Sesungguhnya amat besarlah peranan cinta yang telah Allah berikan pada diri kita. Pada setiap hamba-Nya ada sekelumit perasaan cinta dan ingin di kasihi. Ia bukan sahaja sekadar membuai perasaan, bukan sekadar kita merasai nikmat cinta duniawi semata, malah ia berperanan lebih besar daripada itu.
Cinta adalah satu anugerah yang mana, ia telah menjadi pintu bagi diri kita menggapai kebahagiaan hakiki di akhirat, pintu rahmat yang membolehkan kita mengecapi reda dan cinta-Nya. Oleh itu sahabat, selayaknya kita memaknakan rasa cinta sebaik-baiknya.
Ikhlaskah Diri Kita?
Pernahkah terlintas di hati kita sedalam mana cinta kita kepada Allah San Pencipta? Ikhlaskah diri kita selama ini mencintai-Nya? Sang Khaliq? Mari sahabat, kita renung dalam-dalam diri kita. Hak mana diri kita? Di kirikah? Di kanankah? Selami lubuk hati kita sedalam-dalam yang mungkin, di manakah Allah di hatiku?
Tugu cinta yang kita bina hanya kerana Allah yang akan membantu kita menggapai redha-Nya. Andainya diri kita dapat merealisasikannya semasa kita hidup di dunia, maka beruntunglah hidup kita di akhirat sana. Namun andai nafsu dunia di biarkan merajai dan bertahta di dalam hati, maka cinta yang tidak di pandu cahaya akan menjadi sebuah cinta yang sia-sia. Kosong. Tidak terisi. Kerana cinta itu tiada nilainya di sisi Allah walau sekelumit benang dan sekecil zarah atom.
Maka naskah saya pada kali ini adalah untuk mengajak sahabat semua merelekskan diri. Jangan kelam kabut memburu cinta.
Penutup: Duhai Diri, Raihlah Cinta-Nya
Cinta yang di pupuk dan di abadikan dalam diri hanya kerana Allah akan membantu kita mencari di manakah redha Allah.
Alngkah bertuahnya diri kita andai cinta dalam diri kita menjadi asbab untuk diri kita mendapatkan habuan yang cukup hebat dari Allah.
Jom kita lihat sebentar hadis ini.
Dari Musa ibnu Wardan, Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya di syurga, ada Quba yang di perbuat dari permata Yaqut. Di atasnya terdapat kamar-kamar yang di perbuat dari batu permata (Zamrud) yang memancarkan sinar, seperti bintang-bitang yang menyinari semesta. Di tanyakan kepada Rasulullah: “ Siapa yang menghuni kamar-kamar itu?” Rasulullah menjawab : “ Orang-orang yang mencintai kerana Allah, orang-orang yang duduk ( berkumpul) bersama kerana Allah, orang-orang yang saling bertemu kerana Allah.” [ Hadis Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah]
Post a Comment