Followers

Wednesday, April 6

Copy And Paste

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:57 AM 0 comments


Kenapa Kita Perlu Berpasangan?

Beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo,Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?

Sahabat, Cinta datang tanpa dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari lanngit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Sahabat, kedatangan seorang dalam kehidupan kita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, harus bersedia menerima kecampangan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, berpasangan memang mendatangkan bahagia.Tetapi lelaki dan wanita juga mendatangkan sengsara.Tetapi jika kita bijak menatangnya,semuanya pasti beroleh kebaika. Namun itulah adat dalam perhubungan.Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia,barangkali juga daripada kita, tetapi kita mestilah berhati-hati mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih.Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu di ilhamkan Allah untuk berkasih sayang dengan bapa

Tetapi kerana ciptaan Allah itu indah, kaum wanita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi,tetapi dekat pelusuk hati – Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang,wanita pula adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Allah wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga,menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.


kasih sayang adalah perpautan jiwa seseorang terhadap sesuatu..
yang dipandang dapat melazatkan atau membahagiakan.

Jika perpautan itu lebih kuat lagi, maka ia dinamakan 'rindu'.

sehingga rela seseorang itu menjadi hamba kepada kekasihnya. 
mahu mengorbankan segala apa yang dimilikinya demi kekasihnya.

share sedikit.. tentang kisah Zulaikha ketika cintanya
kepada Yusuf as teramat sangat sehingga ke puncak kerinduan..?

Dia rela mengorbankan segala harta dan kecantikannya, dia memiliki
emas permata kalung dsbnya...namun semua itu dia korbankan 
demi cintanya kepada Nabi Yusuf as..

diceritakan, bahawa ketika Zulaikha telah beriman kepada ALLAH dan telah menjadi isteri Yusuf, dia malah suka menjauhi Yusuf as...

dia lebih suka menyepi untuk beribadah serta memutuskan dirinya 
untuk beribadah...

ketika Yusuf memanggilnye ke bilik di siang hari, maka dia menolaknya
sampai datang malam hari...

sekiranya Yusuf as memanggilnya di malam hari, maka dia menundanya
sampai siang hari, dan dia berkata, 

"wahai Yusuf, dahulu aku menyintaimu sebelum mengenali DIA...
maka kini setelah mengenalinya, maka tiada lagi cinta
selain untuk DIA...
dan aku tidak perlu pengantinya.."

(dipetik dari kitab Imam Al_Ghazali...)

begitulah...

.... menyintai ALLAH mengatasi segalanya...


0 Responses so far: