Followers

Sunday, May 22

Cinta Kita Berakhir Di Sini

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:07 PM 1 comments




Hening malam membuatkan Qayyum kesejukan. dia memerhatikan suasana di sekitar Villa  QayRen. Sepi. Dari jauh, hanya kelihatan cahaya suram yang menyuluh sekitar villa. Angin pantai mengelus lembut rambut.

Qayyum mengeluh resah.di manakah rasa cinta? Di manakah rasa rindu? Adakah ia akan berakhir di sini? Atau ia akan berakhir di sana? Apakah perasaan yang akan di hadapi bila kita di tinggalkan? Qayyum meneruskan hidup tanpa orang teersayang di sisi. Anak-anak? Lagikan anak-anak, yang ada hanya bilik yang di penuhi barang bayi.

Qayyum duduk di satu sudut pantai. Dia memerhatikan keindahan penciptaan Allah. Tuhan sekalian alam. Yang memerintah. Tanpa tidur, tanpa leka walau sedetik. Indah. Cukup indah apa yang telah Allah tetapkan.

Dalam diam, Qayyum duduk sambil merenung. Adakah esok ada lagi untuk dirinya memerhatikan keindahan? Sungguh. Hanya mereka yang berfikir sahaja dapat menilai. Hanya mereka yang berfikir sahaja yang dapat memahami. Mengapa dan untuk apa sekolah kehidupan yang cukup besar di ciptakan.



Tarikh            : 5 June 2012
Tempat           : Persisiran Pantai Cherating
Masa               : 10 Malam

Apa yang dulu Qayyum runsingkan telah terjadi. Dia tidak risaukan akan kematian. Kematian adalah satu jangka hayat dan telah menjadi ketetapan bagi setiap makhluk yang bernyawa. Kerana semua itu hanya pinjaman. Ia pasti akan pulang ke tempat asal. Ke tuan asal.

Qayyum hanya risau akan tarbiyah hati. Hati yang mungkin boleh membawa kebaikan. Hati yang mungkin boleh membawa kepada kehancuran. Bagi insan kamil seperti Qayyum amat payah untuk di didik.

Tarbiah Hati, inilah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh kita manusia...

Padahal tarbiah hati itulah pangkal segala kebaikan, jika hati telah dididik, dengan sebaik-baiknya, bermakna kita betul betul telah menafaatkan hati itu dengan sebaiknya.

Jiwa atau hati adalah raja dalam diri manusia. 

Ia umpama pemerintah yang menentukan buruk dan baik sifat seseorang. hati juga ada keperluannya, tetapi kerana sifatnya yang abstrak (maknawi), maka keperluannya juga bersifat abstrak.

Keperluan hati ialah iman dan takwa, oleh kerana sifatnya maknawi, maka hanya mereka mereka yang mempunyai ' mata hati' sahaja dapat melihat keperluan ini dan cara memenuhinya.

Bagaimana kita mengungkai benang yang kusut, maka begitulah juga kita berusaha menyelesaikan kemelut hidup.

Kita perlu cari di mana puncanya atau tujuannya, untuk apa hidup ini.

Malangnya,  ramai yang tidak tahu jawapannya secara tepat dan jelas pada persoalan asas ini, hal ini kerana kita insan biasa walau sebijak mana sekalipun tidak akan tahu apakah tujuan hidup.

Justeru, rujuklah kepada pencipta hidup (ALLAH), necaya di sana ada jawapanya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan, jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah daging itu ialah HATI.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


kerana itu, suatu masalah yang bersifat dalaman soal hati mestilah diselesaikan dengan kaedah yang bersifat dalaman juga. 

Qayyum bergerak mengikut arah angin. Dia kini berada di awang-awangan. Yang kedengaran hanya deruan ombak yang memukul pantai. Jam sudah menginjak ke arah 12 malam.

Qayyum teringat akan usrah dan taskil bersama Ren tentang hidayah. Bukan hidayah yang merupakan insan dan hamba. Tapi hdayah yang hanya Allah berikan.

Tarikh            : 3 Mei 2010
Tempat          : Ruangan Solat di Villa QayRen
Masa               : selepas Isya’
Sayang,

Hidayah berasal daripada perkataan Hadiah ertinya ' kurniaan'.

Hidayah adalah kurniaan daripada Allah kepada manusia ataupun insan insan yang 'terpilih'..
dalam mengharungi 'belantara' kehidupan di dunia ini.

dan perlu ingat, kita semua adalah insan insan yang terpilih.

taufik hidayah adalah hidayah teratas dan paling berharga sekali.

Hanya dengan hidayah ini, insan akan mendapat kekuatan untuk mengamalkan ilmu yang telah diketahui dan dipelajarinya.

Tanpa Hidayah ini, manusia akan dimurkai Allah selaras dengan firmannya yang bermaksud;
' amat besar kemurkaan di sisi Allah sekiranya kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan'

(surah al-saff ayat 61-3).

Taufik hidayah boleh dimiliki dengan mengamalkan hidayah Islam dengan bersungguh sungguh, walaupun pada mulanya sesuatu amalan itu belum terasa manis, tetapi teruskanlah mengamalkannya.

Sedangkan bisa pun bole menjadi ' tawar' apabila dibiasakan, apatah lagi kebaikan yang pada hakikatnya memang fitrah manusia. 

Cuma, sebelum sesuatu kebaikan itu menjadi manis kita perlulah bersusah payah dahulu memaksa diri melakukannya. Ini satu 'sunnatullah' No pain, no gain....

Inilah yang dikatakan mujahadah, yakni perjuangan yang penuh kesungguhan dan kegigihan untuk melawan hawa nafsu secara konsisten.

Yakinlah apabila kita menunjukkan kesungguhan yang padu untuk memimpin diri, Allah s.w.t pasti akan membantu kita.


Firman Allah yang bermaksud ;

' dan mereka yang bersungguh sungguh mendapatkan kami (Allah) nescaya kami berikan petunjuk kepada mereka akan jalan jalan kami'

(Surah al-Ankabut ayat 69 - 29)

Ya Allah,
Kau berikanlah daku satu rasa cinta,
Untuk mendambakan rasa cinta kepada Mu,
Kau berikanlah daku satu rasa rindu,
Supaya aku bertambah rindu kepada diri Mu,

Ya Allah,
Kau lahirkanlah kepada ku bibit dan rasa kasih dalam diri ku,
Supaya daku dapat menambah bibit kasih terhadap diri Mu,
Kau lahirkanlah rasa sayang dalam diriku,
Supaya daku dapat melahirkan rasa sayang yang lebih mendalam kepada diriMu,

Ya Allah,
Jika kau kurniakan daku seorang wanita,
Biarlah dirinya dapat menerima diriku seadanya,
Tanpa rasa sangsi,
Tanpa rasa syak wasangka dalam hati dan dirinya.

Biarkanlah rasa itu dapat menambahkan dalam satu rasa kepada Di Kau.
Biarkanlah rasa sayang itu andai hati itu memang kau kurniakan utnuk diriku.





1 Response so far:

cik yana said...

boley than cite nieh.. =)