Followers

Sunday, May 8

Berfikir Dan Menilai

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 1:53 PM 0 comments




Pada waktu pagi,sang suria memulakan tugasnya dengan memancarkan cahaya dari ufuk timur.Ketika itu sang burung juga mula keluar dari sarangnya sambil terbang riang berzikir memuji Sang Pencipta Alam.Bunga-bunga pula berkembang mekar indah menenangkan fikiran dan kelihatan indah dipandang mata.Bukit-bukau pula masih dilitupi sang kabus putih yang menyejukkan mata bagi sesiapa yang memandangnya.Indah benar suasana pada waktu pagi,kan

Pada waktu petang pula,sang suria telah hampir selesai menjalankan tugasnya mengorbankan cahayanya untuk kemaslahatan kehidupan bumi.Ia mula menarik cahayanya perlahan2 ke ufuk barat.Nampak semakin indah dan pemandangan yang nostalgik apabila menghayati pemandangan senja.Ketika itu,cahaya mentari semakin merah dan terbenam di ufuk barat.Bagi mereka yang sensitif akan alam dan berjiwa sentimental akan menghayatinya dengan sepenuh makna sambil mengimbau nostalgia2 lalu yang menyentuh jiwa...apatah lagi jika dapat menghayatinya dikawasan bukit,gunung,sawah padi dan di tepian pantai,pasti lebih nostalgia
Pabila sang malam bertandang,kelihatan ribuan bintang pula memenuhi angkasa sambil berkelip indah dihiasi pula dengan sinaran sang bulan yang sentiasa setia menemani suasana malam.Amat mengagumkan!ALlah berfirman,"Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat(pada penglihatan penduduk bumi)dengan hiasan bintang-bintang."(Surah As-Saffat:6)

Namun,terkadang sang hujan yang turun dan kadang-kadang turut disertai sang kilat dan dentuman guruh serta kehadiran sang ribut menjadikan suasana alam berduka seketika.Dan ketika itu,sang manusia tertanya-tanya bilakah hujan akan reda?Bilakah sang ribut akan berhenti?Perasaan bimbang dan takut menyelubungi hati.Seketika,sang hujan berhenti,sang guruh dan kilat serta ribut pun tiada lagi,tiba-tiba alam dihiasi dengan kehadiran sang pelangi indah dengan 7 warna membuatkan suasana ketika itu kembali indah.Tak sangka!Selepas kehadiran hujan,ribut dan guruh yang membimbangkan jiwa,tiba-tiba sang pelangi indah hadir di depan mata mengagumkan hati.Begitulah perjalanan alam,sudah ditetapkan Sang Penciptanya iaitu Allah,ada kalanya suasana alam ceria sehingga mengagumkan mata yang memandang dan adakalanya bertukar duka sehingga alam kelihatan 'mati' seketika.ALlah berfirman,:

Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya,masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.(Surah Ar-Ruum:26)

Indah benar kejadian perubahan alam yang sering kita lalui siang dan malam dan setiap perjalanan alam ini tidak pernah Allah jadikannya sebagai sia-sia malah ada hikmah terkandung di sebaliknya untuk kita sama-sama bertafakkur menghayati keindahan ciptaanNya.

ALlah berfirman,"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang,ada tanda tanda(kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah)bagi orang-orang yang berakal.(Iaitu)orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengirng dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi(sambil berkata):Wahai Tuhan kami!Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau,maka peliharakanlah kami daripada azab api neraka,"(Surah Ali Imraan:190-191)

Sebagai makhlukNya,kita juga tidak terlepas daripada suka dan duka dalam menjalani kehidupan di bumi yang sementara ini.Ada kalanya kita berjaya dan ada kalanya kita gagal.Menjadi fitrah manusia,memang tiada siapa yang ingin gagal dalam hidup dan tiada siapa yang ingin hidup susah.namun Allah telah berfirman bahawa Dia sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar dan Rasulullah bersabda bahawa Allah suka apabila seseorang itu melakukan bekerja atau berusaha,maka dia akan bekerja/berusaha dengan bersungguh-sungguh.Dan ini adalah motivasi kepada kita sebagai hambaNya untuk terus berusaha meskipun sering diuji dengan kegagalan.Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya.Selagi kita masih ingin berusaha dan tidak mahu berputus asa,selagi itu kejayaan sentiasa hampir kepada kita,Percayalah!

Tidak dinafikan,gagal itu perit!Musibah itu sakit!Namun kita wajib meyakini bahawa setiap perkara ada hikmahnya meskipun seluruh manusia mencela dan menghina kita,namun ALLAH tak pernah membiarkan hambaNya yang sentiasa berharap kepadaNya begitu sahaja.Rasulullah bersabda,"Jika Allah kasih pada seorang hamba,maka diuji dengan bala,maka jika sabar dipilihNya dan jika rela telah diistimewakanNya.

Selagi kita mampu berusaha,kita mesti terus berusaha meskipun kita tidak nampak jalan untuk mencapai apa yang kita inginkan,kerana Allah Maha Berkuasa dan tanpa kita sedari Dia membuka kepada kita jalan yang tak disangka-sangka dan tak terfikir oleh kita.Rasulullah bersabda:'Jangan menuduh tidak baik terhadap segala apa yang telah ditakdirkan Allah untukmu.'Ini bermakna,ujian yang DIA beri untuk kita mengandungi kebaikan di dalamnya.'

Ayuh,tersenyumlah meskipun sedang berduka,kerana mungkin senyuman yang kita nukilkan akan menjadi penawar kedukaan yang kita hadapi.Cerialah meskipun kita bersedih kerana mungkin keceriaan itu akan menghapuskan air mata yang sedang membasahi pipimu.Teruskanlah perjalanan meskipun pelbagai halangan melanda kerana orang yang meneruskan perjalanan pasti akan tetap sampai jua akhirnya.Dan,senyuman adalah sedekah yang paling mudah.Apabila kita masih mampu tersenyum di saat kita diuji dengan kegagalan dan musibah,itu tandanya kita sabar menghadapi ujian daripada Sang Pemilik Cinta Sejati.Walaupun berduka,senyuman kita mungkin mampu menjadi penawar kesedihan orang di sekeliling kita juga.Teruskan berjuang dan jangan berputus asa meskipun jalan seolah-olah telah tertutup untuk berjaya kerana mungkin kita akan dibukakan jalan yang tidak kita sangkakan.Tiada siapa yang tahu nasib kita melainkan DIA.Orang yang ingin,dia tetap berusaha meskipun jatuh berkali-kali kerana hatinya sentiasa berbisik dan yakin bahawa dia pasti boleh.Setiap kesukaran pastinya terdapat kemudahan di dalamnya.Selagi kita mampu usaha,kita berusaha biarpun kita sentiasa jatuh berkali-kali kerana ALlah tidak pernah abaikan orang yang benar-benar berusaha.Ibnu Atha'illah As-Sakandari dalam Tajul 'Arus menqiyaskan,"cuba kita lihat sang pemburu,walaupun berkali-kali dia melepaskan tembakan dan setiap tembakannya tersasar,namun akhirnya tembakannya pasti akan mengenai sasarannya juga

Apa kena-mengena tentang perubahan alam yang diceritakan di atas dengan kesabaran menempuh ujian hidup?Jawapannya di sini,"Kadang-kadang kita sedih apabila hujan turun kerana matahari telah hilang namun kita tidak sedari rupa2-rupanya selepas turunnya hujan,DIA ingin memberi kita pelangi.."

Ertinya kita berasa sedih apabila apa yang kita inginkan yang kita rasa terbaik untuk kita dan pada pandangan orang lain pun apa yang kita inginkan itu baik untuk kita,namun kita tak sedar bahawa DIA ingin memberi kita yang lebih baik dan yang terbaik daripada apa yang kita peroleh dahulu dari jalan yang kita tak sangka-sangka.Mungkin apa yang kita anggap terbaik untuk kita itu adalah bakal memberi musibah kepada kta kelak.Allah menggantinya dengan lebih baik lagi.Sekadar berkongsi kerana nukilan ini sebagai renungan untuk saya dan sahabat semua,

Wassalam dan moga-moga kita sentiasa ceria meskipun sang langit berduka,meskipun sang alam menangis namun selagi tangan masih mampu menulis,selagi otak masih mampu berfikir,selagi kaki masih mampu melangkah,selagi semangat masih kuat untuk berubah,SELAGI ITU TERUSKAN LANGKAH KITA,InsyaALlah kejayaan akan hadir pada orang yang inginkannya.Perjalanan yang kita lalui ini jauh,namun kita telah ditakdirkan untuk berjalan.Maka dalam perjalanan pastinya ada halangan.Dan halangan itulah yang mendidik kita supaya bersabar.Semoga kegagalan yang kita hadapi akan menjadikan kita menghargai kejayaan yang kita kecapi kelak.


0 Responses so far: