Followers

Saturday, October 29

Transformasi Diri Menjadi Seorang Yang Unik.

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:03 AM 1 comments






Kali ini kita akan berbicarakan mengenai ruangan dan skop yang agak lebih meluas dan menyeluruh. Transformasi diri. Sama juga macam kerajaaan melaungkan dan menggembar-gemburkan transformasi ke arah penididikan yang cemerlang. Ke arah politik yang lebih menjamin, tapi kali ini ana nak berkongsi akan sesuatu. Iaitu jatidiri kita sebagai seorang remaja. Remaja Muslim. Yang sejati.

Acapkali kalau kita perhatikan di dada akhbar, remaja kini seringkali terlibat dengan masalah sosial dan salah laku. Ya, dua perkataan yang tidak boleh kita pisahkan dalam diri dan kepompong masyarakat. Asalkan nama remaja, mesti ada masalah sosial dan salah laku. Kenapa itu mesti melekat pada diri kita yang di gelar remaja? Awal bulan kita dah bertemu dengan artikel tentang remaja juga, tentang di mana pewaris Al-Fateh penakluk kota konstantinopel. Kalau kita nak menjadi pewaris Al-Fateh. Kita kena baca artikel ini dahulu. Pada kali ini saya lebih berminat mengajak semua mentransfomasikan diri kita menjadi remaja unik. Apa?! Ramaja unik? Macam mana tu?

Sebelum tu saya nak ajak semua ingat kembali, apa yang di namakan masalah sosial di kalangan remaja. Sebab saya pun remaja juga. Apa ya masalah sosial yang sering di kaitkan dengan remaja? Malasah salah laku yang sering di kaitkan di dada akhbar dengan remaja seperti parti liar, seks bebas, jenayah dan 1001 masalah lain yang kerap di dedahkan di dada akhbar.

Persoalannya di sini, mengapa mesti remaja terdorong ke arah sebegitu?

sebab remaja ini muda lagi. Berdarah ‘panas’. Tidak berfikir panjang. Nak mencuba sesuatu yang baru.’

Bagi ana, jawapan ini semua boleh di persampahkan dan di longgokkan di dalam satu tong sampah. Sebab sebenarnya setiap manusia itu di berikan Allah jalan dan pilihan serta jalan penyelesaian masalah sekali untuk menjadi baik atau sebaliknya. Remaja juga tidak terlepas dari di berikan Allah akan pilihan tersebut. Sebab remaja juga adalah khalifah di muka bumi.

Tunduk Dan Sujud Kepada Allah

Tiadalah apa yang telah Allah perintahkan itu melainkan memberikan kebaikan kepada manusia. Apabila Allah perintahkan kita untuk laksanakan sesuatu, pastinya melaksanakan sesuatu itu akan memberikan kebaikan kepada diri kita walaupun kita tidak mengetahui apakah kebaikan yang akan kita dapati.

Apabila Allah telah perintahkan kita untuk meninggalkan sesuatu , pastinya meninggalkan sesuatu itu akan menguntungkan diri kita sendiri secara automatikal.

Justeru hendak mencapai kebaikan, kehebatan keagungan, maka resipi pertamanya adalah sujud kepada Allah s.w.t. remaja yang unik adalah remaja yang sujud kepada Allah semata.

Dia menjalankan perintah Allah, melaksanakan apa yang telah Allah suruh laksanakan, dan meninggalkan apa yang telah Allah larang.

Automatiknya, remaja yang tunduk kepada Allah akan meniggalkan rokok, arak, pergaulan bebas, malas, culas, jenayah dan 1001 malasah sosial lain.

Itu sahaja sudah merupakan satu penghijrahan yang besar bukan?

Punya Peribadi Yang Cantik

Kesujudan kepada Allah tadi akan menghasilkan peninggalan kepada keburukan. Rentetan daripada itu, remaja zaman kini yang melakukan sedemikian akan di dekati ‘ akhlak yang baik’ secara perlahan-lahan.

Bila keburukan hampir tiada, maka yang mengisi sedikit demi sedikit adalah kebaikan demi kebaikan. Pakaian akan mula menjadi kemas apabila memahami bahawa Allah itu sukakan kecantikan, masa tidak akan lagi d bazirkan dengan sia-sia, apabila memahami bahawa masa yang ada adalah kehidupan yang tidak dapat di putar dan di undurkan kembali ke belakang walaupun setapak hatta seinci sekalipun. Remaja juga tidak akan memboroskan duit dan kewangan, apabila membazir itu amat di benci oleh Allah. Kita juga akan terasa sentiasa mahukan yang terbaik dan mempunyai semangat motivasi yang tinggi andai kita sentiasa bergantung harap pada Allah Rabbul Alamin.

Sekaligus akan membentuk satu jatidiri yang mapan.

Tidaklah syurga itu akan di capai oleh manusia yang tiada cita-cita, yang hidupnya tunggang langgang. Kehidupan yang tidak terurus dan tidak tersusun. Tidaklah syurga itu akan di capai jua andainya tiada momentum perubahan yang di lakukan dalam diri. Meletuskan momentum ke arah yang lebih baik.

Hari Ini Kita Telah Hilang

Ya. Hari ini kita telah kehilangan serang ramaja unik. Atau lebih tepat dengan prosa kata kita kekurangan remaja unik. Di mana ramaja unik yang lain? Bersembunyikah?
Kita kehilangan susuk-susuk tubuh yang hebat seperti Saidina Ali bin Abi Talib ra yang mampu menggantikan tempat tidur Rasulullah tatkala usianya masih kecil. Kita juga kehilangan Usamah bin Zaid ra yang mengetuai bala tentera seusia 18 tahun! Kita juga telah kehilangan Al-Fateh yang menembusi tembok tebal kota Konstantinopel seawal usianya mencecah 21 tahun.

Tiada remaja mahu berdisplin, tiada remaja mahu serius. Apa yang di fikirkan oleh remaja zaman sekarang adalah? Berseronok. Bersuka ria.

Ketahuilah tiada ubat untuk mengubati penyakit ini melainkan kembali kepada Allah Rabbul Izzati. Tunduk dan sujud malah patuh serta taat akan perintah yang telah Allah perintahkan pada Nabi Muhammad yang telah termaktub di dalam Al-Quran yang mana ia tidak boleh di ubah. Itulah ubat sebenar-benar ubat bagi melahirkan remaja yang unik.
Tetapi ubat itu kebanyakan hanya kita tinggalkan di persimpangan jalan. Masa kita susah. Barulah kita terkocoh-kocoh mencari di mana warkah cinta kita? Di mana? Kenapa waktu susah baru kita sibuk-sibuk nak mencari 114 warkah cinta yang telah Allah utuskan? Waktu senang kita berguling-guling dan berseronok-seronok sampai tak ingat adanya syurga dan neraka yang telah Allah janjikan. Maka jadilah remaja yang kita lihat pada hari ini. Buang anak, kelar anak, merempit, merogol, dan sebagainya. Sinonim dengan remaja penuh dengan masalah. Suatu masa dahulu, remaja sinonim dengan kekuatan, kegemilangan dan kecemerlangan ummah.

Penutup: Jadilah dan Lahirlah Sebagai Remaja Yang Unik

Rasulullah saw bersabda:

Bermula Islam itu dalam keadaan dagang (asing), ia akan kembali dagang sebagaimana bermulanya ia. Maka beruntunglah bagi mereka yang dagang. (Riwayat Muslim)

Dengan mengambil Islam, kita automatik akan menjadi asing. Pelik. Ganjil.

Tetapi bukankah untung terhindar daripada keburukan? Ganjil di tengah-tengah kerosakan bermakna kita adalah kebaikan bukan?

Maka remaja sekalian, mengapa tidak kalian memilih untuk menjadi salah seorang remaja unik? Atau kita hanya hendak menjadi delegasi dan pewaris kepada kehancuran ummah?
Kita pilih.

Dan Allah sesekali pun tidak akan rugi dengan apa yang kita pilih dan Dia juga tidak akan untung dengan pilihan kita. Yang untung dan rugi adalah diri kita.

Abdullah Imran,
  • Harapan akan lahirnya seorang remaja di saat ini atau di masa hadapan seorang yang boleh membela Islam dari kecaman musuh Allah dan kafir harbi-
Di teratak usang memerhatikan kerdipan bintang malam.
28/10/2011
11.42 pm


1 Response so far:

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih