Pemalu itu penting,teramat penting..tapi jangan menjadi terlampau pemalu sehinggakan membiarkan maruah diri ditindas,sehingga membiarkan kebatilan mengatasi kebenaran...itu ialah pemalu yang dikeji,bukan pemalu yang terpuji.
Sifat malu ialah separuh daripada iman.Yang dimaksudkan malu ini ialah malu untuk melakukan perkara yang DIA larang sama ada secara terbuka mahupun tersembunyi.Malu untuk melakukan perkara maksiat,dan darjat malu yang paling tinggi ialah malu kerana merasakan setiap perbuatan mereka dilihat oleh Sang Pencipta.
'Sesungguhnya bagi setiap agama ada tatasusilanya atau ciri-ciri istimewanya,maka untuk islam ialah sifat malu.'
[H.R.Imam Malik]
Tak dinafikan,ada segelintir daripada insan di sekeliling kita yang sejak dilahirkan memang sudah ditakdirkan dia seorang pemalu.Contohnya ada lelaki yang pemalu,sampaikan bila lalu di hadapan perempuan mereka rasa tak selesa...dan mereka pun kurang berkomunikasi dengan rakan-rakan perempuan kecuali dengan sahabat perempuan yang mereka kenali saja.
Tetapi di sebalik sifat pemalu yang ada pada diri mereka,terserlah sikap ketegasan.Mereka tetap punya sifat tegas dan tak mudah membiarkan diri mereka disakiti.Mungkin.....'pemalu' yang mereka miliki seolah-olah mereka kelihatan kurang berkeyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai.
Memang tak dinafikan,mereka menghadapi sedikit masalah tentang keupayaan untuk berkeyakinan diri bila duduk di tempat yang ramai orang.Sebab tu jarang kita melihat insan pemalu hadir di majlis keramaian.Jika mereka hadir sekalipun,kehadiran mereka seolah-olah tak hadir.Mereka tergolong dalam kategori 'introvert',banyak berbicara dengan diri sendiri dan suka menyendiri...sebab kalau mereka duduk di majlis keramaian,fizikal mereka mudah letih dan memerlukan masa yang lama untuk rehat dan pulihkan kembali kecergasan mereka.Mereka juga punya rasa rendah diri yang tinggi.Mereka selalu merasakan diri mereka kekurangan berbanding orang lain.Sifat inilah yang menjadikan mereka kurang keyakinan diri.
Tetapi sikap 'terlampau' pemalu ini boleh dilatih & diperbaiki kepada sifat pemalu yang sederhana bila mereka sendiri berkeinginan untuk mengubahnya. Contohnya, mereka cuba memegang jawatan dalam sesebuah organisasi, dari situ mereka cuba melatih meningkatkan keyakinan diri dalam diri mereka dengan berani dalam membuat sesuatu keputusan,berani dalam menguruskan sesuatu organisasi. Selain itu, mereka cuba untuk hadir di tempat-tempat keramaian bagi melatih membina keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai di sekeliling mereka.Anggaplah diri seperti insan lain,masing-masing punya kelebihan dan kekurangan,dengan ini rasa keyakinan pada diri sendiri akan meningkat.Insya Allah...
Walau apa sekalipun,malu tetap penting dan menjadi kewajiban bagi setiap muslim untuk memilikinya kerana ia salah satu daripada sifat terpuji[al-mahmudah]. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam sendiri adalah contoh terbaik.Dalam Syama'il Al-Muhammadiyyah,
Dari Abu Sa'id Al-Khudri,radhiyaLlahu anhu,
'Sungguh,Rasulullah lebih pemalu daripada seorang gadis yang berada di tempat pingitannya.Jika beliau tidak senang kerana sesuatu,maka kami dapat mengetahuinya dari raut wajah beliau.'
[H.R.Tirmidzi,Bukhari wal Muslim,Ibn Majah,Ahmad,Abu Dawud & Ibn Sa'ad]
Jadilah seorang yang pemalu,sifat malu yang terbaik ialah bersederhana dalam sifat malu..tetapi jangan jadi seorang yang TIDAK TAHU MALU sebab itu tanda rendahnya akhlak seseorang.naudzubiLlah..
'Apabila Allah kehendaki untuk membinasakan seseorang hamba,akan dicabut padanya perasaan malu.Maka apabila dicabut perasaan malu,dia akan dibenci orang dan bila dibenci orang,akan dicabut daripadanya sifat amanah.Apabila dicabut daripadanya sifat amanah,maka dia didapati sebagai seorang yang khianat dan dikhianati.Jika dia berada dalam keadaan sedemikian,akan dicabut pula daripada hatinya perasaan rahmat dan bila ia terjadi begitu,maka dia tidak akan berada melainkan dalam keadaan yang dilaknati dan dimurkai.Bila dia dilaknati dan dimurkai,bermakna telah terungkailah akhirnya tambatan Islam daripadanya.'
[H.R.Ibn Majah]
Ya Allah.Hidupkanlah kami dengan kehidupan kekasihMu. Hidupkanlah hati kami dengan kehidupan hati kekasihMu. Hidupkanlah keperibadian kami dengan kehidupan keperibadian kekasihMu. Hidupkanlah akal kami dengan kehidupan akal kekasihMu.Hidupkanlah jasad kami dengan adab,sunnah dan hukum-hakam kekasihMu.Hidupkanlah seluruh diri kami dengan seluruh diri kekasihMu...
just be yourself.. kita tak tahu betul ke kita ni pemalu atau tidak.. org yg melihat yg menilai kita.. so, just jdi diri kita n perbaiki kelemahan dgn menerima teguran org.. moga, kita menjadi lebih baik dari hari yg sblmnya..
Post a Comment