Teruja aku dengan kata-kata,
Teringat aku pada kata-kata,
Setiap madah membawa aku kepada terhantuk
Setiap inci yang aku dengar
setiap waktu yang berlalu
membuat diri ini rindu
teruja dengan kata-kata yang mulia Imam Ghazali:
"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,
tapi pada ingatan seseorang pada saudaranya dalam doanya"
Ku harapkan mekar di hati
persahabatan kita ini
Kan terus menjadi mantap
menjadi syafaat
Terukir indah
Di pintu Jannah
terkenang sahabat ana yang telah pergi pada usia 21 tahun lepas... moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Alhamdulillah sahabat ana meninggal pada petang jumaat dalam bulan ramadhan.. muka beliau sangat berseri dan seakan tersenyum ketika ana menatap wajahnya buat kali terakhir sebelum dikapankan.. ~Al-Fatihah~
insyaAllah,mereka yang meninggal pada hari jumaat di ringankan..seksaan
Post a Comment