Followers

Sunday, August 21

Aku Tergoda Dengan Wajah Yang Cantik

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:23 PM 0 comments



Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini saya terasa ingin menulis dengan lebih bersifat realistik. Nak bersifat yang lebih kea rah realiti. Nak berdakwah dengan sifat yang lebih tampak di mata. Tapi, kalau nak di ikutkan, ia sebenarnya adalah bersifat yang mendatangkan satu keaiban. Tapi, demi dakwah, akan saya coretkan serba sikit pengalaman diri. Sebelum ni pun dah saya coretkan beberapa pengalaman diri saya sendiri. Kalau kali ini ada yang tersentak dengan pengalaman saya. Dan bermain-main dengan nostalgia kalian. Saya meminta maaf dulu.

Aku di Tampar Dan Di Sentap Dari Tidur

Sebenarnya ni kes berlaku kat sekolah dulu. Sekolah, apa yang saya alami adalah seperti cinta monyet. Hal cinta monyet biasalah di alami mana-mana orang yang ada jiwa dan perasaan. Kat semua sekolah, hatta sekolah saya ni sekolah agama. Jika tidak bercinta, itu bukan lumrah kehidupan. Tapi, ada satu masa tu saya terminat dengan “ beberapa” gadis. Jangan pikir saya “playboy”. Saya hanya minat di hati, tapi tidak suarakan je.
Setiap kali berlaku “ kes “ macam ni mesti ada sesuatu yang berlaku. Iaitu di tampar dan di cubit supaya saya bangun dari tidur. Tapi saya tak pernah nak sedar. Sampai satu masa tu, saya tersentap selepas di tumbuk dan di cubit di peha oleh arwah tok ayah (atok angkat). Sakit. Memang sakit. Kena tumbuk kat peha, pastu kena cubit. Bukan kepalang lagi sakit dia.

“ aduh, sakitlah. Kenapa atok buat macam ni?”

“ atok nak biarkan kau sedar. Biar sakit sekarang ni, bukan sakit esok-esok. Atok tahu kau tengah angau. Bodoh kau.”

Bahasa orang-orang lama. Kita jangan terkejut. Dia marah macam itu, bukan kerana dia benci. Tapi sebab dia nak mendidik. Mendidik jiwa kita. Tapi kita yang di berikan pelajaran, tak payah guna ayat macam tu ok? Pada suatu malam, saya tak balik rumah. Tapi balik rumah tok ayah. Tengah best tidor ni, dia tepoknye peha saya. Sakit. Dia suruh saya bangun malam. Lepas sudah semua, dia tanya saya.

“ atok rasa, kau ni tengah angau pada dua orang perempuan kat sekolah kau?”

“ erm, mana atok tahu?”

“ atok dapat baca dari riak wajah kau. Kau sekarang adalah seorang pencinta. Bukan pencinta pada Tuhan, tapi pada manusia.”

“ bagi atok, mana yang patot saya pilih?”

Atok ayah sergah saya.

“ Pengor kau ( pengor dalam bahasa jawa dalam bahasa melayu bodoh) dua-dua pun kau jangan pilih.  Walaupun kecantikan itu anugerah yang telah Tuhan berikan pada setiap hamba-Nya.“

“ kenapa tok? Kan dua-duanya baik. Cantik pulak tu, macam dah cukup je tok.”

“ ala, tok jadi nak pilih yang mana?”

Atok sempat lagi gulung rokok daun lalu di nyalakan api.

“ kau jangan tertipu ad, sekarang kau jumpa dengan kecantikan dia dulu. Bukan pada hati dia dulu yang kau jumpa. Biar kita jumpa hati dia dulu baru kita jumpa muka dia. Atok cerita untuk kebaikan diri kau juga ad. Faham saad? Kau ni baru tingkatan tiga. Ada masa lagi. Banyak lagi masa kau nak mengenali.”

Maka bermulalah epilog perjalanan hidup seorang aku. hasil didikan, tamparan, tumbukan dan cubitan membuatkan saya berubah kea rah 180 darjah. Mengenai apa itu kecantikan, apa itu keindahan. Memang. Mula-mula memang teringat. Harap-harap teringat sampai bila-bila. Tapi ingatan ni tak lama. Sampai saya tingkatan lima. Tingkatan lima habis, telah rasa di tinggalkan. Baru terketuk hati ni. betullah cakap tok ayah dulu. Kenapa saya tak terfikir.

Tidak hairanlah semasa di bangku sekolah. Sekolah menengah agama. Ada juga yang meminati saya. Bukan nak cakap besar atau berlagak sombong, tapi itulah hakikat. Sampai saya di tarik sekumpulan senior kerana ada yang mengatakan saya mengacau mereka punya “line”.

Kecantikan Adalah Alat


Kecantikan adalah kurniaan Allah yang tidak semua antara kita meraihnya. Ia bagai sebuah peralatan juga buat si penggunanya. Betul atau salah cara menggunakan ia, masih terletak pada hati manusia.


Kecantikan itu indah kerana penciptanya Maha Indah. Dan setiap kejadian yang Dia ciptakan bukan setakat cantik, malah tiada pernah sia-sia kerana di situlah kesempurnaan-Nya. Mana mungkin ada kejadian Allah yang memudaratkan, melainkan manusia sendiri yang menyalah gunakan ia.


Bagaimana kecantikan dapat memudaratkan, hanyalah berkait dengan maksiat hati. Manakala, bagaimana maksiat hati boleh dihinggap wabak adalah berpunca daripada satu objek. Objek ini amat disukai para syaitan yang memang menunggu-nunggu, kerana memang ia ditugaskan merenjis noda goda pada manusia. Objek itu adalah cermin.


Tiada hairan mengapa Nabi kita sering mengingatkan akan doa khusus saat melihat cermin, (riwayat Ahmad, disahkan oleh Al-Albani dalamIrwaghul Ghalil)


Ya Allah, sepertimana Engkau cantikkan kejadianku, maka cantikkan juga akhlakku.

Hebatnya Nabi Muhammad SAW menyaran doa melihat wajah berkait dengan akhlak. Kerana saat kita melihat cermin, rupa yang cantik ini akan mempengaruhi gerakan hati. Hati inilah pastinya menggerakkan otot dan motor dalam tubuh yang membuahkan tindakan (akhlak).




Kecantikan wajah dan kisah dongeng


Sengaja kali ini bukan kisah tampannya Nabi Yusuf sebagai renungan, kerana kalian pasti sudah mendengarkannya. Cuma kali ini aku ingin kongsikan sebuah kisah yang diceritakan kepadaku oleh seorang pensyarah di Jepun semasa di dalam kuliah falsafah.


Ada sebuah dongeng Greek, hidup seorang budak lelaki yang cantik yang dinamakan Narcissus (yang bermaksud budak cantik). Seluruh jagat raya mengkagumi akan kecantikannya, waima Tuhan-tuhan. Bayangkan betapa cantiknya budak ini hinggakan Tuhan-tuhan sanggup bersinggah ke bumi semata-mata mahu berkawan dengannya.


Bayangkan betapa bongkaknya dia menolak salam persahabatan dari Tuhan-tuhan dengan mengatakan,
“Ah, kalian tidak selayaknya bersahabat denganku kerana tidak setanding kecantikanku.”

Tuhan-tuhannya yang murka lantas menitahkan,


“Kau pasti hancur-sehancurnya atas kemegahanmu itu!”

Dijadikan kisah, berjalan Narcissus ini pada satu hari sepanjang anak sungai bagi menikmati alam. Dan dia dengan pertama kalinya ternampak wajahnya yang terpantul di atas air. Dek terlalu asyiknya dia membelek kecantikan dirinya, hingga terlupa akan keperluan asasnya yang lain, makan dan minum. Maka, matilah dia dalam kelaparan.


Biarpun kisah ini sekadar dongengan, tahyul dan melanggar akidah (kerana Tuhan yang banyak), namun lihatlah akan peringatan mereka terhadap manusia-manusia yang hidup di zaman itu. Sejak di zaman itu, manusia sudah diberitakan akan bahayanya kecantikan itu. Ditambah lagi dengan turunnya Al-Quran sebagai pemberi amaran kepada kita.


Adakah kita tidak memerlukan wajah yang cantik?


Sebetulnya, perkataan yang sesuai adalah wajah yang sempurna. Ia adalah sebaik-baik wajah yang dijadikan Dia bagi mewakili tubuh manusia ini. Apatah tubuh kita pula adalah alat semata, ataupun kenderaan bagi roh kita menjelajah di alam dunia ini. Maka, sekadar sempurna sifat adalah yang terbaik. Kita boleh mengejar rupa yang cantik, tetapi biarlah prioritinya didahulukan dengan merebutkan hati yang bersih, skil komunikasi, pemikiran yang tajam, dan tindakan yang tepat.


Maka, usah khuatir, kawan-kawan. Andai tidak memiliki wajah yang cantik atau tampan namun akhlak dan imanmu juga yang menjadi penghias dirimu. Tahniah juga kepada kalian, kerana Allah tidak membiarkan kamu dengan mudah terpercik penyakit hati yang digelar ujub dan takbur pada rupamu.


Buat kawan-kawan yang punyai wajah yang cantik dan tampan, tahniah juga. Bukan saja syukur akan kecantikan itu, tetapi syukur juga kerana Dia sedang menguji kamu, dengan mengurniakan kecantikan itu pada yang selayak memikulnya. Waspadalah, syaitan tidak pernah berehat mencuit-cuit rasa kagum akan kecantikanmu itu.


Kerana,


cantikmu itu,


bisa membawa kita ke syurga,


juga ke neraka,


0 Responses so far: