Followers

Monday, September 12

Back To Life: Siapakah Aku Dalam Pentas Lakonan Dunia?

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 11:00 AM 2 comments




Back To Life: Siapakah Aku Dalam Pentas Lakonan Dunia?

Pertama-tama kali, saya dengan hati terbuka ingin memohon maaf atas teguran yang agak kasar di ilmi-islam.com dan tautan hati. Kepada Follower dan Pengurusan . Teguran itu hakikat adalah untuk diri saya. Yang sering kali lalai dalam menuju dunia abadi. Entah, esok, entah hari ini, entah sekejap lagi. Nyawa saya di cabut Allah, saya harap, saya sudah menunaikan amanah yang di berikan oleh Allah untuk diri saya. Tanggungjawab, dan didikan ini saya tunaikan, kerana saya terpanggil bahawa saya seorang da’ie. Saya seorang khalifah di muka bumi. Allah telah memberi amanah kepada macam-macam hidupan sebelum ini, tapi mereka tidak mampu pikul.  Tapi, Allah memberikan amanah ini kepada manusia. Kerana Dia Maha Mengetahui.  Dengan ini terimalah dari saya, siapakah aku dalam pentas lakonan dunia?

“Tidak ada sesuatupun yang lebih dekat
kepadamu selain dirimu sendiri;
jika kau tidak memahami dirimu,
bagaimana kau bisa memahami orang lain?

Kau mungkin berkata, ‘aku memahami diriku’,
tetapi kau salah!

Satu-satunya yang kau ketahui tentang dirimu,
hanyalah penampilan fizikalmu.

Satu-satunya yang kau ketahui tentang ‘nafs’mu (jiwa),
adalah ketika kau lapar kau makan,
ketika kau marah kau membuat keributan,
dan ketika kau termakan bara nafsu, kau bercinta.

Semua binatang memiliki kesamaan dengan dirimu
dalam hal ini.

Kau harus mencari kebenaran di dalam dirimu..

.. Siapa dirimu?

Dari mana datangnya dirimu, dan kemana kau akan pergi?
Apa perananmu di dunia ini?
Kenapa kau diciptakan?
Di mana kebahagiaan sejatimu berada?

Jika kau ingin mengetahui tentang dirimu,
kau harus mengetahui bahwa kau diciptakan dari dua hal.

Pertama adalah tubuhmu dan penampilan luarmu (zahir)
yang dapat kau lihat dengan matamu.

Bahagian lainnya adalah jiwamu.

Jiwamu adalah bahagian yang tidak bisa kau lihat
tetapi bisa kau ketahui
dengan pengetahuanmu yang dalam.

Kebenaran akan eksistensimu ada di dalam jiwamu.
Hal lainnya hanyalah pengabdi bagi jiwamu.”

- Imam Al Ghazali
------------------------------------------------------
:: Dikutip dari buku Imam Al-Ghazali,
berjudul Kimiya’e Saadat : “The Alchemy of Happiness”.

Wahai sahabat semua, kenalilah dirimu sebelum kamu mengenali orang lain. Siapakah dirimu? Mungkin ada yang menjawab. “ Saya oranglah. Takkan beruk pulak.” Cuma saya mahu mengajak kita semua mengenali diri kita. Menginsafi akan tiap yang terjadi. Alangkan saya di dalam jalan ini pun terasa. Bila menegur. Ah. Mungkin ini ujian ke berapa kali. Saya juga inging mengajak sahabat semua. Memikirkan. Apakah tujuan kita hidup? Apakah tujuan kita di ciptakan? Adakah hanya untuk makan, minum, tidur? Sudah tentu tidak hanya sia-sia bukan? Kerana sesungguhnya tiada sesuatupun yang Allah ciptakan baik di muka bumi, mahupun yang berada jauh nun di langit; baik sekecil zarrah, mahupun sebesar gunung melainkan dgn sebab dan tujuan.

"Maka apakah kamu mengira, bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (tanpa maksud), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
-Surah Al-Mukminun (23):115

Kenapa Kita Di Ciptakan?

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepada-Ku."
-Surah Adz-Dzariyat (51):56

Ingatlah berkali-kali, dirimu itu tidak lain tidak bukan hanyalah hamba kepada-Nya. Bukan ‘pembantu’ kepada-Nya, kerana Dia Maha Kaya dan tidak memerlukan apa-apa dari hamba-Nya. Bahkan kita bukan juga ‘pekerja’-Nya, yang mana menjadi hak seorang pekerja untuk meminta gaji atas hasil usahanya.


Sedarilah akan hakikat diri  sebagai hamba kepada-Nya. Seseorang hamba itu sentiasa taat dan patuh kepada Tuannya sama ada dalam bentuk suruhan, mahupun larangan; suka mahupun duka. Malah tidak menjadi tanggungjawab Tuannya untuk memberikan apa-apa sebagai ganjaran, walaupun hanya sedikit upah!


Fikirkanlah kembali hakikat asal kejadianmu. Dirimu tercipta bermula dari setetes air mani yang hina. Setetes air yang jika jatuh di lantai, ayam tak patuk, itik tak sudu, malah tak dipandang dek manusia. Namun, Allah telah mengangkat martabatmu menjadi sebaik-baik kejadian. Subhanallah! Dia-lah yang Maha Memberi tanpa kita pinta, Maha Pengasih tanpa kita memberi.

'Bukankah Kami (Allah) menciptakan kamu dari air yg hina (mani),'
-Surah Al-Mursalat (77):20

Justeru, jadilah hamba Allah dengan sebaik-baiknya, dan berbanggalah dengannya. Kita tidak menjadi hamba kepada manusia, harta, mahupun terhadap kekejian nafsu, tapi kita menjadi hamba kepada sebaik-baik 'Tuan', yakni Allah Yang Maha Besar, Maha Berkuasa terhadap tiap-tiap sesuatu. Jadi mengapa kita enggan menjadi hamba-hamba-Nya yang bersyukur?

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitung jumlahnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
-Surah An-Nahl (16):18

Kenalilah dirimu dengan mengenali Allah yang telah menciptakanmu.
Dia-lah Allah Yang Maha Pengampun,
Dia-lah Allah Yang Maha Pengasih,
Dan Dia-lah Allah Maha Panyayang terhadap hamba-hamba-Nya.

Untuk mengenalinya, tidak perlu dengan melihat-Nya atau memikirkan zat-Nya, kerana ianya di luar batasan kemampuan kita. Dia tidak serupa dengan apa yang kita lihat dan apa yang kita gambarkan.. kerana Dia-lah Yang Maha Perkasa, dan apa yang kita lihat dn gambarkn tidak lain tidak bukan hanyalah sebahagian dari makhluk-makhluk-Nya.

 
Bagaimana kita hendak mengenali-Nya?

Perhatikan sekelilingmu, hayatinya, sungguh setiap apa yang kamu lihat, setiap apa yang kamu dengar, setiap apa yang kamu rasai, terdapat tanda-tanda dari-Nya.. akan bukti kewujudan-Nya, bukti keagungan-Nya..

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):
 "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka lindungilah kami dari seksa neraka."
-Surah Ali Imran (3):190-191






2 Responses so far:

Dr. Mohamad Khir Bin Johari said...

anta ada emel x?

kalau gmail lagi bagus..

btw, ana tak faham apa-apa ttg "kecewa"..

Jalal ikram said...

kecewa tu lebih kurang mcm putus asa la bro..kecewa pn ada kelas dia plak...putus cinta kecewa n kena marah dgn bos or cikgu pn boleh kecewa jgk..so ni ke jawapan yg ko nk?