Followers

Tuesday, September 20

[Perkongsian Back To Life] Bahagia Yang Berkekalan

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 11:43 AM 0 comments


Rasa tidak cukup dengan apa yang ada. Macam ada yang lebih kurang lagi. Rasa tidak senang dengan orang lain yang lebih hebat. Kenapa kita mesti ada rasa ini semua? Perlukah? Pentingkah?

Tapi kalau kita memahami hakikat dan maksud bahagia. Kita akan memahami. Sebab bahagia ini datang dari pelbagai cara. Ada yang praktikkan dengan pelbagai cara. Bukan pada satu cara saja. Banyak cara. Rasa itu juga datang dari hati. Kata pepatah ada menyebut, ikut hati kita mati. Ikut kata iman kita selamat.

Manusia Tidak Pernah Cukup

“ Jika manusia diberikan selembah emas, dia akan meminta selembah lagi”

Manusia memang tidak pernah rasa cukup. Yang dia ada selalu rasa kurang dan apa yang ada selalu di rasa lebih. Dibandingkan pula kelebihan dengan orang yang lebih daripadanya dan kekurangan dengan orang yang kurang daripadanya. Diri akan merasa dirinyalah yang terbaik, tetapi Allah tidak memberi yang sepadan dengannya. Pernah baca dengan artikel saya sebelum ini? Mini Perkongsian Antara Dua Cinta. DiIlmi-Islam.com. Sebenarnya itu adalah ringkasan daripada artikel saya yang akan sahabat semua baca mungkin lama. Tapi, sayang. Dah di buang sebab ada yang mengatakan itu adalah dia punya. Tapi tidak mengapa, saya tidak kesah. Sudah banyak artikel saya yang orang ambil tanpa izin dan di tampal di laman web yang begitu ramai di kenali.

Pernah dengar akan lagu ini? Lagu Raihan. Antara dua cinta?

Apa yang ada jarang di syukuri,
Apa yang tiada sering di risaukan,
Nikmat yang di kejar,
Barukan terasa,
Bila hilang,
Apa yang di buru,
Timbul rasa jemu.

Perasaan yang tidak cukup ini tentulah tidak menyenangkan. Hanya apabila di cukupkan, dipenuhkan, terasa baik dan indah. Barulah kita rasa bahagia. Tapi adakah kita tahu, kebahagiaan itu pada kecukupan hati. Selagi hati mahu di penuhi, selagi itu belum rasa bahagia. Norma sifat manusia.

Bila tidak cukup bereti tidak bahagia. Bagaimana hendak di cukupkan hati kita? Apakah ada barang satu cara untuk mencukupkan hati lalu menjadi satu kebahagiaan dalam diri?

Bahagia manusia itu langsung tidak sama. Si miskin itu bahagia sekiranya yang tidak cukup (harta) dapat di penuhi. Si hamba akan berasa diri dia bebas dan bahagia apabila kebahagiaan yang di rampas itu di pulangkan kembali oleh si tuannya. Dan orang kecil itu rasa cukup dan berpuas hati apabila dia berpeluang menjadi “orang besar”.

Jika Tidak Di Penuhi Kehendak Hati, Bagaimana Mahu Bahagia?

Selama mana kehendak hati kita tidak di penuhi, selagi itulah hakikat kebahagiaan tidak akan kita temui. Samada di pangkal lubuk hati, malahan di celah-celah lubuk hati.

Kerana itu apabila ada yang menyimpulkan kebahagiaan itu Cuma denan mengingati  Allah, ada juga yang tidak bahagia. Si miskin yang cuba mengingati Allah tetapi tidak bahagia kerana terbelenggu dengan kemiskinannya.

Dia beribadat. Dia solat. Dia berzikir. Tetapi dalam diri sedang beribadat, diri sendiri rasa keluh kesah kerana yang tidak cukup itu harta, bukan Allah. Selagi dia tidak beroleh harta selagi itu diri kita tidak akan rasa nikmat bertuhan. 

Sifat dan hakikat diri tentang nikmat Sang Pencipta dan yang telah di ciptakan.
Sekiranya bahagia itu adalah dengan mendapatkan apa yang di ingini, banyaklah bentuk kebahagian itu sendiri. Ada orang bahagia dengan harta dan ada pula yang bahagia dengan wanita yang cantik.

Tidak wujudkah satu kebahagiaan yang hakiki?

Malang sekali bagi mereka yang mengikutkan kata hati, sebab kata hati kita boleh ke jalan maut. Jalan mati. Tiada lagi arah yang hendak di tuju.
Si miskin hanya akan apabiala kemiskinannya itu hilang. Si bodoh akan rasa bahagia apabila diri dia berubah menjadi pintar. Macam Ibnu Sina.

Memang itulah bahagia. Dan tiada siapa yang dapat menafikannya. Bahkan kalau kita tanya pada perdana menteri sekalipun dia akan jawab jawapan ya.
Cuma di sini, yang pentingnya adalah bagaimana mahu mengira “ kemiskinan”, ‘kekayaan’, ‘kejahilan’ ataupun ‘kebesaran’ itu? Siapa yang mampu meletakkan batu asas nilai sebenar bagi setiap perkataan itu?

Siapa yang dapat menanda di mana miskin itu jadi kaya? Yang jahil itu pandai dan yang kecil itu besar supaya semuanya jadi cukup dan sempurna dan akhirnya ia menjadi satu perkataan iaitu bahagia?

Hati kita berada di tengah-tengah diri. Manakala akal kita berada di atas sekali. Jadi akallah yang akan mentafsir hati dan akallah yang akan menguasai hati. Bukan hati yang menguasai akal.

“ Kesempurnaan manusia itu datang daripada kesempurnaan akal. Bahkan ibadah tanpa akal yang sempurna tentu saja penuh dengan cacat celanya”

Penutup: Macam Mana Dan Bagaimana Sifat Bahagia?

Kalau begitu bagaimana sifat bahagia? Macam mana kita hendak mencapainya? Bagaimana kita hendak memetiknya andai dia tinggi di langit? Bagaimana boleh di katakan seseorang itu benar-benar bahagia bukan tertipu dengan keinginan hatinya?

Kalau kita hendak tahu, bahagia itu adalah berasa cukup dengan apa yang kita ada.

Hati kita memang selalu berkehendakkan sesuatu, sekiranya tidak kita turuti, kita mesti rasa kosong dan tidak puas hati. Macam mana hendak senang-senang sahaja berasa cukup dengan apa yang kita ada?

Kalau kita paksa diri kita terima apa yang ada, hati akan merasa tertekan dan tetap tidak akan puas, kita pasti akhirnya tidak puas. Bagaimana mahu atasi itu?

Sebab itulah kesempurnaan akal itu penting. Akal yang sempurna mampu menilai baik dan buruk akan sesuatu hal dan tinggi rendah sesuatu keinginan.
Hati seperti yang kita maklum tidak pernah cukup. Sekiranya tidak pernah cukup, tidak pernah dapat di penuhi, bagaimana hendak bahagia? Sentiasa ada kosong, sentiasa ada lubang.

Sebab itu manusia yang kerjanya seharian, kerjanya menaip, bermalaman, hartanya bertimbun tetapi hidupnya tidak pernah puas. Hatinya tidak pernah berasa cukup, bahagia itu mustahil untuk dia.

Dari sini kita faham sekiranya hati dituruti apa sahaja tanpa sekata, bukan bahagia yang bakal di peroleh, tetapi sengsara. Kerana hati meminta-minta lebih daripada keperluannya.

Kerana itu akal yang berkerja sebagai pengawal bagi hati. Iman pula bekerja sebagai pengawal bagi setiap akal. Menentukan keinginannya dan mengawal segala kemahuannya. Hati yang tidak pernah cukup tidak akan bahagia.

Kata ilmuwan, “ orang yang berbahagia itu adalah orang yang dapat menguasai hatinya. Sebab orang yang dapat memerintah hatinya sendiri lebih besar kekuasaan daripada raja yang dapat menakluk sebuah negeri”

Sekiranya kita mahu bahagia kita mesti bermula dengan akal yang sempurna. Hati kita mesti di penuhi dengan panduan dan ilmu yang Allah berikan. Perlu ada keinginan dengan berpandukan Al-Quran dan Hadis, insyaAllah sampai bila-bila pun hasilnya akan memuaskan kita. Akan memberikan kita hakikat bahagia.

Bahagia itu dengan apa yang kita ada. Apakah milik kita? Tiada apa-apa. Baju? Bukan. Semua hanya pinjaman semata. Ingatlah, Allah sukakan hamba-Nya yang dekat pada-Nya.

Wahai hati-hati yang gusar, ingatlah Allah selalu ada untuk menenangkan diri kamu. Lihat pada pokok bunga, saya suka mengajak semua belajar dari alam. Sebab arwah Tok Ayah selalu mengajak saya melihat kepada alam. Kenapa saya suruh lihat pada pokok bunga? Sebab bila kita lihat bunga, memang indah di pandang bila ia mekar kembang, tapi bila ia sudah layu. Tiada siapa yang sudi memetik. Maka jadilah cacing yang hidup dalam tanah. Berserah diri pada Allah, insyaAllah. Allah bagi kemudahan pada tiap ciptaan-Nya.


0 Responses so far: