Alhamdulillah, kali ini saya nak membawa semua membaca coretan yang tidak seberapa di gemari. Saya akui, sejak kebelakangan ini coretan saya semua berbaur dengan emosi. Berbaur dengan perasaan. Kali ini saya ingin mencoretkan sedikit perasaan saya untuk seorang insan yang akan bergelar zaujah atau isteri. Kenapa? Sebab semua orang akan menamatkan zaman “bujang”. Cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Siapa hendak jadi zaujah saya? Silalah baca. Yang lelaki, baca pun boleh, berikanlah coretan ini untuk bakal zaujahmu.
Bakal isteriku, cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan,".
Imam Abu Hassan Asy-Syadzili berkata:
"Seseorang yang senang mendengar kisahnya para kekasih dia itu kekasih".
Cinta itu indah,hanya kekasih yang mengenal kekasihnya kerana cinta itu buta. Apabila wujud cinta, maka jiwa pun menghadap pada yang dicintai.
Tuhan, kerja-Mu penuh rahsia. Dalam pahit yang kami depani, Kau limpahkan manis di hujungnya menanti. Dalam sukar mendepan mehnah, Kau ada menghampar mudah, kami hamba lemah mentadbir, sedang Kau Maha Gagah mentaqdir. Jadikanlah kami selalu rendah hati di sisi tingginya Kekuasaan-Mu, namun tak putus asa berusaha mencapai yang terbaik kerana-Mu.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hamba-Nya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujian-Nya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Surat untuk dirimu duhai bakal zaujah,
Aku akui,
Aku terlalu memilih dalam bab pemilihan isteri,
Tapi,
Aku memilih atas dasar iman,
Atas dasar yang di namakan seorang hamba,
Kita hendak bersama-sama membina mahligai yang indah,
Kita impikan bersama menuju ke arah husnul khatimah,
Yang membawa kepada kebaikan,
Dalam mencari satu cinta dan cahaya,
Aku harapkan sinaran
Ilahi punya sinaran,
Sinaran di atas satu sandaran.
Aku sedar,
Aku perlu menjaga hati,
Aku perlu menjaga dua hati,
Dua hati yang Allah berikan untuk hamba-Nya,
Dua hati yang bila di satukan akan menjadi tiga bahagian,
Aku perlu menjaga ke tiga-tiga bahagian itu,
Satu untuk aku suamimu,
Satu untuk dirimu zaujahku,
Satu lagi untuk Allah pemberi cinta di hati
Duhai bakal zaujahku,
Aku bukan seperti Saidina Ali r.a yang mempunyai akhlak yang cukup indah,
Yang boleh menawan hati baginda Rasul,
Yang menjadi suami kepada Fatimah Az-Zahra,
Yang menjadi bapa kepada keturunan baginda yang mulia.
Aku juga bukan seperti Luqman Al-Hakim,
Yang mampu memberi didikan pada anak-anaknya,
Sehinggakan namanya tercoret dalam salah satu lembaran cinta kita,
114 lembaran cinta ada tercoret satu nama,
Surah Luqman.
Aku juga bukan seperti Sultan Iskandar Zulkarnain yang agung yang menawan dua bahagian,
Yang menyatukan dua lembayung di bawah satu pemerintahan,
Yang menyatukan dua daerah hati timur dan barat,
Ke dalam satu daerah cinta,
Yang di kisahkan oleh pemikir dan ilmuwan Islam,
Yang di kaitkan dengan pemerintahan zaman lama,
Aku juga bukan seperti Ibrahim yang mencari cahaya,
Bila di lihat bulan, bila di lihat bintang, di lihat pula kepada mentari,
Ibrahim menemui satu kisah,
Menemui satu hikmah yang memberi Ibrahim satu cinta,
Kisah cinta Ibrahim ada di dalam 114 lembaran surat cinta Dia.
Tapi aku hanya insan kerdil,
Yang baru bertatih untuk menapak di dunia persekolahan yang cukup luas,
Aku hanya seorang hamba yang hanya mampu bersandarkan cintaku pada-Nya,
Bukan aku tidak memerlukan seorang wanita di sisi,
Bukan aku tidak memerlukan seorang penyeri di hati,
Bukan aku tidak memerlukan semua itu.
Aku ingin menjadi seperti mereka,
Aku perlukan semua itu,
Tapi aku tidak terkata,
Mulut terkunci,
Kelu,
Lidah tidak mengalunkan kata,
Aku tidak mahu mengungkapkan aku cinta,
Aku tidak mahu mengungkapkan aku melamar mu,
Setiap yang kita rancang hanya dalam pengetahuan Dia yang Maha Agung.
Tapi buat dirimu duhai muslimah,
Andainya di kau bersabar,
Andainya di kau redha dengan ketentuan-Nya,
Andainya di kau memahami pemikiran aku,
Aku rasa kita tidak akan lari dari mengejar cinta.
Dulu pernah aku nyatakan pada dirimu,
Biarlah kita membina perkenalan ini atas dasar iman,
Atas dasar taqwa,
Supaya kita di jauhkan dari perasaan hati,
Tapi kini,
Kita dah jauh dari landasan,
Aku mahu kita kembali kepada Ilahi.
Pemberi cinta sejati.
Kenapa aku sering katakan,
Istiharakh itu penting,
Istiharakh itu perlu,
Tapi atas dasar apa?
Atas dasar satu rasa,
Rasa cinta dan tawajuh hanya pada Dia.
Kenapa istiharakh?
Istiharakh dalam memburu satu cinta,
Bukan istiharkah siapakah suamimu!
Tetapi istiharakh siapakah yang bakal membawa kita kepada satu daerah cinta,
Daerah cinta yang lagi manis,
Daerah cinta yang lagi Allah redha,
Duhai dirimu,
Aku terkelu masa kau mengungkapkan,
Nak walimah tahun depan,
Kaget,
Bermacam persoalan bermain di minda,
Tunang atau walimah?
Walimah atau tunang?
Di mana pendirian mu duhai mujahidah?
Di mana asas imanmu duhai mujahidah?
Di mana di kau campakkan rasa ikhwahmu?
Di mana dirimu tatkala diri mu menyatakan tentang cinta?
Aku mengajak diri ku merenung kembali juga
Mungkin aku juga ada khilaf
Tanpa aku sedar.
-Terasing sendiri melihat denai-denai kehidupan-
-Abdullah Imran-
22 September 2011
24 Syawal
- Nottingham City, London-
6.12 p.m
Seorang Muslimah sejati akan merasa cukup bahagia tanpa kekasih tidak halal di sisinya, kerana yakinnya dia pada janji Allah, serta telah diserahkan hatinya pada Allah untuk diuruskan, kerana ia percaya hanya Allah sahaja sebesar-besar pengharapan yang mampu membawa dirinya kepada insan yang dicintainya itu. Begitu juga,seorang lelaki yang ingin menjadi Muslim sejati takkan mengalah dan takkan berputus asa dalam hidup hanya kerana cinta seorang perempuan. Kata seorang wanita,
"Aku tidak menafikan manusia itu memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nan indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah.Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali.
Wanita yang cantik ialah yang menjaga maruah dan dirinya dari tercemar dek debu dosa dan aurat yang terdedah ke sana ke mari,banyak dosa yang kita akan tanggung setiap kali lelaki yang memandang kita tanpa kita menutupkan aurat. Kata Sayyiduna Aisyah RadhiyaLlahu anha, "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai,yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
Lelaki, Murah pada matanya, apabila dia memandang wanita yang tidak halal semahunya.
Murah pada tangannya,apabila dia memegang wanita yang tidak halal sebebasnya.
Murah pada hatinya,apabila dia membayangkan wanita yang tidak halal semasa tidurnya.
Oleh itu, mahalkanlah dirimu duhai wanita, kerana dirimu sangat berharga.
Dari telinga jatuh ke hati,itu wanita,mudah terpesona dengan apa yang didengarinya.Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap.
Dari telinga jatuh ke hati,itu wanita,mudah terpesona dengan apa yang didengarinya.Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap.
Dari mata jatuh ke hati,itu lelaki,mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap terkeliru antara indah hakiki & palsu. Justeru, wanita perlu berhati-hati dengan ucapan indah yang didengarinya dan lelaki perlu menjaga pandangannya.
"Perlakukan orang yang engkau sayangi sebagaimana Allah menyayangimu selama ini"
[Ustadz Raden Arfan Rifqiawan Al-Syadzili Al-Azhmatkhan Al-Husaini]
'Biarkan orang yang engkau cintai dengan hidupnya,jangan mengganggunya...kerana engkau tak semestinya memiliki orang yang engkau cintai kecuali jika takdirNya telah menetapkan bahawa engkau ialah miliknya. Biarkan dia dengan pilihannya...kerana jika dia tercipta untukmu, walau apa halangan sekalipun ia tetap untukmu. Tetapi jika dia bukan untukmu, walau apa sekalipun ia tetap bukan untukmu..."
Tuhan Izinkan Aku Mencintai
Tuhan,
Izinkan aku memandang cinta,
Walau hanya dari kejauhan,
Izinkan aku dekati cinta
Walau hanya dalam kebisuan
Tuhan,
Izinkan aku membisik rindu
Biar hanya berkumandang di sudut hati
Izinkan aku menitip kasih
Biar hanya berbekas di dada malam
Tuhan
Izinkan aku menyentuh cinta
Lewat lafaz zikrullah
Seiring dengan degupan jantung ini
Seiring dengan denyutan nadi ini
Seiring dengan setiap hembusan nafas ini
Tuhan,
Biarlah cinta tak pernah lagi berbalas
Biarlah rindu ini mengundang sejuta pilu
Tapi izinkan aku menyubur rasa cinta
Dengan detak lafaz zikrullah
Kerana cinta ka uterus mekar mewangi
Seiring dengan seharum asma-Mu Ya Ilahi.
'Biarkan orang yang engkau cintai dengan hidupnya,jangan mengganggunya...kerana engkau tak semestinya memiliki orang yang engkau cintai kecuali jika takdirNya telah menetapkan bahawa engkau ialah miliknya. Biarkan dia dengan pilihannya...kerana jika dia tercipta untukmu, walau apa halangan sekalipun ia tetap untukmu. Tetapi jika dia bukan untukmu, walau apa sekalipun ia tetap bukan untukmu..."
Tuhan Izinkan Aku Mencintai
Tuhan,
Izinkan aku memandang cinta,
Walau hanya dari kejauhan,
Izinkan aku dekati cinta
Walau hanya dalam kebisuan
Tuhan,
Izinkan aku membisik rindu
Biar hanya berkumandang di sudut hati
Izinkan aku menitip kasih
Biar hanya berbekas di dada malam
Tuhan
Izinkan aku menyentuh cinta
Lewat lafaz zikrullah
Seiring dengan degupan jantung ini
Seiring dengan denyutan nadi ini
Seiring dengan setiap hembusan nafas ini
Tuhan,
Biarlah cinta tak pernah lagi berbalas
Biarlah rindu ini mengundang sejuta pilu
Tapi izinkan aku menyubur rasa cinta
Dengan detak lafaz zikrullah
Kerana cinta ka uterus mekar mewangi
Seiring dengan seharum asma-Mu Ya Ilahi.
Post a Comment