Followers

Tuesday, March 8

Indahnya Kenangan

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 2:59 AM 9 comments


macam biasa,hehe,,pause dulu lagu kat sebelah tu kalau bosan dengar lagu sama je.


Alhmadulillah, kali ni saya nak coretkan sedikit, tentang pengalaman hidup. Pengalaman hidup? Hidup pun baru berapa kerat, berapa lama dah nak kongsi? Ya, saya nak kongsi. Kisah cinta. Cinta yang mana cinta di tutup dengan cinta. Sebab apa, saya cuma berfikir hidup ini merupakan satu aspek perkongsian hidup. Tidak kira la kita ni bangsa mana, yang penting Tauhid kita satu, iaitu mengEsakan Allah.

Siapa di kalangan kita yang sedang membaca perkongsian kali ini pernah ‘frust dalam bercinta’ sila like, eh, tak la, sila sambungkan pembacaan sahaja ya. Siapa yang pernah merasa putus cinta ni mungkin tahu apa tu sakitnya bila putus cinta. Yang lagi pelik, dan lagi aneh yang berlaku dalam diri ini, bila dah putus tu, bukan ada perasaan benci, tapi rindu yang mencengkam kat hati. Bila teringat, mulalah rasa rindulah, nak nangislah.

Ada tidak kamu rasa macam tu? Kadang-kadang tengok fb dia, gatal tangan dok msg dia. Sekaranglah facebook, tapi dulu-dulu bukan zaman facebook. Cuma ada zaman Friendster. Dan kadang-kadang pernah tak kamu gatal-gatal kaki nak jalan ke kawasan rumah dia? Padahal si dia tak nak jenguk pun. Tapi diri sendiri yang dok gatal jalan. Buat pe? Sampai kawan-kawan gelar “SRS” tak berbayar.

Pernah sampai diri ini di fitnah macam-macam. Cuma orang kata, bila dah sayang, kena marah atau maki hamun, telinga dah macam ada badak. Tersumbat. Sumbep. Biarkan apa orang kata, padahal benda itu memalukan diri sendiri. Itulah orang boleh cakap, bila bercinta seseorang itu boleh jadi kurang pandai walaupun mereka itu adalah golongan cendekiawan dan ilmuwan. Itulah hakikat sebenar cinta yang tiada landasan syiar Islam. Tapi dalam Islam ada ke tentang kapel? kamu boleh semak balik di blog ini atau blog orang lain tentang kapel. Sebenarnya baru sahaja view page si dia. Dan bersyukur dia dah temui orang yang terbaik dalam hidup dia.

Dan apa yang saya nak kongsi bersama, betapa lama saya dapat melupakan, dan akhirnya dapat juga lupakan. Mungkin bagi orang lain biasa, tapi bagi saya adalah luar biasa. Orang cakap, kapel tidak sampai setahun jagung, jagung pun tak nak tumbuh agaknya, tapi melupakan adalah perkara yang paling payah dalam hidup. Lima tahun derita merindu. Cukuplah, sampai sini sahaja rinduku padamu. Kerana ada hak yang lagi utama yang perlu di rindu. Iaitu sang Khaliq.

Betul kata bijak pandai:

Cintailah seseorang itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu bencilah apa yang engkau bencikan itu sekadar cuma, takut apa yang kamu benci itu menjadi cinta kamu.

Putus Cinta Bukan Jalan Terakhir Buat Diri

Bila diri ini acapkali terbaca wall post rakan-rakan dif b yang rata-rata putus cinta, nak langgar dinding, yang bawak laju. Ya, ia adalah satu respon yang amat memberangsankan untuk akal fikiran kita. Tetapi memberangsangkan cara negatif. Tapi ingatkah dengan janji Allah, Allah juga mencintai orang-orang yang sabar. Dia sabar menghadapi ujian dunia, sabar menghadapi kepedihan-kepedihan

Dalam firman Allah:
……Allah menyukai orang-orang yang sabar. (Ali Imran : 146)

Apabila kita merangsangkan jiwa kita dengan perkara yang positif, ia adalah permulaan yang baik. Ingat dan percayalah, bahwa kita tetap ada Allah. Memang pada awalnya saya juga sukar untuk menerima hakikat. Hakikat kehilangan orang yang di sayang. Kehilangan insane yang di kasihi. Tapi adakah kita fikir, apakah asbab pihak yang di sebelah sana memutuskan ikatan meterai janji kita? Janji kita bukan lagu spin, tapi janji yang di buat antara si dia dan si dia. Banyak sebab yang boleh menjadi persoalan, dulu, ya dulu saya seorang perokok, mungkin dia tak suka dengan lelaki perokok, atau mungkin kerana pihak yang ketiga? Atau ada tidak di restui ibu bapa kerana masih bersekolah?  Ni yang bila putus cinta, aduh, mencengkam ke pangkal hati.
Tapi, semuanya adalah dari Allah, Allah yang aturkan segalanya. Dan segala yang datang dari Allah ada rahmat yang tersembunyi yang kita tidak nampak pada mata kasar. Tetapi pada pandangan Allah yang maha luas berbanding dengan pandangan kita yang terbatas.

Bila kita renung balik surah Al-Baqarah:
” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”

Sesuatu yang kita cintai belum tentu dapat membawa kebaikan pada diri kita, dan sesuatu yang kita benci belum tentu akan memudaratkan diri kita.
Tapi saya memang akui, memang ada sedikit kelemahan dalam bab ni. memang mudah mengalah. Entah. Orang kata, no komen.

Bila kita rasa dia terbaik

Sebab apa kita sayang pada orang itu? Sebab apa kita pilih orang itu? Mesti dia adalah yang terbaik. Tapi bila si dia berpaling tadah. Waktu tu macam ada seketul batu besar yang menghempap kepala. Menghempap sampai ke permukaan bumi. Sampai ke kerak dan bawah kerak apa? Bawah kerak periuk nasi. Bila dah terkena kat batang hidung sendiri baru terasa “ mengapa dia buat aku macam ni? apa salah aku? kenapa aku yang terpaksa menanggung derita ini?” ini mungkin salah satu perkataan yang terkeluar dari mulut kita. Ye, kita rasa frust yang amat sangat kerana apa? Sebab kita rasa dialah yang terhebat, terhavoc, tercomel, tersopan santunnya, dan segala ter lagi yang ada. Segala ter yang terkeluar dari mulut. Sukar menerima kenyataan ada orang yang seumpama si dia. Itulah saya. Lepas tu baru nak muhasabah diri balik “ Ya Allah, kenapa aku yang di beri ujian sebegini?”

Namun pada hakikatnya kita lupa akan seseuatu. Kita tidak terfikir, kenapa Allah merencanakan sebegini? Adakah kerana Allah merencanakan sesuatu yang indah untuk kita terima pakai. Mungkin bila kita salami ada maksud yang tersirat di sebalik rahmat. “Allah ‘menjemput’ kita bercinta dengan Dia.”
Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan ‘frust’ berkali-kali.

Penutup: Pandanglah dan tanyalah pada diri.
Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.
Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.
Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.
Ingatlah, bukan perpisahan yang menyakitkan, tetapi yang menyebabkan kita sakit itu adalah sebuah pertemuan. Kerana di dalam pertemuan adanya perpisahan.


9 Responses so far:

~Kiseki Of Muslimah~ said...

syukron jazilan atas perkongsian yg sgt bermanfaat akhi...
sungguh..ana juga mngahadpi bnda yg sama mcm akhi..dan sunggug hingga saat ini ana masih belum dpt lepaskan kngan itu sepenuhnya..
tahniah pada akhi kerna dah berjya mnghilngkan dia dlm rindu akhi..
dan seperti akhi juga.. dia jua telah bertemu org lain..
4 tahun buka 1 tempoh yg pendek untuk mngajar hati bersifat sabar..
dan apa yg akhi kongsikan mmg sama dgn apa yang ana alami..
Alhamdulillah.. setelah baca entri kali ini.. InsyaALLAH ana akan lebih kuat melwan rasa ini..
moga Akhi juga tabah dan terus berjuang dalam mendapat redha dan cinta ALLAH.. jazakallah..

mohd saad mubarok bin ahmad said...

Allah itu maha adil,InsyaAllah, ada hikmah yang kta tidak nampak.mungkin bukan hari ini,mungkin esk, yng pntg sentiasalah bersama dgn Allah

tamar nabi said...

BISMILLAH....naam ustad.biar Dia jadi matlamat utama.insyaAllah,akan terpandu diri2 yg faqir ini untuk dituntuniNya ke jalan yang dipenuhi kebahagiaan yang hakiki fi dunia wal akhirah..cinta Dia Yang ABADI.bukan mudah utk memandu diri mengAgungiNya melebihi melihat kesempurnaan diri manusia.segalanya melalui ilham pinjaman dan keizinan Allahu Robbi..selangkah kt dekat pdaNya,sepuluh langkah DIA menghampiri kita.namun,tiada daya upaya kita,hamba yang hina melainkan dengan kudrat dn iradatNya.

kekuatan utk kt mencari CINTA AGUNG bukan MUDAH. tapi PAYOH NGAT EH,,(bak kata org trengganu).seseorang manusia akan mncariNya tika merasa diri benar2 jatuh dan lemah.kejatuhan itu yang bisa mmbuatkan diri mendekati Robbi...pandulah diri sntiasa buat menghampiri pintu2 hidayah Allah..dn sudah pasti yang utama itu ialah,MUKJIZAT AGUNG,AL-QURANUL KARIM..'hayya taqorrub Billah,sahabat sahabiah'

mohd saad mubarok bin ahmad said...

betul wa,hati akan cepat tergyah bila di uji, tak kire di uji yang bagaimana, macam ni, atau mcm tu, kalau tidak redha, atau ikhlas dalam menempuh ujian,tu yang jadi merana

tamar nabi said...

merana kerana diri sendiri yg memilih jalan itu.pokok pangkalnya sebenarnya diri seseorarang tu.dia berhak mmbuat pilihan,dgn izin Allah..sebab tu,kalau xada ilmu,boleh sebabkan kt jd mcm tu~xredho,xikhlas..teringat pesanan al-Fadhil ustaz Aqila magrib tadi,"moga kita berada di mana sekalipun lepas ni,tetap menjadi Hamba Allah yg sntiasa dahagakan Ilmu.sentiasa MENCARI ilmu."ilmu tu PENTING utk dicari sahabt2...betapa kt semua ni jahil,hakikatnya..tp amanah Allah buat kt,khalifahNya utk memakmurkan muka bumiNya ni sebaiknya..sm2 kt semua.."tuttutlah ilmu dari buaian hgga ke liang lahad.JADILAH PENCINTA ILMU semua.moga dikurniaNya kefaqihan insyaAllah aminnn~

tamar nabi said...

tuntutlah ilmu dari buaian hgga ke liang lahad.betul tu ustad,namun pokok pangkallnya diri kita sendiri.kt nak dorongkan jasad hak Allah ni ke arah kebaikan atau terus merana sbb jalan yg kt pilih tu tak tenang.kat sini juga,kt blh kaitkan dgn ILMU...kalau xtahu,mcamana kt nak belajar mengenal erti redho?mcamana nk ikhlaskn diri kalau xtahu caranya?(misalan sj la).maka,jdilah kt pencinta ilmu,ilmu tu PERLU DICARI,bukan ia mencari kita..sma2 kt semua shbt2..mg dikurnia kefaqihan dlm memahami dn mengkhadam ilmuNya amin,..biar kt rasa kt xada apa2,kt rs btul2 HINA baru bisa atasi segala jerih payah asam garam kehidupan ni..yok byk2 join taman2 syurga@majlis ilmu*(n_n)

mohd saad mubarok bin ahmad said...

majlis ilmu,kdang2 rang akan rasa ngantok.=)

Rabbitah Binti Hambali said...

Assalamualaikum..

Semoga hang sabar menghadapi ujian yang Allah swt berikan pada hang...
Tak semua pengakhiran cinta itu berakhir dengan indah..Semoga hang berjumpa dengan pemaisuri hati hang..
Dah jumpa,jangan lupa jemput den ke majlis walimah hang..InsyaAllah,den sampai..(^_^)

Anonymous said...

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.