Followers

Wednesday, June 8

Belajar Dan Bersahabatlah Dengan Alam

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:38 AM 1 comments


Alhamdulillah, pada kali ni nak cite sikit tentang pengalaman diri. Tentang macam mana saya tenangkan diri. Macam mana saya luahkan masalah yang terpendam dalam kepala. Ramai yang kenal saya, ramai yang sms saya, selalu tanya pada saya. Kenapa saya pendiam? Kenapa saya tidak suka berkongsi masalah itu pada orang? Kadang-kadang sampai ada orang naik pening dengan saya. Kelakarkan. Orang pun boleh pening dengan saya.

Memang semua orang tidak lari dari masalah. Cuma kita je yang nak “handle” masalah tu macam mana. Adakah ke kiri masalah tu? Atau ke kanan masalah tu pergi. Atau pun kita yang tinggalkan masalah tu kat belakang. Ni bukan untuk mereka yang suka cari masalah, tapi yang masalah tu datang pada diri mereka. Ada sesetengah orang ni tak suka kongsi apa masalah dia (macam saya). Lebih suka menyendiri. Mungkin orang tu dah terbiasa. (dan-dan je terbiasa), padahal malas nak citer.

Masalah tu sebenarnya mematangkan diri kita. Macam mana kita nak mencorakkan hidup, macam mana kita nak memantapkan lagi iman kita, macam mana kita nak mantapkan lagi hubungan kita dengan Allah. Kita ambil ungkapan, Perhubungan dengan manusia dan juga perhubungan dengan Allah.

Belajar dengan Laut.

Saya umumnyalah, kalau ada masalah, saya selalu pergi laut. Untuk apa? Dengar dia punya ombak. Deruan ombak tu bila dengar, masyaAllah. Indah. Cuma kita je nak atau tak mendegar deruan ombak. Nak-nak   rumah   saya dekat dengan laut. Dalam 10 minit dah sampai. Hari-hari kalau cuti memang jadi port laut tu. (Dah kerja pun dekat dengan laut jugak.)Tenangkan fikiran.

Kadang-kadang saya juga tak dapat handle masalah tu. Sebab apa tah, tak terluah. Kadang-kadang saya melukis kat pasir. Buat lukisan. Entah apa-apa lukisan yang saya lukis. Mengikut rentak ombak. Bertemankan bulan dan bintang. Pastu tergelak sorang-sorang. Orang lain tengok dah macam sewel. Hehe..

Kadang-kadang saya buntu, tak da idea nak lukis apa. Ada lagi satu cara yang saya buat. Saya ambil kertas. Saya lukis kat kertas. Warnakan dia. Kalau mood tengah sedih, marah atau apa, kita boleh tengok pada warna yang kita pilih. Cuma warna dan lukisan tu tak dapat di gambarkan dengan yang haq macam mana dan bagaimana perasaan kita masa tu. kadan-kadang, saya ambil kertas tu, buat sampan. pastu taruk api, lawa. cantik je.

Setiap orang punya cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Ada yang menangis,ada yang keluar mengembara,berjalan-jalan melihat alam untuk menenangkan fikiran.Mencari suatu benda yang baru untuk mendapatkan ketenangan jiwa...dan macam-macam lagi.

Bersahabatlah dengan Alam.

Alam ini umpama sahabat kita.Kita memang memerlukannya.Siapa yang tak pernah tertarik dengan keindahan bulan & bintang di waktu malam?Siapa yang tak pernah jatuh hati dengan pemandangan matahari terbenam di tepi pantai?sewaktu saya kecil-kecil dulu,setiap kali selepas belajar mesti saya akan keluar sebentar ke luar;menikmati keindahan bulan dan bintang di langit malam. alam ini indah,dan ia sendiri mampu mengubati kita di saat kita ditimpa masalah.

Mungkin dengan melihat keindahan alam,sedikit sebanyak hati kita yang terluka menjadi sembuh.Jadikanlah alam sebagai sahabat kita,jangan pinggirkannya di saat kita terluka.Kan setiap apa yang diciptakan di dunia ini ada manfaatnya,tak pernah pun diciptakan dengan sia-sia?Alam ini sentiasa setia menemani kita,jangan pinggirkannya...:)


1 Response so far:

azs said...

Alhamdulillah, Allah dah beri kita sesuatu yang istimewa, iaitu Alam yang cukup indah.. Walau alam tidak mampu membalas setiap apa yang kita katakan tapi alam itu mengerti permasalahan kita.. Sememangnya, alam itu sesuatu yang tidak berharga.. Terima kasih..