Followers

Saturday, April 23

Takdir Cinta: Tenggelamkah Aku Dalm RinduNya?

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:19 PM 4 comments




Payung kebesaranMu meliputi seluruh alam,
Hujan rahmatMu membadai atma yang gundah
Kalbuku memberontak
Jiwaku terasa pecah
Tidak dapat ku tahan lagi
Gelojak perasaan ini

Lalu
Ku rebahkan perasaanku
Ke pangkuaan ampunan Mu
Tiada lagi gunung harapan yang di damba selain dari rahmat Mu

Di malam zulmat yang hening ini
Aku hadirkan diriku ke hadrat Mu
Aku rindu sentuhan kasih Mu
Allah, Bawalah aku ke ribaan cinta Mu

Yang Tewas Dan Tertawan

Betul,aku rindukan dia, tapi betul ke cara rinduku ini? Ya, gotcha. Hati sudah tertawan. Tertawan dengan perasaan rindu di hati. Bila hati di belenggu perasaan macam ni apa agak-agak kita nak buat? Luah? Pendam? Tapi bagi saya, lebih baik pendam. Sebab kalau cakap belum tahu lagi bagaimana jawapannyakan? Dustakah? Betulkah?

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Aku rindukan kedamaian,aku rindukan kemesraan.Ya Allah!!!Didiklah hambaMu ini mengenal apa itu cinta kerana hambaMu ini jahil tetang cinta....Ya Allah!!!Ajarilah aku tentang cinta di mana dapat aku merasakan lazatnya ma'rifah & ketenangan.Di mana dapat aku rasakan kecintaan yang mendalam terhadap kekasihMu Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam.

Ya Allah!!!Didiklah diriku mengenal cinta.Kerana aku telah kehilangannya...hatiku gusar,jiwaku sakit...terasa diriku penuh dengan kekotoran 'ghuflah'.terasa diriku sakit akibat godaan nafsu.Kejahatan nafsu telah membuatku bingung hingga aku kehilangan arah...Ya Allah,aku perlukan cinta!!!!Didiklah aku tentang cinta!!!Jadikanlah aku daripada golongan pecinta yang sentiasa mendambakan cinta sejati!!!Kurniakanlah kepadaku kehidupan sebagaimana kehidupan kekasihMu....

Kurniakanlah kepadaku hati sebagaimana hati kekasihMu...Kurniakanlah keperibadian sepertimana keperibadian kekasihMu...sesungguhnya aku mengharapkan belas cinta daripadaMu,ya Ilahi...Bimbinglah diriku menuju jalan cintaMu.Hidup bertemankan nafsu hanya membawaku jauh daripadaMu.Ya Allah!!!ajarilah aku tentang cinta kerana aku amat dahagakannya.Aku memerlukannya kerana hanya kesucian cintaMu dapat membawaku menuju ke arah keredhaanMu.Tiada cinta seindah cintaMu...Tidak kira dalam kesunyian mahupun dalam keramaian,aku mengharapkan hatiku sentiasa berhadap padaMu kerana hidup ini hanya bermakna jika hati sentiasa mengingatiMu...........

Bertemankan malam yang sepi,aku merenung dosa-dosaku.."Ya Allah!!!Banyak benar kesalahan yang ku lakukan...Ya Allah,aku cemburu!!!Aku cemburu dengan insan-insan yang jiwanya tenang kerana aku kekosongan jiwa. Ya Allah...tatkala ku lihat bulan dan bintang di langit,aku merenung diriku yang hina ini...yang selalu lalai,selalu degil.Ya Allah!!Ampunilah dosaku.Tatkala insan-insan mulia mabuk dalam cinta,aku lalai dan sibuk dengan urusan dunia yang tak berkesudahan seolah-olah dunia lebih penting daripadaMu sedangkan dunia itu makhluk yang lemah,dan Engkaulah yang menciptakannya....aduhh...aku langsung tidak menyerahkan urusanku kepadaMu walhal Engkau sentiasa memberitahu hambaMu bahawa sesiapa yang menyerahkan urusannya kepadaMu maka jiwanya tenang namun hambaMu ini leka..sibuk dengan sesuatu yang tak perlu aku sibukkan...

Ya Allah,aku masih lagi tercari-cari erti cinta dan kebahagiaan sedangkan cinta dan kebahagiaan itu tersimpan di dalam hati,cuma aku yang sering leka dan membiarkan hatiku kotor dengan hiburan-hiburan duniawi sehinggakan hatiku terhalang daripada sinar cintaMu...   

Rindu Itu Satu Fitrah

Acap kali jugala den cakap, rindu itu fitrah, rindu itu anugerah. Sebab ia adalah satu “rasa”. Rasa yang hanya kita je yang tahu. Rasa yang selalu buat kita berjuang dalam mencari erti cinta. Berjuang untuk mencari entity satu kehidupan.

Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq dan Sayyiduna Umar Al-Khattab berkata,"Cinta kepada seseorang adalah sebahagian daripada tanda berakal,berkasih sayang kepada sesama manusia adalah satu sedekah,orang yang tidak terpengaruh dengan gemerlapnya dunia,ia termasuk orang yang dicintai Allah.Dan orang yang menghindari perbuatan dosa, ia akan dicintai para malaikat.Dan barangsiapa yang selalu memperbaiki hubungannya dengan sesama muslim, pasti ia dicintai oleh kaum muslimin"

Cinta dan rindu yang sejati adalah dalam diri mereka yang berjuang, bukan berjiwang. Perbezaan orang yang berjuang dan berjiwang, orang yang berjuang pasti meletakkan insan-insan yang dicintainya sebagai inspirasi & pembakar semangat untuk lebih gigih berjuang,sebab itu mereka selalu jujur dalam hubungan cinta dan kasih sayang.Pepatah pun ada mengatakan yang 'di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya.

Bagi mereka yang berjiwang pula, mereka sentiasa berada di dunia khayalan, dunia fantasi. Bak David Teo cakap, dari dunia reality, pergi ke dunia khayalan, dari dunia khyalan, pergi ke dunia fantasi, dari tu pergi pula ke dunia syaitan. Kenapa? Sebab kalau kita berkhayal, siapa yang memandu kita? Adakah iman yang akan pandu kita?

Orang yang asyik berjiwang takkan ke mana-mana.Mereka hanya hanyut dalam dunia khayalan dan kehilangan apa yang mereka cintai.Berjiwang yang dimaksudkan di sini ialah seperti selalu berdua-duaan bukan muhrim di tempat-tempat sunyi,mengabaikan pelajaran dan pelbagai perkara negatif yang menyongsang daripada erti sebenar cinta

Penutup: carilah erti cinta

Dalam cinta,kesetiaan adalah segala-galanya.Orang yang jujur dalam hubungan cinta dan kasih sayang pasti akan selalu berjuang untuk membahagiakan setiap insan yang dicintainya meskipun dia berada jauh di mata dan mungkin sukar untuk bertemu kembali,namun insan-insan yang dia cintai selalu dekat di hatinya,tak pernah pun dia lupakan.Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang kita sayangi betapa penting dan istimewanya dia dalam hidup kita.Cinta selalu memerlukan keberanian.Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu.Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya.

"Kebahagiaan,cinta & kasih sayang hanya terdapat pada hati rohani yg bersih & murni daripada pelbagai tujuan selain Allah sebab ia hanyalah sebuah identifikasi daripada cinta & kasih sayang Allah kepada hambaNya.Bahagia itu mulanya pada perjalanan kita menuju bahagia.Kalau seseorang menuju kebahagiaan hakiki & abadi,maka setiap langkah dalam menuju kebahagiaan hakiki tersebut adalah kebahagiaan."  

"jika banyak cinta menghampirimu,syukurilah ia kerana anda begitu istimewa bagi cinta"

Tasbih Cinta


"Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mencintai-Mu, dan apa sahaja amalan yang menyampaikan daku pada cinta-Mu."

"Ya Allah, jadikanlah Cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan."

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon Cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada Cinta-Mu." 

"Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau Cintai." 

"Ya Allah, dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau Cintai."

"Ya Allah, jadikanlah Cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan." 

"Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu, malaikat-Mu, rasul-Mu, (serta) hamba-Mu yang soleh."

"Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan Cinta-Mu, dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti yang Engkau Cintai."

"Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu."




4 Responses so far:

Anonymous said...

Allahu Robbi...cukupkan kami dengan cintaMu Ya Allah,mencintaiMu dan kekasihMu melebihi segala yang lain Ya Allah,,,=(

Faridah @ OYM said...

like dis entry..thumbs up..
also remind myself..

Zai Hamzah said...

amin...

hati~♡ said...

^_^