Followers

Saturday, August 20

Bab 1: Cintaku Hanya UntukMu

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 11:02 PM 0 comments


Ada awan redup memayungi bumi di langit luas. Ada sesusuk tubuh yang jauh dari pandangan mata setiap insan sedang berdiri kemudian duduk. Kemudian dia berdiri lagi. Mungkin dia tengah keresahan menanti kehadiran seseorang. Dengan berpakaian sukan, berseluar track dia melakukan sedikit panas badan untuk menghilangkan hati yang resah. Di kerling jam di tangan, jarum sudah menunjukkan jam 8.30 pagi. Dia mengambil posisi betul-betul jauh dari sudut pandangan mata orang ramai. Ramai yang sedang beristirehat di awal pagi sambil bersantai di tasik. Kesempatan ini membolehkan dia mengimbas memori lampau. Tersenyum sendirian. Ingatan itulah yang membuatkan dirinya berkonflik dalam dirnya tidak sudah-sudah. Sambil merenung keindahan ciptaan Ilahi, aku teringat sepotong ayat firman Allah:

Dan Dialah (Tuhan) yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (Ar-Ra'd 13:3)

Adam terfikir begitu indahnya Islam, dan betapa Islam begitu menyenangkan umatnya untuk mendapatkan pahala. Begitu besar kasih sayang yang Khaliq berikan kepada hambaNya. Adam kembali pantas mengalihkan perhatian daripada terbang bebas ke masa silam. Adam kembali memikirkan ayat-ayat Quran yang sungguh suci dan sungguh sedap apabila di fahamkan dan di fikirkan. Adam mengira-ngira ayat yang hendak di ingati. Kerana bagi Adam, ayat Al-Quran merupakan halwa telinga dia dahulu.

Angin tasik menghembus lembut. Sebatang pokok paku lima tua, yang daunnya banyak gugur, menampakkan bintik-bintik hitam apabila berlatarkan langit pagi. Pokok tua itu sengaja di simpan pihak majlis perbandaran. Mungkin untuk menjadikan manusia berfikir samada kita sebagai manusia ingin mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan pada kita. Jikalau dapat di lihat bintik-bintik hitam dalam hati manusia, sudah tentu ramai yang takut untuk melakukan dosa. Adam teringat, ketuaan pokok itu sama sahaja dengan usia Adam yang semakin meningkat. Jika kulit-kulitnya mengelupas, kulit-kulit badannya juga mengelupas dan akan di makan ulat tanah.

Sambil itu, Adam juga terfikirkan mengapa dan bagaimana sejarah asal nama tasik ini di berikan. Kenapa di berikan nama Tasik Y? Adakah kerana tasik ini berbentuk huruf Y? Ataupun dahulu kala orang memberikan nama tasik ini kerana ramai yang bertanyakan Why? Why? Lalu terciptalah nama singkatan tasik ini.

Adam cuba bersandar pada kerusi,mendepakan tangan dan sesekali mengeliat menghilangkan lenguh. Ketika mendongak,beberapa ekor burung gagak berterbangan di atas kepala kemudian mengejar-ngejar kelekatu dan pepatung yang bermain gila di permukaan air tasik. Ada pula yang menunggu belalang kecil keluar dari celah rumput.

Kerusi yang Adam duduk memang hampir benar dengan tebing tasik. Jikalau terdapat kanak-kanak nakal berkeletah, dua tiga kali langkah sudah berada di dalam air tasik.

Memang air tasik pagi itu sungguh jernih dan tenang tapi sering berkocak. Tapi itulah, kocakan air tasik tidak sama dengan kocakan hati Adam. Seorang hamaba Allah yang benar-benar daif. Senyuman Haja masih berlari-lari di fikiran Adam.

          Landskap memang cantik, tentu perancangnya sungguh bjak dalam menilai dan pembuatan tasik. Dengan batu-batu sungai dan simen di sepanjang tebing utuk pejalan kaki, ia membolehkan sesiapa sahaja becangkung lalu meraup air tasik itu. Malah jika berdiri, bayang-bayang sangat jelas nampak di permukaan tasik.

Kadang-kadang dalam hidup dan landskap pun ada yang songsang. Kadang-kadang yang songsang pun ada indahnya.

          Amat menjelekkan di sebilangan mata yang memerhati gelagat Adam. Memang songsanglah itu. Manusia pun bukan mustahil menjadi songsang dan Adam tidak mahu dirinya terus dalam persimpangan. Bagi Adam, biarlah dirinya tidak di cintai. Tapi, biarlah dia yang mencintai dengan keilhklasan dan dengan keredhaan Ilahi. Cinta yang bagi Adam tidak di belenggu nafsu amat indah sekali.

          Adam memerhati seorang anak bermain dengan ibunya dan pengunjung-pengunjung lain bersiar-siar tidak jauh dari tempat duduk Adam. Seorang lelaki yang aku yakin bapa anak itu telah duduk keseorangan di bangku. Adakah dia seperti aku yang hendak melyan kerenah fikirannya? Getus hati kecil Adam. Mungkin dia di bebani hutang yang amat banyak. Mungkin juga dia di belenggu dengan janji yang tak pernah langsai? Tapi, anak itu tidak perlu di bimbangi, kerana si kecil mempunyai si ibu untuk menjaga. Itulah gaya kebanyakan orang. Dan Adam juga tidak pernah bersama orang yang di sayang di tempat sebegini. 

          Ilusikukah yang menyusup? Ada semacam menerkam jiwa dan perasaan untuk memuhasabah diri dan meminta untuk di hitung. Dir rumah sudah jenuha di fikirkan, akan tetapi banyak kali jugalah tiada jalan penyelesaian. Di taman tasik ini, rasa-rasanya segala telah terbuka. Di rumah, walaupun duduk di kondominium mewah tingkat sembilan, Adam tidak mampu berdiri lama kerana yang terlantun hanyalah kecut muka sendiri.

“ Jangan kacau papa” kata si ibu apabila si anak mendekati bapanya yang sedang termenung seorang.

Adam yang asyik memerhati juga seperti sedang membuka benang yang kusut memang akur dengan kata si ibu. Memang pun aku tidak suka diganggu sejak dulu lagi kalau fikiran tengah berserabut.

Pagi itu, Adam sedang bergelut dengan perasaan sendiri, samada hendak melupakan Asikin terus atau berjumpa dengan dia. Adam berasakan dirinya kembali ke alam dahulu apabila namanya di panggil sebagai abang. Bagi Adam, panggilan yang amat-amat Adam rindui dari seorang wanita yang bukan mahram. Apabila merindui sesorang yang bukan mahram lebih daripada penciptanya membuatkan Adam berasa serba salah. Alangkan Nabi Sulaiman A.S di tegur oleh Allah kerana baginda lebih mencintai kuda lebih daripada Allah, membuatkan baginda lalai dalam mengerjakan ibadah. Itu seorang nabi. Tapi, Adam hanya seorang insan yang tiada nilai. 

Berkali-kali sudah Adam bermuhasabah diri, di mana silapnya diri Adam. Kenapa sampai saat ini, Adam tidak dapat berjumpa dengan si dia.

Adam merenung jauh ke dalam air yang membalikkan dirinya.air tidak pun berolak. Yang mucul hanyalah Adam seperti hari-hari yang lalu, rambut yang sudah mula keguguran dan semakin nipis, berjanggut sejemput di hujung dagu, bertelinga rapat ke muka, bergigi yang putih bersih dan misai yang di cukur nipis.

Sedang lena di ulit mimpi silam, dari jauh gelagat Adam di perhatikan seseorang. Mungkin orang yang merindui dia? Mungkin orang ramai yang melihat gelagat Adam yang amat aneh sekali. Kelibat itu menghampiri Adam lalu menepuk bahu Adam. Tersentak Adam di kejutkan begitu.

“ Oit, jauh menung nampak? Lama tunggu patik?” Razi memulakan perbicaraan sambil tersengih. Macam kerang busuk di buatnya.

“ Aduh, kau ni dik. Kalau ye pun, bagila salam dulu. Ni tak, main nak tejah je. Kang di buatnya aku terjun ke tasik ni? Sapa nak tolong? Kau yang tak reti berenang tu? Dalah lambat, kau tau tak dari pukul bape aku tunggu?” Adam mencuka. Kelat mukanya. Memang biasa di panggil Razi itu adik, kerana mereka berdua ibarat adik beradik. Ke mana mereka pergi, mereka berdua. Masalah cinta, mereka berdua yang tahu. Walaupun mereka berlainan ibu bapa.

“ Hee, relaxla. Pagi-pagi ni dah menung jauh. Teringat orang yang jauh ke yang dah lama di tinggalkan encik abang Adam yang gila glamour ni? Eceh-ceh, ko dah jog belum? Lau belum, jom kita buat seround-dua. Dapat keluar peluh sikit pun jadilah.”

“ Hmm, kau pergilah dulu. Aku follow belakang. Hehe.” Aku tersentuh melihat perangai kawan karib dia
.
Sambil berjogging, sempat juga aku mengerling ke arah keluarga tadi sebaik dia melintas ke arah mereka. Sempat juga aku menghulurkan sekuntum senyuman kepada pakcik tadi.

Ramai yang beriadah. Mungkin di sebabkan cuti umum dan waktu pagi. Lama juga Adam tidak menjejakkan kaki ke tempat riadah. Aku berkira-kira, ada dalam dua tahun juga tidak menjejakkan kaki ke Tasik Y. Mungkin kerana kekangan masa yang di ambil begitu lama di Melaka.

“ Ad, aku dah penat. Pancit beb. Baru satu round ni. Pancit habis aku. lepak japla. Tak pun jalan je. Ha, kita pergi ke reflexsologi nak? Main picit-picit kaki. Pastu kita makan. Lapar. Hee” Adik menunjukkan jari telunjuk ke arah tempat ramai orang.

“ Hish, kau ni. Tak boleh ke amek tempat tu tak ramai orang. Mentang-mentanglah ramai awek kat situ. Kau nak serbu. Pantang betullah. Cepatlah jalan. Jangan macam siput.”

“ Baik bos, saya menurut perintah.” Sambil ketawa Adik berlari ke arah reflex. Macam anak-anak kecil yang tidak pernah nampak alat permainan.

“ Dah, kau gi picit kaki kau kat batu tu. Aku tak nak. Aku nak lepak je. Amek angin. Amek angin pagi.” aku memuncungkan mulut ke arah batu reflexsologi.

Aku sengaja tidak mahu di ganggu pagi-pagi dengan picitan yang sakit. Terhincut-hincut Adam melihat adik berjalan. Sempat juga dia menyapa orang yang lalu di sebelah. Berbual-bual mengisi masa lapang di atas batu urut.

“ Ad, tak nak join ke?” adik melaung dari jauh. Saja nak tarik perhatian orang ramai.

Yang di balasnya hanya gelengan kepala. Sekali Adam cakap tak nak, sampai bila-bila dia tetap dengan pendirian. Tapi, sekarang pendiriannya sebagai seorang muslim tidak tetap lagi. Sudah jauh menyimpang. Aduh, aku merintih sendiri dalam hati. Orang melihat muka aku mungkin ceria. Tapi, dalam hati. Hanya yang Maha Esa yang mengerti hati dan perasaan dan gelora jiwa yang membungkam.

“ Dik, dahlah tu. Jom makan. Lapar ni.” Aku mengusap perut menujukkan isyarat kelaparan. Aku terlupa berapa hari dia tidak makan. Mungkin dua tiga hari dia tidak menjawamh makanan berat. Yang sempat di jamah hanya kuih dan air.


“ Yolah, jom-jom. Kesian tengok kawan baik aku ni lapar.” Adik terpusing-pusing mencari kasut sukannya. Bukan murah. Bukan juga mahal. Tapi hadiah dari seseorang yang membuatkan dia begitu menyanyangi kasut sukan yang di pakainya. Moga pemberi dan penghadiahnya mendapat rahmat dari Allah.

Mereka berjalan beriringan bagai satu tubuh. Kaki kanan, yang aku keluar, kaki kanan juga yang adik keluarkan. Macam sudah sepakat. Mereka mengambil posisi yang agak terlindung. Yang tidak rebut dengan orang.

“ Abang. Amek order?” pelayan kedai menyapa mereka dengan mesra. Inilah nilai-nilai yang di terapkan dalam perniagaan. Berlemah-lembut dalam mengambil pesanan dari pelanggan.

“ Bagi saya milo ais, dengan roti kosong tiga keping.”

“ Saya, bagi nasi lemak ayam dengan Nescafe ais.” Adik pula meminta pesanan.

Setelah jauh dari pandangan pelanggan, mereka berdua senyap sendiri. Menghilangkan lelah di badan. Tidak lama, pesanan menu mereka sampai.

“ Ad, aku tengok kau ni lain macam je sejak balik dari Melaka? Ada pape masalah ke bro? Macam-macam cerita tau yang aku dengar. Cerita sedap tak pe, ni adui. Cerita yang tak best tentang ex-gf kau. Ha, lama tak kau cuti ni? Ada buah tangan tak?” adik bagai mengetahui riak muka aku. mungkin kerana lama sudah berkawan. Membuatkan dia mudah membaca air muka aku.

“ Tak delah, aku dengar ada cite tak best tentang kau. Betul ke pe yang aku dengar? Seorang penulis blog dan seorang pemberi motivasi kat orang takkan down sampai macam ni beb? Kan kau tinggal bape semester je kat Melaka sana, kau nak mengulang pelajaran ke beb?” adik mengujakan soalan sambil mengangkat kening. Macam Ziana Zain.

“ Hmm, ntahlah dik. Aku pun tak tau apa sebenarnya masalah aku ni. Nak di luah mati mak, di telan mati bapak. Serba salah aku. Aku cuti adalah dalam dua minggu.” Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyamankan lagi suasana pagi.

“ Sebenarnya, macam ni kesnya. Aku pun tak tau nak mula dari mana. Macam nilah aku cerita. Aku pun tak tau macam ne kes ni leh kena kat aku. Dia boleh cakap yang aku ni follow dia balik rumah. Tak boleh di terima akal. Aku kat Melaka. Dia kat Johor. Mana boleh aku nak follow.” Keluhan Adam memang tidak pernah terluah. Walau di Melaka dia ada rakan rapat. Tapi, tiada rakan yang seperti adik. Yang memahami.

“ Hm, tulah, aku pun tak tau nak cakap macam na. kau tau tak? Kes ni heboh tau. Dak-dak lain pun tau. Tak naya kau? Kalau aku. perempuan macam tu aku tinggal. Aku tak nak ingat dah. Perempuan tu yang buat nama orang bertudung ni teruk tau tak?” emosi singgap di hati.

“ Ha, ni lagi satu. Ape citer kau suh mak kau carikan kau jodoh kat sini? Apa kat sana dah pupus perempuan baik? Ekeke.” Tergelak kecil adik menyakat.

“ Ha, yang tang tu. Aku no komen. Haha. Pasni balik ah, penat beb. Malam kang kita lepak kat laut. Bawak mancing sekali. Kita borak panjang. Kalau kau nak tau, cinta itu boleh tumbuh, subur dan berbuah. Cinta juga boleh lumpuh, terkubur dan musnah. Ramai pasangan yang berkahwin, tetapi tidak sampai setahun, cintanya patah. Ada juga yang berkahwin, berpura-pura bahagia. Akhirnya kecundang, berpisah di usia senja. Namun lebih ramai yang terus berkahwin, namun rumah tangganya bagai pusara, tidak ada cinta, jauh sekali bahagia.” Adam menyuakan makanan ke mulut. Di percepatkan habis makanan.



0 Responses so far: