mungkin lagu ni tak da kena mengena dengan perkongsian kali ini,
Alhamdulillah, detik-detik yang di tunggu sebagai seorang pelajar selama 3 tahun telah habis dan tamat. Hari sabtu itu hari baru je saya habis konvo. Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran selama tiga tahun, akhirnya telah berjaya juga menamatkan pengajian di dalam bidang mekatronik. Pecah kepala, semua berbaloi.
Mungkin sebagai seorang pelajar, detik-detik konvokesyen adalah hari yang paling bermakna buat mereka. Mana taknya kan, sekali dalam seumur hidup, naik atas pentas. Terima anugerah dan sijil. Macam-macamla, anugerah pengarah atau dekan, angerah projek terbaik semua di tonjolkan pada majlis konvokesyen.
Macam-macam ragam manusia yang dapat di perhatikan semasa majlis istiadat konvokesyen. Orang yang rambut panjang, rambut pendek, yang ‘smart’ yang bergaya, semua ada. Tapi hakikat yang asal adalah untuk melahirkan pelajar yang berguna di sisi agama, bangsa dan Negara.
Baru Permulaan Konvokesyen
Kenapa baru permulaan konvokesyen? Bukankah konvo itu sekali atau dua kali? Adakah konvo ni hari-hari ada dalam diri setiap orang yang bergelar al-insan? Mungkin. Kalau mereka ni jenis yang kaki belajar. Mungkin hari-hari adalah hari konvo mereka. Mana tidaknya, dunia adalah “sekolah” kehidupan bagi mereka yang di ciptakan oleh sang Pencipta.
Dengan keadaan dunia yang serba-serbi nakkan kemajuan dan terkehadapan. Diri kita mesti nak upgrade dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Dari ke arah yang lebih baik. Bertepatan dengan kata-kata sari saidina Ali karamaAllah:
"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam."
Tapi pada pandangan semasa yang boleh di ambil. Kebaikan yang di ambil kira adalah sedikit berbanding keburukan. Trend ikut-ikut kawan yang akhirnya terjebak ke satu konflik yang lebih menjerumus diri ke lurah yang lagi dalam. Mungkin bagi mereka itu adalah yang terbaik. Mungkin. Itulah “sekolah” dunia. “Sekolah” yang amat luas dan cukup besar untuk kita mendalami ilmu yang ada.
Pada hakikatnya, adakah kita sedar yang sebenarnya kita ini akan ada satu lagi majlis “konvo” yang amat bermakna di dalam hidup kita? Adakah selama ni kita sedar dan memerhati hakikat penciptaan? Kenapa kita di ciptakan? Apakah tujuan di sebalik kita di ciptakan? Adakah kerana untuk enjoy? Adakah untuk kita bersuka-ria. Suka-ria dengan enjoy sama tak? Harap-harap sama.
Apabila di katakan bahawa dunia adalah “sekolah” yang amat besar. Maka, ia mesti ada pengakhiran dan waktu tamat belajar. Adakah kita gunakan masa yang ada untuk belajar, dan mempelajari, malah memperbetulkan sebarang bentuk kesilapan? Muhasabah balik diri kita, adakah selama ini kita di dalam kategori manusia yang bersyukur? Atau kita ni dari kategori mereka yang kufur?
Apabila kita lihat dan perhatikan ayat Allah dalam surah al-baqarah:
Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). (Al-Baqarah 2:28)
Adakah kita ini dalam kategori insane yang bersyukur akan nikmat Allah yang Allah beri pada hambaNya?
Penutup: Muhasabah Diri, Kita Akan Di Konvokan
Mungkin perkongsian kali ini agak tak best untuk di baca, namun sedarlah duhai diri. Ingatlah wahai diri, bahawa kita akan di “konvo”kan setelah kita di bangkitkan. Setelah tamatnya sesi pembelajaran kita di sekolah.
Kita akan di “konvo” di hadapan Sang Pengajar Yang Maha Agung iaitu Allah s.w.t. dan di hadapan Allah kita akan menerima “buku” penghargaan dari Dia mengenai amalan dan catatan kita semasa hidup. Adakah kita telah bersedia meniti hari itu duhai diri? Ajak diri berfikir sebentar.
tahniah~~
Post a Comment