 

Aku teima nikahnya.



Segalanya bermula di situ.
Aku Terima Nikahnya (2008), bermula daripada percubaan saya untuk memahami apa yang telah dan sedang saya lalui. Menilai kembali setiap satu langkah kecil yang diambil menuju kehidupan berumahtangga, Tauhid dan cinta menjadi sendi dan nadi membina mahligai impian.
Saya tidak pernah membayangkan Aku Terima Nikahnya diangkat sebagai manual cinta. Ia bukan cerita cinta. Ia cerita kehidupan.

Namun menjenguk kehidupan daripada jendela cinta, lebih sering mengurniakan pelangi, warna yang menghimpun semua perasaan kita. Calon pencinta menjadikannya sebagai persediaan. Pencinta semasa mengambilnya sebagai perencah rasa. Pencinta semalam bercermin diri menjadikannya sebagai renungan. Aku Terima Nikahnya tersedia untuk semua.

Aku Terima Nikahnya pergi terlalu jauh.
Abang dan kakak berpesan kepada adik, suami dan isteri saling memujuk pasangan membelek.
“Bacalah, bang. Ini bukan buku perempuan. Ia perspekif lelaki. Seorang suami. Seperti abang!” pujuk seorang isteri.
“Bacalah yang. Ini buku untuk perempuan. Hakikat lelaki untuk isteri memahami suami. Seperti abang!” rayu seorang suami.
Aku Terima Nikahnya terbuka kepada apa sahaja bentuk tanggapan dan jangkaan. Namun setinggi syukur kepada Allah atas setiap kebaikan yang diperolehi oleh mereka yang memanfaatkan. Perjuangan Aku Terima Nikahnya adalah untuk menyuntik keyakinan, bahawa kebejatan fitnah hidup semasa, tidak sama sekali menjadikan cinta dan perkahwinan berteraskan Islam, mustahil tegak di tengah arus yang derunya bertentangan.

Bercinta Sampai ke Syurga (2009) memanggil burung pulang ke sarang. Puas terbang tinggi meninjau kehidupan, sekual Aku Terima Nikahnya ini menjemput pembaca untuk terus menyapa awan namun kaki jangan memencil bumi.

Ia penuh dengan liku-liku perjalanan rumahtangga dan perkahwinan. Antara pedas, manis dan pahit. Tiga rasa yang merencah realiti kehidupan.
Jika Aku Terima Nikahnya membekalkan saranan membina kehidupan bersendikan Syariatullah,Bercinta Sampai ke Syurga pula menyuluh keperluan Sunnatullah. Syariat dijaga, hukum hakam dipelihara, namun rumahtangga tetap bergelora kerana Kitab Kalam tidak harus terpisah daripada Kitab Alam. Sunnatullah yang ditempa Allah sebagai sifir kehidupan, jangan disanggah, jangan diremeh temehkan.

Membina jambatan keserasian antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak, ahli keluarga dan persekitaran, semuanya harus tunduk kepada hukum alam tentang hubungan manusia.
Pertemuan saya dengan sisi kedua selepas Aku Terima Nikahnya, sungguh menginsafkan. Ia mengajar saya untuk lebih manusiawi terhadap isteri dan anak-anak, belajar seni rasa dan seni kata, bukan jauh meninjau seberang, tetapi bersuluhkan kekayaan jiwa insan bergelar Nabi. Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam sendiri yang hangat watak dirinya terhadap para isteri dan anak-anak.

“Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya. Dan aku adalah yang terbaik kepada keluargaku” – Al-Hadith

Segala atas dan bawah, hitam dan putih, salah dan betul yang terakam di dalam naskhah Bercinta Sampai ke Syurga, adalah usaha-usaha saya untuk menjadi manusia terbaik di pandangan baginda, juga pandangan Allah yang Esa.

Perkahwinan bertambah usia, anak-anak bertangga dewasa. Rumahtangga beralih ke fasa seterusnya, nikmat dan cabaran saling bersulam mematangkan kehidupan. Di medan itulah Bercinta Sampai ke Syurga menghidang cerita. Serunya bukan untuk kehidupan yang sementara. Ia suatu jemputan, mengajak pasangan yang hangat berkasih, bercinta selama-lamanya, hingga ke Syurga.

Hanya satu syarat ketetapan.
Taqwa yang benar kepada Tuhan.
Murabbi Cinta (2010) bukan ulangan cerita.
Setelah Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga bermain peranan di pesada kembara insan mengenal Tuhan dan kehidupan, Murabbi Cinta mahu mengenengahkan sumber inspirasi terbesar seluruh perkongsian.

Cinta Hollywood.
Cinta Bollywood.
Pelbagai modul cinta terhidang di depan mata.
Hingga kita mungkin terlupa, bahawa tiada insan yang hatinya mampu berkasih, seperti naluri Murabbi Cinta, Uswah Hasanah teladan mulia, Muhammad yang Amin, sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Masakan tidak, setelah romantiknya kita tekuni, belas ihsan hatinya kita hayati, gurau sendanya kita teladani, tegas benarnya kita ikuti, tidakkah sebesar-besar cinta adalah cintanya kepada setiap kita? Mencintai manusia yang belum ada. Hingga hidupnya tidak berwasiatkan sisa, kecuali pedoman untuk sahabat dan ikhwan, yakni kita kaum mukminin di zaman kemudiannya, yang pernah mengusik jiwa baginda, akan rindunya kepada kita.
Itulah tema Murabbi Cinta.

Mengajak diri saya meneladani seorang Nabi.
Utusan Allah yang tidak pernah mensesiakan kuasa cinta, pada menjinakkan umat kepada agama. Cinta dan Tauhid menjadi satu, bekalan teragung sepanjang zaman.
Sunnahnya menjadikan kita hidup bercara.
Sunnahnya menjadikan masalah dan cabaran hidup sebagai laluan menjadi dewasa.
Sunnahnya mencegah lemah dan putus asa.
Sunnahnya terungkap di naskhah Murabbi Cinta, agar semua kebaikan yang sempat dilontar cerita, menambahkan penghargaan dan kasih, kepada mahaguru kita yang satu, Rasulullah Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam.

Ni pulak sikit-sikit kupasan mengenai Cinta Sampai Ke Syurga

Tidakkah pelik jika ada pasangan hangat bercinta tetapi tidak terfikir untuk bersama selama-lamanya?

"Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah yang terbaik untuk keluargaku."
(Hadith riwayat al-Tirmizi)

Itulah harga sebuah rumah tangga, tempat manusia dibentuk untuk membentuk. Titik mula pada sebuah perkahwinan yang dilayarkan dengan ikrar "Aku Terima Nikahnya" adalah permulaan kepada kembara manusia dan cinta.

Manusia melahirkan cinta
Cinta melahirkan manusia.



Suatu hari nanti
Kau akan tahu sucinya cintaku
Kau akan menyesal
Dan kau sebut namaku selalu
Suatu masa nanti
Kan terhurai segala rahsia
Bahawa cintaku kepadamu
Abadi selamanya
Kau akan menangis
Menatap gambarku
Gambar-gambar kita
Pasangan yang istimewa
Oleh itu kasih
Janganlah terburu
Jangan ikut rasa
Kelak jiwa kan merana
Perkara yang kecil
Jangan suka dibesar-besarkan
Perkara yang samar
Jangan pula dibenar-benarkan
Usahlah dibunuh
Kecintaan ini
Biarkan bersemi
Sampai kekal dan abadi
Lirik:Shuhaimi



0 Responses so far: