Ketentuan sudah cukup cantik, itu maksud saya. Itulah Allah jadikan masa tidak boleh diputar kembali. Kalaulah boleh diputar semula, tentu dunia jadi huru-hara. Pasti semua orang ingin membetulkan kesilapan mereka. Tapi, mereka terlupa yang hasrat itu adalah demi kepentingan diri, tidak pernah terfikir yang mereka akan melibatkan orang lain. Bayangkan, jika saya meminjam kereta rakan saya untuk ke kampus, kemudian saya terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori. Dan saya kembali ke masa lalu untuk mengelakkannya. Mungkin, jika saya tidak mahu meminjam kereta rakan saya itu, rakan saya yang lain yang meminjamnya pulak akan dilanggar.
Atau boleh jadi saya jugak akan terlibat dengan kemalangan itu, cuma dengan cara lain. Barangkali saya menunggang motosikal dan dilanggar lori yang sama. Atau, jika saya buat keputusan tak nak ke kampus sekalipun, saya akan menemui kemalangan di rumah, atau mungkin petang nanti, atau esok. Semua bergantung juga pada keputusan orang lain. Kalaulah pemandu lori tadi, ketika saya dilanggar, dia menggunakan jalan yang sama dengan saya ke kampus, dan kemudian bila kembali ke masa lampau, saya menggunakan jalan alternatif, dan dia juga buat keputusan melalui jalan yang sama? Mungkin kemalangan itu tetap terjadi, tetapi cara aje yang berlainan. Nampak kan kesannya? Itulah, Allah dahpun jadikan takdir itu cukup cantik. Dia sesungguhnya Maha Perancang. Kalau kita fikir petang ini kita hendak memancing, tetapi ditakdirkan petang itu hari hujan lebat. Kita mungkin fikir rancangan kita sudah cukup baik, yalah, pagi itu hari nampak cerah, tiada tanda akan hujan, dan peralatan pun sudah kita sediakan. Tapi, Allah Maha Tahu. Mungkin petang itu, ada kemalangan berlaku dalam perjalanan kita ke sana. Kalaulah kita pergi, mungkin kita akan terlibat sama.
Oleh itu memang patutlah kita bersyukur dengan takdir yang ditentukan. Malah jika sesuatu yang buruk berlaku, kita juga patut redha dan sabar kerana tentu ada hikmah di sebaliknya. Fikirkan semula, mungkin, dengan kemalangan tadi, iman kita tambah kuat, hati kita tambah cekal. Nah, bukankah itu satu kelebihan? Bak pepatah Inggeris a blessing in disguise. Dan, kita perlu beringat yang tak semua yang kita nak, benda itu mesti yang terbaik untuk kita. Tak semestinya! Mungkin kita fikir pergi belajar di Amerika mesti baik, dapat luaskan pengalaman dan sebagainya. Mungkin Allah lebih tahu, kalau kita ke sana, kita boleh hilang pegangan, dan terlibat sama dengan masalah sosial. Siapa tahu? Dia sahaja. Pada pandangan kita mungkin keinginan kita itu bermanfaat buat kita tapi pada mata Allah mungkin tidak, dan ada yang lebih baik yang Dia hendak berikan pada kita.
Maka, apa yang kita perlu buat, ialah berusaha sesungguhnya, berdoa moga Allah memberikan kita yang terbaik, dan bertawakkal. Serahkanlah segalanya pada Allah selepas itu, kerana Dia lebih mengetahui. Kesilapan lalu, boleh diperbetul semula dengan cara tidak mengulanginya pada masa akan datang. Jadikan salah silap itu panduan untuk membina masa depan yang lebih baik. Allah tentu mengizinkan kalau kena caranya. Ingat firmanNya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mahu mengubahnya sendiri.

Ya, teringat sebuah pepatah dari filem Kungfu Panda: Yesterday is history, tomorrow is a mystery, and today is a gift...that's why it is called 'present'. Jadi, kalau dah hari ni hadiah, kenalah gunakan sebaiknya, betul kan? Sebab esok belum tentu kita punya nyawa lagi..
Post a Comment