Followers

Thursday, March 17

Apa Yang Kita Inginkan?

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:00 PM 1 comments




Wargh, hari ni tension dengan assgmnt, semualah, awek lagi, kuar dating lagi. Kusut. Memang kusut. Mungkin ini yang di rasai sebagai seorang pelajar. Bila permulaan hidup sebagai seorang pelajar telah bermula, pelbagai yang di alami berlaku. Argh, kusutlah. Tapi sebenarnya apa yang saya nak dari hidup aerk? Kadang-kadang mesti tertanya pada diri sendiri.

Betul ke apa yang saya buat ni? betul ke tindakan saya ni? saya nak tu, saya nak ni. kalau boleh saya nak semua. Cuba kamu semua baca apa yang pernah saya kongsikan dulu-dulu. Hidup adalah sebuah perkongsian. Kenapa? Memang hidup ni berkongsi, hatta udara sekalipun kita berkongsi dengan masyarakat sekeliling. Bukan udara je, matahari, semualah.

Biasalah, manusia. Setiap manusia yang di ciptakan oleh Allah mempunyai akal fikiran untuk berfikir, akal fikiran untuk melakukan sesuatu. Mempunyai nafsu. Nafsu yang amat besar. Big nafsu.

Kita tidak pernah puas dengan satu

Memang sebagai insan kamil, kita sebagai manusia memang tidak pernah puas akan sesuatu benda. Dah dapat yang kecil, kita nak yang besar sikit. Dah dapat yang besar sikit nak yang lagi besar. Begitulah sifat manusia yang mengikutkan nafsu.
Biar kita baca ungkapan yang pendek ni sebentar

♫♫ Bebas Bebas Ku Berlari....
Ibarat Burung Terbang Di Langit...
Bebas Bebas Ku Di Sini...
Bermain-main Sesuka Hati.....
♫♫

Dalam diri kita nak jadikan penghidupan kita ni sebagai satu wadah dan jalan. Memang kadang-kadang kita sendiri ragu-ragu dan tidak tahu mana hala tuju kita. Ke sana ke? Ke sini ke? Ke kanankah atau ke kiri? Semuanya bergantung pada niat dan amalan diri kita sendiri.

"Aku Ingin berubah! Ya, Aku Ingin berubah!" Kata-kata ini hanya memperakui perubahan diri dalam tempoh sehari sahaja. Walaupun lelah dada mengulangnya 100 kali dengan satu nafas, ia tidak mampu memberikan kesan yang jitu dalam diri. Memang kelihatan ada perubahan. Namun hanya sementara. Perubahan ini bukan semudah menjadi ultraman ataupun gaban dalam sekelip mata, tapi ini adalah satu perubaahan diri dari negatif kepada positif.

Perubahan sebenarnya lahir bukan hanya dari kata-kata sahaja. Perubahan itu timbul dari gelodak hati kita. Kerana itu hati disebut sebagai qalbun di dalam Bahasa Arab, yang membawa maksud antaranya; berbolak balik atau tidak tetap atau berubah.

Firman Allah Ta'ala:

وَنُقَلِّبُ أَفۡـِٔدَتَہُمۡ وَأَبۡصَـٰرَهُمۡ كَمَا لَمۡ يُؤۡمِنُواْ بِهِۦۤ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬ وَنَذَرُهُمۡ فِى طُغۡيَـٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ

Dan (begitu pula) Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al Quran) pada permulaannya, dan Kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat. (Surah Al An'aam; ayat 110)

Sebagai contoh, anda berjanji untuk tidak meninggalkan solat fardhu pada awal waktu dengan berjemaah. Dalam tempoh masa 2 -3 hari ini anda kelihatan aktif bergiat keluar masuk masjid. Namun setelah beberapa hari berlalu, perubahan itu semakin luput dari jasad. Ke mana ia menghilang?

Sebenarnya suasana juga memainkan peranan dalam perubahan diri menuju ke arah kebaikan. Suasana yang membuatkan hati mula berubah yang kemudiannya memberi kesan kepada pengurangan iman anda. Anda ingin belajar mengikut masa. Namun anda masih duduk di dalam sebuah rumah yang dilingkungan oleh penggemar bola sepak yang sentiasa terduduk keras di hadapan televisyen. Ahli rumah anda seramai 6 orang. Hanya anda seorang sahaja yang kini terkial menongkah dan melawan arus sifat negatif dengan sampan azam yang masih baru itu. Bolehkan ia bertahan untuk berlawan dengan ombak yang sekuat 6 orang itu? Gagah itu tidak ada pada anda di saat ini.

Oleh itu, jika anda masih lemah, masih baru untuk melakukan perubahan, maka bersahabatlah dengan orang-orang yang sudah beruabah. Bergaullah dengan mereka yang selalu ke masjid, walaupun anda tidak berniat langsung untuk menjadi AJK Masjid. Bergaul dengan mereka yang rajin belajar. InsyaAllah ada kesan dan peningkatannya.

Penutup:Redhalah Dengan Kehidupan Anda

Redhalah dengan kehidupan anda sekarang atas apa yang berlaku. Kelak klita akan mampu meneruskan kehidupan ini dengan bahagia. Inilah mengapa sebabnya semua orang Islam wajib untuk beriman dengan taqdir Allah Ta'ala. Apa yang ditaqdirkan oleh Allah pasti akan berlaku walau betapa kuat diri kita untuk menolaknya. Begitu juga sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Usahlah bersedih dengan rezeki yang sedikit. Ia tetap pemberian Allah. Yakinlah bahwa rezeki tetap akan datang kepada tuannya seperti juga maut datang tanpa dipinta oleh si hidup. Jangan juga menyalahkan Allah dan mempersoalkan akan keadilanNya. Walaubagaimana kuat anda bekerja kelak tiba-tiba dipecat, anda akan menderita juga.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Janganlah engkau menuduh Allah terhadap apa yang telah ditetapkannya kepadamu.(Hadith riwayat Ahmad) Ketahuilah setiap apa yang Allah lakukan dalam hidup kita adalah kebaikan. Apakah kebaikan itu. Kebaikan akan datang bila anda bersabar;

Pertama: Pahala akan diberikan seandainya anda bersyukur di atas kejayaan yang diberi.

Kedua: Pahala juga akan diberikan andai anda sabar dalam kegagalan yang ditimpa.

Oleh itu selesai dari apa-apa pekerjaan, serahkanlah kepada Allah. Fahamilah takdir Allah itu bukan untuk menyiksa manusia tapi untuk memperkukuhkan jati diri dalam hati kita.


1 Response so far:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

naskhah yg baik utk direnungkan..