Followers

Wednesday, April 27

Takdir Cinta: Pada Mu Kekasih, Aku Berserah

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:32 PM 1 comments





Sejak pertama kulihat engkau, 
Hal yang paling mendalam yang kurasakan adalah 
Kejujuran, kecerdasan dan kehangatan dirimu.
Kini, pun sama hanya seribu kali lebih dalam dan lebih lembut.

Aku mencintaimu sebelum kita berdekatan, 
Sejak pertama kulihat engkau. 
Aku tahu ini adalah takdir. 
Kita akan selalu bersama ...
Dan tidak ada yang akan memisahkan kita 

Sekejap sengih, sekejap termenung, pastu ketawa. Alah bisa tegal biasa. Alangkan gunung yang rendah pun tak terlepas dari di daki. Ni pulak nak daki gunung yang tinggi. Gunung yang tinggi tak pe, ni gunung berapi. Tak sihat ke? Ye, memang tak sihat. Andaian orang bercinta. Bercinta sambil berangan. Macam ni la jadinya. Tak paham.

Kalau dah bercinta bagai nak rak, nak cari bahagia. Mana bahagia itu? Di sinikah? Atau di situ? Dalam lagu shahir “ temu kebahagiaan, dalam perpisahan”. Kenapa dalam perpisahan boleh datangkan bahagia buat sesetengah manusia? Kenapa bukan pertemuan?

Sebab, umat Islam perlu mencari keberkatan dalam hidup. Hatta, kepada kerja sendiri dan diri sendiri pun kena ada keberkatan dari Ilahi. Kalau Allah tidak memberkati hidup dan diri kita. Satu apa pun tak boleh.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah ayat 155-157)


Ada golongan berusaha siang malam mencari rezeki. Malah, sanggup menggadai nyawa tetapi mengapa ia tidak memberikan jaminan kebahagiaan? 
Mengapa ada yang memiliki rumah besar dan megah, tetapi masih tidak gembira? Bahkan mereka bermati-matian mencari kebahagiaan dan ketenteraman, sedangkan apa yang mereka peroleh ialah masalah. Kenapa ia berlaku? 

Antara sebabnya ialah tiada keberkatan. Rasulullah s.a.w mendoakan sahabatnya di majlis perkahwinan semoga rumah tangga berkat.



Mencari Kebahagiaan Dalam Hidup

Kebahagiaan adalah antara nikmat Allah yang terbesar, yang dikurniakan kepada para hambaNya. Ia adalah antara tanda sifat pemurah Allah kepada manusia.Bahagia itu mulanya pada perjalanan kita menuju bahagia. Kalau seseorang menuju kebahagiaan hakiki dan abadi, maka setiap langkah dalam menuju kebahagiaan hakiki tersebut adalah kebahagiaan, begitulah sebaliknya.Ia bermula daripada kita memperbaiki makna kebahagiaan dalam diri kita dengan makna kebahagiaan hakiki, lalu kita terus melangkah menujunya dengan langkah yang teliti berdasarkan petunjuk Ilahi. Pada ketika itulah, kita akan menjalani sebuah kehidupan Rabbani yang membawa kebahagiaan abadi, di dunia ini dan di akhirat nanti.

Kebahagiaan,cinta dan kasih sayang hanya terdapat di hati rohani yang bersih dan merdeka dari belenggu selain Allah s.w.t. serta murni dari pelbagai tujuan selain Allah s.w.t.. Ini kerana, kebahagiaan, cinta dan kasih sayang hanyalah sebuah identifikasi dari cinta dan kasih sayang Allah s.w.t. kepada hambaNya. Maka, kebahagiaan yang hakiki adalah kebahagiaan yang terbit dari roh yang murni ini.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"


'Kebahagiaan, cinta dan kasih sayang hanya terdapat di hati rohani yang bersih dan merdeka dari belenggu selain Allah Ta'ala serta murni dari pelbagai tujuan selain Allah Ta'ala.. Ini kerana, kebahagiaan, cinta dan kasih sayang hanyalah sebuah identifikasi dari cinta dan kasih sayang Allah Ta'ala kepada hambaNya. Maka, kebahagiaan yang hakiki adalah kebahagiaan yang terbit dari roh yang murni ini.' 

Penutup:Kepada Mu Kekasih Aku Berserah

Adakalanya cinta itu menyakitkan namun yang menyakitkan itu akan membuat diri kita lebih menghargai erti sebuah cinta.Cinta itu terlalu kuat dan terlalu indah. Cinta itulah satu-satunya perasaan yang lebih kuat daripada derita akibat kehilangan.Bila hati kecewa kerana cinta,ketika itu remuk rasanya namun apabila kita bersandar padaNya,pasti DIA akan membuka jalan yang tak kita sangka-sangka.DIA tahu apa yang terbaik untuk kita...Kekecewaan bukannya tanda berakhirnya segala cita-cita tetapi ia boleh menjadi satu permulaan untuk membina sebuah jalan kebahagiaan.Setiap apa yang dilalui dalam hidup ini adalah pelajaran,maka di sini kita mempelajari bahawa dalam hidup ini kita tidak dapat lari daripada masalah dan kehilangan sesuatu yang kita sayangi.Kebahagiaan bukanlah seni membangun kehidupan yang bebas dari masalah. Kebahagiaan adalah seni untuk merespons dengan baik ketika masalah menghampiri kita. 

Akhir kata,cinta itu adalah sesuatu yang amat perlu dihargai.Cinta bukannya permainan tetapi satu perasaan yang abstrak di mana terdapat kekuatan yang mampu membina sebuah madrasah kasih sayang dalam kehidupan ini.Orang bijak dan budiman sejak zaman ke zaman pernah mengatakan bahawa cinta adalah sendi segenap keutamaan di dunia ini.Kalau tiada cinta, nescaya nilai kemanusiaan akan hancur.

Meskipun andai cinta ini tidak berbalas,cinta itu tetap akan dihargai hingga ke akhir hayat,meskipun esok dunia ini akan ditinggalkan cinta tetap menjadi keutamaan dalam hidup ini.Cinta mampu menjadikan seseorang insan itu daripada pesimis berubah kepada optimis.Hargailah cinta jika ia hadir dalam hidup dan jangan lukakannya walau sebesar lubang jarum.Dan seandainya kekecewaan tentang cinta yang tak terbalas itu menyelubungi diri,Ibnu Atha'illah dalam Tajul Arus memberi penawarnya dengan berkata,"Andainya kamu menyintai manusia belum tentu cintamu terbalas,tetapi andainya kamu menyintai Allah pasti cintamu akan berbalas,".Dan secebis kata indah dari hembusan angin lalu yang bertiup pilu bagi mengubati hati yang kecewa kerana cintanya tidak berbalas,terimalah kata-kata ini,"Cinta Allah kepada hamba-Nya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan.Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan yang dialami oleh hambaNya. Jumpa lagi di tempat dan blog yang sama. Tautan Hati.


1 Response so far:

:::cInta Muhammad::: said...

Like!~pAdaMu KekaSiH AkU BerserAH~Ya Allah,,hanya padaMu kuberserah....(n_n)('',)