Followers

Saturday, August 13

Aku Bertaubat Duhai Cintaku!

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:41 PM 1 comments


“ Haiwah, haiwah”

“Lagu apa tu? Macam tak best je,”

“hei, ini bukan lagulah, maksud dia kehidupan, kehidupan. Tau apa itu kehidupan?”

Aku geleng laju-laju. Tanda tak tau. Bukan tanda tidak setuju. Bukan pula nak buat tanda tengah jalan.

“ Kehidupan membawa pelbagai unsur. Bukan sahaja unsur manusia. Pokok, haiwan dan segala mkhluk ciptaan Allah di dunia ini adalah satu rantaian kehidupan. Ia semua bergantung antara satu samalain. Saling memerlukan. Tiada satu, maka tiadalah dua. Apabila tiada satu maka tiada yang tiga. Begitulah bahasa isyarat kehidupan. Paham tak Taz?”

Aku geleng kepala lagi. Tanda tak paham. Cakap berpuisi-puisi. Pikir aku ni orang puisi ke? Cakap straight la. Aku ni suka orang yang tegak dan lurus. “ Tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Jalan yang Engkau redhai, bukan pula jalan mereka yang sesat”. Apa la mas’ul aku ni.

“ Dunia ini merupakan satu pentas yang besar untuk kita duduki, kita boleh menjadi pelakon utama, pelakon tambahan, pelakon pak pacak. Boleh jadi bintang filem, boleh jadi ahli parlimen, macam-macam yang boleh kita jadi. Tapi, kita tak boleh jadi seorang yang di perlukan oleh si Dia. Kenapa macam tu Taz? Cuba kita fikir, kita kaji balik. Apa tujuan. Apa manfaat kita duduk dan menetap di pentas ini?”

Sekarang dah tiga tahun pesan-pesan dari mas’ul aku. Tapi tiada satu yang dapat aku fikir. Tiada satu pun yang aku dapat jawapan yang boleh memberikan satu kondensasi yang tepat. Semuanya sipi-sipi sahaja.

***
Keluar dari library Kolej Teknologi Darul Naim, Kelantan, aku di kejar oleh sesuatu susuk tubuh badan yang agak menarik perhatian.

“ Aduh, penat kejar akh, keluar laju sangat. Panggil bukan nak stop.”

“ owh, ukhtie. Ana pikir sapa tadi. Lajulah. Lagipun kita nak jaga adab kita. Bukan kah mas’ul kita dah ajar kita tetang adab pergaulan? Tapi, ada apa ukhtie kejar ana macam kena kejar hantu?”

“ Ehm, sebenarnya ana nak tanya ngan akh.  Akh, boleh berikan ana penjelasan mengenai taubat?”

“ Erk, ana orang yang silap ukhtie tanya. Ana ni budak kejut. Bukan budak agama. Ana bukan budak baik yang perlu di tanya”

“ La, salah ke ana nak tanya? Mana tau pendapat seorang penulis lebih bergaya. Megah sedikit mengenai konsep taubat?” Az-zahra mengangkat bahu tanda setuju dengan pendapat diri sendiri.

“macam ni la. Jom kita masuk balik dalam perpustakaan. Sebab dalam tu ramai orang. Dalam tu pun ada bilik perbincangan. Mungkin ramai lagi yang nak dengar seorang penulis terkenal Mumtaz Jaafar berucap dengan gaya seorang pemidato? Anta mesti tak nak kita berdua sahajakan? Mesti anta rimas berdua dengan ana. Jadi kita sambung bicara dalam bilik perbincangan?” Az-zahra menyambung bicara sambil berjalan menuju kembali ke arah perpustakaan.

Dua susuk tubuh berjalan laju menuju ke perpustakaan. Mumtaz risau. Pucat. Mana tidaknya, tak pernah dia kenal dengan perempuan seberani Az-Zahra. Bertindak sebelum bertanya. Aku pulak macam lembu kena cucuk. Ah, aku kena ikhlaskan hati aku. Kena ambik balik hati aku yang dah aku simpan kemas dalam beg.

“ Ha, Taz. Sekarang. Sila jawab soalan ana tadi. Ok ana ulang tayang soalan ana balik tau. boleh berikan ana penjelasan mengenai taubat?”

Suasana sunyi. Mumtaz terperanjat melihat suasana di keliling. Walau tidak ramai sampai beribu-ribu. Tapi, lebih dari 30 orang cukup ramai bagi dirinya. Ini bukan bilik perbincangan. Baru aku perasan, ini dewan. Ah, macam mana aku boleh tak perasan ni.
Aku berjalan ke bawah dengan perasaan yang gemuruh.

“ Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah. Sebab dapat berkumpul di majlis macam ni. Ana terkejut dengan majlis ini. Majlis ilmu. Pertama sekali ana, nak cakap tentang apa itu taubat. Apa itu konsep taubat dalam Islam. Islam ni agama yang cukup mudah. Cukup indah. Cukup special, tidak terikat dengan apa-apa cara untuk bertaubat. Yang penting hanyalah keinginan hati yang kuat untuk bertaubat. Bukan suka-suka. Kejap buat, kejap tak.”

“ Maksudnya?” nyampuk seorang peserta majlis.

“ tak macam agama-agama lain. Ada yang mempunyai pelbagai ritual untuk bertaubat. Ada yang membunuh diri. Dan ada juga agama yang menjual borang untuk bertaubat”

“ dengan taubat juga, merupakan satu cara, atau jalan untuk kita mengenal tahap mana keimanan diri kita. Apakah hati kita rasa kesal dengan dosa yang telah kita lakukan? Malah jika setelah kita melakukan dosa, tapi hati kita tiada kesan, itu tanda iman kita lemah. Itu tanda tahap keimanan kita mula goyah”

Suasana dewan makin sepi. Sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi nafas. Turun naik.

“ Pertama-tama, kita kena kenal dengan menyesal. Jadikan menyesal itu sebagai kawan kepada diri kita. Bukan musuh kepada diri kita. Bukan pula lagu sixth sense menyesal. Itu lagi tiada kena mengena dengan kehidupan kita. Ana tertarik untuk membawa antum semua, pesanan yang telah di bawa oelh mas’ul ana dahulu. Dunia ini merupakan satu pentas yang besar untuk kita duduki, kita boleh menjadi pelakon utama, pelakon tambahan, pelakon pak pacak. Boleh jadi bintang filem, boleh jadi ahli parlimen, macam-macam yang boleh kita jadi. Tapi, kita tak boleh jadi seorang yang di perlukan oleh si Dia. Adakah kita menyesal? Adakah kita mengakui setiap kesalahan yang telah di lakukan oleh hati kita? Oleh diri kita? Oleh mata kita?”

“ mohon ampun pada Allah. Kalau boleh, menangislah sahabat semua. Menangis. Kerana setelah kita mati, tiada guna kita menangis kawan-kawan. Jangan sampai kita mati nanti dalam keadaan yang tidak sempat memohon keampunan dari Allah. Ana tertarik nak membawa sepotong ayat. Dari surah Al-Imran : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim.”
[QS ‘Ali Imran, 3:102]

“Jangan sampai kita mati dalam keadaan kita bermaksiat, berdosa, inikan syirik dan kafir terhadap Allah. Nauzubillah min zalik. Dan bacakan surah ke-7 ayat ke-14.”

“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.” 
[QS al-‘Araf, 7:14]
 “ bila kita akan mati duhai sahabat?”

“ tak tau. Semuanya dalam pengetahuan Allah”

“ jawapan dia bukan tak tau. Tapi jawapan dia adalah bila-bila kita boleh mati. Sekarang, lepas ni. Bila-bila sahaja Allah boleh cabut nyawa kita.

Rasulullah SAW bersabda : Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orangtuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke surga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. (HR. Ahmad)

Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar hadis di atas? Betapa ruginya nanti kita di akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah. Menyesallah dahulu, kerana menyesal kemudian tidak berguna. Jika kita hendak menangis, maka menangislah pada hari ini… kerana menangis di akhirat sudah terlambat dan tidak berguna.
Takuitilah akibat dosa yang kita lakukan. Jangan ambil mudah dengan kemurkaan Allah. Jika marah isterti, suami, boss dan kawan-kawan pun sudah boleh menyebabkan hidup kita resah dan susah, apalagi murka Allah, Tuhan yang mencipta kita. Ya,   kita sering terlupa bencana akibat dosa boleh datang tiba-tiba. Lupakah kita dengan kaum Aad yang ditimpa bencana tepat ketika mana mereka berarak ria menuju ‘syurga’ ciptaan raja mereka? Apakah kita lupa bagaimana sikap Rasulullah SAW ketika baginda dan para sahabat melalui lokasi tempat kaum Aad dan Tsamud menerima bala? Baginda terlalu terganggu oleh ‘nostalgia dosa’ – hinggakan sejarah mencatitkan bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat menundukkan muka dan jangan memandang ke langit (tanda merendahkan diri) ketika melalui tempat tersebut.
Rasulullah SAW pernah berdoa memohon agar Allah tidak menurunkan bala bencana ketika gerhana berlaku. Baginda akan sembahyang dengan penuh tawaduk dan baginda berdoa:
“Tuhanku! Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), dan aku berada bersama mereka. Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), sedangkan mereka adalah orang yang bertaubat. (Sulaiman bin al-Ash’ath, Sunan Abi Daud)

Aku menangis. Menangis. Sendirian. Orang memang mengatakan tak macho lelaki nangis. Tapi aku nangis sebab takut akan api neraka. Aku menangis sebab entah bila kali terakhir aku menangis.

Semua hadirin tunduk. Mungkin ada yang menangis. Tapi aku tak kesah. Menangis atau tidak. Itu hak mereka. Keraskah hati mereka? Itu pun hak mereka. Aku berjalan menuju ke pintu besar dewan. Di ikuti oleh Az-Zahra.

“ Syabas, akh. Akh memberi penekanan yang amat bermakna untuk diri. Last soalan dari ana. Apa pendapat akh tentang relakan perpisahan cinta? Kalau akh ada masa, bagi kat ana. Ana nak tahu pendapat akh. “

Kadangkala aku sendiri kebingungan. Bila ditusuk soalan demi soalan. Bagi yang telah merasa cinta… Bagi yang belum merasanya. Cinta tidak habis-habis diperkatakan, walaupun telah berkali-kali aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan!

Dulu aku pernah mengingatkan diri sendiri, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Namun, mengapa hati masih tidak mahu percaya? Kekadang, jalan berapi ditempuh jua. Ah, bujukan nafsu terlalu melulu. Sudah terantuk baru terngadah. Sudah berdarah, baru berubah.

Pada remaja yang terus bertanya… Pada ’retua’ yang terus meminta… satu kepastian, satu panduan… terus-terang kukatakan aku sendiripun terus bertanya dan terus meminta.

Tidak mungkin aku memberikan apa yang aku tidak punya! Tetapi itu bukan alasan untuk menyerah. Mencari dan terus mencari, itulah yang lebih berharga. rasa belum memiliki adalah modal terpenting untuk memiliki cinta… cinta Allah.
Itulah cinta pertama dan cinta utama. Walaupun sudah berkali-kali kalimah itu disebutkan, tetapi yang mendengar cuma telinga dan akal, bukan jiwa dan hati. Hati masih tuli… Jiwa masih alpa… Bila dia berani berkata dan merasa, cinta yang dicari lebih baik daripada cinta yang ditemui!

Kita tekad sahaja untuk mencintai Allah. Jangan pandang cinta manusia lagi. Buru cinta yang utama dan pertama (cinta Allah), insya-Allah cinta kedua, ketiga akan memburu kita. Apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan bila Allah telah mencintai kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita. Rasulullah saw telah bersabda:

“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)






1 Response so far:

alFAQIRah ilaLlah Tamar Nabi said...

♥ quote

Kita tekad sahaja untuk mencintai Allah. Jangan pandang cinta manusia lagi. Buru cinta yang utama dan pertama (cinta Allah), insya-Allah cinta kedua, ketiga akan memburu kita. Apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan bila Allah telah mencintai kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita. Rasulullah saw telah bersabda:

“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)