Followers

Wednesday, October 12

Hati Emas

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 1:43 AM 1 comments


Hati Emas


ALLAH ciptakan hati untuk mengingat cuma ada HATI yang lebih kuat mengingat daripada hati yang lain..

Si cacat itu tidak punya ibu bapa lagi. Dengan kakinya yang lumpuh dan kehidupannya yang miskin itu, dia seolah-olah tidak punya sebab untuk meneruskan hidup. Namun, si cacat itu tetap tersenyum. Apa rahsianya?

Ketika ditanya siapa akan menjaganya pada hari kematian ibunya (bapanya telah lama meninggal dunia), si cacat itu menjawab, "ALLAH". 

"Engkau begitu yakin?"

"Ya, ALLAH yang telah menciptakan aku begini, maka DIAlah yang akan menjagaku." jawab si cacat dengan penuh yakin.

"Apa impianmu?" Orang itu bertanya lagi.

"Punyai anak lelaki yang akan menjadi ulama." jawabnya yakin.

Bertahun-tahun telah berlalu sejak berlakunya dialog itu, ternyata apa yang diimpikan si cacat menjadi kenyataan. Dia telah berkahwin dan mempunyai anak lelaki. Dia sekarang memiliki perniagaan yang berjaya untuk menyara hidupnya sekeluarga. Siapa menjaganya?

ALLAH!
Aku terpegun sendirian membaca lembaran catatan tentang kisah itu yang disimpan bertahun-tahun lalu. Kisah si cacat yang memiliki hati emas. Sering diungkapkan tidak mengapa jika kakimu yang sakit asalkan hatimu sihat.

Sahabat, dengan kaki yang sakit..engkau mungkin tidak boleh berjalan...tetapi dengan hatimu yang sakit, engkau akan kehilangan tujuan dan harapan. Betapa ramai orang yang mempunyai fizikal sihat, apabila hatinya sakit..hidupnya melarat. Miskin dalam kekayaan..Derita dalam keseronokan dan berapa ramai orang yang cacat kakinya hidup ceria berbanding orang yang sihat..TUHAN ITU MAHA ADIL..


1 Response so far:

love said...

subhanallah..jwpn yg simple tp mmg sgt2 terbaik!!:)