Followers

Sunday, May 1

Senyumlah, Bukannya Merenges

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:49 PM 4 comments





Hari ini permulaan untuk bulan Mei. Oh bulan April punya post tak lebih dari 40. Sebab nak bagi pembaca baca dulu, baru buat yang lain. Bukan mahu mengejar rating blog, tetapi mengejar mereka yang dahagakan ilmu. Saya kejar mereka? Pelik je bunyik. Mungkin kot. Pada permulaan bulan mei ni, den nak buat sikit la tentang bila kita di uji, adakah kita mampu tersenyum.


Usaha amat penting dalam membina kejayaan,biarkan kegagalan lalu terus berlalu,yakinkan dalam hati bahawa  ia tak akan hadir lagi dalam hidup kita.Tanamkan dalam hati bahawa hujan tak akan berpanjangan meskipun sang mentari kehilangan sinarnya dek hujan namun lihatlah,selepas hujan akan muncul sang pelangi indah.Ertinya kita masih mampu menghadapi ujian dan dugaan hidup ini.

ALlah Ta'ala berfirman,"Dan bahawa manusia tidak akan dapat melainkan apa yang diusahakannya."(Surah An-Najim:39).Kita adalah apa yang kita fikirkan,usah dikenang peristiwa lalu.Jangan kerana peristiwa lalu menyebabkan kita tidak mampu menggapai kejayaan yang kita cita-citakan. 


Buat para remaja,tumpukan matlamat sebagai manusia yang ingin terus menambah ilmu bagi menjadi insan cemerlang yang bakal menyumbang manfa'at kepada agama,bangsa dan negara.Usah dilayan mainan remaja yang dapat menghalang kejayaan umpamanya couple(berpasang-pasangan) yang dibimbangi boleh membawa diri ke arah maksiat.Ingat pada ibu bapa yang bersungguh-sungguh mengorbankan masa,harta dan tenaga untuk membesarkan kita dan menjadikan kita insan berguna.


WAJARKAH MENGGADAI KASIH SAYANG DAN HARAPAN AYAH DAN BONDA DEMI CINTA SEORANG LELAKI/WANITA?.


Beringat sebelum kena,berjimat sebelum habis kerana ramai yang terjatuh dalam gejala ini.NaudzubiLlah.

Allah berfirman,"Dan janganlah kamu MENGHAMPIRI zina,sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat(yang membawa kerosakan) (Surah Al Isra':32)

RasuluLlah bersabda,"Tidakkah tidak tinggal di tempat sunyi(tiada orang)oleh seorang lelaki ajnabi dan seorang perempuan melainkan adalah yang ketiganya bersama-sama keduanya iaitu syaitan,"(alhadis) 
Buat mereka yang diuji dengan musibah,telah tertulis suratan nasibmu bahawa dirimu diuji,dan derita yang engkau hadapi itu ada hikmahnya.
ALlah berfirman:"Allah tidak akan membebani hamba-Nya melainkan sesuai dengan kesanggupannya"(Q.S. al-Baqarah/2:286).

"Jangan berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita"(Q.S. al- Taubah/9:40).

'Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.'(QS.Ath-Thalaq:7)

RasuluLlah bersabda,'Barangsiapa yang ingin diberi suatu kebaikan oleh ALlah maka ia akan diuji olehNya.'

Kita mengakui kelemahan diri apabila ditimpa musibah dan ujian ini.Tanpa kita sedari,Dia yang mengatur kehidupan hamba2Nya dan setiap aturanNya terselit hikmah yang membuktikan kebijaksanaan dan keagunganNya.

Hayya 'Alal Falah,selagi masih diberi pinjaman nyawa olehNya,teruskan perjuangan kita.ALlah tidak akan sia-siakan orang yang berusaha dan berdo'a lantas bertawakkal kepadaNya.Akhir kata,RasululLlah bersabda:"Sesungguhnya ALlah Ta'ala mencurahkan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya yang penyayang."

Ibn Atha'iLlah berkata,"Seorang pencinta itu bukanlah orang yang mengharapkan imbalan atau menuntut balasan daripada orang yang dicintainya.Kerana orang yang mencintaimu adalah orang yang berkorban untukmu dan bukan orang yang engkau terpaksa berkorban untuknya."

"Sang pencinta akan selalu menghargai erti percintaan,sang perindu akan sentiasa menghargai sebuah kerinduan dan sebaik-baik cinta adalah cintakan seseorang kerana dia menyintai ALlah dan sebaik-baik rindu adalah merindui orang yang menunjukkan jalan untuk dekat padaNya.

Ada kata- kata buat teman:

Ukhuwwah yang dibina atas nama Allah takkan mengharapkan balasan apabila memberi,tetapi akan selalu berkongsi airmata di kala suka & duka...

Kesedihan temannya bagai pedang yang menikam..
Keceriaan temannya bagai pelangi petang yang takkan hilang...
Kehilangan sahabat bagai hilang permata termahal di dunia....
Itulah sunnah jalinan ukhuwwah pejuang agama

Teman yang baik seindah pemandangan tasik....Teman yang setia pembawa ceria...Teman yang berilmu sering menambah rindu...Teman yang rapat bagaikan tali yang terikat...Teman yang beriman ibarat sinar rembulan...Teman yang sejati bagai pewangi yang mengharumkan...Teman yang sopan pendorong mengejar impian...Teman yang mulia membawa diri hampir kepadaNya...


4 Responses so far:

hans said...

insyaallah
kita pasti tersenyum walaupun mungkin permulaannya kita menangis

~chYaMUHAMMAD~ said...

Alhamdulillah,dikurniaNya kekuatan buat kt bermujahadah..untuk kuat bukan mudah,nak kuat hanya Allah sj yg tahu macamana..krna hakikatnya,Allah sumber kekuatan tu...sntiasa perbaiki diri,ikutlah fitrah sbnr kita,inginkan kebaikan(n_n)

hani~♡ said...

anda teman yg baik! ;p

nollyfyenee said...

Buat mereka yang diuji dengan musibah,telah tertulis suratan nasib bahawa diri diuji,dan derita yang dihadapi itu ada hikmahnya.